Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Part 4 Last cerita tentang rumah.. letih!

Selesai hal rumah. Hari ini 11 Dis 2012 dapat cek dari lawyer sebab loan yang saya mohon lebih sikit dari harga beli. Ada lah lebih sikit nak baiki rumah tu. Rumah dah 12 tahun, ada lah yang nak kena touch up. Cat semula luar dan dalam, polish lantai, wiring, plaster siling. Itu pun entah berapa lah kosnya. Sekarang proses nak dapatkan quotation dari kontraktor. Harapnya awal Februari tahun depan dah boleh masuk rumah. 

Ni tengah tengok Putera Rayyan, menyampah kat semua watak dalam drama ni. Arisa yang lemah semangat, Rayyan yang tak bijak sebab tak tau apa boda dia buat kat isteri dia, Bonda yang gilerkan darah raja nya tu, Suraya yang hampeh tak pamdai berlakon macam geli je tengok dia. Harapnya Anisa yang gedik tulah penyelamat Arisa. Now semua drama ada perempuan dan lelaki jahat dan saiko, dengan heroin dan hero yang lembik tak pandai nak protect diri sendiri. Termasuklah Cinta Itu Milikku, dan Terlanjur Cinta.

Monday, November 19, 2012

Part 3 : Beli Rumah Sub Sale

Panggilan saya ke Unit Baucer untuk kalo ke berapa pun tak hingay sejak 3 minggu lepas, selepas sistem BPB bagitau fail saya dah sampai ke situ selepas lawyer hantar dokumen dari pejabat tanah. iaitu dokumen pendaftaran, pemyaksian dan GERAN.

Saya : Kenapa fail saya tak sampai ke Unit Cek lagi? Dah 3 minggu saya follow up masih di Unit Baucer..
Unit Baucer : Owh, dalam sistem bagitau fail Puan masuk ke Bilik Fail semula
Saya : Kenapa? Apa maknanya?
Unit Baucer : Ada kuiri
Saya : Kuiri apa?
Unit Baucer : Nanti saya pass pada officer y ng in charge
Officer Unot Baucer : Ye Puan, dalam fail Puan tak ada geran, jadi kami tak boleh proses payment. Lawyer Puan tak hantar. Lawyer kena tau semua ni. Pihak kami tak akan call Puan atau lawyer maklumkan dokumen tak lengkap.
Saya : Habis tu, bila nak bagitau ada kuiri?
Officer Unit Baucer : Lepas sebulan, baru kami buat surat mengatakan ada kuiri. Ini prosedur
Saya : Rasa nak amuk je orang kat BPP yang buat prosedur macam ni. Manalah lawyer atau saya tau apa yg tak lengkap. Bila follow up, just semak guna sistem dan pada sistem tak detailkan tindakan yang sedang diambil. Hanya rekod fail saya ada di mana. Esok nak call lawyer, kalau betul lah ko tak hantar geran tu, memang ko patut resign! Benda paling penting pun ko boleh tak tau nak hantar.

Nota kepada Bahagian Pinjaman Perumahan : Tak akan lah nak tunggu sebulan baru nak maklum ada kuiri. Pastu tolong tambah ruang dalam sistem tu untuk 'Catatan'!!!

Wednesday, August 15, 2012

Beli Rumah Sub-Sale : Part 2

nak cerita pendek-pendek sahaja

  1. selepas sign S&P, dah matikan setem, lawyer akan bagi salinan. so, saya dapat salinan S&P tu 1.08.2012. masa ni bagi sekali check list BPP dan borang yang lawyer nak kn buat atas letterhead dia
  2. ambil semua surat dan dokumen dari pejabat lawyer 7.08.2012
  3. isi semua borang (our part), surat iringan dari majikan.
  4. hantar borang penilaian rumah dan salinan S&P tu ke Bahagian Penilaian di Bangi pada 9.08.2012 - saya suka penilai di sini. saya letak jumlah pinjaman ikut baki harga jualan (dah tolak deposit) tapi dia advice minta full, iku harga jualan selagi tak melebihi kelayakan. katanya manalah tau dia nilai rumah tu tinggi, rugi nanti. terima kasih En Hairudin atas info tersebut
  5. hantar borang lengkap yang lain dan wang pos untuk proses ke Bahagian Pinjaman Perumahan 13.08.2012 - saya suka sistem di sini. kat kaunter lagi dah semak borang kita
  6. Pegawai penilai tengok rumah 14.08.2012 - tengok luar je sebab rumah tu tak ada renovation
  7. call Pegawai Penilai lepas semak dalam website yang nyatakan kes kita telah siap. dah tau harga nilaian rumah. rasa nak melompat lebih tinggi!!!
  8. tunggu step seterusnya... urusan sign perjanjian, proses tukar nama. BPP kata dalam tempoh 5 hari lepas kita hantar borang dah boleh tau.
p/s : kalau perasan rentetan cerita dari Part 1, yang melambatkan adalah proses di pihak lawyer, yang mana lawyer ni adalah satu syarikat swasta. secara terangnya, sistem di pejabat kerajaan adalah amat superb!!! maka, sudah-sudah lah mengutuk kakitangan kerajaan buat kerja lembab, dan sibuk heboh dalam surat khabar yang kakitanga kerajaan shopping time waktu kerja!!!

Monday, August 13, 2012

penat tau

Pejabat Pos-Pejabat Hasil-JPA-BPP-Pejabat Pos-JPA-BPP
Sudah lah, saya dah tak larat nak menapak berulang kali ke tempat tu semua. rasa nak parking betul-betul depan pintu. boleh tak?

Thursday, July 5, 2012

Beli Rumah Sub Sale : Part 1

Saya nak sharing dengan semua.. tentang beli rumah guna loan kerajaan.. cerita tak habis lagi sebab masih tunggu S&P siap tapi lebih baik begini.. kalau sekali harung, saya akan taip seringkas-ringkasnya.. maklumlah, banyak sangat nak diceritakan.. 
  1. Cari rumah.. untuk kes saya, saya akan cerita tentang beli rumah sub-sale/secon hand/atas orang.. kaedahnya, pusing kawasan peerumahan yang anda semua berminat nak beli, ambil no. telefon sekiranya ada diletakkan bunting 'to sale'..  atau cari dalam mudah.my, iproperties, rescom dan lain-lain lagi (kebanyakannya menggunakan agen) atau minta bantuan kawan-kawan menghebahkan yang anda sedang mencari rumah untuk dibeli.. cara macam ni, boleh terus kepada owner, dapat kurang harga dari pakai agen..
  2. Semak dulu kelayakan (boleh tengok entry saya terdahulu).. untuk makluman, gaji hakiki ialah gaji basic ye, tidak campur dengan elaun-elaun
  3. Bila dah ada rumah yang berkenan, call agen/owner ajak pergi tengok.. baik pergi berdua dengan pasangan anda untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu.. ngeh ngeh ngeh
  4. Telefon Bahagian Penilaian (boleh dapat nombor dari website, dan staf di sana akan minta anda berhubung dengan Bhg. Penilai di kawasan anda nak beli rumah.. contoh di Kajang dan Bangi, pejabatnya terletak di Aras 1, PKNS, Bangi)
  5. Masa ni lah bagitau dengan detail alamat dan sekiranya rumah tersebut ada buat renovation.kitchen cabinet/wardrobe.. nanti Pegawai Penilai akan beri maklumat kasar nilai rumah tersebut.. mungkin akan tambah dalam RM3-5k bila mereka tengok sendiri kondisi rumah tersebut.. contohnya, rumah yang saya nak beli RM290k, Bhg. Penilai nilai rumah tu RM270k, maka saya terpaksa mencari jalan untuk mencari tambahan RM20k sekiranya nak beli juga rumah tersebut.. Alhamdulillah, setelah berbincang, kami setuju untuk beli rumah tu walaupun kemungkinan pinjaman yang diberi oleh Bhg. Pinjaman Perumahan hanya RM270k..
  6. Call semula agen (bagi yang menggunakan agen) untuk bayar 3% duit booking.. jangan bayar cash walaupun agen tu yang minta.. agen saya tu, tak berani pun ambil cash, takut kena samun.. kami jumpa di Hong Leong Bank (syarikat agen menggunakan HLB ini), masuk duit dalam CDM, fotokopi resit, salinan kami pegang (errrr, Emi yang uruskan hal-hal macam ni.. saya dengan Hasya tengok je), agen bagi resit bayaran..
  7. Masa untuk berurusan dengan Lawyer.. Lawyer ni agen yang carikan, saya tak kisah.. sebab mula-mula lagi lawyer dah start calling dan bagi maklumat semua.. so, rasa boleh percaya juga ni.. nama sayarikat dia YAP & LOO terletak di Solaris Mont Kiara
  8. Tunggu satu minggu, kalau lawyer tak ada call, kita call dia.. 
  9. Sign S&P
  10. Dapat salinan S&P
  11. Hantar Borang Pinjaman tu ke Bhg. Pinjaman Perumahan
  12. Pinjaman diluluskan
untuk perkara 9-12, saya masih belum laluinya.. tak apa, nanti saya akan ceritakan dengan lanjut apa yang saya hadapi sebelum loan saya tu lulus.. ;)

Rumusan kronologi proses:-
  • Mencari rumah idaman (idaman lah sangat kan..)  -  Mei 2012
  • Call Agen untuk tengok rumah (setelah beberapa kali tengok rumah yang lain)  - 6.06.2012
  • Bayar 3% booking kepada agen  -  8.06.2012
  • Lawyer call kali pertama - 20.06.2012 (masa ni minta dia hantar salinan S&P rumah tu dan quotation lawyer.. untuk prepare apa yang patut)
  • Call untuk follow up S&P - 5.07.2012 (lawyer bagitau, minggu hadapan dah boleh sign S&P... masa ni bawa bank draft atas nama syarikat lawyer tu baki 7%.. tujuannya nak tengok kalau owner ada tunggakan kat Pejabat tanah atau lain, akan ditolak dari duit tu.. tak ada apa, baru release duit tu kat owner.. masa ni juga bawa duit untuk bayar sikitb pada lawyer, cuba minta diskaun kalau boleh.. dapat kurang RM200-300 pun banyak dah.. saya minta, dia kata nanti dia bagitau.. bagi rumah harga RM319k sebab saya mark up harga, lawyer fees termasuk duty stamp selepas potong 50%  adalah RM6,573.00.. ini harga bagi rumah pertama yang dibeli.. bukan kerajaan pun akan dapat diskaun 50% duty stamp ni)
  • Sign S&P - ??
  • Dapat salinan S&P  - ??
  • Hantar Borang Pinjaman tu ke Bhg. Pinjaman Perumahan - ??
  • Pinjaman diluluskan - ??
boleh juga rujuk kat blog NI..

Friday, June 22, 2012

Rain Water Harvesting di rumah anda

terjumpa satu kawasan yang baru dibangunkan, iaitu KEN Rimba berdekatan Seksyen 15, Shah Alam yang terdapat beberapa rekabentuk dan salah satu yang menarik, setiap unit rumah di KEN Rimba ini dilengkapi satu tangki yang berfungsi sebagai Rain Water Harvesting!!! MSMA sangat kan.. saya pun teringin nak buat macam ni.. :)

Anda keliru?

Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan - ramai yang keliru berkaitan kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Terdapat 2 perkara yang sering digunakan untuk menentukan kelayakan :
  1. Peraturan BPP : kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain) - yeay!!!! kalau masuk potongan kereta, pinjamna peribadi tak pasti boleh lulus!!
  2. Peraturan Jabatan : sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok+elaun-elaun) termasuk potongan lain yang berada di dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan saudara ada mengunapakai peraturan ini sebelum membeli rumah - Ketua Jabatan saya, saya mohon anda tidak strict seperti ini..!!

Thursday, June 21, 2012

sudah confirm!!

Macam-macam hal bila nak beli rumah ni.. masa ni mak, abah dan mertua banyak membantu dari segi kewangan.. bukan pinjam selamanya, bila duit dah release kat owner, boleh la bayar balik.. akhirnya, Allah perkenankan juga niat kami nak beli rumah.. hari ini, 21/6/2012 confirm kami beli rumah di Impian Murni, Saujana Impian, Kajang!! harga pun tak tinggi sangat.. reasonable dengan harga yang Bahagian Penialaian beri.. doa saya :-
  1. Agen tak tipu duit saya!!!
  2. Lawyer buat kerja cepat untuk uruskan S&P!!
Amin...

Monday, June 18, 2012

harga rumah di Kajang dan Bangi (basic unit)

Harga rumah sekitar Saujana Impian dan Bandar Baru Bangi bagi rumah jenis sub-sale, basic unit dengan saiz 20 x 70

Penilain dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (di PKNS, Bangi) = RM250k - 270k
Penilaian dari bank (Maybank) = RM280k

Harga rumah dijual = RM300k - 320k !!

Agak melampau.. rumah yang dibina tahun 2000 dengan harga lebih kurang RM130k, melambung sehingga lebih RM200k hanya disebabkan permintaan yang tinggi!!!

p/s : adik-adik ku, semasa muda, beli lah rumah seawal mungkin..

Monday, June 4, 2012

Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!


tak percaya?? cuba baca ini..Klik SINI..

pemilihan rumah buat kepala jadi pening


cakap dengan Emi.. nak beli rumah!! ewahhh, macam nak beli baju kat AEON tu je kan.. tapi, tak kira.. jadi, 1st step kira dulu duit nak bayar bulan-bulan.. takut tak mampu pula kan.. bila dah setel, start cari rumah.. ada pilihan :-
  • rumah baru / sub sale
  • single storey / double storey (2.5 atau 3 storey memang tak nak!!! saya adalah seorang yang pemalas, konpem tingkat yang banyak buat saya tak sempat nak berkemas)
  • corner / end / intermediate lot
lokasi memang dah tetap, nak beli sama ada di Balakong / Bangi / Kajang.. dalam pada tu, tengok juga di Semenyih dan semalam lepas round di sana, memang rasa tak nak lah beli rumah kawasan Semenyih.. tak familiar.. harga rumah pun lebih kurang sama dengan kat Kajang.. rumah single storey semi-d kat sana pun dah RM400k!! memang merapik betul harga rumah sekarang.. hati berkenan nak tinggal di Bangi tapi faham-faham saja lah kan, mana ada rumah di Bangi bawah RM400k pun, ini kan nak cari yang bawah RM300k..

maka, setelah seharian membuat tinjauan di mudah.my, iproperty.com, HomeGuru.com dan propwall.com.. adalah dalam 5-6 rumah yang menarik perhatian.. cadangan awal pilihan rumah kami single storey corner lot tapi memang susah nak cari area Kajang rumah macam ni.. saya nak kawasan rumah baru, at least yang dah develope 5-6 tahun sebab pada pandangan saya, kalau kawasan tu lama sangat, kawasan sekitarnya tidak menyenangkan.. saya mungkin boleh terima tapi Emi, dan keluarga kami tidak.. kita hidup berkeluarga, jadi yang mana boleh kita ikutkan sahaja.. ada juga baiknya ikut pandangan orang sebab pandangan kita ni tak sentiasanya betul.. jadi, berkemungkinan kami mengambil rumah sub sale (yang baru harganya tak mampu nak beli kat kawasan ini), double storey.. dan amat bersyukur kalau dapat corner lot atau end lot.. berbincang dengan Emi, kita jadikan rumah ni investment, 10-15 tahun lagi kita jual dan beli rumah idaman!!!


Thursday, May 31, 2012

angan-angan saya

saya berangan nak rumah single storey, corner lot di kawasan Bangi, Kajang dan Seri Kembangan/Balakong
agaknya bila akan tercapai?

 ini adalah keyakan pinjaman peumahan kerajaan terbaru 2011

 dengan harga rumah RM298,000 saya dan suami perlu sediakan RM 1,400 sebulan

isu utama :
  1. macam mana nak cukupkan RM1,400 sebulan dengan perbelanjaan sekarang yang kadang-kadang ada lebih, kadang-kadang korek tabung?
  2. part mana yang saya nak potong/kurangkan bagi memastikan saya dan suami ada RM1,400 ini?

setelah berfikir-fikir saya perlu ada tempoh percubaan sehingga hujung tahun ini untuk memastikan saya ada wang secukup ini supaya saya boleh yakin untuk membeli rumah berharga lebih kurang RM300,000 ini.. sekarang, kami membayar pinjaman bank untuk rumah yang kami diami sekarang RM550 + duit maintenance RM100, maka saya juga kena pastikan rumah ini ada yang boleh sewa paling kurang RM700/bulan (semi-furnish) dan saya nak cuba dari bulan depan hingga bulan Disember 2012 setiap bulan saya boleh menyimpan RM 700 bagi memastikan kalau saya proceed juga nak beli rumah itu, kami sekeluarga tak tercekik di tengah bulan!!!

UPDATE!!

rumah area Semenyih ok ke ye? harga dalam RM240,000.. single-storey semi-D.. jarak perjalanan 36 km dari Semenyih - KL.. tapi kalau balik Seremban, memang dekat juga lah..

UPDATE LAGI!!!

da pergi tengok kat Taman Bangi Jaya macam yang diiklankan dalam mudah.my.. kotor, selekeh dan memang tak sanggup nak beli.. surau pun tak nampak, ada hanjing sana sini, tak nampak rumah orang melayu pun.. ok, stop cari rumah kat Semenyih!!

Monday, April 30, 2012

di IKEA selama 8 jam

semalam pecah rekod.. masuk IKEA jam 1.30 petang, keluar jam 10.00 malam!!!! tolak 1 jam makan kat Kluang Station, masa dihabiskan adalah 8 jam!!! nasib baik Hasya mau tido jam 4 petang sampailah jam 9 malam.. lena betul dia.. kalau tak, asyik menangis xnak duduk dlm stroller ke, troli atau kena dukung.. memang tak dapat lah kan.. orang datang sebab nak cari barang, nanti bertukar jadi cari Hasya pulak.. hiiiii, tak sanggup tau..

actually, datang sini sebab anak buah baru pindah rumah, so semua barang rumah dari sofa, meja makan, bilik tidur adalah dari IKEA.. dapur just aksesori kecil-kecil.. total dia belanja semua tu RM6k.. saya yang tak masuk rumah baru pun habis sampai RM300++.. al-maklumkah, bajet kecil-kecilan.. nak cantikkan rumah secara berdikit-dikit.. nanti lah, ada masa, saya buat entry khas tentang deko-deko rumah ye.. deko untuk orang biasa-biasa macam keluarga saya je.. ;)

sempat bf si kecik ni kat sofa IKEA.. kikikiki.. malas nak patah balik ke bb room, lagipun dah tau perangai si tecik ni.. masuk bb room nanti, dia nak main mainan dalam tu.. bukan nak susu pun..

nota ; har ni Hasya bawa bekal simple je sebab terbangun jam 6.15 pagi.. nasib baik ikan dah bawa turun dari freezer malam tadi.. sayur mayur semua dah potong sebelum keluar ke IKEA.. so menu bf Hasya Mihun Goreng Ikan Bilis dan lunch Sup Ikan Merah (saya masukkan serai dan daun limau purut bagi wangi).. kudapan kuih bangkit, biskut Jacob's Weetameal dan pisang


Friday, June 24, 2011

3D Imej



3D image of our 6' wardrobe.. from kianClassic, Bt. 11 Jalan Cheras..
mula-mua masa datang, katanya RM1,800 (salesperson).. bila nak bayar katanya RM 2,100 (ID), so we all bagitau la dah bayar deposit and lock price.  then final RM 1,900 sebab ada 2 laci.. saya buang semua laci (sebab satu laci kos nya RM 100, tambah lock RM 50) sebab nak buat ala-ala Ikea nanti.. barang-barang penting yang perlu lock, simpan dalam almari lain
husband cakap, ID kitorang ni blur.. hi3



 3D image of I-I shape kitchen kabinet (tak de dry-wet, semua dalam satu)
10' wall and base, kos RM 3k ++ (tak ingat la).. solid surface top (local) RM 1,500 
hahahaha.. kalo pakai material murah sikit utk table top tu xde la sampai camtu rega nya.. 
tapi nak puas ati, koyak sikit la duit kan.. ;)

hasya dalam pool.. main kat balkoni rumah.. suka nyer dia.. test seblum bawa dia masuk pool kat bwh rumah tu.. (ye, memang hasya lambat diperkenalkan dengan pool, laut sumer sebab opah nya tak bagi,, sekarang opah dok jauh, dia tak tau kan sayang...)

Sunday, June 19, 2011

happy fathers day..the 1st

SELAMAT HARI BAPA 
kepada Mohd Hailmi bin A. Rahman.. tahun ni tahun pertama  kitorang celebrate Hari Bapa.. Terima kasih menjadi ayah yang BESH kepada Nur Asyifa Hasya selama ini.. We love u so much !!!

so, sempena menyambut Hari Bapa, hubby bawa saya pergi beli lampu dan kipas untuk satu rumah (mana yang perlu la).. beli semua tu kat kedai perabot kat balakong ni.. kitorang memang tak de nyer nak gi survey2.. pergi 2 kedai, terus decide nak beli apa.. sebab tak cukup masa, dan rasa kesian pulak nak usung baby hasya ke sana ke sini..
.
malam sebelumnya, kawan hubby (kontraktor) datang umah nak tengok mana nak buat new point (power letrik) dan beberapa lagi termasuk plumbing dalam bilik air tu..  kalau nak hack dinding, dia charge RM150/point.. kalo wat external cable RM 80-90 jek... setelah difikir dalam2, kitorg decide suh buat guna external cable je la.. malas lak nak kecah2 kan rumah walaupun mmg kalau hack dinding lebih kemas dan cantik.. tak pe la, banyak lagi nak guna duit.. nak beli langsir lagi, 2-3 perabot yang dirasakan perlu lagi, nak tukar pintu bathroom lagi.. 
.
lepa beli barang2 tu, terus ke subang, jupa member baik Lily ngn anaknya Ady Yaslam.. bagus la, Hasya ngn Ady leh berkawan.. Ady muda sebulan dari hasya tapi dah boleh merangkak, da start berdiri da pun.. dalam kol 7, kitorang gerak balik ke Seremban jumpa Atuk ngan Nenek Hasya.. 
.

Sempena Hari Bapa, Ibu belikan ayah Hasya Red Velvet Cake.. rasanya so-so la.. beli kat satu blogers di Presint 8, Putrajaya.. agaknya tak kena dengan tekak kitorang kut

.
Hasya kalau dengan ayah, senyum je tau.. kalau dengan ibu, nak bf jek kerja nya.. masing2 ada fungsi khas ye hasya.. 

 a photo of her a night before she turns 10 months.. love u sayang

Wednesday, June 15, 2011

mencari shower head

we all sekarang tinggal di Apartment Kinabalu, tingakt 7 dari 8 tingkat..
masaalahnya, water pressure dalam bathroom ada sedikit low dan kalau pakai shower head tu mesti meleleh je (i guest la, sebab tu tenant lama buka shower head).. so, plan nak replace dengan shower head baru.. hajat hati nak buat ala2 bahthroom standard hotel, tapi disebabkan saiz nya yang agak sempit sampai nak berjimba2 pun tak muat kecil,  cuma tukar apa yang patut..
.
pintu confirm nak tukar sebab part bawah nye dah reput, sampai hasya leh main hulur tangan bwh tu bila ibu tengah mandi plus bila buka tu bebetul cukup2 lalu tepi sink (sink nya besar. tak padan dgn saiz bilik air jadi harus lah mencari sinki yang agak comel, corner pedestal sink maybe??).. tengah survey nak beli pintu.. sliding atau yang buka bentuk V tu.. tengok iklan dalam paper anggaran RM300++/nos..
.
try google sal masalah low water pressure ni, kut2 la ada shower head yang khas utk masalah macam ni kan... bila baca forum ni http://ths.gardenweb.com/forums/load/plumbing/msg1121344412858.html, ada beberapa cadangan :-

1. find very small solid brass shower head, about 1" in diameter and it has one ring of needle sized holes
2. pasang pumping system (tak sesuwai hokeh kalo rumah nye jenis apartment)
3. beli kat web nih http://takeashower.com/ memang khas untuk masalah low water prsessure macam saya.. tapi, mcm la senang nak beli online ni kan..
.
so, kita try dl guna option no 1, sebab lagi senang kut.. kalu tak baru try option no 3.. all the best to me ;)

dicadangkan guna jenis ni untuk atasi masalah seperti disebut di atas, kat area KL da ke kedai yg jual jenis2 camni ek.. kena pergi survey ni kan..


Monday, June 13, 2011

tentang RUMAH

hal pindah rumah da selesai..
sekarang masa untuk men-deco-kan rumah pulak..
decide nak wat yellow theme for ruang tamu dan ruang makan..
romantic pink for master bedroom + guest room @ bilik menempatkan almari baju baby hasya
(sebenarnya nak buat baby room, tapi confirm punya si kecik hasya akan bersama-sama kami di waktu malam untuk tempoh yang agak panjang, so boleh la digunakan untuk family yang datang ke rumah)
kitchen kabinet - dapur kitorg tak besar, dalam 6' x 4', so chumell.. and ID dah pun tengok n measure last friday... after bincang2 sumer dalam 5-7 hari akan come out 3D design.. so masa tu boleh la kalo nak proceed atau ubah mana yang tak berkenan.. we all buat kat Kian Classic, Bt. 11 jalan Cheras..
so far, layanan mmg best.. harga pun mcm ok je sebab malas tak de masa nak g survey tempat lain, tapi aa la juga tanya2 satu kedai sebelah Carvenzi Balakong ni.. mahal dan tak melayan kehendak pelanggan betul..
sume yang kita nak add on, sume kata mahal, an tak advice untuk buat..
hello!!! ingat we all tak de duit ke?? so, memang tak de la nak survey2 lagi.. ;(
.
wardrobe pun buat sekali kat Kian Classic nih.. yg ni rega nye RM 1,800 untuk 6'.. kaler putih.. owwwhhh, i liokeee.. match je ngn kaler pinky kan..
.
so, setakat ni memang bersepah giler dapur.. pas ni nak g shopping utk lighting.. dalam kepala otak dah pikir nak beli candeliar kaler itam, tapi hubby mcm pelik je.. never mind, boley discuss hal tu..
.
nak buat wiring, betulkan semula soket2 yang da rosak (pelik betul tenant lama ni, camne dorg idup ngn sana sini soket tak bleh pakai kan) dan re-struktur semula piping dalam toilet..
.
harap-harap boleh setel sebelum raya puasa.. ;)

 good day sunshine.. cool aightt..? tapi sofa sy kaler itam.. boleh la kan..
.
gorgeous pinky.. so sweet..

Thursday, March 26, 2009

rumah.idaman

errr... apa ek nak nulis kt n3 utk hari ini.. ding dong.. ding dong..
kite cite pasal beli umah la nak..
.
semua orang mengimpikan ada rumah sendiri.. nak rumah besar, bilik ada banyak (kalo leh xmo umah 2 tingkat.. tp dgn rega tanah yg mhl sekarng ni, terpaksa la juga double store house menjadi pilihan), ada laman yang luas, rumah corner lot, dekat ngn shopping complex, dekat ngn opis, xde masalah jammed, dkt ngn sekolah anak2, dekat ngn umah parents/adik beradik/sanak sedara.. tapikan, hidup kena realistik.. tambahan lagi kalo kerja kat kl.. dengan kemampuan yang ada, susah kalau kita nak semua tu dalam satu pakej.. mmg tak akan dapat punya.. kecuali la kalau duit tak menjadi halangan.. utk org2 yg kija mkn gaji ni, mmg la susah..
.
me? ada gak plan nak beli rumah sendiri nih.. dan mmg dah byr deposit pun (nasib xbanyak..).. tp bila di fikir2 kan sedalam-dalamnya.. tambahan pulak pemaju yg uruskan dokumen pinjaman tu ambil masa sampai 4-5 bulan.. dan kemungkinan harga rumah tu akan bertambah (err.. kalau beli rumah daripada pemaju yg dah 2 tahun siap, then memula bgtau kita yg rega umah tu ikut rega ms construction.. tp tetiba bila dah nak sign dokumen, rega umah tu mgkin akan naik sebab dia nak value-ing rumah tu semula.. rasa2 nye mmg perkara normal ke ek...) start berfikir sama ada patut tak patut nak teruskan beli rumah tu..
.
fyi.. rumah tu terletak di rawang, ada lar 45 km dari kl .. dengan nak byr tol nye lagi.. kalo kuar umah kol 7 pg pun, start sg buluh lagi dah mula jem.. tu tak pe lagi.. nama pun kija kat kl.. dok ler mana pun, jem tu tak leh nak elak lagi kan.. tp yg tak bestnye, katakan la dah balik umah, tetiba teringin nak tgk midnight movie kat pavillion ke, klcc ke.. tak ke jauh sesangat tu.. mySM tu pulak kalo projek kat klcc dah start, mmg tak kira masa balik umah nyer (err.. pas kawin nti, kitorg plan nak dok umah ni la..).. kekadang kol 12 mlm, kekadang kol 3 pagi.. tak ke kesian nak balik rawang mlm2 buta mcm tu.. sorang2 lak.. tambahan lagi parking kat klcc mmg tak leh nak claim.. so, terpaksa naik motor la.. kalo park keta kat dlm tu.. alamat hari2 mkn maggi je ler.. sehari kalo msk kol 10.00 pg-3.00 pg, plg kurang kena rm40.. kalo 5 hari seminggu.. sebulan dah bp kan.. tak kan duit gaji nak byr tiket parking je kan.. so, naik motor la plg jimat.. parking tak kira berapa jam pun, RM2 je lar.. jadinya, bertambah la lagi satu masalah.. tak kan nak balik rawang naik moto????? oh, NO..NO..NO.. tak kan mungkin akan ku benarkan perkara itu terjadi.. tidak sama sekali.. hi3
.
jadinyer, esk hari kn fax surat kpd developer tu untuk batalkan pembelian rumah @ rawang tu.. sedih tu mmg la sedih.. sebb rumah tu dah menepati ciri-ciri rumah idaman tau.. tp nak buat mcm mana.. mungkin bukan rezeki..
bila tak jadi beli rumah tu, timbul semula masalah nak cari rumah lain.. BELI atau SEWA..??? lokasi strategik yg sesuai dgn bajet dan tempat keja..?? ehhmm.. mungkin mengambil masa yg agak lama kan.. harap2 apa yg dihajati akan termakbul... amin..
.
note : mySM kata, "one-by-one".. "step-by-step".. ada rezeki, tak ke mana.. ;)