Wednesday, October 17, 2012

tips halau lipas dan kutu

Menghantar suami ke tempat kerja dan alang.alang dah sampai Wisma Central tu, jom pekena nasi kuah campur kat Pelita Nasi Kandar. Wah.wah.wah sungguh heaven kan dapat masukkan semua yang berminyak meladung.ladung dalam perut. Bestnya kalau makan tapi tak gemuk, tak berlipat kiri dan kanan. Balik dari breakfast yang lazat singgah basuh kereta yang hampir sebulan tak bercuci. Kat dalam tu jangan cerita lah, segala jenis makanan dan minuman ada. Seronok lipas.lipas peliharaan dalam sebulan ni. Balik kg minggu depan memang nak kena sembur dengan sembur lipas lagi. Biar tebongkang semua lipas tu. Tips ni memang berkesan. Malam sebelum tidur tu, sembur segenap ruang dalam kereta termasuk bonet dengan sembur lipas. Tutup rapat.rapat pintu dan tingkap. Esok pagi, memang bergelimpangan lah lipas tu. Pergi hantar cuci kereta terus. Senang sebab sebelu ni letak ubat lipas tak berkesan pun. Teringat dulu masa kecil.kecil kepala ada kutu. Apa yang mak saya buat dia sembur kepala kami dua beradik dengan ubat nyamuk (tutup muka lah masa ni dengan kain) lepas tu balut kepala dengan kain napkin selama sejam. Dan basuh rambut macam biasa. Memang sejak tu, kutu tak pernah singgah tau. Bercampur la dengan orang ada kutu masa kat asrama pun, memang tak kena la. Satu lagi tips nakmelak kutu, basuh rambut hari.hari. Tenyata berkesan. Nanti kalau Hasya kena kutu, nak buat cara macam ni juga lah. Selamat Mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Liza Othman said...

waaa yang sembur lipas tu nak try. hehe.. ko pakai jenis apa? takut gak nak main sembur aje takut anak2 tak tahan bau ke...

kutu pun satu hal gak ni. husna bawak dr tadika. habeh kitorg satu keluarga kene.

Nur Hareza said...

Pakai baygon.. bau dia xkuat

Nozie Yusof said...

seres kepala ko kena sembur mcm tue? ridsect ke? aiyo..keta aku pon byk lipas derr

Nur Hareza said...

Nozie-ha ah.. Mn mak aku dpt 'petua' tu pun aku xtau.. Dah pki ubt kutu xjln jg