Saturday, March 9, 2013

Klinik Wangsa - Dr. Nadir Khan

Lama kan tak membuat apa-apa penambahan dalam blog ni.  Start dengan bila nak up entry baru guna blogger-droid, taip panjang-panjang dengan penuh semangat, tapi ada error. Mati semangat kat situ juga.  Laptop tak beli lagi walaupun dah 5 bulan terima elaun belajar.  Jangan ditanya mana duit tu pergi.  Jadi, dari cerita masuk rumah, renovate rumah, dapat anak sedara, Hasya ke sekolah semua simpan sendiri-sendiri saja.  Lagipun bukan ramai sangat pun yang menjengah ke blog ni.  Cuma sometimes rasa nak share info je.  Tak payah naip panjang-panjang.  Sebab, pada saya blog ni banyak sangat membantu time saya nak renovate rumah, cari klinik untuk Hasya dan juga sekolah Hasya.  Tu tak masuk cari resepi kerabu kacang botol, telur bistik dan nak buat ikan bakar.  Jadinya, mulai sekarang, kena rajinkan diri update info berguna.  Semoga memberi manfaat pada yang lain.

Selasa lepas, Hasya start batuk setelah hampir 5 bulan tinggal dengan saya sebab dah tak ke taska.  Itupun lepas 3 minggu saya hantar dia ke sekolah.  Baru 2 minggu kat sekolah, demam 2 hari.  Ehmmm, tak berapa jelas, saya buatkan kronologi ye.

5 bulan tinggal bersama saya (stop ke taska sejak Okt 2012 - Feb 2013)
..
Pertengahan Feb 2013 ke Sekolah (8 - 11.30 am)
..
Minggu ke-2 sekolah, demam 2 hari
..
Minggu ke-3 sekolah, batuk 4 hari

Dan, selepas 4 hari, baru saya terfikir nak bawa ke klinik atau beli ubat batuk saja.  Hari pertama batuk dan kedua, batuknya tak berkahak.  Saya beri Jus Kurma keluaran Tuk Guru sebelum tido dan pagi. tapi hari ke tiga dah mula berkahak sebeah pagi.  T.hari ke malam dia ok.  Hari ke empat, saya mula cari info tentang batuk.  Ramai ibu yang bawa anak mereka ke Klinik Wangsa untuk berjumpa dengan Dr. Nadir Khan.  Terus siap-siap pagi tu juga.  Cubalah google tentang klinik ni, dan hampir kesemua tulisan dalam blog menceritakan perkara yang sama tentang kaedah rawatan Dr. Nadir Khan.  Nasihat saya, cari info dan tetapkan pendirian serta buat keputusan yang cepat bila Dr. Nadir bertanyakan kaedah rawatan mana yang kita nak sebab patient dia ramai lagi yang menunggu.  Hari ni masuk hari ke-6 Hasya batuk dan hari ke dua selepas terima rawatan Dr. Nadir dan makan 3 jenis ubat (antibiotik, batuk dan kahak) tapi Hasya masih batuk.  Kahaknya juga masih ada.  Pagi dan petang saya cuba stimkan uka dan tepuk guna kaedah tepukan yang Dr. Nadir ajar untuk longgarkan kahak.  Mungkin kena sabar sebab ikut kata Dr. Nadir, batuk ni elok sebab dia sedang mencuba untuk keluarkan kahak.  Harap-harap cepatlah sembuh.  Tapi memang berbeza dengan keadaan sebelum ni.  Dulu, kalau dah ambil ubat batuk kat klinik lain, 2-3 hari batuk Hasya dah reda tapi masa tu tak pernah sedut keluarkan kahak.  Tapi saya yakin saya mengambil langkah yang betul dengan membawa Hasya ke Dr. Nadir cuma mungkin saya kena bersabar dulu.


Berhampiran Balai Polis dan Jusco Wangsa Maju.  Betul-betul depan kedai Shaklee


UPDATE :

Kitorang 1st time g klinik ni 7hb Mac (Khamis).  Memang tak culas bagi ubat.  Hasya pun telan je sbb agaknya dia takut kalau tak makan ubat, nanti kena pergi sedut lagi.  Hari ke 6, semua ubat dengan antibiotik habis, dan buat stim dan tepuk tu hari ke-2 dan ke-3 je.  Maknya pemalas.  Lepas tu still batuk tapi memang nampak berkurangan.  Tak bagi pun ubat lepas tu.   Tak tau nak pergi balik ke klinik tu ke sebab Dr. Nadir tak ada suruh datang balik (atau dia terlupa).  Hari ke 12, Hasya betul-betul dah tak batuk.  Beza dengan klinik biasa, ubat tak sempat habis, dalam hari ke-3,4 batuk dah hilang. Kata Dr. Nadir, batuk tu elok sebab itu cara nak keluarkan virus dalam paru-paru.   Itu tanda rawatan cara Dr. Nadir bagus ke? Sepanjang tu, memang tak ada letak Vicks (untuk kanak-kanak, yang tutup botol pink sebab Vicks yang tutup botol hijau tak boleh bagi untuk budak bawah 2 tahun), Siap makan ais krim lagi (Dr. Nadir kata dia tak pantangkan makan aiskrim, tapi dia pantang budak makan ubat batuk sebelum buat treatment keluarkan kahak).   Entah lah, nanti kita tengok macam mana keadaan Hasya.

Sunday, January 13, 2013

entry pertama 2013



Dapat kunci pada Disember 2012. Start tambah-baik-setakat-mampu sekarang dengan harapan awal Februari dah boleh pindah masuk. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, December 19, 2012

Mana Ayah Hasya?

Masuk malam ni, dah 2 hari kat rumah MIL, Emi tetap kerja. Dah jam 11 malam, Emi belum balik. Overtime katanya. Hasya dah tido. Sebelum tido, dia monyok macam ada tak kena. Dah 2 kali Hasya tejaga dari tidu. Menangis cari ayah dia. Kesian. Asyik ulang je "mana ayah Hasya?". Sanar ye sayang. Nanti ayah balik ye.

Tuesday, December 11, 2012

Part 4 Last cerita tentang rumah.. letih!

Selesai hal rumah. Hari ini 11 Dis 2012 dapat cek dari lawyer sebab loan yang saya mohon lebih sikit dari harga beli. Ada lah lebih sikit nak baiki rumah tu. Rumah dah 12 tahun, ada lah yang nak kena touch up. Cat semula luar dan dalam, polish lantai, wiring, plaster siling. Itu pun entah berapa lah kosnya. Sekarang proses nak dapatkan quotation dari kontraktor. Harapnya awal Februari tahun depan dah boleh masuk rumah. 

Ni tengah tengok Putera Rayyan, menyampah kat semua watak dalam drama ni. Arisa yang lemah semangat, Rayyan yang tak bijak sebab tak tau apa boda dia buat kat isteri dia, Bonda yang gilerkan darah raja nya tu, Suraya yang hampeh tak pamdai berlakon macam geli je tengok dia. Harapnya Anisa yang gedik tulah penyelamat Arisa. Now semua drama ada perempuan dan lelaki jahat dan saiko, dengan heroin dan hero yang lembik tak pandai nak protect diri sendiri. Termasuklah Cinta Itu Milikku, dan Terlanjur Cinta.

Monday, November 19, 2012

Part 3 : Beli Rumah Sub Sale

Panggilan saya ke Unit Baucer untuk kalo ke berapa pun tak hingay sejak 3 minggu lepas, selepas sistem BPB bagitau fail saya dah sampai ke situ selepas lawyer hantar dokumen dari pejabat tanah. iaitu dokumen pendaftaran, pemyaksian dan GERAN.

Saya : Kenapa fail saya tak sampai ke Unit Cek lagi? Dah 3 minggu saya follow up masih di Unit Baucer..
Unit Baucer : Owh, dalam sistem bagitau fail Puan masuk ke Bilik Fail semula
Saya : Kenapa? Apa maknanya?
Unit Baucer : Ada kuiri
Saya : Kuiri apa?
Unit Baucer : Nanti saya pass pada officer y ng in charge
Officer Unot Baucer : Ye Puan, dalam fail Puan tak ada geran, jadi kami tak boleh proses payment. Lawyer Puan tak hantar. Lawyer kena tau semua ni. Pihak kami tak akan call Puan atau lawyer maklumkan dokumen tak lengkap.
Saya : Habis tu, bila nak bagitau ada kuiri?
Officer Unit Baucer : Lepas sebulan, baru kami buat surat mengatakan ada kuiri. Ini prosedur
Saya : Rasa nak amuk je orang kat BPP yang buat prosedur macam ni. Manalah lawyer atau saya tau apa yg tak lengkap. Bila follow up, just semak guna sistem dan pada sistem tak detailkan tindakan yang sedang diambil. Hanya rekod fail saya ada di mana. Esok nak call lawyer, kalau betul lah ko tak hantar geran tu, memang ko patut resign! Benda paling penting pun ko boleh tak tau nak hantar.

Nota kepada Bahagian Pinjaman Perumahan : Tak akan lah nak tunggu sebulan baru nak maklum ada kuiri. Pastu tolong tambah ruang dalam sistem tu untuk 'Catatan'!!!

Friday, October 26, 2012

bentan

Selamat Hari Raya Aidiladha.. sambut raya dengan demam panas, siap menggigil, sakit kepala, sakit tekak, batuk dengan selesema.. hambik, siap satu pakej. Start menggigil Selasa malam Rabu, tengah tidur, tiba.tiba je jadi gigil. Apahal pula kan. Teringat sebelum tu makan sayur kobis dengan ikan siakap kat Restoran Haslina Chan, Bangi. Saya memang macm ni, kalau leps berpantang, mau dekat setahun lepas tu ada beberapa jenis makanan yang saya tak boleh makan sebab kalau makan, jadi macam ni. Dulu lepas 4-5 bulan lahirkan Hasya, saya demam sampai bisa.bisa satu badan lepas makan ikan pari. Entah lah, ni ke namanya bentan ek? Mak mertua masak kuah lodeh letak kobis pun, kuahnya sikit tak berani sentuh. Takut!!

Saturday, October 20, 2012

gambar saja


Anak dan Ayah

D&C tanpa bius yang super ngeri

Baru baca tentang proses D&C dari blogger glamer Neenanuar tu. Sedih dan faham sebab pernah melaluinya dan syukur diberi peluang merasainya. Sementelah internet sedang elok, nak bercerita lah tentang pengalaman saya juga.

Kandungan kedua saya seperti yang saya rancangkan bersama Emi. Cukup umur Hasya 2 tahun, seminggu selepas tu saya buat UPT dan hasilnya positif. Gembira dan terus berangan.angan tentang bayi kedua saya. Masa tu kandungan saya 5 minggu dan jangkaan melahirkan pada 24.04.2013 sehari sebelum birthday Emi.  Itu lagi menggembirakan. 1st check-up di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya pada 4.09.2012. Semuanya seperti biasa. Tak ada alahan, sama seperti mengandungkan Hasya. 

5.09.2012, hari Rabu saya minum air kelapa muda siap ais. Sedapnya rasa. 6.09.2012, hari Khamis ada Jamuan Raya BPSP dan saya makan Nasi Dagang bersama ikan tongkol dan jelatah timun, nenas. Memang dah lama teringinkan Nasi Dagang ni. Suapan ke-4, baru teringat yang dalam jelatah tu ada cuka. Saya awal.awal dah asingkan nenasnya. Malam tu saya start sakit perut. Satu malam juga Emi tolong usapkan perut. Esoknya saya tak ingat saya pergi kerja ke tak tapi petang tu dah mula ada spot kaler coklat berlendir kat spender. Memang menangis gila.gila. Semua orang saya marahkan. Hasya sampai takut tengok saya. Kami ke klinik dekat rumah ni je, bila scan doktor kata sac masih ada dan dari scan tu kandungan saya baru 4w, so doktor bagitau heart beat memang tak ada dan kemungkinan sebab baru 4w, dan doktor minta refer ke pakar di Columbia Asia Cheras. 

Esok pagi, 8.09.2013 hari Sabtu masa scan doktor di Columbia maklumkan perkara yang sama dan minta saya bed rest dan selepas 2 minggu datang untuk check up sekali lagi untuk dengar sama ada heart beat ada atau tidak. Doktor bagi ubat kuatkan rahim dan cuvuk di pinggang. Kos RM290.

Emi menjaga saya dengan baik sekali sepanjang tempoh bedrest. Darah tetap keluar. Sedikit tapi tetap membimbangkan sebab warnanya fresh blood. Rabu pagi 12.09.2012 masa atas katil jam 7 pagi terasa darahnkeluar banyak sangat dan terus bersiap ke Hospita Putrajaya sebab dalam hrai memang dah tau harapan untuk bayi ni semakin nipis da saya macam dah ready untuk apa saja. Mungkin selepas membaca blog Dr. Zubaidi membuatkan saya redha yang kemungkinan bayi saya tidak sihat dan tak boleh nak survive lagi. Selepas doktor scan gunakan alat scan melalui vagina tu, dia sendiri beitahu harapan 50-50 dan minta saya balik dulu dan beritahu kemungkinan janin saya akan turun dengan sendiri dan kalau itu terjadi, baru datang semula. Hati saya tenang. Saya peluk Hasya sekuat hati. Dialah sumber kekuatan saya. Banyak yang saya belajar bersama Hasya. Walaupun saya ada anak yang lain, Hasya tetap istimewa di hati saya. Saya terpaksa ke pejabat untuk uruskan dokumen pinjaman perumahan saya. Sempat ke Alamanda hiburkan Hasya. Bagi saya, tak guna saya nak berehat di rumah, baik selesaikan apa yang perlu.

Hari Khamis, petangnya janin saya keluar dengan sedikit rasa sakit. Saya renung dalam-dalam janin yang seakan daging lembik. Sedih tapi tenang. Saya tak terus ke hospital sebab hari dah malam, esok saja lah. Malam tu google tentang proses D&C sebelum buat keputusan nak buat di HPJ atau do klinik swasta. Esoknya 14.09.2012 saya ke HPJ dahulu untuk check apa yang patut. Masa ni lah doktor tu buat bukaan menggunakan mulut itik dan mengatakan memang janin saya dah tak ada. Pada masa tu juga, doktor tu terus 'cuci' menggunakan kapas yang diletakkan pada hujung gunting panjang. Hidup.hidup tanpa ubat bius. Senaknya perut Tuhansaja yang tau. Menjerit.jerit saya kat dalam bilik rawatan tu. Doktor pujuk untuk saya bertahan sebab katanya kalau nak melalui proses D&C biasa kena masuk wad. Saya tak makan pujuk. Doktor stop dan scan sekali lagi. Yang bestnya, doktor lata rahim saya dah bersih dan minta saya rehat sejam. Selepas sejam, darah dah tak keluar banyak, perut pun tak sakit. Saya dibenarkan balik dan memang tak ada rasa sakit langsung, cuma rasa ngeri yang tak boleh lupa.

Ok, sorry lah entry panjang tak ada gambar. 

Wednesday, October 17, 2012

tips halau lipas dan kutu

Menghantar suami ke tempat kerja dan alang.alang dah sampai Wisma Central tu, jom pekena nasi kuah campur kat Pelita Nasi Kandar. Wah.wah.wah sungguh heaven kan dapat masukkan semua yang berminyak meladung.ladung dalam perut. Bestnya kalau makan tapi tak gemuk, tak berlipat kiri dan kanan. Balik dari breakfast yang lazat singgah basuh kereta yang hampir sebulan tak bercuci. Kat dalam tu jangan cerita lah, segala jenis makanan dan minuman ada. Seronok lipas.lipas peliharaan dalam sebulan ni. Balik kg minggu depan memang nak kena sembur dengan sembur lipas lagi. Biar tebongkang semua lipas tu. Tips ni memang berkesan. Malam sebelum tidur tu, sembur segenap ruang dalam kereta termasuk bonet dengan sembur lipas. Tutup rapat.rapat pintu dan tingkap. Esok pagi, memang bergelimpangan lah lipas tu. Pergi hantar cuci kereta terus. Senang sebab sebelu ni letak ubat lipas tak berkesan pun. Teringat dulu masa kecil.kecil kepala ada kutu. Apa yang mak saya buat dia sembur kepala kami dua beradik dengan ubat nyamuk (tutup muka lah masa ni dengan kain) lepas tu balut kepala dengan kain napkin selama sejam. Dan basuh rambut macam biasa. Memang sejak tu, kutu tak pernah singgah tau. Bercampur la dengan orang ada kutu masa kat asrama pun, memang tak kena la. Satu lagi tips nakmelak kutu, basuh rambut hari.hari. Tenyata berkesan. Nanti kalau Hasya kena kutu, nak buat cara macam ni juga lah. Selamat Mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, October 16, 2012

dendam pencinta

Ada sesapa tengok drama kat tv9 setiap hari isnin dan selasa jam 8.30 malam tu? Rasanya da start last week gantikan drama Sirrun (owh, saya dah jatuh hati dgn lakonan Anzalna dan Zarina.. hero dia pun saya suka.. muka memang selamba tak ada perasaan). Tajuk drama baru ni Dendam Pencinta. Bukan nak ulas pun jalan veritanya, tapi nak ulas tajuk tu. Drndam tak bagus, lagi.lagi kalau berkenaan cinta. Memakan diri. Buat hati jadi sakit. Jiwa jadi merana. Otak jadi mereng. Iman jadi tipis. Dulu.dulu saya pernah gak bercinta sebelum jumpa kekasih hati, of cos la suami saya kan, tapi tak pernah la rasa dendam cuma tak nak tengok muka dia je lah. Setakat tu je pun. Nampak sangat hati saya suci kan. Tak pun, saya jenis tak kisah. Menangis mengenangkan cinta tak kesampaian adalah harus. Kalau nak tau, itu lah jambatan penguhubung sayang saya dengan suami. Kalau dah hari.hari mengadu sedih, lama.lama lain pula jadinya. Itu cerita saya. Ada hikmahnya saya bersedih pada masa itu. Kalau tak, mungkin lambat lagi lah saya bertemu jodoh dengan suami. Jodoh itu pasti, dan saya yakin suami tercipta untuk saya. Cuma cepat atau lambat saja. Feeling romantik sorang.sorang pula kan. Adios.