Showing posts with label dekorasi. Show all posts
Showing posts with label dekorasi. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Rasa tak sabar nak tunggu 1 Ramadhan, iaitu esok.  Kali pertama berpuasa dengan bercuti sepenuhnya.  Rancangan nya, nak masak awal-awal dan petang tu nak isi dengan mengaji.   Niat hati nak khatam Al-Quran dan tak nak tinggal Tarawikh.  Moga-moga dibantu oleh-Nya.  Jadi, kemas lah rumah sikit sebelum nak puasa nanti.  Padahal, tak sampai esok, rumah dah berkecah semula.  Tak apa, janji sekarang rasa senang hati sangat tengok rumah kemas dan bersih.  


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK






Lepas ni petang sikit ke nak mendobi tudung pula.  Sekarang ni tengah hujan.  Ada dekat 10 helai juga yang nak dibasuh.  Tak mampu nak hantar dobi/dry cleaning.  Sehelai RM5.  Kalau 10 helai? huiiii, dah boleh makan kat Wong Solo 2 kali tu. Tudung Ariani/Fareeda ni kali pertama hantar lah dobi, lepas-lepas tu sendiri cuci la.  
 


Thursday, December 15, 2011

Modern English

saya tengah angau dengan segala dekorasi dan DIY yang ada unsur renda, manik, artificial flower dengan pot ala English -Vintage, perabot putih, warna-warna pastel, swirl shape, motif polka dot dan petak-petak.. tapi saya tak minat dengan set pinggan, teko, cawan yang ada corak ros tu.. kalau perabot putih pun, saya lebih suka kosong, tak ada motif bunga pada perabot tu.. lepas tu saya minat nak match kan dengan warna hitam dan merah terang.. boleh tak kalau saya namakan konsep ni sebagai Modern English  ye??? ampun kalau saya sudah tersesat konsep.. ;)


 owhhh.. sangat lah jatuh centa dengan dekorasi nya..
*source http://www.ehomee.com

 
nak garden macam ni juga.. tapi lebih kepada mini herba garden
* source http://yonshomedecor.blogspot.com

 saya juga dah jatuh centa dengan pot bercorak begini.. semalam dah beli satu pot kecil sekali dengan bunga siap RM30 dekat Fah Lean  [KLIK] .. rasa mahal la pula.. pot tu dalam RM10 je, bunga dalam RM10 juga rasanya, campur span ngn lelumut sebagai hiasan, kalau buat sendiri boleh untung RM 2-RM5.. cehhh, beli siap je laaaa... rasa membuak-buak nak ke Nilai 3 nih.. tapi tunggu gaji la dulu.. bulan ni gaji awal kan? sekali bonus kan...