Tuesday, November 29, 2011

sayang anak tinggal-tinggalkan, sayang suami pun tinggal-tinggalkan

setelah bercuti hampir semingggu (MC + tak sihat; malas nak ke klinik + cuti Awal Muharam) dan bersama si kecik tu, hari ni ke tempat kerja dengan hati yang sayu sangat.. Hasya langsung tak menangis bila dihantar ke Taska.. macam dah faham je memang ibu dan ayah kena pergi kerja hari ni.. padahal, kalau kat rumah mana boleh saya bergerak sikit jauh dari dia.. memang meraung.. sekarang lagi pandai.. dah mula pegang kaki kita, nak berjalan pun susah.. dah besar rasanya dia ni.. nasi pun dah tak nak yang lembik-lembik sangat.. dah pandai sebut nak minum, nak mamam, bila poo poo dah pandai tepuk montot dan terus ke bilik air tunggu ibu datang bersihkan.. minum pun dah pandai guna botol.. main togok je sekarang.. tidur pun dah 2-3 malam tak nak ber-nenen.. tidur sendiri je.. tengok memang kesian masa dia nak cari mood tido.. menonggeng lah, ke kanan, ke kiri.. tapi akhirnya tidur juga..

hari Khamis ni nak balik Perak.. rasa rindu pula kat mak dan abah.. Emi tak ikut sebab dia kerja.. saya balik berdua dengan Hasya naik keretapi.. ambil tempat tidur.. Isnin malam Selasa baru balik KL.. hajat hati memang nak berlama-lama kat kampung sebab cuti pun banyak lagi tapi kesian pula kat Emi sorang-sorang.. cukup lah 4 hari kat sana.. bulan depan boleh balik lagi..

Sakit kali ni memang perit.. batuk dan diikuti dengan demam, perut meloya, sakit tekak dan lidah + lelangit memang tak rasa apa pun bila makan.. Emi belikan popcorn Garrett pun tak terasa kesedapannya macam yang semua orang dok kata.. rasa rugi betul.. simpan separuh dalam bekas dengan harapan bila dah sihat nak menikmati tapi dah tak fresh, ada yang lemau tapi msih sedap, atau boleh lah.. errr, saya masih tak tau kat mana sedapnya popcorn yang agak mahal dari biasa ni.. sama seperti saya tak tau nak nilai kesedapan macaroon dan red velvet cake juga pavlova.. hahahahahaha.. tekak melayu kot.. atau tak beli kat tempat yang jual semua tu yang betul-betul sedap ;)

si kecik ni yang lebih-lebih makan.. macam banyak gigi.. bila tak bagi, menangis sampai berjurai air mata..
tikar Evamatik saya beli masa jualan di MOA.. hanya RM50 sahaja.. kalau area Putrajaya dia boleh hantarkan free aja.. lagi murah dari beli kat online.. rasanya pernah survey kalau beli online RM55 tak termasuk pos penghantaran.. ni nombor adik ni Shuhaifah 0192811941.. baik sangat dia ni..

5 comments:

Nurul Aini said...

bestnya tikar ni reza.. kalau kita beli dia pos sampai umah ke? btw semoga cepat sembuh..

Nur Hareza said...

akak try col.. kot dia leh anta kt opis..
tq kak, sihat dah ni..

Ain Sauki said...

just bought tikar yang sama ari nih...hrmmm berbaloi-baloi la nihh

K.I.N.A said...

wah..sampai kembung2 mulut tu makan.hehe..

kina dah reply pertanyaan kat komen blog..tp kina reply kat sini jugak la..hee..sizenye tak kisah dear, cakap je kat lurvering nak print macam kina..buat je besar2 nanti die editkan..:)

Nur Hareza said...

Kina- wow.. tq ye.. da hantar da kat luvering tp da naik rega kut.. print 100 kpg, rm50.. sekeping rm0.50.. ms kina rm0.30 sekeping kan