Saturday, July 2, 2011

apa yang saya minum?

saya pernah mengalami saat2 kerunduman susu sampai terpaksa bagi hasya susu formula.. tapi, hasya refuse untuk minum FM, dan bila dia minum FM hasya start demam, batuk tak elok2 sampai seminggu lebih.. saya memang tak cuba bagi susu soya sebab bagi saya, susu soya adalah pilihan terakhir, so saya bagi FM (lembu) laktosa free.. tapi dalam seminggu je, sebab sy telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula susu ibu dan alhamdulillah, saya berjaya.. walaupun hasilnya tak semewah mana, cukup lah untuk bekalan hasya di taska..
.
hasya jenis bayi yang reverse cycle, minum susu pada waktu malam sebab dia hanya direct bf sahaja..  saya telah mencuba organic soy, dan hasilnya memang best, dan rasanya pun best.. (sebenarnya, memang kalau boleh nak elak minum teh, nescafe, coffee dan yang berais sebab tau akan memberi kesan sampingan kepada production susu, tapi kenapa lah saya ni degil sangat kan..)


 galacta capsules.. RM65 rasanya.. hubby yang tolong belikan kat wangsa maju.. budak kedai tu kata, kesannya dlm masa 24 jam..tak berapa berkesan.. biasa-biasa je


1st time beli kat kedai lunatots, putrajaya.. RM 25.90 utk 15 sachet (30 gm/sachet).. sedap dan memang ada kesan (saya minum bersama set bf shaklee).. bila jumpa brand yang sama, cuma tak de gambar pengasas lunatots tu kat farmasi bawah opis sekarang ni, RM 14.90 je..terus tak beli kat lunatots tu dah.. beli kat farmasi jek.. kat tesco pun ada rasanya.. pun sama ngn harga kat farmasi tu..


1st beli kat jusco cheras selatan.. pun sedap.. 500 gm RM 15.90.. tapi, leceh sikit sebab dia dlm bentuk loose powder..

2 comments:

Iryani Noor said...

huii mahal nyer kalu beli kat lunatots...

Erin Rashid said...

mahalnye lunatots..! so mana satu yg lbh bagus? mudah dan ko suka?