Wednesday, October 5, 2011

sedang pening dan pedih

saya pening.. design struktur sekerat2 sebab British Standard tak complete.. adehhh.. ada sesiapa nak tolong tak untuk membantu melengkapkan kekusutan ni?? tiba2 hari ni ada topik pula nak dicoretkan (cehhh, coret tuuuu)..

N*ppl* saya pedih.. semalam masa susukan Hasya, dia terus lelap seperti biasa.. tapi masa dia tengah lena tu, ntah mimpi apa, kuat gigi dia yang 2 batang je tu mengetap n*ppl* saya.. mak aiiiii, sakitnya.. tindakan luar sedar, terus tarik sepantas kilat (patutnya cuba tutup dulu idung si kecik tu kan.. bagi dia lepas dari geget) dan kesudahannya, memang luka la.. hu3.. lepas tu, bf lagi bila Hasya terjaga malam, still leh maintain lagi feeling pedih tu.. tapi, hari ni bila dah 2x mengepam, rasa tak tahan sangat.. cancel sesi mengepam ke-3.. dalam surau, picit bagi susu keluar dan lumur kat seluruh tempat yang sakit tu.. kebiasaannya saya buat macam ni je.. memang tak pernah beli krim yang ada kat pasaran luar.. harap2 menjadi juga la kali ni.. petang nanti balik, acara wajib si kecik bf tak henti2.. kalau pedih juga, memang kena tahan la.. ngeriiiiii!!!!

Room-mate office saya (lelaki.. saya bercampur 3 lelaki dan 2 perempuan), isterinya baru melahirkan baby yang pertama 7 Syawal lepas.. dan setakat ni tak pernah la dia tanya apa2 mengenai penjagaan bayi ni.. saya tak pandai, tapi kalau ada yang tanya saya cuba ambil yang terbaik sepanjang saya membesarkan Hasya.. yang tak elok, saya tak ceritakan pun.. tapi tadi dia bertanyakan tentang masalah anaknya yang tak poo poo dah 3 hari.. saya tanyakan, minum susu apa.. sedih bila dia bagitau anaknya dah mula campur dengan FM.. itu adalah jawapannya.. saya minta dia minta advice doktor je la.. tak berani nak komen sangat.. just bagitau kemungkinan tak sesuai dengan susu.. dan salah satu sebab saya cuba menggigihkan diri untuk terus bf Hasya adalah sebab saya malas nak try & error untuk mencuba pelbagai jebis FM yang melambak2 kat luar tu.. nak kena study ingredient dia la, nak lebih DHA ke, nak sistem inunisasi kuat la.. ngeh3..
 .
Hasya nak cari disposible diaper yang sesuai pun letih ibunya.. mula2 pakai Diapers Wee Wee Dry, pastu macam timbul merah2.. tukar dengan yang murah sikit sebab masa tu dia baby lagi, kuat poo poo so pakaikan Hey Baby.. ok la, setakat ni memang tak ada masalah cuma pelekat dia kureng la sikit.. kuat melekatnya, sampai nak buka tu susah sikit.. kalau sekarang, dengan Hasya berdiri nak bukakan hey Baby dia ni, memang terkial2 sikit.. pernah cuba Huggies.. ok tapi kalau Hasya kencing, ada bau sikit.. rasa tak besh pulak dekat baby ada bau hancing kan.. jadinya kekal la dengan Hey Baby.. cuma sekarang ada la tukar2 pakai Diapers balik.. sekarang ok pulak, tak ada ruam2 sebab Cikgu taska Hasya komen, pakai Hey Baby memnag leceh nak buka pelakat masa nak salinkan.. saya ikut kan je la.. dah hantar tempat orang, sebolehnya saya nak "senang"kan je kerja dorang.. cuma, baru2 ni tukar pakai Pet Pet, merah2 balik montot si kecik tu.. siap naik biji2 lagi tu.. tukar la pakai Hey Baby balik.. bagus Hasya, memang low maintenance montot dia.. tapi part kulit, losyen dia je dah RM50++.. opah nye kata, kulit mahal dak Hasya nih.. dari kecik memang kulit Hasya agak ada masalah.. rashes nye sentiasa ada.. macam2 losyen + krim mandian dah cuba.. siap bawa pergi jumpa doktor.. Sebamed, Cetaphil, Ezzera.. semua lebih kurang je.. sekarang tengah cuba sapu Minyak Kelapa Dara.. dan saya juga cuba berpantang dari makan ayam dan daging.. tengok macam mana keadaannya nanti.. ;)


No comments: