Thursday, May 31, 2012

CROCS di hatiku

sejak dah kahwin + ada anak seorang yang agak suka berdukung bila keluar ni, mencari kasut/sandal yang selesa, tak sakit kaki, boleh dukung budak berat 10 kg, tak melecet plus trendy, tak nak nampak macam mak-mak yang ada anak lima, boleh dipadankan dengan jeans, skirt dan baju kurung plus (berapa bayak nak 'plus' la) boleh dibawa ke pasar, shopping complex dan juga ke pejabat.. all in ONE adalah amat sukar!!!

bila harga tak menjadi masalah, tetap tak jumpa yang berkenan di hati.. kalau jumpa pun, tak ada saiz.. setelah hampir 3-4 bulan keluar masuk kedai, semalam apa yang dicari dah ketemu!! CROCS A-Leigh Wedge Leather.. selesa, tinggi 2 3/4 inci, dan yang paling penting memikat hati saya dan Emi (ini adalah antara sebab utama kenapa saya susah nak beli kasut sebab kalau ada yang saya berkenan, Emi pula tak berkenan).. bila tengok harga, sepasang RM289!! tapi bila SA kat situ bagitau, kalau kita bawa salinan IC sesiapa sahaja yang lahir dalam bulan Jun, 7 hari sebelum dan 7 hari selepas tarikh tersebut bolah dapat dikaun 30%!! unlimited item tapi boleh pakai sekali sahaja salinan IC tu.. bukan owner IC tu pun boleh gunakan.. bila dah dipotong 30%, yang tinggal hanya RM202.93!!! dan amat bernasib baik adik saya yang No. 2 tu birthday dia 3 Jun.. so, sekarang sehingga 10 hb Jun saya boleh pakai untuk dapatkan diskaun ni.. tengok kasut untuk Emi, tapi sayang, tak ada design yang berkenan di hati lah..

CROCS A-Leigh Wedge Leather.. yang saya berkenan warna merah.. ada 4 warna rasanya.. hitam, coklat, beach dan merah.. so, sesiapa yang tengah hunting new sandal for Hari Raya, boleh la ke butik Crocs berdekatan.. tawaran sehingga Jun sahaja ye..

No comments: