Saturday, March 9, 2013

Klinik Wangsa - Dr. Nadir Khan

Lama kan tak membuat apa-apa penambahan dalam blog ni.  Start dengan bila nak up entry baru guna blogger-droid, taip panjang-panjang dengan penuh semangat, tapi ada error. Mati semangat kat situ juga.  Laptop tak beli lagi walaupun dah 5 bulan terima elaun belajar.  Jangan ditanya mana duit tu pergi.  Jadi, dari cerita masuk rumah, renovate rumah, dapat anak sedara, Hasya ke sekolah semua simpan sendiri-sendiri saja.  Lagipun bukan ramai sangat pun yang menjengah ke blog ni.  Cuma sometimes rasa nak share info je.  Tak payah naip panjang-panjang.  Sebab, pada saya blog ni banyak sangat membantu time saya nak renovate rumah, cari klinik untuk Hasya dan juga sekolah Hasya.  Tu tak masuk cari resepi kerabu kacang botol, telur bistik dan nak buat ikan bakar.  Jadinya, mulai sekarang, kena rajinkan diri update info berguna.  Semoga memberi manfaat pada yang lain.

Selasa lepas, Hasya start batuk setelah hampir 5 bulan tinggal dengan saya sebab dah tak ke taska.  Itupun lepas 3 minggu saya hantar dia ke sekolah.  Baru 2 minggu kat sekolah, demam 2 hari.  Ehmmm, tak berapa jelas, saya buatkan kronologi ye.

5 bulan tinggal bersama saya (stop ke taska sejak Okt 2012 - Feb 2013)
..
Pertengahan Feb 2013 ke Sekolah (8 - 11.30 am)
..
Minggu ke-2 sekolah, demam 2 hari
..
Minggu ke-3 sekolah, batuk 4 hari

Dan, selepas 4 hari, baru saya terfikir nak bawa ke klinik atau beli ubat batuk saja.  Hari pertama batuk dan kedua, batuknya tak berkahak.  Saya beri Jus Kurma keluaran Tuk Guru sebelum tido dan pagi. tapi hari ke tiga dah mula berkahak sebeah pagi.  T.hari ke malam dia ok.  Hari ke empat, saya mula cari info tentang batuk.  Ramai ibu yang bawa anak mereka ke Klinik Wangsa untuk berjumpa dengan Dr. Nadir Khan.  Terus siap-siap pagi tu juga.  Cubalah google tentang klinik ni, dan hampir kesemua tulisan dalam blog menceritakan perkara yang sama tentang kaedah rawatan Dr. Nadir Khan.  Nasihat saya, cari info dan tetapkan pendirian serta buat keputusan yang cepat bila Dr. Nadir bertanyakan kaedah rawatan mana yang kita nak sebab patient dia ramai lagi yang menunggu.  Hari ni masuk hari ke-6 Hasya batuk dan hari ke dua selepas terima rawatan Dr. Nadir dan makan 3 jenis ubat (antibiotik, batuk dan kahak) tapi Hasya masih batuk.  Kahaknya juga masih ada.  Pagi dan petang saya cuba stimkan uka dan tepuk guna kaedah tepukan yang Dr. Nadir ajar untuk longgarkan kahak.  Mungkin kena sabar sebab ikut kata Dr. Nadir, batuk ni elok sebab dia sedang mencuba untuk keluarkan kahak.  Harap-harap cepatlah sembuh.  Tapi memang berbeza dengan keadaan sebelum ni.  Dulu, kalau dah ambil ubat batuk kat klinik lain, 2-3 hari batuk Hasya dah reda tapi masa tu tak pernah sedut keluarkan kahak.  Tapi saya yakin saya mengambil langkah yang betul dengan membawa Hasya ke Dr. Nadir cuma mungkin saya kena bersabar dulu.


Berhampiran Balai Polis dan Jusco Wangsa Maju.  Betul-betul depan kedai Shaklee


UPDATE :

Kitorang 1st time g klinik ni 7hb Mac (Khamis).  Memang tak culas bagi ubat.  Hasya pun telan je sbb agaknya dia takut kalau tak makan ubat, nanti kena pergi sedut lagi.  Hari ke 6, semua ubat dengan antibiotik habis, dan buat stim dan tepuk tu hari ke-2 dan ke-3 je.  Maknya pemalas.  Lepas tu still batuk tapi memang nampak berkurangan.  Tak bagi pun ubat lepas tu.   Tak tau nak pergi balik ke klinik tu ke sebab Dr. Nadir tak ada suruh datang balik (atau dia terlupa).  Hari ke 12, Hasya betul-betul dah tak batuk.  Beza dengan klinik biasa, ubat tak sempat habis, dalam hari ke-3,4 batuk dah hilang. Kata Dr. Nadir, batuk tu elok sebab itu cara nak keluarkan virus dalam paru-paru.   Itu tanda rawatan cara Dr. Nadir bagus ke? Sepanjang tu, memang tak ada letak Vicks (untuk kanak-kanak, yang tutup botol pink sebab Vicks yang tutup botol hijau tak boleh bagi untuk budak bawah 2 tahun), Siap makan ais krim lagi (Dr. Nadir kata dia tak pantangkan makan aiskrim, tapi dia pantang budak makan ubat batuk sebelum buat treatment keluarkan kahak).   Entah lah, nanti kita tengok macam mana keadaan Hasya.

6 comments:

Mimy Hamid said...

Fayel serasi klinik ni...Alhamdulillah last visit on September 2012..til now March 2013 tiada masalah dalam batuk selsema yang kronik..syukur

Liza Othman said...

update la selalu... aku baca ape blog ko walaupun kadang2 tak komen hehe...

aku pun ingat nak bawa anak gi sana tapi baby 2 bulan ok ke eh?

Nur Hareza said...

mimy - kitorg dah pusing2 guna gps tak jumpa jg klinik ni.. teringat u ada cerita dlm blog, and yes!!! ur direction dalam blog tu was very good.. akhirnya kami sampai juga

p.s : ms tu hailmi dah mula confuse kenapa guna gps tp tak sampai juga.. bagus kan blog ni..

Nur Hareza said...

liza - tq la.. tak sure la, tp kalo ko bawa, ada la treatment yg sesuai utk baby 2 bulan.. ko kn col dl, sbb dr nadir ni ada siang je.. kwn aku g malam, dr lan.. pastu tak buat cam dr nadir, just bagi ubat cam klinik biasa..

tapi, ko kn kuat semangat lah, mmg menitik air mata tgk dr tu sedut tru idung

Anonymous said...

Saya bru pegi 2 ari lepas, bby umur bru 71 hari. Stiap ari sy wap bby n tpuk 2X -3X. Batuk makin kerap dan bunyi nafas n dada lg kuat, pg td ada kuar kahak hijau cikit. Tp sy xbgbby ubat ygklinik dia bg tu pun.

Anonymous said...

Lagi la pulak mertua n adik2 cik husband ada kat rumah cuba patahkan semangat sy asyk suruh bg bby mkn ubat n sapu vicks. Sy berkeras xnk. Susah2 sy cri rawatan tbaik tuk bby tnpa mkn ubat, pastu sorg2 kendong bby 71 hari jln panas2 tersalah alamat lg, tahan teksi org potong Q, rsa nk menangs wat sume tu sorg2, cik suami plak kje.. Sabar jelah menikmati hidup.....