Showing posts with label bf.journey. Show all posts
Showing posts with label bf.journey. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Petua Tambahkan Susu Ibu


Dah nak menghampiri Syawal, meninggalkan Ramadhan.  Terasa-rasa Ramadhan ni agak bermakna.  Dari segi ibadahnya, pengisiannya.  Seronok sangat.  Moga-moga Ramadhan akan datang dapat buat lebih baik.  

Cerita BF pula, minggu hadapan Atif genap Atif 2 bulan dan rezeki susu memang melimpah ruah.  Ingatkan bila berpuasa, susu tak banyak.  Sebelum puasa, minggu ke tiga selepas bersalin dah mula buat stok susu.  Sekali mengepam dapat 3-5 oz.  Masa tu mengepam dalam sehari dua kali.  Bila mula berpuasa, mengepam hanya sekali, sebelum sahur.  Masa ni memang dah bengkak, Atif pula dia bangun menyusu sekali je, dalam jam 3 pagi.  daripada 6 oz, meningkat 9 oz.  Masuk minggu ke dua puasa, dah mula boleh dapat 12 oz.  Ada masa sampai 15 oz.  Terfikir-fikir apa faktor yang sebabkan boleh dapat banyak macam tu.  Tiap-tiap hari sama je pemakanannya.  Vitamin C, vitamin B Compleks, minum air hampir 4 liter (mula berbuka sampailah sahur).  Masuk minggu kedua minum Epyra lepas bersahur tapi tak adalah rasa susu bertambah sangat.  Sabtu lepas, sebelum tidur bersembang dengan MIL, sambil tu mulut ni mula lah nak mengunyah macam-macam.  Tapi dah malam, takut menambah kalori, makan kurma 2, 3 biji.  Tak sampai sejam lepas tu  cik b mula bengkak.  Baju dah basah.  Nak tidur pun tak selesa.  Terus mengepam sebab Atif dah tidur.  Dia ketap mulut dia rapat-rapat.  Masa tu dapat 10 oz.  Okey lah kan.  Lepas sahur, pam lagi sebab bengkak juga.  pun dapat 10 oz!!!  So, total satu malam 20 oz!!!  Dari situ dah dapat agak, kurma adalah milk booster saya.  Baru perasan, kenapa masa Ramadhan susu makin bertambah sebab makan kurma dengan konsisten.  Masa berbuka dengan masa bersahur.  Allah dah janjikan, anak yang lahir dia bawa rezekinya sendiri.  Setakat ni, tak perlu nak beli milk booster yang lain.  Dan satu lagi, setiap kali solat, berdoa agar susu mencukupi untuk Atif.  Satu perkara yang rasanya tak pernah buat masa BF kan Hasya 4 tahun lepas.  Masa tu berjaya susukan Hasya sampai umur dia setahun 4 bulan.  Niat nak BF tu memang ada, tapi tak dilafazkan dan tak diminta melalui doa.  Ajaibnya kuasa doa kan.  Alhamdulillah.

Thursday, July 19, 2012

sekiranya BF itu dibuat kiraan duitnya

saja suka-suka nak buat kiraan bila kita bf anak dengan beli FM bagi tempoh 2 tahun

1.  barang yang dibeli sama ada anak bf atau minum FM

  • strelizer
  • botol susu
  • bottle & teat brush 
  • drying rack

2.  barang yang dibeli untuk ibu yang bf (kajian kes : diri sendiri)
  •  breast pump Medela Harmony - RM 270 (masa beli ni sebelum bersalin, Jun 2010 rasanya)
  • breast pump Spctra 3 - RM350 (beli masa Hasya umur 5 bulan, Januari 2011, dah let go dengan harga RM200 bulan April 2012)
  • breast pump Medela FS - RM1900 (beli masa Hasya umur 1 tahun 4 bulan)
  • cooler bag - RM50
  • ice pack - RM50 (ada 4 rasanya)
  • storage bottle/plastic - RM100 (ada dekat 40 botol macam-macam jenama)
  • nursing bra - dalam RM300 bermacam jenama
  • supplement Shaklee set bf - rasanya dah 4 kali re-stock sebab saya makan supplement on & off jumlah RM1,200
  • nursing pad - ada lah 2 pasang, jarang guna jumlah RM20 
  • nursing wear - tak banyak jg.. lebih kepada beli blaus/kemeja besar sikit dari saiz RM150
          Jumlah = RM 4,190

* saya tak pakai Nipple Cream pun sebab bila luka je, letak air susu, lepas tu anginkan.. tak sampai setengah hari luka tu dah elok.. nursing cover pun tak pernah beli.. guna shawl sahaja.. tak pun cari nursing/baby room

3.  barang yang dibeli untuk ibu yang beri FM (kajian kes : berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang lain)

  • penggunaan susu formula yang berharga RM68 bagi 900g yang bertahan selama 2 minggu (purata dari 0-24 bulan) @ 1 bulan RM 136.. sehingga anak berumur 2 tahun RM136 x 24 bulan
           Jumlah = RM3,264

TETAPI...
  • set supplement Shaklee adalah untuk kesihatan ibu, bukan semata-mata untuk bf sahaja
  • barang-barang pada item (2) boleh diguna semula untuk anak yang seterusnya kecuali nursing bra (yang lama confirm dah buruk) dan set supplement tu.. (ini sama juga sekiranya menggunakan cloth diapers tapi, saya tak praktik kan pun.. ada 2 helai, guna kalau montot Hasya naik rashes je..)
 ********

nampak kan penjimatan nya disitu.. tapi, ada harga yang perlu dibayar oleh ibu-ibu yang bf ni.. antaranya tidur malam tak nyenyak sebab kalau susu botol, ayahnya pun boleh bangun buat kan susu dan pengagihan masa yang amat kritikal disebabkan anak-anak bf ini tersangatlah manja dengan kita.. kalau boleh nak berkepit saja.. kalau difikirkan sedalam-dalamnya itu adalah kelebihan sebab sentuhan antara ibu dan anak yang bf lebih lagi dari bayi yang diberi susu FM.. saya bercerita bukan hendak menidakkan tanggungjawab seorang ibu yang memberi anaknya susu FM cuma saya nak memberi semangat kepada adik-adik yang membaca blog saya, yang menanam impian dan semangat untuk bf bakal anak-anak mereka.. ibu yang memberi anaknya susu ibu atau susu FM adalah seorang IBU!!! jangan sesekali kita mengecilkan hati mereka hanya kerana mereka tidak bf anak mereka.. masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri kerana saya tau, jauh dilubuk hati mereka, mereka ada menyimpan hasrat untuk bf bayi mereka.. kita yang diberi peluang oleh Allah ini, bersyukur lah... dan jangan takbur dan bongkak kerana jika ditarik rezeki ini, menyesal lah kita tak sudah.. 

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..


Thursday, June 28, 2012

Pengalaman dengan Shaklee : Part 2

Mari kita bersambung lagi ye.. so, lepas bersalin saya memang tak ambil jamu atau apa-apa supplement pun.. gila kentang kan.. so, masa tu tinggal dengan mak (saya PJJ dengan Emi) sampai lah umur Hasya dekat 9 bulan, baru dapat bertukar ke KL.. maka, bermula rutin saya menjaga Hasya, Emi dan rumah kami.. serius rasa nak menangis!!! dan memang menangis pun.. baju tak lipat saya menangis, anak menangis pun boleh buat saya menangis.. masa ni, baru tau Shaklee ada supplement untuk set BF sebab susu saya semakin merudum.. ye lah, walaupun makan memang saya jaga, terlebih apatah lagi tapi emosi saya tak keruan.. sentiasa stress.. dalam set BF tu, ada B-Complex dan ia amat membantu saya.. kalau tak makan, saya akan jadi cepat penat, bila penat ada je lah yang tak kena di mata, dihati.. jom tengok apa yang saya makan sepanjang tempoh penyusuan saya dengan Hasya.. walaupun saya tak consume dengan full set, ini dah dapat membantu saya.. 


 bila saya makan vit ni betul-betul ikut masanya, saya perasan Hasya jarang kena selesema.. tapi ia nampak tak berkesan pada saya sebab saya sering kena selesema.. tak tau lah kenapa.. tapi kulit cantik.. jerawat pun jarang tumbuh..

 mula-mula, saya tak beli pun Vita-Lea ni.. tapi, bila Hasya sering sakit saya ada baca yang kemungkinan dia kekurangan zat besi/iron.. dan bila saya ambil supplement ni, nampak dia jarang sakit.. tapi, masa tu umur dia dah setahun 2 bulan dan dah cucuk vaksin pneumococus tu.. jadi, persoalannya adakah Vita-Lea ini membantu? saya pun tak ada jawapannya.. ini semua ketentuan Allah.. hanya Dia yang mengetahui.. saya cuma dapat besyukur dan meneruskan sahaja..


terbaik!!! susu jadi pekat dan Hasya akan lena kalau saya ambil supplement ini (susu saya memang dari azali tak ada lah banyak mana, tapi bila susu pekat, ia membantu juga mengenyangkan si kecil tu).. 10 biji sehari.. apa nak cakap lagi.. telan saja!!!


terbaik juga!!! bila saya stop set BF, ini antara supplement yang akan saya teruskan.. tadi dah order kat Emi, minta belikan ESP dan Meal Shake (bahagi dua dengan adik - dia pun tengah mengandung, tak lalu makan.. jadi saya cadangkan ambil kedua-dua ini.. harganya boleh tahan.. ESP RM121 dan Milk Shake RM98).. sekarang memang tak ada rasa nak makan pagi pun.. malam nak diet tak nak makan apa.. harap-harap minum ESP dan Meal Shake boleh la membantu rasa kenyang tu.. elok juga beli, dah nak bulan puasa pun.. so, sahur boleh minum Meal Shake.. oh, tahun lepas ada juga beli Perfomanca Drink.. bagus, susu maintain je dan tak rasa penat..

Alhamdulillah, setakat ni saya masih dapat menyusukan Hasya.. seronok tengok dia kekenyangan bila bf waktu malam.. siang dia dah minum fresh milk.. sebab? saya dah tak mengepam waktu siang.. dan stok semua dah habis.. kenapa saya tak mengepam waktu siang? saya dalam proses nak berhentikan Hasya dari bf sebab sekarang saya dah tak tahan dengan 'gigitan' nya pada B saya.. sakit sangat.. luka sekeliling B tu.. bila saya mengepam, ia membuatkan luka-luka tu makin teruk.. dan saya dalam proses nak kuruskan badan.. sepanjang 10 bulan mengandung dan 1 tahun 10 bulan saya hanya tumpukn kepada Hasya, sampai badan saya semakin kembang.. sekarang adalah masanya saya menjaga penampilan di mata suami.. walaupun Emi tak kisah, saya tau jauh di lubuk hati seorang suami, inginkan isterinya cantik, langsing.. hahahahaha.. semacam je statement kan.. 

Saya juga bercadang nak mengandung kali kedua.. dah mencuba hampir 3 bulan, tapi belum ada rezeki.. mungkin sebab berat saya berlebihan siapa tahu kan.. saya memang nak sangat dapat mengandung sekarang.. pertama adalah bila saya berkira-kira, saya kena bersalin sebelum bulan 6 bagi memungkinkan saya untuk berpuasa penuh pada tahun hadapan... tak larat rasanya ganti puasa hampir 30 hari semasa bersalinkan Hasya.. kedua sebab saya dah nak sambung belajar September ini.. mungkin ambil masa 2 tahun.. dan saya target nak besarkan baby baru tu sampai umur dia setahun lebih baru hantar ke Taska.. Tuhan je tau betapa saya risau dan susah hati bila anak kecil yang tak tau apa-apa dihantar ke Taska.. dan untuk mengelakkan kes saya beri anak minum susu lembu awal dari 2 tahun, saya akan mula buat stok banyak-banyak.. jadi, bila saya mula nak stop mengepam awal, stok masih lagi ada.. masa tu, boleh la fikir nak ramping semula.. ye, ramping itu perlu dan saya memang tak gemar bertubuh besar!!!

Monday, April 30, 2012

di IKEA selama 8 jam

semalam pecah rekod.. masuk IKEA jam 1.30 petang, keluar jam 10.00 malam!!!! tolak 1 jam makan kat Kluang Station, masa dihabiskan adalah 8 jam!!! nasib baik Hasya mau tido jam 4 petang sampailah jam 9 malam.. lena betul dia.. kalau tak, asyik menangis xnak duduk dlm stroller ke, troli atau kena dukung.. memang tak dapat lah kan.. orang datang sebab nak cari barang, nanti bertukar jadi cari Hasya pulak.. hiiiii, tak sanggup tau..

actually, datang sini sebab anak buah baru pindah rumah, so semua barang rumah dari sofa, meja makan, bilik tidur adalah dari IKEA.. dapur just aksesori kecil-kecil.. total dia belanja semua tu RM6k.. saya yang tak masuk rumah baru pun habis sampai RM300++.. al-maklumkah, bajet kecil-kecilan.. nak cantikkan rumah secara berdikit-dikit.. nanti lah, ada masa, saya buat entry khas tentang deko-deko rumah ye.. deko untuk orang biasa-biasa macam keluarga saya je.. ;)

sempat bf si kecik ni kat sofa IKEA.. kikikiki.. malas nak patah balik ke bb room, lagipun dah tau perangai si tecik ni.. masuk bb room nanti, dia nak main mainan dalam tu.. bukan nak susu pun..

nota ; har ni Hasya bawa bekal simple je sebab terbangun jam 6.15 pagi.. nasib baik ikan dah bawa turun dari freezer malam tadi.. sayur mayur semua dah potong sebelum keluar ke IKEA.. so menu bf Hasya Mihun Goreng Ikan Bilis dan lunch Sup Ikan Merah (saya masukkan serai dan daun limau purut bagi wangi).. kudapan kuih bangkit, biskut Jacob's Weetameal dan pisang


Thursday, April 26, 2012

nursing bra

tadi tengah hari keluar kejap.. pergi kidmodehouse, nak beli stroller macam yang saya cerita kat SINI..
dah akhirnya saya berjumpa juga Nursing Bra yang jenis buka ikut tengah, bukan klip kat tali tu.. sebabnya, bila menyusukan hasya kat rumah MIL ke, masa kenduri ke, memang saya tak pernah pakai shawl ke cuma cover dengan baju yang agak besar (hihihi.. buleh sorok perut yg tak turun-turun sejak bersalin) atau tudung.. tapi yang masalah bila nak buka klip, jauh ke atas dan masa nak pasang semula jadi agak leceh.. pernah bebel kat Emi, kenapa tak ada orang jual jenis klip kat bawah bra tu ke, tepi ke tapi saya yang tak jumpa.. harga pun murah je RM26.00 lepas diskaun 10%.. sebelum ni beli kat Lunatots, sehelai RM60+++.. ada juga beli kat Avon sebab lace nya cantik dan harga ahli RM18 jek.. semua jenis tak ada wire tapi ada satu beli kat Lunatots yang ada wire, memang tak best langsung.. lepas buka, nak pasang balik kli bra tu tetkial-kial.. siap kena guna dua tangan.. kalau semua bra basuh, barulah dengan rasa tak best guna bra ni.. dah lah harga mahal.. yang murah juga sesuaiiiii..

 ni yang biasa kita jumpa.. jenis klip kat atas

saya baru beli jenis macam ni.. nanti saya review ok ke tak kan.. tapi kalo tak ok pun kena pakai juga, cuma tak akan rekomen la kat orang lain - UPDATE !! memang tak best lah.. masa nak buka memang senang, tapi masa nak pasang balik, still guna dua tangan.. back to usual nursing bra la nampaknya

nota : hari ni Hasya bawa bf mihun sup, lunch ayam goreng kunyit dan sup sayur.. bahan kudapan hari ini ialah kuih bangkit.. budak tecik ni memang antu kuih bangkit

Monday, April 16, 2012

krim badan yang Hasya guna (Eczema)

jom review produk-produk yang pernah Hasya guna dari mula dia lahir hingga kini.. fyi, Hasya ni ada Eczema, cuma tak adalah sampai luka berdarah tu.. cuma kulit kaki dan perut dia amat kering..
pertama kali Hasya disahkan alergi kepada sabun-sabun yang biasa tu like Johnson's, Pureen etc adalah masa dalam 2-3 hari lepas dia lahir.. badan dia merah-merah lepas mandi, dan bila jumpa paed di Parit Buntar, doktor sarankan bertukar kepada Sebamed (body wash dan losyen) dan tak boleh letak bedak langsung, hanya sapu losyen satu badan.. harga dalam RM22++ setiap satu

lepas 3-4 bulan, tak ada kesan,paed Hasya tukarkan pula kepada Cetaphil.. masa ni satu tiub losyen RM45 dan boleh tahan satu bulan +++

jumpa pula paed di Columbia Cheras bila dah berpindah ke KL, paed tu cadangkan gunakan Ezerra.. bila pakai sample nampak ada perubahan, terus beli tiub besar.. setipa kali bertukar losyen, body wash juga akan bertukar.. masa ni, ada sepupu sarankan pakai Minyak Kelapa Dara.. so, lepas 2 tiub, saja cuba minyak pula dan maintain body wash Ezerra.. lepas botol ke-2, tak ada kesan dan kami decide bawa ke Klinik Pakar Kulit An-Nur..

bertukar pula kepada krim QV ni.. doktor pun hairan  sebab katanya semua losyen yang pernah Hasya pakai, adah paling baik.. mungkin tak ada yang serasi lagi.. dah 2 tiub pakai, Alhamdulillah, ada perkembangan sikit berbanding krim-krim yang lain.. harga RM40 rasa nya dan boleh tahan satu bulan +++... tadi pergi beli Oil Bath QV (RM 22) ni juga.. ikut kata pharmacist, this is  the best untuk mandian budak yang kulitnya amat kering.. mak mana tak nak yang terbaik kan.. so, esok harus di beri taklimat kat cikgu Taska cara nak mandikan Hasya guna oil bath ni.. cara nya, masukkan satu penutup Oil Bath dalam baldi, dan mandi gunakan air campuran ni.. tak perlu bilas dengan air lain.. dan terus lap badan bagi kering..

selain tu, Hasya juga tak makan seafood dan sekali sekala je makan ayam.. ikan pula memang tak bagi dia makan ikan yang gatal-gatal macam kembung dan ikan tongkol.. hasya juga doktor bagi ubat serbuk yang dicampur dalam air, ini adalah untuk kanak-kanak yang ada asma, tapi bagi juga pada Hasya sebab ia boleh kurangkan alergi Hasya.. so sekarang, sebolehnya rumah disapu hari-hari dan pakai pula penyapu yang guna fabrik sintetik.. maknanya, bila gunakan jenis ni, habuk-habuk kecil akan melekat pada kain tu dan juga rambut.. so, tak adalah isu habuk berterbangan lagi sebab saya juga sensitif kepada habuk.. dulu, memang jarang nak sapu rumah, tunggu lah 2-3 hari baru vacuum, itupun kalau boleh sampai rumah awal.. sebab, bila pakai penyapu biasa, berair lah hidung saya 2-3 hari.. mata semua jadi merah.. jadi, sekarang dengan senang hati saya menyapu hari-hari.. Hasya ada kat situ pun saya dah tak risau sebab habuk dah tak ada terbang-terbang.. bagus kan, inovasi membantu memudahkan kita.. ;)

beli kat Jusco Cheras Selatan.. RM49 rasanya.. kain tu, boleh basuh kalau nak, tapi setakat ni belum la pernah basuh.. kalau nak tukar pun, ada jual kain tu secara berasingan.. (dah macam orang jual penyapu pula kan)

Wednesday, March 21, 2012

update laju-laju dari INTAN.. lamanya tak ada entry baru!

live from INTAN Bukit Kiara

SPSS ni macam best, tapi kenapa macam susah sangat nak faham?  kalau ikutkan membantu masa buat research nanti.. alahai, harap-harap lepas la kesemua modul QA3.. tak nak rasanya berulang ke sini selepas 31 Mac nanti..

oppsss, Hasya dah cukup 1 tahun 7 bulan.. dah pandai bercakap.. dah boleh susun 2 perkataan.. makin sayang, makin cintakan dia..

bestnya pakai Medela FS.. walaupun tinggal 6 bulan je lagi journey bf saya dan Hasya, saya tetap nak terbaik untuk dia.. memudahkan, dan rasa happy masa mengepam.. hi3, mengada-ngada kan..

terfikir nak dapatkan zuriat kedua, tapi risau kasih sayang saya kepada Hasya terbelah bahagi.. pada masa yang sama, nak sangat dapatkan kawan untuk Hasya.. apa kata anda???

Monday, November 14, 2011

nak hantar servis Spectra 3 esok


tak tau apa masaalah dengan pam Spectra 3 ni.. bila mengepam, sakitnya sampai rasa senak ulu hati.. biasa tak macam ni pun.. takut ada short circuit (ngeh3) kat dalam tu.. so, esok nak hantar g Histopoint Sdn Bhd., tempat servis Spectra.. tempat nya di SS18/6, Subang Jaya.. tadi call katanya caj below RM100, kalau exceed dia akan inform by call sbb kn tinggalkan pam tu kat sana dalam 2-3 hari.. nasib ada pam Medela Harmony..
harap-harap ok lah lepas ni.. serius sakit sangat, berdenyut-denyut even dah letak kat minimum.. ;(

Wednesday, November 2, 2011

usaha menambah susu ibu

  • air longan dan kurma merah 
  • supplement Shaklee Set-B 
  • air soya Organik Melilea
  • air masak 3L sehari
  • pumping session 3x sehari
semua dah cuba
malam ni mari cuba masak sup lobak putih.. semoga susu ibu bertambah dari biasa.. untuk mu anakku Nur asyifa Hasya

haiii lobak putih, apakah rasa ko ye

nota tambahan selepas mencuba : TAK SEDAP LANGSUNG!!!

Tuesday, October 25, 2011

usaha saya untuk si kecil

susu saya makin kurang.. baby Hasya secara rasminya dah mula campur FM sekali sehari mulai minggu lepas.. saya cuma dapat bekalkan 2x sesi minum susu di Taska, sekali lagi, kena tambah dengan FM.. sedihnya la rasa hati.. mulai Khamis lepas, kuatkan semangat buat power pumping.. Alhamdulillah, dapat la menambah kuantiti susu Hasya tapi, Sabtu dan Ahad memang tak mnegepam langsung.. hari ni paling teruk, 3 kali mengepam, dapat 4oz sahaja..mungkin disebabkan power pumping saya tak konsisten.. mungkin kena kuatkan semangat ni, mengepam di tengah malam walaupun baby Hasya menyusu kerap.. tabahkan lah hati.. suami, jadi pendorong saya ye.. saya target, minggu hadapan, Hasya akan fully SI semula..

nota : environment di tempat kerja amat tak selesa.. kerusi terlalu tinggi, tak boleh nak turunkan (atau saya tak pandai?), nipis pulak tu sampai terasa kayu nye.. aircond tak terasa, serius berpeluh je tengkuk ni.. HATI, tabah lah!!!


Wednesday, October 5, 2011

sedang pening dan pedih

saya pening.. design struktur sekerat2 sebab British Standard tak complete.. adehhh.. ada sesiapa nak tolong tak untuk membantu melengkapkan kekusutan ni?? tiba2 hari ni ada topik pula nak dicoretkan (cehhh, coret tuuuu)..

N*ppl* saya pedih.. semalam masa susukan Hasya, dia terus lelap seperti biasa.. tapi masa dia tengah lena tu, ntah mimpi apa, kuat gigi dia yang 2 batang je tu mengetap n*ppl* saya.. mak aiiiii, sakitnya.. tindakan luar sedar, terus tarik sepantas kilat (patutnya cuba tutup dulu idung si kecik tu kan.. bagi dia lepas dari geget) dan kesudahannya, memang luka la.. hu3.. lepas tu, bf lagi bila Hasya terjaga malam, still leh maintain lagi feeling pedih tu.. tapi, hari ni bila dah 2x mengepam, rasa tak tahan sangat.. cancel sesi mengepam ke-3.. dalam surau, picit bagi susu keluar dan lumur kat seluruh tempat yang sakit tu.. kebiasaannya saya buat macam ni je.. memang tak pernah beli krim yang ada kat pasaran luar.. harap2 menjadi juga la kali ni.. petang nanti balik, acara wajib si kecik bf tak henti2.. kalau pedih juga, memang kena tahan la.. ngeriiiiii!!!!

Room-mate office saya (lelaki.. saya bercampur 3 lelaki dan 2 perempuan), isterinya baru melahirkan baby yang pertama 7 Syawal lepas.. dan setakat ni tak pernah la dia tanya apa2 mengenai penjagaan bayi ni.. saya tak pandai, tapi kalau ada yang tanya saya cuba ambil yang terbaik sepanjang saya membesarkan Hasya.. yang tak elok, saya tak ceritakan pun.. tapi tadi dia bertanyakan tentang masalah anaknya yang tak poo poo dah 3 hari.. saya tanyakan, minum susu apa.. sedih bila dia bagitau anaknya dah mula campur dengan FM.. itu adalah jawapannya.. saya minta dia minta advice doktor je la.. tak berani nak komen sangat.. just bagitau kemungkinan tak sesuai dengan susu.. dan salah satu sebab saya cuba menggigihkan diri untuk terus bf Hasya adalah sebab saya malas nak try & error untuk mencuba pelbagai jebis FM yang melambak2 kat luar tu.. nak kena study ingredient dia la, nak lebih DHA ke, nak sistem inunisasi kuat la.. ngeh3..
 .
Hasya nak cari disposible diaper yang sesuai pun letih ibunya.. mula2 pakai Diapers Wee Wee Dry, pastu macam timbul merah2.. tukar dengan yang murah sikit sebab masa tu dia baby lagi, kuat poo poo so pakaikan Hey Baby.. ok la, setakat ni memang tak ada masalah cuma pelekat dia kureng la sikit.. kuat melekatnya, sampai nak buka tu susah sikit.. kalau sekarang, dengan Hasya berdiri nak bukakan hey Baby dia ni, memang terkial2 sikit.. pernah cuba Huggies.. ok tapi kalau Hasya kencing, ada bau sikit.. rasa tak besh pulak dekat baby ada bau hancing kan.. jadinya kekal la dengan Hey Baby.. cuma sekarang ada la tukar2 pakai Diapers balik.. sekarang ok pulak, tak ada ruam2 sebab Cikgu taska Hasya komen, pakai Hey Baby memnag leceh nak buka pelakat masa nak salinkan.. saya ikut kan je la.. dah hantar tempat orang, sebolehnya saya nak "senang"kan je kerja dorang.. cuma, baru2 ni tukar pakai Pet Pet, merah2 balik montot si kecik tu.. siap naik biji2 lagi tu.. tukar la pakai Hey Baby balik.. bagus Hasya, memang low maintenance montot dia.. tapi part kulit, losyen dia je dah RM50++.. opah nye kata, kulit mahal dak Hasya nih.. dari kecik memang kulit Hasya agak ada masalah.. rashes nye sentiasa ada.. macam2 losyen + krim mandian dah cuba.. siap bawa pergi jumpa doktor.. Sebamed, Cetaphil, Ezzera.. semua lebih kurang je.. sekarang tengah cuba sapu Minyak Kelapa Dara.. dan saya juga cuba berpantang dari makan ayam dan daging.. tengok macam mana keadaannya nanti.. ;)


Tuesday, September 13, 2011

pantang larang

Apa kata anda?

Pantang larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi :

1.Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
2.OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
3.Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
4.Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
5.Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.

copy from : http://www.mychibibox.com/

Saturday, July 2, 2011

apa yang saya minum?

saya pernah mengalami saat2 kerunduman susu sampai terpaksa bagi hasya susu formula.. tapi, hasya refuse untuk minum FM, dan bila dia minum FM hasya start demam, batuk tak elok2 sampai seminggu lebih.. saya memang tak cuba bagi susu soya sebab bagi saya, susu soya adalah pilihan terakhir, so saya bagi FM (lembu) laktosa free.. tapi dalam seminggu je, sebab sy telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula susu ibu dan alhamdulillah, saya berjaya.. walaupun hasilnya tak semewah mana, cukup lah untuk bekalan hasya di taska..
.
hasya jenis bayi yang reverse cycle, minum susu pada waktu malam sebab dia hanya direct bf sahaja..  saya telah mencuba organic soy, dan hasilnya memang best, dan rasanya pun best.. (sebenarnya, memang kalau boleh nak elak minum teh, nescafe, coffee dan yang berais sebab tau akan memberi kesan sampingan kepada production susu, tapi kenapa lah saya ni degil sangat kan..)


 galacta capsules.. RM65 rasanya.. hubby yang tolong belikan kat wangsa maju.. budak kedai tu kata, kesannya dlm masa 24 jam..tak berapa berkesan.. biasa-biasa je


1st time beli kat kedai lunatots, putrajaya.. RM 25.90 utk 15 sachet (30 gm/sachet).. sedap dan memang ada kesan (saya minum bersama set bf shaklee).. bila jumpa brand yang sama, cuma tak de gambar pengasas lunatots tu kat farmasi bawah opis sekarang ni, RM 14.90 je..terus tak beli kat lunatots tu dah.. beli kat farmasi jek.. kat tesco pun ada rasanya.. pun sama ngn harga kat farmasi tu..


1st beli kat jusco cheras selatan.. pun sedap.. 500 gm RM 15.90.. tapi, leceh sikit sebab dia dlm bentuk loose powder..

Thursday, June 2, 2011

DUMEX Lactose Free



ni la susu DUMEX Lactose Free (susu lembu yang sudah dikeluarkan laktosa)
khusus  untuk anak-anak yang ada allergic kepada laktosa.. so, ada alternatif selain dari susu soya.. 
dah macam tolong promote FM la pulak.. tak la, apa pun, SUSU IBU juga yang terbaik.. tak bawa masalah langsung..

Wednesday, June 1, 2011

supplement SHAKLEE

actually nak story mory tentang pengalaman hasya di hospital Columbia Asia tapi terpanggil pulak nak bercerita tentang supplement.. actually, seminggu dua ni memang meng-google je la kija nya bila tak de kerja ada masa senggang kat opis baru nih.. puncanya sebab rasa sangat letih, tak bertenaga bila balik rumah after work.. biasa nya dalam jam 5.45 ptg dah gerak balik ke rumah (tengah xbusy sangat boleh la, kalo tak mesti 6 lebih sikit juga baru gerak dari presint 15 nih), sampai taska amek hasya dalam kol 6.15 ptg.. balik, hasya konpem nak ngendeng bf, bila dia da lelap tu, baru boleh keluarkan barang2 hasya dari beg utk dibasuh, start msk bubur nasi dia untuk bekal ke taska esok nya, basuh kain, sidai n lipat kain yang da kering.. kalo rasa malas nak kuar, masak la kekadang.. masak yang simple2 je.. so, kol 8.30 malam husband balik, makan n sembang lebih kurang.. kol 10 da rs tak boleh nak buka mata.. terus la lelap sampai kol 5 pagi esok.. mengepam apa pun tak ada.. so, start bagi hasya FM masa kat taska.. nak buat mcm mana, mmg rs susu da mula nak kering.. kat opis pun mmg sebulan dua ni tak mengepam pun, tgu pam balik kija, sebelum tido n bangun kol 3-4 pagi untuk pumping session.. tapi sejak dok kl ni, mmg tinggal sume tu.. harap difec bf je..

pastu perasan hasya batuk da dekat seminggu lebih tak elok2, mcm ada kahak je.. da amek ubat pun tak sihat terus.. pelik juga, selalu hasya kalo sakit, sehari dua trs elok, ubat tak abes lagi dia da ok, ni ubat da nak abes pun mcm tu jg.. so, bila pg chek spital, doc bagi ubat lain.. dalam ati dok risau sampai bila hasya nak terus makan ubat.. yg paling tragik, p*p*t hasya ada bintil2.. konpem dia kena nappy rash tp soooooo teruk sampai dia nanges2 bila kitorg nak basuh montot guna air.. bw g jumpa doc kat Colombia Asia, so doc tanya ada tukar susu ke??? me : terkedu tak tau nak cakap apa sbb doc bgtau maybe batuk + nappy rash (siap doc advice malam2 pakaikan lampin je, xbleh pakai diapers.. so, da msk 3 malam we all kelam labut salinkan lampin hasya bila basah.. bangun setiap satu jam nak check kekalo lampin da basah) yg sgt teruk tu sbb alergic susu lembu n minta tukar kepada susu soya (daripada hasil pembacaan, susu soya tak banyak khasiat seperti susu lembu, so sy pilih susu lembu free lactose brand dumex).. OMG, apa yg ditakutkan selama ni menjadi kenyataan.. dan terus rasa keciwa sangat sbb keMALASAN diri sendiri menyebabkan hasya yang terima kesan nya..

jadi, mulai minggu ni, mulakan balik pumping session di opis... memula mmg frust sebab susu yang keluar 1oz je.. xpe, hubby sedapkan ati yg susu tu amaek masa nak kuar sekali banyak mcm dulu2.. second session dapat la 2 oz.. alhamdulillah.. so akan cuba teruskan sampai la boleh buat stok susu untuk hasya.. so, dua hari ni dapatla bekalkan hasya susuibu.. tak banyak mana pun, dalam 4oz je tapi lepaslah untuk sekali minum.. sambil tu start amek supplement (baru je semalam), brand shaklee (hubby agen shaklee, so beli dapat harga agen.. ada yang berminat??)

1.   B-COMPLEX
     - untuk tenaga
       (pernah ada mommies ni bagitau berat dia turun juga sbb jenis ni meningkatkan metabolisme)

2.   VITALea
     -  complete vitamin

3.   ALFAFA
    -  errr... tak tau apa khasiatnya tapi boleh tingkat kan pengeluaran susu ibu

4.   VITA C
    -  bahan antioksidan yang penting untuk mengekalkan kesihatan, membantu pembentukan kolagen, ligamen dan tendon. Vitamin C turut membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imun badan supaya terhindar daripada jangkitan penyakit.

Total sume RM 213.00 dan tahan untuk 2-3 bulan kecuali Alfafa tahan untuk sebulan... da try compare ngan brand yang banyak kat farmasi, lebih kurang je rega dia.. so, pasni bulan depan nak amek Vit E pula sbb dulu masa bujang pernah la makan dalam sebotol dua dan memang elok kesannya.. so, sekarang ni kulit rasa kering n rambut asek putus je dan mmg rasanya dah nak masuk 3 series tahun depan, memang kena mulakan bab2 penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan.. cuma part nak bersenam tu je n kawal pemakanan je belum mulakan lagi.. xpe la, slow kan, nanti kalau  nak buat semua takut tak terbuat pula.. CHAIYUKKKK!!!!

so, lepas ni nak kena RAJIN la makan semua supplement nih

Thursday, February 10, 2011

tq medela harmony, welcome spectra3

kena bear in mind.. bertukar dari pam manual ke pam elektrik plus double pumping tidak menjanjikan pengeluaran susu yang lebih, cuma memendekkan masa dan memudahkan ibu-ibu dalam proses pengepaman..
* wink*
medela harmony vs spectra3
btw, i love both very much

Wednesday, January 19, 2011

berjanji pada diri demi anakku

production susu setakat ni so..so je la.. cukup la utk bekalan hasya esok.. tp stok mmg xbanyak.. ada dalam 40oz jek.. bila difikirkan nak kena outstation satu hari smpai ke malam pun xkan cukup banyak tu utk hasya, terasa kengeriannya.. apa nak buat, mmg penyakit 'malas' tu selalu je menghinggap.. soal xcukup masa, kerja banyak, guna pam manual tu tolak tong sampah je.. punca utama sbb penyakit tu jek.. so, berazam utk tidak malas2 lagi mulai minggu ni.. banyakkan sesi mengepam and dah mula cari cara camne nak banyak kan susu sbb hasya sekarang minum susu bertambah kalo nak compare 2 bulan lepas.. jom tengok penggunaan susu dulu dan sekarang

dulu :
satu hari 3 botol (4 botol amatlah jarang sekali) x 2 oz + bangun malam menyusu 2 kali

sekarang
satu hari 4 botol (sekarang 5 botol pun ada) x 3 oz + bangun malam menyusu 3-4 kali

see.. kalau still maintain cara lama, memang cukup2 je la sampai 6 bulan hasya bf.. owwwhhh tidakkkk!!!! nak target sampai 2 tahun kalau diizinkan Allah.. pengalaman bf hasya mmg tak dapat nak digambarkan.. cara dia memandang kita masa tu, cara dia bergurau dengan kita (sakit tau cara dia bergurau.. main geget 'b' ibu je sekarang), macam mana excited nye dia bila dpt direct bf bila kita balik dari kerja, macam tak jumpa bertahun.. so, berjanji pada diri sendiri untuk mengutamakan hasya lebih dari kerja, dari tidur, dari ber'fb'..
.

satu hari sekarang hantar 5 botol ke rumah pengasuh cuma botol ke-5 yak isi sampai 3oz, dalam 2 oz je sbb maa ni hasya minum dalam pukul 5-5.30 petang.. saya dah sampai rumah.. hasya klau nampak ibu, memang serta merta tolak botol.. sayang sangat sebab tak habis dan kena buang..
.
bukan tak tergin nak belikan hasya botol avent ke, tapi brand Anakku juga yang dia berkenan.. nasib la Anakku ni botol nya BPA Free.. pernah cuba pakai botol breastflow dari firstyear tapi dia tak nak.. so far, hasya tak ada masalah keliru puting so, kitorang maintain la pakai botol jenis i cuma dah nak kena tukar puting nya sebab da nampak kusam.. best pulak sebab kaler dia warna warni.. ceria je rasanya..
.
cakkk.. gambar tak de kena mengena dengan topik.. saje nak menempel.. ;)



Tuesday, January 4, 2011

saya yang kelam kabut


kelam kabut.. dah dua bulan lebih kerja pas cuti bersalin still lagi kelam kabut masa nak pegi kerja.. dah cuba bangun awal, pun masih kelam kabut.. tambahan sekarang ni suka sgt tertido depan tv.. dgn hasya sekali tido.. jam 9 malam je lelap la dua beranak ni.. pastu terbangun kol 1 pagi/2 pagi.. masa tu la nak siapkan bakul hasya utk hantar ke pengasuh + mengepam utk bekalan hasya esok nya.. kesudahannya, mata tak nak lelap.. terkebil2 la sampai kol 4 pagi.. dah kalau macam tu, camne nye nak bangun kol 5 pg? sudahnya 6.30 pagi la baru bangun..

tapi, kelam kabut nya hari ni sampai tertinggal aksesori harmony.. aiseh.. dah sampai separuh jalan baru perasan.. memang tak akan patah balik la, kalo tak konpem merah punch card saya tu.. ermmm.. hari ni ibu mengepam pakai tangan je la.. nasib baik agak hebat juga la mengepam pakai tangan ni since bulan lepas hampir seminggu diaphgram harmony tu koyak.. (koyak?? ganas tak saya mengepam..)






menda ni.. (soffit breastshield)


dengan menda ni.. (pump body).. saya lupa bawa


saya bawa ni je..

dengan botol.. apa lagi.. perah guna tangan le.. hu3



bulan lepas, diaphragm ni la terkoyak getah nye tu.. so, bila mengepam, angi je kuar.. susu pula malu2 kucing nak kuar.. susah ati sangat2 sebab masa banyak abes perah dgn tangan.. pun bernasib baik sebab ada puan naza ni.. dia ni memang pengguna tegar pam medela.. dan juga jual sparepart medela yanggak susah nak dapat kalau tinggal di luar kl.. order pun kejap je da sampai barang nya.. klik http://www.mybreastpumpshop.com/ kalau nak tgk sparepart yang dijual..


Friday, November 26, 2010

ebm cair

subuh semalam buka fridge kt bhg freezer tu, aik.. nape pack ice gel ni xkeras sgt.. xpe la.. msk kan dalam cooler bag bb, then siap2 msk kan ebm dlm botol utk dihantar ke rumah pengasuh hasya.. pas maghrib, buka freezer, 3 bekas ebm dah cair.. konpius ni.. apsal lak kan.. rupa nyer fridge sudah rosak la pulak.. tetiba rs sedih.. dekat 10 bekas ebm (setiap satu 2oz) dah mencair.. kelam kabut msk kan sume frozen ebm dlm bekas besar pastu tumpang kat rumah pengasuh hasya.. hu3.. sedih nyer.. jadi tensen sgt2 sbb tetiba banyak lak hal nyer yg jadi.. dgn loading kija yg very la menimbun, metg kat ipoh hari2, hasya lak kat umah pengasuh minum susu sikit sgt.. smlm balik amek hasya utk cucuk 3 bulan, baru 3oz je dia minum.. bayangkan la, dr kol 7.30 am - 3.30 pm, banyak tu je dia minum.. pas hasya tido, col hubby, nanges mcm tak hengat.. sedih beb.. time2 camni hubby xde di sisi. hanya mereka yg meleui nya je yg akan faham.. harap tabah la hati, kuat la semangat.. (pssstttt hubby : xnak ke cari kija kat sini ek..?)
.

hasya dah 3 bulan sekarang.. seronok tengok dia ketawa ngekek2..

mata tu suka sgt main jegil2

lobang hidung mu tetap menjadi pojaan hati ibu.. muahhh

cik ULAT ni soft toy hasya yang first.. memula tgk dia pegang cik ULAT, excited sgt2..

cakkk.. hasya dan ibu

hasya dan ayah kat taman pinggiran sg kerian

ibu hasya masak ciken puff.. lazat tau.. ;p