Monday, June 4, 2012

pemilihan rumah buat kepala jadi pening


cakap dengan Emi.. nak beli rumah!! ewahhh, macam nak beli baju kat AEON tu je kan.. tapi, tak kira.. jadi, 1st step kira dulu duit nak bayar bulan-bulan.. takut tak mampu pula kan.. bila dah setel, start cari rumah.. ada pilihan :-
  • rumah baru / sub sale
  • single storey / double storey (2.5 atau 3 storey memang tak nak!!! saya adalah seorang yang pemalas, konpem tingkat yang banyak buat saya tak sempat nak berkemas)
  • corner / end / intermediate lot
lokasi memang dah tetap, nak beli sama ada di Balakong / Bangi / Kajang.. dalam pada tu, tengok juga di Semenyih dan semalam lepas round di sana, memang rasa tak nak lah beli rumah kawasan Semenyih.. tak familiar.. harga rumah pun lebih kurang sama dengan kat Kajang.. rumah single storey semi-d kat sana pun dah RM400k!! memang merapik betul harga rumah sekarang.. hati berkenan nak tinggal di Bangi tapi faham-faham saja lah kan, mana ada rumah di Bangi bawah RM400k pun, ini kan nak cari yang bawah RM300k..

maka, setelah seharian membuat tinjauan di mudah.my, iproperty.com, HomeGuru.com dan propwall.com.. adalah dalam 5-6 rumah yang menarik perhatian.. cadangan awal pilihan rumah kami single storey corner lot tapi memang susah nak cari area Kajang rumah macam ni.. saya nak kawasan rumah baru, at least yang dah develope 5-6 tahun sebab pada pandangan saya, kalau kawasan tu lama sangat, kawasan sekitarnya tidak menyenangkan.. saya mungkin boleh terima tapi Emi, dan keluarga kami tidak.. kita hidup berkeluarga, jadi yang mana boleh kita ikutkan sahaja.. ada juga baiknya ikut pandangan orang sebab pandangan kita ni tak sentiasanya betul.. jadi, berkemungkinan kami mengambil rumah sub sale (yang baru harganya tak mampu nak beli kat kawasan ini), double storey.. dan amat bersyukur kalau dapat corner lot atau end lot.. berbincang dengan Emi, kita jadikan rumah ni investment, 10-15 tahun lagi kita jual dan beli rumah idaman!!!


8 comments:

Mohd Naim Mohd Ibrahim said...

good plan, mungkin boleh pertimbangkan area bangi lama, sg merab,bukit mahkota,dengkil dsb...

Mohd Naim Mohd Ibrahim said...

..

Nur Hareza said...

kalo bole, tak mo langkau sampai ke dengkil, nilai.. sg merab? tak ada pun iklan dlm mudah.my ke yang lain..

Mohd Naim Mohd Ibrahim said...

tak semua iklan ada dalam mudah.my kena pandai cari..kadang2 kena try drive ke kawasan yg dicari..kadang2 ada kecik jer signbord for sale...kawan2 naim ramai yg nak beli dkt http://www.imejunggul.com/2012/03/taman-pinggiran-kota-bangi.html tapi sayangnya baru beberapa minggu xusha, dah habis dah..tapi boleh la try call pemaju tu..dengar cerita dia akan bukak baru dkt2 area situ jugak..lagi satu..house hunting ni, kalau nak senang..pakai agent lah..dia kerja full time utk cari rumah yg sesuai dgn budget dan kehendak kita..mcm naim dulu..beli rumah sub sale, owner tu jual melalui agent..tapi tu jual..kita nak membeli pun xde masalah jugak kan utk cari melalui agent...

Nur Hareza said...

mahal tak kos agen ni naim?

Mohd Naim Mohd Ibrahim said...

tak pastilah..boleh try tanya lah.. rasanya masa naim beli dahulu, agent tu ambil 1% dari harga rumah..tetapi owner lah yg bayar.. mean kalau harga rumah 200k, agen ambil 2k lah.. tapi mungkin ada yg lagi murah..dan selalunya kita bayar kalau dia dapat cari rumah ikut spesifikasi yg kita beri sahaja (range harga, keluasan, jenis,lokasi, condition)..kalau xde xpayah bayar...

Nur Hareza said...

ok naim.. akak try dl mn yg dpt ni.. kalau tak akak try cari agen k
tq dik

mnazam said...

Aku ada satu lagi kawasan nak cadang kat kau - Putra Perdana. Dah pernah survey area ni nampak macam ok. Ke Putrajaya pun mudah, lepas tol Elite tu ada exit ke Putra Perdana. So ke Putrajaya tak kena tol. Nak ke highway MEX dan ELITE pun senang. Cuma developer TALAM dan orang ramai komplen TALAM punya projek ada masalah sikit. Aku survey kat mudah.my contoh rumah yang baru siap, La-Cottage harga RM200k. Aku plan nak beli apartmen je kot tapi sewa agak murah kalau nak buat investment. Oleh sebab kau ada plan nak buat investment aku cadangkan kau baca blog ini. Baca backward dari tahun 2009 punya post. Brader ni ada 14 apartmen yg dia sewakan.
http://abangensem.com
Aku berjaya beli satu apartmen kat Seksyen 27 Shah Alam tanpa keluar modal dan dah selamat disewakan pun.