Monday, April 16, 2012

krim badan yang Hasya guna (Eczema)

jom review produk-produk yang pernah Hasya guna dari mula dia lahir hingga kini.. fyi, Hasya ni ada Eczema, cuma tak adalah sampai luka berdarah tu.. cuma kulit kaki dan perut dia amat kering..
pertama kali Hasya disahkan alergi kepada sabun-sabun yang biasa tu like Johnson's, Pureen etc adalah masa dalam 2-3 hari lepas dia lahir.. badan dia merah-merah lepas mandi, dan bila jumpa paed di Parit Buntar, doktor sarankan bertukar kepada Sebamed (body wash dan losyen) dan tak boleh letak bedak langsung, hanya sapu losyen satu badan.. harga dalam RM22++ setiap satu

lepas 3-4 bulan, tak ada kesan,paed Hasya tukarkan pula kepada Cetaphil.. masa ni satu tiub losyen RM45 dan boleh tahan satu bulan +++

jumpa pula paed di Columbia Cheras bila dah berpindah ke KL, paed tu cadangkan gunakan Ezerra.. bila pakai sample nampak ada perubahan, terus beli tiub besar.. setipa kali bertukar losyen, body wash juga akan bertukar.. masa ni, ada sepupu sarankan pakai Minyak Kelapa Dara.. so, lepas 2 tiub, saja cuba minyak pula dan maintain body wash Ezerra.. lepas botol ke-2, tak ada kesan dan kami decide bawa ke Klinik Pakar Kulit An-Nur..

bertukar pula kepada krim QV ni.. doktor pun hairan  sebab katanya semua losyen yang pernah Hasya pakai, adah paling baik.. mungkin tak ada yang serasi lagi.. dah 2 tiub pakai, Alhamdulillah, ada perkembangan sikit berbanding krim-krim yang lain.. harga RM40 rasa nya dan boleh tahan satu bulan +++... tadi pergi beli Oil Bath QV (RM 22) ni juga.. ikut kata pharmacist, this is  the best untuk mandian budak yang kulitnya amat kering.. mak mana tak nak yang terbaik kan.. so, esok harus di beri taklimat kat cikgu Taska cara nak mandikan Hasya guna oil bath ni.. cara nya, masukkan satu penutup Oil Bath dalam baldi, dan mandi gunakan air campuran ni.. tak perlu bilas dengan air lain.. dan terus lap badan bagi kering..

selain tu, Hasya juga tak makan seafood dan sekali sekala je makan ayam.. ikan pula memang tak bagi dia makan ikan yang gatal-gatal macam kembung dan ikan tongkol.. hasya juga doktor bagi ubat serbuk yang dicampur dalam air, ini adalah untuk kanak-kanak yang ada asma, tapi bagi juga pada Hasya sebab ia boleh kurangkan alergi Hasya.. so sekarang, sebolehnya rumah disapu hari-hari dan pakai pula penyapu yang guna fabrik sintetik.. maknanya, bila gunakan jenis ni, habuk-habuk kecil akan melekat pada kain tu dan juga rambut.. so, tak adalah isu habuk berterbangan lagi sebab saya juga sensitif kepada habuk.. dulu, memang jarang nak sapu rumah, tunggu lah 2-3 hari baru vacuum, itupun kalau boleh sampai rumah awal.. sebab, bila pakai penyapu biasa, berair lah hidung saya 2-3 hari.. mata semua jadi merah.. jadi, sekarang dengan senang hati saya menyapu hari-hari.. Hasya ada kat situ pun saya dah tak risau sebab habuk dah tak ada terbang-terbang.. bagus kan, inovasi membantu memudahkan kita.. ;)

beli kat Jusco Cheras Selatan.. RM49 rasanya.. kain tu, boleh basuh kalau nak, tapi setakat ni belum la pernah basuh.. kalau nak tukar pun, ada jual kain tu secara berasingan.. (dah macam orang jual penyapu pula kan)

1 comment:

Khairiah Ismail said...

Assalamualaikum, Adik tak nak cuba bagi Hasya makan Habbatus sauda' and sapu badan dengan olive oil and sabun badan dia guna sabun olive oil?
Anak saya eczema teruk dari kecil hingga sekarang umur 14 tahun... Insya Allah ada kesan positif, sekurang-kurangnya produk natural dan amalan sunnah. Boleh surf www.sihatrohanijasmani.com untuk mengetahui lebih lanjut. Terima kasih.