Monday, September 12, 2011

TLG, AU5

heboh kan orang bercerita tentang western food yg sedap2 belaka di That Little Gerai? saya dah 2 kali ke sana.. 1st time sebelum puasa.. dan sepanjang Ramadhan, memang nak sgt berbuka kat sana.. tapi jarak yang jauh (TLG ni di AU5, Keramat - saya di Balakong) dengan jammed + malas nak drive dengan si kecik Hasya tu tanpa ayahnya (Emi di KLCC, kalau nak makan juga di TLG kena lah sy yang ke KL, ambil Emi dan baru ke TLG) pendamkan saja niat tu.. tapi, Sabtu lepas, balik dari Ipoh (dengan menaiki tren ETS, Tiket Silver) terus ke sana.. saya order Grilled Dory with Seafood Aglio Olio + Ribena Longan dan Emi Chicken Chop + Ribena Laici.. Hasya terpaksa la kami belikan Chicken Porridge McD.. ye, saya tau tak elok untuk Hasya tapi saya terpaksa.. dah puas cari porridge kat KL Sentral tapi tak jumpa.. saya amek porridge plain je, tak de minyak sume.. Hasya ni dia tak nak makan cereal, apa jenis pun dia tak nak.. dah banyak kali cuba.. yg jenis puree Heinz tu pun dia tak nak.. dia tetap nak makan bubur nasi.. memang kalau berjalan jauh, agak payah sikit.. tunggu sikit lagi, bila gigi dia dah banyak sikit, dah boleh makan nasi baru senang hati nak bawa Hasya berjalan jauh..

cerita tentang Dinner @ Pakeeza Restaurant, Ipoh agak best (sempena farewell party kononnya untuk saya, En Ismayatim dan Poh - semua ex-officer di JPS Perak yang bertukar ke KL/Melaka).. saya dapat hadiah kipas meja, dan 2 set Parker pen.. bos bagi RM200 dan dengan baik hati bayarkan duit bilik hotel kami di Tower Regency hotel.. ehmmmm, memang bos saya tu baik sangat.. suka bekerja dengan dia.. harap2 satu hari nanti, saya dapat bekerja dengan dia sekali lagi.. terima kasih Ir. Hidzrami bin Shamsul Anwar.. ada umur kita akan berjumpa lagi.. sob, sob, sob...

 kami dalam ETS Ipoh-Kuala Lumpur

 di stesen keretapi, Ipoh.. Hasya nak buat apa tu?

 kami makan kat sini.. bersama2 pegawai di JPS Perak.. hidangan adalah merupakan north indian.. saya tak suka, tapi Emi kata sedap.. fresh orange dia je yg saya suka.. ;)

ni yang saya suka.. @TLG, AU5.. tapi dah datang kali kedua ni rasa macam tak excited la sangat nak datang kali ketiga.. hi3.. tak tau la kenapa kan..

4 comments:

Iryani Noor said...

aritu time ada kursus kt Ipoh, ex-boss kitorg pun ada belanja mkn kt pakeeza tu.. sedap...

don't worry reza, rasa nyer ramai ibu2 terpaksa bagi anak mkn bubur mc d biler berjln jauh.. yani pun mcm tu gak.. lagi pun sekali sekala je kn.. =p

Nur Hareza said...

kita bila dah tukar br tau ada restoran nih.. tu lar, sebelum ni ms beli bubur mcD, xde pulak tanya nak plain ke biasa.. bila tanya plain tu camne, rupanya yg plain xde minyak n sayur sume.. pttlah sebelum ni berminyak je bubur nye..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda masa kursus d nawmi si ayah menjaga anak 4 ari,dek malas nak menanak bubur, maka 4 ari tu gak la disuapnye bubur mc d kat si anak..adushhh..lotih eden membebel..

Nur Hareza said...

belinda - ye ke? kalo si ayah buat hasya mcm ttu, ada yg menjerit dr jauh tu.. kikikiki