Tuesday, September 6, 2011

berkongsi pengalaman temuduga

saya tak pasti adakah saya adalah orang yang tepat untuk memberi tips atau petua bagaimana nak lulus temuduga HLP?? rasa nak cekik leher sendiri kan.. tapi bila seorang, dua orang, dan tiga orang dah bertanya maka dengan rendah hati mengucapkan syukur, saya bercerita sedikit tentang pengalaman saya (bukan petua ye kenkawan.. hanya berkongsi rasa) semasa temuduga tersebut.. (sebenarnya sebelum temuduga, saya terbaca tulisan seorang hamba Allah ni.. secara tak sengaja apabila meng-google dan tak sangka amat membantu saya walaupun kisahnya untuk pelajar, tetapi apabila nak minta duit kerajaan ni haruslah boleh diguna semula mana yang berkaitan)

tarikh, masa dan tempat untuk temuduga dah diingatkan seawal2 nya oleh Urusetia di BPMI (tq so much Juliana).. jadinya, malam lagi dah disiapkan.. iron baju, siapkan fail yang ada semua sijil2 degree dan research proposal (semua ni sebenarnya dah ada dibuat salinan dan dihantar ke Urusetia semasa permohonan dibuat).. maka, esok paginya disebabkan tak cukup tangan nak mengendong Hasya, nak mengepit fail lagi, fail yang sepatut dibwa dimasukkan ke dalam beg Hasya.. turun lah saya laju2 masuk ke kereta dan terus hantar Hasya ke Taska.. lepas peluk cium, ba-bye terus masuk besraya, nak melalui MRR2 ke JPS Ampang.. temuduga jam 11.00 pagi.. dan masa tu dah jam 9.30 pagi.. bila sampai kat area Cheras, baru teringat yang fail yang patut di bawa tertinggal dalam beg Hasya!!!! OMG, apa nak buat ni.. nak patah balik ke? sempat ke? dah la jalan depan The Mines tu jammed, nak masuk besraya pun jammed.. col Emi.. dia sanggup nak balik ke Balakong dari KLCC untuk amek fail saya tu.. lega.. so, saya pun meneruskan perjalanan ke JPS Ampang.. nasib baik la temuduga mula lewat, jam 11.30 pagi Emi sampai di JPS, baru nama saya dipanggil masuk.. hahahaha.. lega kan.. just nice.. 

penemuduga saya 2 orang dari JPS (Dr. Nasir dan Dr. Roseli) dan seorang dari NRE (tak tau nama).. biasalah, mesti kena cerita tentang diri sendiri dan pengalaman kerja.. lepas tu soalan nya tentang tajuk research.. part ni kenan yakin dan tepat.. kenapa saya kata yakin dan tepat? sebab katakan lah tajuk yang dipilih adalah River Engineering.. makanya kena specific la skop research nya.. dan yang penting, JPS akan dapat manfaat.. bukan setakat ilmu yang kita dapat semasa belajar (sekiranya lulus temuduga ni) tapi output nya terus boleh digunapakai.. maknanya ada end product.. misalnya kalau tajuknya tentang River Engineering, mungkin ada modelling atau kajian kes di mana2 kawasan jadi bila dah tamat belajar, JPS boleh gunapakai terus apa yang kita dah uasahakan tu..  saya memilih tajuk Dam.. dan output yang saya akan keluarkan adalah Dam Break Analysis di Empangan Bukit Merah.. harapan saya, saya dapat menyumbang kepada pejabat lama saya tools bagi membantu dalam decision making, dan bukan setakat prediction atau trial and error semata-mata.. dan saya nyatakan secara yakin yang saya boleh hasilkan analisa serupa di semua empangan yang dibawah pemantauan JPS.. hahahahahaha.. amat yakin kan saya??

dan saya anggap saya agak beruntung sebab soalan Am yang diberi adalah berbentuk pendapat dan soalannya tentang pendapat saya sekiranya jumlah pekerja asing melebihi jumlah penduduk setempat, impak kepada ekonomi dan sosial masayarakat di situ (ini pun sebenarnya penemuduga tu ambil dari berita akhbar hari temuduga saya tu.. nasihat saya, bacalah surat khabar dan ambil tahu tentang kempen/skim yang sedang diura2kan oleh kerajaan)

saya tak kata saya menjawab dengan betul dan memuaskan hati semua penemuduga tu tapi setiap kemusykilan yang sengaja diajukan oleh penemuduga saya jawab dan yakinkan kepada mereka sehingga mereka tersenyum dan tak tembak saya dengan soalan2 merapik lagi.. tapi, saya keluar dari bilik temuduga dengan rasa puas hati.. kalau tak ada rezeki saya pun, saya tetap berpuas hati.. ;)

nota :
if nak minta belajar di luar nagara, pastikan semasa temuduga atau sebelum JPS kemukakan kertas cadangan calon yang layak dipertimbangkan ke NRE/JPA dah ada keputusan IELTS.. saya tak sempat pun nak buat semua tu.. tau kena submit borang permohonan pun seminggu sebelum tarikh tutup.. itupun, terbuka website JPS (Intranet).. memang kalau hal-hal 'meningkatkan kendiri" ni, kena usaha la cari info.. kalau nak harapkan kawan-kawan yang bagitau, memang melepas la jawabnya.. tak pasti mengapa, tapi saya sendiri tak de la nak announce tentang permohonan HLP ni kat kawan-kawan.. ntah, bukan sebab iri hati/busuk hati takut kawan dapat kita tak dapat tapi lebih kepada tak nak menyibuk hal orang dan berpendapat yang lain tu tau cuma saya seorang je baru nak tau.. ;)

3 comments:

Iryani Noor said...

thanx for the tips reza...
bile ingat2 time interview nk keje dulu pun, nervous die tuhan je yg tau.. hehe...

Nur Hareza said...

yani - nervous kena ada, baru kita buat preparation terbaek..

Aisyah Kamil said...

Pn, pn dpt x hlp nie?