Monday, November 24, 2008

visit.bukit.merah

morning.. ada monday blues ker?? rasanya tak sempat nk blues melues dah gerak g kolam bkt merah.. hari ni ada mengebot.. ha3.. biasalar.. lawat kawasan lagi.. tgk projek yg baru award tu.. dis project tujuan nya nk tambah kapasiti takungan kolam tu.. errr.. let me xplain sikit about background project nih..

gambut.. atau peat soil adalah salah satu organic material yang yang hidup terapung-apung di permukaan kolam bkt merah (kbm) ni.. then, bila gambut semakin memenuhi surface area kbm ni, akan menimbulkan beberapa masalah.. 1st.. kehadiran gambut ni akan mengurangkan kapasiti takungan kbm.. 2nd... bila dis gambut floating berhampiran dengan main structure dalam kolam ni, ia akan meyebabkan pengeluaran dan pengaliran air kolam terjejas.. so, all the gambut kn dikeluarkan drpd kbm.. tp dgn bajet yg sedikit, perancangan untuk menjalankan kerja pembuangan gambut dijalankan dengan berperingkat.. fasa 1 dah setel (dlm 30 hctr) and sekarg tgh jalankan kerja preliminaries utk fasa 2 (25 hctr= RM5 j))... act, kalo bebetul nk kembalikan kapasiti kbm yang asal (75 j MCM), kn jalankan kerja disilting, costly around RM75 j.. (sekrg kasiti kbm hanya 65 j MCM)... if all the planning dpt dijalankan, insyaAllah, kejadian banjir di kawasan kerian akan dapat dikurg kan.. now.. kite layan gambar dl k...
jom g ngebot
sebahagian kolam bkt merah
gambut yang dah ditumbuhi pokok..
gambut dan pokok bakong.. dgr cite, org bijak pandai dari usm ada wat study pasal pokok nih.. dema kata pokok bakung ada potensi utk produce minyak.. tp tak tau lar apa kegunaan minyak bakong nih..
so, bila gambut tu floating dan menghampiri salah satu main structure ni, air tak boleh mengalir ke sebelah sana. kat bahagian tu la ada ibu bekalan yang membekalkan air utk tujuan pengairan kerian... kalo nak tau.. culvert tu menghubungkan jalan ketapi.. pernah naik ketapi dari selatan ke bhg utara (kedah/perlis) ?? ada satu landasan ketapi yang menyeberangi kolam bkt merah nih.. dulu2 masa balik kg naik ketapi, mak selalu kejutkan, tgk ketapi melintas kbm nih.. hahahaha.. ngeri jugak lar... tp, skrg tgh construction utk landasan ketapi bekembar... landasan bekembar yg baru ni, akan dibina diatas viaduct, bukan mcm sekarang.. landasan sekrg dibina di atas embankment, dan menyekat laluan air... ehmm.. tak fhm ek.. xpe lar.. sedikit info jek.. sebb org kat sini pun bkn nye fhm sgt2 pun.. ;)

2 comments:

emi said...

da dpt idea da nak buat tesis utk master?buat,jgn tak buat tau..

nurhareza said...

errr.. ada usm student da buat larrr. nyebok je lar..