Saturday, October 20, 2012

D&C tanpa bius yang super ngeri

Baru baca tentang proses D&C dari blogger glamer Neenanuar tu. Sedih dan faham sebab pernah melaluinya dan syukur diberi peluang merasainya. Sementelah internet sedang elok, nak bercerita lah tentang pengalaman saya juga.

Kandungan kedua saya seperti yang saya rancangkan bersama Emi. Cukup umur Hasya 2 tahun, seminggu selepas tu saya buat UPT dan hasilnya positif. Gembira dan terus berangan.angan tentang bayi kedua saya. Masa tu kandungan saya 5 minggu dan jangkaan melahirkan pada 24.04.2013 sehari sebelum birthday Emi.  Itu lagi menggembirakan. 1st check-up di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya pada 4.09.2012. Semuanya seperti biasa. Tak ada alahan, sama seperti mengandungkan Hasya. 

5.09.2012, hari Rabu saya minum air kelapa muda siap ais. Sedapnya rasa. 6.09.2012, hari Khamis ada Jamuan Raya BPSP dan saya makan Nasi Dagang bersama ikan tongkol dan jelatah timun, nenas. Memang dah lama teringinkan Nasi Dagang ni. Suapan ke-4, baru teringat yang dalam jelatah tu ada cuka. Saya awal.awal dah asingkan nenasnya. Malam tu saya start sakit perut. Satu malam juga Emi tolong usapkan perut. Esoknya saya tak ingat saya pergi kerja ke tak tapi petang tu dah mula ada spot kaler coklat berlendir kat spender. Memang menangis gila.gila. Semua orang saya marahkan. Hasya sampai takut tengok saya. Kami ke klinik dekat rumah ni je, bila scan doktor kata sac masih ada dan dari scan tu kandungan saya baru 4w, so doktor bagitau heart beat memang tak ada dan kemungkinan sebab baru 4w, dan doktor minta refer ke pakar di Columbia Asia Cheras. 

Esok pagi, 8.09.2013 hari Sabtu masa scan doktor di Columbia maklumkan perkara yang sama dan minta saya bed rest dan selepas 2 minggu datang untuk check up sekali lagi untuk dengar sama ada heart beat ada atau tidak. Doktor bagi ubat kuatkan rahim dan cuvuk di pinggang. Kos RM290.

Emi menjaga saya dengan baik sekali sepanjang tempoh bedrest. Darah tetap keluar. Sedikit tapi tetap membimbangkan sebab warnanya fresh blood. Rabu pagi 12.09.2012 masa atas katil jam 7 pagi terasa darahnkeluar banyak sangat dan terus bersiap ke Hospita Putrajaya sebab dalam hrai memang dah tau harapan untuk bayi ni semakin nipis da saya macam dah ready untuk apa saja. Mungkin selepas membaca blog Dr. Zubaidi membuatkan saya redha yang kemungkinan bayi saya tidak sihat dan tak boleh nak survive lagi. Selepas doktor scan gunakan alat scan melalui vagina tu, dia sendiri beitahu harapan 50-50 dan minta saya balik dulu dan beritahu kemungkinan janin saya akan turun dengan sendiri dan kalau itu terjadi, baru datang semula. Hati saya tenang. Saya peluk Hasya sekuat hati. Dialah sumber kekuatan saya. Banyak yang saya belajar bersama Hasya. Walaupun saya ada anak yang lain, Hasya tetap istimewa di hati saya. Saya terpaksa ke pejabat untuk uruskan dokumen pinjaman perumahan saya. Sempat ke Alamanda hiburkan Hasya. Bagi saya, tak guna saya nak berehat di rumah, baik selesaikan apa yang perlu.

Hari Khamis, petangnya janin saya keluar dengan sedikit rasa sakit. Saya renung dalam-dalam janin yang seakan daging lembik. Sedih tapi tenang. Saya tak terus ke hospital sebab hari dah malam, esok saja lah. Malam tu google tentang proses D&C sebelum buat keputusan nak buat di HPJ atau do klinik swasta. Esoknya 14.09.2012 saya ke HPJ dahulu untuk check apa yang patut. Masa ni lah doktor tu buat bukaan menggunakan mulut itik dan mengatakan memang janin saya dah tak ada. Pada masa tu juga, doktor tu terus 'cuci' menggunakan kapas yang diletakkan pada hujung gunting panjang. Hidup.hidup tanpa ubat bius. Senaknya perut Tuhansaja yang tau. Menjerit.jerit saya kat dalam bilik rawatan tu. Doktor pujuk untuk saya bertahan sebab katanya kalau nak melalui proses D&C biasa kena masuk wad. Saya tak makan pujuk. Doktor stop dan scan sekali lagi. Yang bestnya, doktor lata rahim saya dah bersih dan minta saya rehat sejam. Selepas sejam, darah dah tak keluar banyak, perut pun tak sakit. Saya dibenarkan balik dan memang tak ada rasa sakit langsung, cuma rasa ngeri yang tak boleh lupa.

Ok, sorry lah entry panjang tak ada gambar.