Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Monday, April 2, 2012

rasa hati


hati tak keruan.. rasa tak gembira dengan kerja.. kenapa ye?
apa pun terjadi, selesaikan dahulu kepentingan diri.. arghhhhh, lepas tamat study, tak hingin dah aku minta penempatan kat Putrajaya ni!!!!!


Monday, February 20, 2012

keputusan muktamad !!

setelah berbincang dalam-dalam dengan Emi
setelah berfikir dalam-dalam dengan hati dan akal
setelah membaca, mengkaji dalam-dalam melalui Internet, Forum Agama
saya telah memutuskan untuk BERHENTI membuat PELABURAN di dalam ASB !!!!

biarlah saya bergelap mata tak dapat nak enjoy + shopping dengan dividen dan bonus ASB yang hampir 8.80% setahun itu..
saya takut terberi anak kesayangan saya makan makanan, pakai pakaian, main permainan dari hasil dividen dan bonus ASB yang diragui kehalal-an nya..
dan dengan tekad, kami berhenti membuat pelaburan dalam PRUcash (dibawah Prudential) atas sebab yang sama..
semoga Allah memberi rezeki kepada saya dan keluarga dalam cara yang lain..

nota :
1. dividen Tabung Haji 2011 adalah 6.0%.. dijamin BERSIH, siap potong zakat lagi ;)
2. terima kasih cikkakikusukaberjalan

update menu si kecik :
bf - bubur nasi ayam dan kacang peas
lunch - ikan goreng kerisi dan sayur kobis campur cendawan

Wednesday, December 14, 2011

berbudi bahasa lah.. bertanggung jawab lah wahai rakan-rakan fb saya

tak kira.. Wordless Wednesday tapi nak juga ber-Wordssssssss juga.. (apa punya bahasa lah)

zaman sekarang zaman Facebook, selain dari menghubungkan yang jauh, menyambung semula yang terputus hubungan FB juga tempat kita berkongsi ilmu, informasi dan juga pandangan dengan rakan-rakan.. tapi, akhir-akhir ini terlalu banyak perkongsian yang tidak dinilai dan ditapis terlebih dahulu sebelum menekan butang FORWARD atau SHARE sedangkan rata-rata sahabat saya di dalam FB adalah 'keluaran' Universiti malahan ada yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di mana seharusnya bacaan yang dibaca, dianalisa dengan hati, dengan minda yang tenang, yang telus, dan yang LOGIK sebelum membuat keputusan untuk mengajak rakan-rakan yang lain bersama-sama untuk membaca sekaligus berkemungkinan besar akan menjadi pedoman, pegangan dalam menjalani kehidupan seharian..

mungkin sikap kita yang terlalu ingin berkongsi segala-galanya sehingga mengambil jalan mudah menyebarkan semuanya sehingga sering kali kita baca ia adalah berita yang telah LAPUK (zaman friendster dulu dah forward, sekarang dalam fb pun nak forward juga??) dan kemungkinan ia adalah agenda parti politik (parti politik ni semuanya sama, strategi yang sama kalau kita perasan) meracun fikiran sehingga walau apa yang ditulis itu tidak dapat diterima akal sama sekali.

sebagai contoh, status HALAL pada sesetengah makanan.. ya, memang bagus dan terima kasih atas kesudian berkongsi maklumat penting tapi, adakah kita pasti yang berita tersebut di tahun 2010? 2011? atau berita tersebut pada tahun 2002?? sedangkan syarikat tersebut bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan kelulusan HALAL dari JAKIM selepas 2002 itu.. nasihat saya, selidik lah dahulu sebelum menyebarkan berita-berita sebegini.. ia lebih membuatkan ramai berasa was-was..

tambahan cerita-cerita yang menghentam kerajaan, tak kira lah kerajaan di Selangor atau di Perak.. di Negeri Sembilan ataupun di Pulau Pinang.. sekiranya marah sangat pun  dengan kumpulan kerajaan yang tidak digemari tersebut, jangan lah sampai mengeluarkan kata-kata kurang enak, kata-kata yang mencerminkan kedangkalan kita.. ibu bapa kita sedaya upaya membentuk kita supaya menjadi insan yang berbudi bahasa.. bukan setakat dengan orang tua, tetapi dengan masyarakat.. FB adalah ruang masyarakat yang berteknologi tinggi, jagalah tatasusila 'pertuturan' apabila menggunakan FB.. saya cukup tak gemar rakan-rakan saya (of course yang menjadi friend saya di dalam fb adalah rakan-rakan saya) mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat (walaupun bukan ditujukan untuk saya) menghentam antara satu sama lain di dalam fb.. mungkin ada yang berkata, itu adalah hak semua  orang untuk luahkan apa yang dirasa tapi lakukan lah dengan cara yang lebih baik, lebih santun dan lebih berTANGGUNG JAWAB..

nota : sekiranya ada yang tersinggung, atau memang dah sifat semulajadi mereka begitu, sila lah un-friend kan saya.. saya rela dan redha.. sebab saya memang tak minat nak baca status anda yang sungguh tak sedap dibaca itu!!!



Monday, October 31, 2011

saya perlukan rasa SABAR itu

hari ni baru saya sedar, susah nya untuk menjaga seorang suami dan seorang anak perempuan yang berumur 1 tahun!!! termasuk menjaga diri sendiri!!!

SUAMI
setakat menjaga pakaian seharian nya, untuk dibasuh, disidai, dilipat dan di seterika tak ada masalah.. nak melayan rajuk nya, moody nya juga sebenarnya tak ada masalah sebab suami saya bukanlah orang yang mood nya ada pasang dan surut.. cuma bila sesekali berlaku keadaan duduk bersama di depan TV tanpa bercakap sepatah pun selama hampir sejam, adalah saat yang paling tidak menggembirakan..  makan malam setelah saya berhempas pulas memasak 2 jenis lauk lepas balik dari kerja dimana sampai di rumah jam 6 petang, dengan si kecik yang meraung minta diteman di ruang tamu dan suami hanya makan TANPA bertambah, juga adalah saat yang tidak menggembirakan saya.. dua perkara yang saya masih tak dapat faham dan terima bila jawapan yang diberikan oleh suami : "tak ada apa, abang ok je, tak bercakap ke kita tadi?" atau "sedap je sayang abang masak.. abang dah kenyang.." errr?????

ANAK
bila masa si anak dengan gembiranya memandikan diri dengan sebotol Solivite, saya masih tersenyum
bila masa si anak mencerai2 kan biskut nya di atas permaidani, masih saya tersenyum
bila masa si anak meiminta nasi, saya beri tap makan 2 sudu.. minta pula biskut, saya beri tapi lepas tu dicampak ke tepi, bila si anak minta bekal nasi saya yang dalam tu penuh kicap bercili.. saya tak beri.. MERAUNG si anak, hilang sabar saya.. lepas tu pergi kerja dengan hati yang bersalah!!!!

SAYA
........
(tak tau menjaga diri sendiri)


nota : 
bila review semula catatan perjalanan seorang ibu di FB, terasa saya tak sempurna.. sedih, rendah diri.. rasa macam tak sanggup nak tambah anak!!! 

hati, ber-SABAR-lah!!!!


marah-marah

pagi semalam marahkan Hasya.. pagi ni pun marahkan si kecik tu.. sekali la dengan ayah nya.. adeihhhh, apsal la ni.. agakn nya sebab minggu ni tak makan B-Complex kut.. ke SETAN tengah berumah dalam hati saya??!!

nota: STRESS?? makan kek marvelous kat Secret Recipe lagi? hmmmm, rasanya tu bukan penyelesaian terbaik.. lagi bagi perut berlemak riang, lepas tu stress balik, lepas tu marahkan anak ngn laki.. apa lagi nak buat??

Tuesday, October 25, 2011

usaha saya untuk si kecil

susu saya makin kurang.. baby Hasya secara rasminya dah mula campur FM sekali sehari mulai minggu lepas.. saya cuma dapat bekalkan 2x sesi minum susu di Taska, sekali lagi, kena tambah dengan FM.. sedihnya la rasa hati.. mulai Khamis lepas, kuatkan semangat buat power pumping.. Alhamdulillah, dapat la menambah kuantiti susu Hasya tapi, Sabtu dan Ahad memang tak mnegepam langsung.. hari ni paling teruk, 3 kali mengepam, dapat 4oz sahaja..mungkin disebabkan power pumping saya tak konsisten.. mungkin kena kuatkan semangat ni, mengepam di tengah malam walaupun baby Hasya menyusu kerap.. tabahkan lah hati.. suami, jadi pendorong saya ye.. saya target, minggu hadapan, Hasya akan fully SI semula..

nota : environment di tempat kerja amat tak selesa.. kerusi terlalu tinggi, tak boleh nak turunkan (atau saya tak pandai?), nipis pulak tu sampai terasa kayu nye.. aircond tak terasa, serius berpeluh je tengkuk ni.. HATI, tabah lah!!!


sakit kepala



dah 3 hari sakit kepala.. tak tau apa punca.. dah makan, so tak mungkin sebab angin.. semalam dah telan 4 biji panadol Actifast (sekali kat opis, sekali sebelum tido malam).. ni sakit lagi.. 





Thursday, October 20, 2011

Tiga Kata

Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu

Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru

Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You 

Lagu oleh : KRU 

kadang-kadang, bila dah terlalu sebut I Love You, dah tak rasa feeling nya kan.. maybe Aishiteru dapat mengembalikan perasaan feeling tu sehebat masa pertama kali diucapkan???


 back to 2009.. zaman bercinta.. dan masih lagi bercinta...peace yo..!!

luahan hati


suami yang baik, tempatnya bersama isteri yang baik
cukup baik ke saya untuk layak berada disamping si Suami?
alahaiii, STRESS.. tolong pergi jauh-jauh


Wednesday, October 5, 2011

pengaruh blog

lama tak menulis kan.. ada dua-tiga entry dah ditulis, tapi rasa macam tak best untuk dibaca oleh khalayak ramai.. so, simpan dalam draft dulu..

saya baru tersedar, hidup saya banyak dipengaruhi oleh blog rakan-rakan yang dikenali dan yang tidak dikenali pun.. main terjah dan bila dah rasa layan, keep follow tiap-tiap hari.. kadang-kadang kalau tak sempat nak baca waktu siang, sebelum tido pinjam hTC Emi, baca la kejap mana yang sempat sebelum mata terlelap.. dan Emi mengakui saya senang terpengaruh dengan blog2 tersebut.. dan saya rasa walaupun saya semakin kurang berbual dengan my girlfriends (sejak dah kawin, memang saya lebih suka bersembang dengan suami sendiri.. berlagak kan??) tapi saya masih dapat folllow perkembangan semasa.. delicious food, apa yang tengah IN sekarang, fashion (memang tak terikut fesyen tudung belit2, pakai skirt labuh dengan heel 2-3 inci, kaftan bling2.. semua ni saya suka tengok tapi dengan yakin tahu yang semua tu tak praktikal untuk saya yang dah ada anak sorang ni), best place untuk holiday, make-up (banyak sangat baca blog tentang make up best, terjerumus saya kepada MAC), home deco, baby and mummy stuffs, warehouse sale (walaupun tak kuasa nak pergi sebab tak nak q panjang).. semua ni saya dapat melalui blog2 kesayangan saya.. tentang penjagaan anak, cara mengeratkan kasih saya kepada Emi (sebenarnya lebih kepada cara nak langsung tak kurangkan marah kat suami sendiri), nak menangani hubungan keluarga sendiri, mentua.. fuhhhh, banyak betul kan.. sampaikan kalau saya request something kat Emi, mesti dia tanya.. "ni baca blog la ni" dan saya akan sengih mengiakan je.. see, betapa besarnya pengaruh KAMU dalam kehidupan saya ni..!!!

semua bloglist kat sebelah sidebar saya tu adalah favourite saya plus ada yang saya klik dari bloglist bloggers2 tu.. semua tu adalah terapi.. saya tak kisah kalau Facebook lenyap ditelan zaman tapi saya harap, bloggers2 semua janganlah stop writing ye.. mau saya jadi katak bawah tempurung pulak..

Thursday, September 15, 2011

ke-bahagia-an saya

saya bahagia sekarang.. (dulu pun bahagia juga.. hi3) sejak dapat bertukar ke Putrajaya, banyak manfaat yang saya dapat.. pergi-balik kerja jalan memang konpem la tak jammed kan.. keluar opis jam 5.15 pm, sampai Taska Hasya jam 5.45 pm.. best!!
.
saya amat rileks sekarang.. kerja saya hanya menguruskan 1 sebutharga (itu pun masih belum mula lagi), 1 bayaran Arkitek yang sangkut paymentnya sebab Kementerian tak cukup duit dan satu rekabentuk Reban Itik Tertutup (ni yg leceh sikit.. merangkak2 kau buka BS 8110:1997 balik.. errr, sapa ada BS 6399:Part 1:1984 tolong bagitau ye.. saya ak pinjam).. tu je la.. tapi tetap terasa hebat kan.. bak kata KSU semalam, kena berasa hebat untuk setiap perkara yang kita lakukan.. and YESSS!! saya suka kerja di MOA..
 .
saya tak kisah bila orang lain jaga projek juta2, sibuk ke sana ke sini masuk meeting dengan KSU, pergi site seharian pakai kereta Projek tapi saya hanya duduk menempek kat tempat sendiri dari jam 8 am - 5 pm.. balik pun on time.. memang saya amat BAHAGIA dengan kerja saaya yang sebegini.. sebab nya, pada sesiapa yang pernah menguruskan satu daerah yang mana kawasan pertaniannya seluas 24,000 hektar, kakitangan sejumlah 250 orang dengan ada musim banjir, musim kemarau.. duit penyelenggaraan dan pembangunan yang perlu digunakan dengan sebaiknya dalam tempoh satu tahun sejumlah RM10 juta (boleh bayangkan berapa banyak Inden yang saya kena sign? berapa banyak site yang perlu saya jengah setiap hari?)..

tu belum lagi dengan ISO (saya bangga sebab setahun saya di Kerian, saya berjaya dapatkan Sijil ISO di sana.. penat? sekali lagi, siapa yang termasuk dalam J/K yang bertungkus lumus nak dapatkan ISO boleh faham dan maklum macam mana payah dan jerihnya.. tapi bila sijil tu di'kurnia'kan semasa Hari Inovasi JPS, hilang segalanya.. so, time to maintain all the procedure pulak.. tu laaaagi jerih kan?), 5S, Five Star Rating.. alahaiii.. serius saya dah cukup penat puas dengan semua tu.. jadinya, bilamana saya dapat bersenamg-lenang projek kecil (sebutharga pulak tu), terasa lega sangat.. saya dapat mengepam dengan tenang, tak perlu nak berlawan dengan masa mesyuarat sana sini, saya dapat makan dengan tenang juga.. cukup masa, balik rumah dengan kepala yang ringan.. tak de pun tido malma termimpi kerja menimbun kat pejabat.. jadinya, memang patut saya merasa BAHAGIA kan???

nota :
bukan salah saya jika orang tanya , "ko sibuk?" dan saya menjawab, "TAK!!".. itu namanye dah rezeki saya.. ngeh ngeh ngeh

Thursday, February 24, 2011

sy MC

perghhh.. dari jam 11.30 pagi-3.00ptg lepak kat old town sesorg.. smpai rasa penin ni.. act hari ni MC sbb sakit mata.. dapat 2 hari.. hari ni ngn esok.. so, pas gi klinik, singgah old town kat PB ni jap.. kejap punya kejap.. dah dekat 4 jam kat sini.. ordernye ice blended white coffe jek.. lantak la kan.. xde sape sound pun.. nak setelkan LNPT staf dlm HRMIS ngn bayo saman speed trap.. tp muEG plak yg tak leh access.. alamek, dah terbuai2 kepala nih.. nak balik dulu la.. nak amek haya kat rumah pengasuh dia.. best nye.. leh gomol2 ngn hasya smpai hari ahad.. yeeehaaaaa..