Thursday, June 30, 2011

renung-renungkan lah


global warming? atau berpunca kerakusan manusia meneroka kejadian alam tanpa berfikir sebelum bertindak? kesannya, anak-anak kita masa hadapan lah yang akan menanggung akibatnya.. renung-renungkan lah..

Wednesday, June 29, 2011

Baby & Family Portraiture Quotation

dapat quotation dari photographer AzmiKhalid.. agak mahal la.. bajet dalam RM200 je

Baby & Family Portraiture (RM499)

1-2 Hours Shooting Session
Edited Softcopies (web qualities) in CD
Special Montage Slide Show
3 Photo Print 8R size with frame

Other Printing Charges
Canvas Printing 8R RM180/photo
Hardcover 8"x12" Photobook Print - RM1199 onwards.

Tuesday, June 28, 2011

projek ibu

sedang menyiapkan projek TUTU untuk baby hasya for coming soon photoshoot session.. tapi photographer nya tak dapat lagi.. ada cadangan tak photographer yg ada experience photoshoot baby ni? sebab anak kesayangan mucuk saya tu memang susah nak senyum.. maybe kalau photographer nya lelaki, lebih prefer..

Friday, June 24, 2011

3D Imej



3D image of our 6' wardrobe.. from kianClassic, Bt. 11 Jalan Cheras..
mula-mua masa datang, katanya RM1,800 (salesperson).. bila nak bayar katanya RM 2,100 (ID), so we all bagitau la dah bayar deposit and lock price.  then final RM 1,900 sebab ada 2 laci.. saya buang semua laci (sebab satu laci kos nya RM 100, tambah lock RM 50) sebab nak buat ala-ala Ikea nanti.. barang-barang penting yang perlu lock, simpan dalam almari lain
husband cakap, ID kitorang ni blur.. hi3



 3D image of I-I shape kitchen kabinet (tak de dry-wet, semua dalam satu)
10' wall and base, kos RM 3k ++ (tak ingat la).. solid surface top (local) RM 1,500 
hahahaha.. kalo pakai material murah sikit utk table top tu xde la sampai camtu rega nya.. 
tapi nak puas ati, koyak sikit la duit kan.. ;)

hasya dalam pool.. main kat balkoni rumah.. suka nyer dia.. test seblum bawa dia masuk pool kat bwh rumah tu.. (ye, memang hasya lambat diperkenalkan dengan pool, laut sumer sebab opah nya tak bagi,, sekarang opah dok jauh, dia tak tau kan sayang...)

nak cerita apa?

idea mencurah-curah..
tapi jari terkejang, tak tau nak taip apa..
ahad, balik ke perak selama 2 minggu.. hubby tinggal kl sorang2 (kesian kat dia, kasian kat saya)
hari ni last day puasa ganti.. 28 hari saya berpuasa mula dr tahun lepas.. lepas ni, tak nak la beranak time bulan puasa.. best sebab boleh mkn time org berpuasa.. hi3.. tp tengah pantang kan masatu, so, mkn se-adanya la.. 
so, hari ni nak pegi berbuka kat Ice Room, Bangi denga hubby, hasya and anak2 buah hubby.. ramai kata Nut Case Peanut Snow Ice sedap.. tak boleh compare dengan Tutti Fruiti sebab tu ice cream yogurt kan.. tak sabar nya.. 

update HASYA's progress..

  • dah pandai lambai tangan bila kita cakap bye-bye
  • dah pandai tepuk tangan bila kita nyanyi pok amai-amai
  • mulut bising mencecer iku bahasa sendiri
  • merangkak still tak boleh lagi.. dah berapa kali tangan dan kaki dia tegak, tp lepas tu dia still guna gaya meniarap dia yg laju tu..
  • suka panjat badan ibu dan ayah.. kalau dia kat tepi sekali (saya dan hubby baring sebelah-menyebelah) dia akan panjat sorang2 utk ke sebelah sana.. sekejapan je dah kat sana..
  • seminggu dua ni try menu baru untuk hasya since saya dah jemu msk carrot, brokoli (sy dah mula kurangkan sbb hasil pembacaan brokoli ni tinggi kalsium, so bila tinggi kalsium penyerapan zat besi akan terganggu.. hasya ada masalah dgn reading blood test ms admit hospital bulan mei lepas.. doctor bagitau, bacaan zat besi dia amat kurang.. suspect Talasemia.. or kemungkinan due to her condition yang demam seminggu masa tu.. lepas Hasya umur setahun, akan buat screen test Talasemia.. harap2 la test tu -ve.. ala, nyampah bila ingat hal ni... sedih..).. dan bayam, pumpkin, ikan bilis, ikan merah dan ayam (sup ayam sekali-sekala).. so, start last week try bagi Hasya ikan jenahak, daging (rebus dengan bubur nasi, tapi keluarkan isi dia..tak berani lagi nak bagi hasya makan daging), sup tofu+ikan bilis dan kacang peas.. dan memang hasya suka.. dia suka makan bubur nasi, so apa yag dicampur dalam bubur tu semuadia makan.. pernah try bagi bubur kosong, pun dia makan dengan gembiranya.. ;)

Monday, June 20, 2011

she turns 10 months today - 20.06.2011

sayang,
siang malam ibu berdoa agar anak ibu sentiasa sihat, cerdik akal, cantik budi pekertinya..
tapi, andai kata ada antara impian ibu tak dapat anak ibu capai,
ibu tetap akan sayang pada anak ibu,
dunia dan akhirat..
anak ibu akan sentiasa di hati ibu hingga ke hujung nyawa..

SELAMAT HARI JADI KE 10 BULAN
ye sayang.. jangan cengeng2 tau.. muahhhhh

p/s: masa ni doc tengah usaha keluarkan anak ibu dari perut.. sambil ibu dengar lagu raya.. apa pun tak rasa.. tapi bila pikir balik, ngeriiii.. ;)

Sunday, June 19, 2011

happy fathers day..the 1st

SELAMAT HARI BAPA 
kepada Mohd Hailmi bin A. Rahman.. tahun ni tahun pertama  kitorang celebrate Hari Bapa.. Terima kasih menjadi ayah yang BESH kepada Nur Asyifa Hasya selama ini.. We love u so much !!!

so, sempena menyambut Hari Bapa, hubby bawa saya pergi beli lampu dan kipas untuk satu rumah (mana yang perlu la).. beli semua tu kat kedai perabot kat balakong ni.. kitorang memang tak de nyer nak gi survey2.. pergi 2 kedai, terus decide nak beli apa.. sebab tak cukup masa, dan rasa kesian pulak nak usung baby hasya ke sana ke sini..
.
malam sebelumnya, kawan hubby (kontraktor) datang umah nak tengok mana nak buat new point (power letrik) dan beberapa lagi termasuk plumbing dalam bilik air tu..  kalau nak hack dinding, dia charge RM150/point.. kalo wat external cable RM 80-90 jek... setelah difikir dalam2, kitorg decide suh buat guna external cable je la.. malas lak nak kecah2 kan rumah walaupun mmg kalau hack dinding lebih kemas dan cantik.. tak pe la, banyak lagi nak guna duit.. nak beli langsir lagi, 2-3 perabot yang dirasakan perlu lagi, nak tukar pintu bathroom lagi.. 
.
lepa beli barang2 tu, terus ke subang, jupa member baik Lily ngn anaknya Ady Yaslam.. bagus la, Hasya ngn Ady leh berkawan.. Ady muda sebulan dari hasya tapi dah boleh merangkak, da start berdiri da pun.. dalam kol 7, kitorang gerak balik ke Seremban jumpa Atuk ngan Nenek Hasya.. 
.

Sempena Hari Bapa, Ibu belikan ayah Hasya Red Velvet Cake.. rasanya so-so la.. beli kat satu blogers di Presint 8, Putrajaya.. agaknya tak kena dengan tekak kitorang kut

.
Hasya kalau dengan ayah, senyum je tau.. kalau dengan ibu, nak bf jek kerja nya.. masing2 ada fungsi khas ye hasya.. 

 a photo of her a night before she turns 10 months.. love u sayang

Wednesday, June 15, 2011

mencari shower head

we all sekarang tinggal di Apartment Kinabalu, tingakt 7 dari 8 tingkat..
masaalahnya, water pressure dalam bathroom ada sedikit low dan kalau pakai shower head tu mesti meleleh je (i guest la, sebab tu tenant lama buka shower head).. so, plan nak replace dengan shower head baru.. hajat hati nak buat ala2 bahthroom standard hotel, tapi disebabkan saiz nya yang agak sempit sampai nak berjimba2 pun tak muat kecil,  cuma tukar apa yang patut..
.
pintu confirm nak tukar sebab part bawah nye dah reput, sampai hasya leh main hulur tangan bwh tu bila ibu tengah mandi plus bila buka tu bebetul cukup2 lalu tepi sink (sink nya besar. tak padan dgn saiz bilik air jadi harus lah mencari sinki yang agak comel, corner pedestal sink maybe??).. tengah survey nak beli pintu.. sliding atau yang buka bentuk V tu.. tengok iklan dalam paper anggaran RM300++/nos..
.
try google sal masalah low water pressure ni, kut2 la ada shower head yang khas utk masalah macam ni kan... bila baca forum ni http://ths.gardenweb.com/forums/load/plumbing/msg1121344412858.html, ada beberapa cadangan :-

1. find very small solid brass shower head, about 1" in diameter and it has one ring of needle sized holes
2. pasang pumping system (tak sesuwai hokeh kalo rumah nye jenis apartment)
3. beli kat web nih http://takeashower.com/ memang khas untuk masalah low water prsessure macam saya.. tapi, mcm la senang nak beli online ni kan..
.
so, kita try dl guna option no 1, sebab lagi senang kut.. kalu tak baru try option no 3.. all the best to me ;)

dicadangkan guna jenis ni untuk atasi masalah seperti disebut di atas, kat area KL da ke kedai yg jual jenis2 camni ek.. kena pergi survey ni kan..


Monday, June 13, 2011

tentang RUMAH

hal pindah rumah da selesai..
sekarang masa untuk men-deco-kan rumah pulak..
decide nak wat yellow theme for ruang tamu dan ruang makan..
romantic pink for master bedroom + guest room @ bilik menempatkan almari baju baby hasya
(sebenarnya nak buat baby room, tapi confirm punya si kecik hasya akan bersama-sama kami di waktu malam untuk tempoh yang agak panjang, so boleh la digunakan untuk family yang datang ke rumah)
kitchen kabinet - dapur kitorg tak besar, dalam 6' x 4', so chumell.. and ID dah pun tengok n measure last friday... after bincang2 sumer dalam 5-7 hari akan come out 3D design.. so masa tu boleh la kalo nak proceed atau ubah mana yang tak berkenan.. we all buat kat Kian Classic, Bt. 11 jalan Cheras..
so far, layanan mmg best.. harga pun mcm ok je sebab malas tak de masa nak g survey tempat lain, tapi aa la juga tanya2 satu kedai sebelah Carvenzi Balakong ni.. mahal dan tak melayan kehendak pelanggan betul..
sume yang kita nak add on, sume kata mahal, an tak advice untuk buat..
hello!!! ingat we all tak de duit ke?? so, memang tak de la nak survey2 lagi.. ;(
.
wardrobe pun buat sekali kat Kian Classic nih.. yg ni rega nye RM 1,800 untuk 6'.. kaler putih.. owwwhhh, i liokeee.. match je ngn kaler pinky kan..
.
so, setakat ni memang bersepah giler dapur.. pas ni nak g shopping utk lighting.. dalam kepala otak dah pikir nak beli candeliar kaler itam, tapi hubby mcm pelik je.. never mind, boley discuss hal tu..
.
nak buat wiring, betulkan semula soket2 yang da rosak (pelik betul tenant lama ni, camne dorg idup ngn sana sini soket tak bleh pakai kan) dan re-struktur semula piping dalam toilet..
.
harap-harap boleh setel sebelum raya puasa.. ;)

 good day sunshine.. cool aightt..? tapi sofa sy kaler itam.. boleh la kan..
.
gorgeous pinky.. so sweet..

Thursday, June 2, 2011

DUMEX Lactose Free



ni la susu DUMEX Lactose Free (susu lembu yang sudah dikeluarkan laktosa)
khusus  untuk anak-anak yang ada allergic kepada laktosa.. so, ada alternatif selain dari susu soya.. 
dah macam tolong promote FM la pulak.. tak la, apa pun, SUSU IBU juga yang terbaik.. tak bawa masalah langsung..

Wednesday, June 1, 2011

supplement SHAKLEE

actually nak story mory tentang pengalaman hasya di hospital Columbia Asia tapi terpanggil pulak nak bercerita tentang supplement.. actually, seminggu dua ni memang meng-google je la kija nya bila tak de kerja ada masa senggang kat opis baru nih.. puncanya sebab rasa sangat letih, tak bertenaga bila balik rumah after work.. biasa nya dalam jam 5.45 ptg dah gerak balik ke rumah (tengah xbusy sangat boleh la, kalo tak mesti 6 lebih sikit juga baru gerak dari presint 15 nih), sampai taska amek hasya dalam kol 6.15 ptg.. balik, hasya konpem nak ngendeng bf, bila dia da lelap tu, baru boleh keluarkan barang2 hasya dari beg utk dibasuh, start msk bubur nasi dia untuk bekal ke taska esok nya, basuh kain, sidai n lipat kain yang da kering.. kalo rasa malas nak kuar, masak la kekadang.. masak yang simple2 je.. so, kol 8.30 malam husband balik, makan n sembang lebih kurang.. kol 10 da rs tak boleh nak buka mata.. terus la lelap sampai kol 5 pagi esok.. mengepam apa pun tak ada.. so, start bagi hasya FM masa kat taska.. nak buat mcm mana, mmg rs susu da mula nak kering.. kat opis pun mmg sebulan dua ni tak mengepam pun, tgu pam balik kija, sebelum tido n bangun kol 3-4 pagi untuk pumping session.. tapi sejak dok kl ni, mmg tinggal sume tu.. harap difec bf je..

pastu perasan hasya batuk da dekat seminggu lebih tak elok2, mcm ada kahak je.. da amek ubat pun tak sihat terus.. pelik juga, selalu hasya kalo sakit, sehari dua trs elok, ubat tak abes lagi dia da ok, ni ubat da nak abes pun mcm tu jg.. so, bila pg chek spital, doc bagi ubat lain.. dalam ati dok risau sampai bila hasya nak terus makan ubat.. yg paling tragik, p*p*t hasya ada bintil2.. konpem dia kena nappy rash tp soooooo teruk sampai dia nanges2 bila kitorg nak basuh montot guna air.. bw g jumpa doc kat Colombia Asia, so doc tanya ada tukar susu ke??? me : terkedu tak tau nak cakap apa sbb doc bgtau maybe batuk + nappy rash (siap doc advice malam2 pakaikan lampin je, xbleh pakai diapers.. so, da msk 3 malam we all kelam labut salinkan lampin hasya bila basah.. bangun setiap satu jam nak check kekalo lampin da basah) yg sgt teruk tu sbb alergic susu lembu n minta tukar kepada susu soya (daripada hasil pembacaan, susu soya tak banyak khasiat seperti susu lembu, so sy pilih susu lembu free lactose brand dumex).. OMG, apa yg ditakutkan selama ni menjadi kenyataan.. dan terus rasa keciwa sangat sbb keMALASAN diri sendiri menyebabkan hasya yang terima kesan nya..

jadi, mulai minggu ni, mulakan balik pumping session di opis... memula mmg frust sebab susu yang keluar 1oz je.. xpe, hubby sedapkan ati yg susu tu amaek masa nak kuar sekali banyak mcm dulu2.. second session dapat la 2 oz.. alhamdulillah.. so akan cuba teruskan sampai la boleh buat stok susu untuk hasya.. so, dua hari ni dapatla bekalkan hasya susuibu.. tak banyak mana pun, dalam 4oz je tapi lepaslah untuk sekali minum.. sambil tu start amek supplement (baru je semalam), brand shaklee (hubby agen shaklee, so beli dapat harga agen.. ada yang berminat??)

1.   B-COMPLEX
     - untuk tenaga
       (pernah ada mommies ni bagitau berat dia turun juga sbb jenis ni meningkatkan metabolisme)

2.   VITALea
     -  complete vitamin

3.   ALFAFA
    -  errr... tak tau apa khasiatnya tapi boleh tingkat kan pengeluaran susu ibu

4.   VITA C
    -  bahan antioksidan yang penting untuk mengekalkan kesihatan, membantu pembentukan kolagen, ligamen dan tendon. Vitamin C turut membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imun badan supaya terhindar daripada jangkitan penyakit.

Total sume RM 213.00 dan tahan untuk 2-3 bulan kecuali Alfafa tahan untuk sebulan... da try compare ngan brand yang banyak kat farmasi, lebih kurang je rega dia.. so, pasni bulan depan nak amek Vit E pula sbb dulu masa bujang pernah la makan dalam sebotol dua dan memang elok kesannya.. so, sekarang ni kulit rasa kering n rambut asek putus je dan mmg rasanya dah nak masuk 3 series tahun depan, memang kena mulakan bab2 penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan.. cuma part nak bersenam tu je n kawal pemakanan je belum mulakan lagi.. xpe la, slow kan, nanti kalau  nak buat semua takut tak terbuat pula.. CHAIYUKKKK!!!!

so, lepas ni nak kena RAJIN la makan semua supplement nih