Friday, July 5, 2013

Tudung Ber-Evolusi

Semalam bersembang dengan Emi (my suami), dia prefer saya pakai tudung macam mana? 

  • Shawl
  • Tudung Ariani - lycra selapis
  • Tudung Fareeda - sifon berlapis dan warna warni
  • Bawal


    Dia kata tak kisah pun, ok je.  Lepas tu saya tanya, pakai tudung mana nampak saya  tua matang? Ingat dia nak kata tudung Ariani atau Fareeda rupanya dia kata bila saya pakai tudung BAWAL.  What????!!! Selama ni ingat bila pakai tudung bawal nampak macam student-student ke, paling tidak macam kita tengah bercouple, dating dengan dia.  ni komen tambahan Emi :-

  • Shawl - OK je
  • Tudung Ariani - lebih kemas dan terletak
  • Tudung Fareeda - nampak TRENDY.  Baca sekali lagi, TRENDY tuuuuuuu...
  • Bawal - nampak matang

    Ceh, baru niat nak stop shopping Fareeda yang mahal tapi perasaan bila pakai tu extravaganza rasanya.  Ariani pun dah lama tak jenguk butiknya.  Plan nak pakai Bawal sebab murah je, tapi kena cancel lah.  Kan menjaga penampilan di hadapan suami tu keutamaan kan.  

    #kepala dah berangan tudung fareeda untuk raya

 Susah nak cari gambar pakai bawal.  
Ni je satu masa sebelum ada anak.  
Sejak ada anak sorang ni, memang tak sempat sangat nak ber-bawal


Sempat ada dua helai je tudung syiria ni. 
Inner dia suka ke belakang, rasa tak best pula.  
Masa ni tak tau ada teknik tetas inner tu

 Pakai shwal dengan inner.  
Saya surrender pakai shawl tanpa inner. 
 Memang muka tak sesuai.

 Paling banyak koleksi tudung awning dari Ariani. 
Plain dan bercorak.

 Jatuh cinta dengan tudung sifon dari Fareeda.  
Tapi mahal sampai sehelai RM100++.
Kualiti memang terjamin, tapi since Yuran Tadika dah mula nak naik, Ibu berkorban lah.

Last but not least...

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..
Budak ni je berani pakai tudung Hana Tajima belit atas kepala. 
 Maknya memang tak nak.  
Buat kena gelak dengan suami je.

2 comments:

aishah zaharin said...

try la pearl haya. not bad gak. tapi akak beli time sale saje. time tak sale, tengok udahh

Nur Hareza said...

kak aisaha- memang, dah lama aim pearl haya. tak pernah ada koleksi awning kodroi macam tu. butik dia kat mana? rasa pernah nampak kat shah alam, deret jakel tu. Kat KL kat mana ada?