Tuesday, June 19, 2012

cocoa collagen power plus

saya dah cuba minum untuk 9 sachet.. amat berkesan untuk pecah-pecah di tumit kaki!! sebelum ni, pakai lah apa pun, krim mahal, krim murah tak ada kesan pun.. 
cuma nak dapatkan feed back dari kawan-kawan semua.. ok ke teruskan? pernah ke dengar produk ni memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang?
kalau nak tahu kelebihan produk ni, sila google sahaja.. ;)

Monday, June 18, 2012

harga rumah di Kajang dan Bangi (basic unit)

Harga rumah sekitar Saujana Impian dan Bandar Baru Bangi bagi rumah jenis sub-sale, basic unit dengan saiz 20 x 70

Penilain dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (di PKNS, Bangi) = RM250k - 270k
Penilaian dari bank (Maybank) = RM280k

Harga rumah dijual = RM300k - 320k !!

Agak melampau.. rumah yang dibina tahun 2000 dengan harga lebih kurang RM130k, melambung sehingga lebih RM200k hanya disebabkan permintaan yang tinggi!!!

p/s : adik-adik ku, semasa muda, beli lah rumah seawal mungkin..

Friday, June 15, 2012

Audit

25 & 26 ada Audit di JPS Perak
Agak-agak, sempat tak nak kurus "sikit" sebelum minggu depan tu ye?
tak best bila orang bagitau kita makin 'sihat' sejak tinggal di KL!!!

Emi ke Miri selama 3 minggu mula 25 Jun tu.. memang confirm lepak Perak seminggu lepas Audit..
lagi 2 minggu? huwaaaaa....

Tuesday, June 12, 2012

perancangan raya

letih fikir tentang rumah.. kita cerita tentang RAYA!!!

sejak ada keluarga dan lebih tepat sejak ada Hasya, saya memang shopping untuk raya sebelum Ramadhan.. okey juga sebab masa ni, Jun-Julai ada MegaSALE.. tak kuasa nak redah SOGO, Jusco semata-mata nak cari baju raya.. kebiasaannya, saya akan beli sehelai baju/kemeja/kasut untuk Abah, Ayah Mertua, Amad (adik lelaki saya), Mak dan Mak Mertua.. lepas tu cari juga baju untuk diri sendiri (selalunya ni yang paling last), Emi dan Hasya.. nak kena buat list lah.. semua ni nak kena beli masa gaji bulan Jun sebab nak tunggu gaji Julai, dah bulan puasa.. dan saya tak sanggup nak shopping masa tu.. nak beli makanan berbuka kat Bazar Ramadhan pun dah malas.. tambahan untuk tahun ini, nak beli barang buat kuih/kek raya!!! so, tahun ni saya cuma akan beli kerepek.kacang sahaja.. yang lain nak buat sendiri.. target nak buat kuih raya 4 jenis.. apa jenis kuih raya yang senang, dan konpem sedap ye.. kek pula nak buat sebiji (rainbow cake/carrot cake.. kalau malas, buat kek coklat kukus je lah) sebelum balik ke Pt Buntar.. nak bagi kat Mak Mertua.. tahun ni giliran saya balik ke rumah mak saya untuk raya pertama.. tapi pagi raya ketiga dah kena gerak balik ke Seremban.. saya sebenarnya lebih tak sabar nak tunggu Hari Raya Korban.. dah niat nak buat korban tahun ni.. kalau ada rezeki lebih, nak buat 2 bahagian.. kalau tak pun, satu bahagian pun memadai..

Friday, June 8, 2012

Pengalaman dengan Shaklee : Part 1

~ Nak cerita pengalaman diri sendiri sebagai pengguna Shaklee (on dan off) sejak tahun 2007) ~


 pertama kali saya mula makan supplement Shaklee, adalah untuk melancarkan sistem pelawasan saya (saya memang ada masalah untuk membuang air besar, sebab tu sebelum ni ambil Teh Orang Kampung, boleh kururs sekali).. masa tu Emi (agen Shaklee) cadangkan ambil Herb-Lax.. 

Tekstur : bila makan, ada rasa herba, rasa daun inai pun ada.. Emi bagitau memang salah satu bahan dalam ni adalah inai.. yerkkk, memang kembang tekak nak telan
Kesan : superb!!!! selesa betul bila membuang.. katanya menyah-toksin (detox) juga.. itu tak tau, yang pasti perut rasa ringan je lepas makan.. kesannya, makan malam, esok pagi jam 4-5 pagi akan rasa nak ke tandas.. pernah beli sebotol je masa tahun 2007..
Harga  : dalam RM 50 je kot.. tapi boleh tahan 3 bulan la juga.. saya makan bukan ikut arahan sangat pun sebab Emi selalu kata, ni adalah supplement, bukan ubat.. tapi, itu pun dah berkesan sangat kat saya..


ni Emi bagi free kat saya.. saya pun tak ingat kenapa dia bagi saya benda ni.. sebab saya kata nak kulit cantik kot.. bagus sebab non-GMO (saya pun tak tau GMO tu apa.. orang kata bagus minum soya yang tak ada GMO ni, saya pun ikut lah)

Tekstur : tak sedap!! saya bancuh macam tu je, tak campur apa-apa.. ada orang dia campur dengan fresh milk perisa strawberi/coklat
Kesan : boleh la.. masa tu nak bertunang/kawen.. rasa juga la muka tu cerah sikit, tak ada jerawat
Harga : dalam RM 100++ kot.. saya minum tak habis pun.. siap expired lagi, dalam tong tu ada 1/3 lagi.. memang rugi.. sekarang tak rasa nak beli pun sebab rasa dia memang tak boleh diterima tekak!!!



saya suka supplement ni!!! memang berkesan.. tak sampai satu botol, saya dah tak ada jerawat.. parut pun makin hilang.. tak perlu nak beli SKII (tak mampu) pun.. suka sangat-sangat!!!

Tekstur : tak ada rasa apa pun.. tapi katanya, kalau terpecah dalam mulut, pelik juga rasanya.. 
Kesan : superb!!!  saya makan masa nak kawen, pastu stop bila dah habis sebotol.. sepanjang mengandung, dan lepas bersalin memang tak ada jerawat pun kat muka.. kalau ada pun, yang kecil-kecil je itupun sebab tak cuci mekap sebelum tido.. sekarang ni dah mula naik semula jerawat, saya dah start makan semula sejak tahun lepas.. so, total saya dah pernah beli 2 botol
Harga : RM150 kot.. tapi, boleh tahan 4 bulan sebab sebotol ada 120 kapsul, sehari makan sebiji je



 ini botol kedua saya beli.. boleh lah.. nak kata berkesan sagat tu, tengok lah pada 'hasil'  masa membuang air besar.. Lecithin ni menghalang lemak-lemak dari makanan melekat kat sistem usus/perut kita.. so, lemak-lemak lama tu memang tak boleh buat apa lah kan..

Tekstur : sama macam Vit E.. tak ada rasa apa.. 
Kesan : tak boleh nak cakap banyak.. sebab kesan dia kita tak nampak sangat.. tapi, saya percaya kat produk ni untuk menghalang dari lemak-lemak baru bergabung dengan lemak-lemak lama dalam bbadan saya tu.. sehari makan 6 biji.. 3 biji lepas lunch, 3 biji lepas dinner
Harga : dalam RM70 kot.. saya lupa lah harga sebenar.. maybe boleh tanya pada agen Shaklee..



ini adalah pengalaman sebenar saya.. saya bukan pakar, keberkesanan mungkin dipengaruhi oleh faktor diri seseorang dan ke-konsitenan untuk makan semua supplement ni.. kalau buat betul-betul, satu hari jumlah yang saya kena makan termasuk Set BF (akan diceritakan pada next entry)  adalah 25 biji!!!banyak giler!!!

Thursday, June 7, 2012

idea memasak tenggelam-timbul!!

Saya ni kadang-kadang bila nak memasak untuk Hasya, idea bertimbun-timbun, kadang-kadang terus zero sampai kena juga buka blog mommies yang lain.. macam hari ni, dah plan nak masak apa untuk Hasya esok.. plan nak buat ikan masak kurma, tapi bila terbaca entry satu mummy ni buat daging masak singgang, mcm berkenan pula kan.. disebabkan menu utama esok adalah Nasi Butter, maka tak match pula nak makan dengan daging masak singang kan.. sekarang lagi lah, saya dah niat nak bawakan Hasya makanan untuk minum petang.. ye lah, lama dia nak tunggu saya datang ambil petang tu sebab sekarang keluar pejabat jam 5.30 petang, dalam 6.30 petang baru sampai.. nanti lapar pula dia.. so, start awal bulan lepas saya dah mula bekalkan muntuk minum petang.. (nanti-nanti saya upload gambar macam mana saya prepare untuk bekal Hasya ke Taska).. saya pernah bekalkan roti, muffin, dan karipap - yang ini semua beli ya.. jadi, rasa nak jadi ibu yang lebih bertanggungjawab, saya pun mula mencari resepi untuk dibekalkan.. semalam first day saya buat Kek Coklat Kukus untuk saya bekalkan kepada Hasya.. hari ni pula bekalkan Butter Puff.. senang rasa hati.. esok ingat nak bekalkan Donut Labu.. bahan semua dah ada.. tinggal nak buat je.. antara resipi minum petang yang saya rasa saya sanggup nak buat sendiri ialah mash potato, chicken pie, makaroni bakar, dan makanan berasaskan roti macam roti telur, roti sapu jem/kaya.. saya masih belum mampu nak buat roti sendiri, jem/kaya sendiri.. nanti lah, bila dah cukup ilmu dan kerajinan saya berkali ganda nanti boleh lah saya buat semua tu.. harap-harap kesedaran yang saya pupuk sedari awal ini akan memberi kesihatan yang baik kepada anak saya, InsyaAllah

keluarga Abah saya

 Dari kiri : Ateh, Pakcik, Pak Ngah Pahang, Pak su (Abah saya) Angah 
bersama pasangan pengantin (anak buah mereka)
*mereka enam beradik, ini anak buah dari abang yang sulung (Pak  Long) dah meninggal dunia

Dari kiri : Makcik (isteri Pakcik), Mak Su (Mak saya) dan Mak Ngah Pahang (isteri Pak Ngah Pahang)
* Ateh dan Angah sudah kematian suami

Monday, June 4, 2012

Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!


tak percaya?? cuba baca ini..Klik SINI..

saya marah, tapi tetap disayangi

peminat setia blog saya ni tentulah suami saya yang saya sayang sangat-sangat tu.. setiap kali saya cuba berazam dengan mencatitkan sesuatu pada blog, tak pernah dia nak cuba perlekehkan niat saya tu.. atau kalau saya 'gagal' nak buat apa yang saya azamkan tu, tak pernah dia nak ungkit balik.. baru hari ni saya perasan yang suami saya tu adalah seorang yang amat baik.. selalu dia kena marah dengan saya.. sidai kain lambat pun boleh jadi topik saya muncungkan muka.. 2 malam sudah, Hasya asyik terbangun je, actualy dah lebih seminggu dia macam tu.. agaknya dia tak puas menyusu kot sebab susu saya makin berkurangan.. jadinya, malam tu maksima sudah kesabaran saya tambahan nipple saya amat sakit, sebab dah luka jadinya saya refuse untuk bagi Hasya menyusu dan sudahnya dia merengek-rengek.. dalam pada saya marah-marah tu, saya suruh dia tidur je.. terus dia tidur atas badan saya!!! tengok, walaupun saya marah, membebel dua orang ni tak pernah marahkan saya semula!! entah lah, mungkin saya stress, penat menguruskan mereka dan rumah dan diri sendiri.. tapi, tidaklah hari-hari saya begini.. dalam satu bulan tu, adalah satu-dua hari.. maybe sebab nak datang bulan, mood jadi tak menentu.. kesabaran tak boleh nak kawal.. otak dah tak boleh berfikir waras..

pemilihan rumah buat kepala jadi pening


cakap dengan Emi.. nak beli rumah!! ewahhh, macam nak beli baju kat AEON tu je kan.. tapi, tak kira.. jadi, 1st step kira dulu duit nak bayar bulan-bulan.. takut tak mampu pula kan.. bila dah setel, start cari rumah.. ada pilihan :-
  • rumah baru / sub sale
  • single storey / double storey (2.5 atau 3 storey memang tak nak!!! saya adalah seorang yang pemalas, konpem tingkat yang banyak buat saya tak sempat nak berkemas)
  • corner / end / intermediate lot
lokasi memang dah tetap, nak beli sama ada di Balakong / Bangi / Kajang.. dalam pada tu, tengok juga di Semenyih dan semalam lepas round di sana, memang rasa tak nak lah beli rumah kawasan Semenyih.. tak familiar.. harga rumah pun lebih kurang sama dengan kat Kajang.. rumah single storey semi-d kat sana pun dah RM400k!! memang merapik betul harga rumah sekarang.. hati berkenan nak tinggal di Bangi tapi faham-faham saja lah kan, mana ada rumah di Bangi bawah RM400k pun, ini kan nak cari yang bawah RM300k..

maka, setelah seharian membuat tinjauan di mudah.my, iproperty.com, HomeGuru.com dan propwall.com.. adalah dalam 5-6 rumah yang menarik perhatian.. cadangan awal pilihan rumah kami single storey corner lot tapi memang susah nak cari area Kajang rumah macam ni.. saya nak kawasan rumah baru, at least yang dah develope 5-6 tahun sebab pada pandangan saya, kalau kawasan tu lama sangat, kawasan sekitarnya tidak menyenangkan.. saya mungkin boleh terima tapi Emi, dan keluarga kami tidak.. kita hidup berkeluarga, jadi yang mana boleh kita ikutkan sahaja.. ada juga baiknya ikut pandangan orang sebab pandangan kita ni tak sentiasanya betul.. jadi, berkemungkinan kami mengambil rumah sub sale (yang baru harganya tak mampu nak beli kat kawasan ini), double storey.. dan amat bersyukur kalau dapat corner lot atau end lot.. berbincang dengan Emi, kita jadikan rumah ni investment, 10-15 tahun lagi kita jual dan beli rumah idaman!!!