Thursday, January 22, 2009

MB Perak

waktu raptai, 19.01.09


Pada hari Selasa 20.01.09, MB Perak ada datang ke Daerah Kerian @ Parit Buntar Sempena Hari Bersama Pelanggan Negeri Perak.. fyi, waktu election last year, perak dimenangi oleh parti pakatan (PKR, PAS and DAP).. walaupun kerusi adun & parlimen banyak dimenangi oleh DAP, oleh sebab arahan Sultan Perak yang mahukan MB mestilah dikalangan org melayu yang beragama islam, so Ir Nizar Jamaluddin (PAS) dilantik menjadi MB Perak yang baru.. mesti ramai dah tau kan.. jadi isu jugala pelantikan MB Perak ni.. tp mujurla pun, kot kalo bukan org melayu yg dilantik jd MB Perak.. tak tau la mcm mana pemerintahan Perak.. yg sekarang ni pun banyak dah arahan2 yang dikeluarkan, yg berbeza sgt semasa MB lama (BN)... walaubagaimanapun, sepatutnya dengan pelantikan MB yang baru ni, memberi kita definisi baru bahawa pemimpin seharusnya mempunyai latar belakang yang kuat dari segi ilmu pengetahuan dan sahsiahnya.. diharapkan, YAB Ir Nizar Jamaluddin mempunyai semangat dan prinsip hidup yang kuat.. pembaharuan sememangnya baik tambahan lagi sekiranya dapat memberi manfaat kepada rakyat dan kemajuan negeri Perak.. tapi, sekiranya yang lama juga dapat memberi impak yang baik, mengapa tidak dikekalkan.. tidak kira lah idea itu datangnya daripada pihak kawan atau pun lawan..
.
Sedikit info tentang YAB Ir Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak
.
Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh (wahh.. senior sy nih..). Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
.
Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
.

2 comments:

hailmi said...

promote MB la pula nmpk nyer..hrp dia dpt buat yg terbaik..xkisah la dia dr parti mana

Nur Hareza said...

saje je.. kebetulan kitorg satu sekolah.. bangga apa.. hi3