Friday, August 12, 2011

dalam tak sedar, saya ter-umpat

saya selalu, lepas hantar hasya ke Taska, akan col husband dan kami pun bersembang tentang hal yang macam-macam.. sebab sejak ada anak ni, masa kat rumah memang tak sempat nak berbual sangat.. masa saya di rumah banyak dihabiskan di dapur, tak pun di bilik sebab tidurkan hasya
.
read: saya balik, ambil hasya dan sampai rumah jam 6.30 ptg.. husband pula kalau bukan bulan puasa, jam 8.30 malam baru sampai rumah.. sekarang daopatlah balik awal sikit, jam 7 da dapat sampai rumah.. jadi nya, bila husband balik, borak lebih kurang terus mengemas dapur, masak apa yang patut dan turn husband main dan jaga hasya.. jam 9,10 hasya dah merengek minta tido (kadang-kadang balik dari taska, bf kan dia terus dia tido.. cuma saya dah mula ajar dia time Maghrib tak elok tidur dan saya cuba bangunkan dia.. dan disebabkan itu, masa saya nak buat kerja semakin pendek.. kalau dia tido dalam jam 7 mala, selalu dalam jam 10,11 baru dia bangun kejap minta susu.. tapi bila difikirkan semula, masa dia dengan ayah dia, masa dia dengan saya tak ada.. jadi, saya berkorban masa untuk mengemas dan tunggu lepas jam 9 atau 10 baru tidurkan dia..).. husband pula, masa saya tidurkan hasya, dia pun terlelap sama.. dan saya sambung semula kerja-kerja rumah yang tertangguh.. ala, bukan banyak pun, nak masak and kemas dapur jek.. bab sidai kain, angkat kain banyak husband yang tolong.. siapkan bahan2 nak masak utk esok, setel dalam jam 12.. masa tu saya pun dah tak larat nak bercakap.. kejut suami yang lena kat depan TV, tukar diaper hasya. cuci muka terus zzzzzzz...
.
jadinya, masa dalam kereta la kami bersembang.. tak de topik tertentu, apa yang terlihat, terlintas kat fikiran, itu yang dibualkan.. saya happy dengan cara macam ni walaupun saya pernah bersedih sebab masa saya dan husband (kita panggil Emi je la ek.. tu nama manja husband saya dengan kenkawannya..) utk berbual amat terhad sangat sekarang.. tapi, saya mula faham.. bila dah ada tanggungjawab macam sekarang, kita kena cuba modified hidup kita.. so, berbalik pada topik bualan kami.. MENGUMPAT dan MENGATA.. saya sebenarnya tak suka bab2 mengata orang ni tapi tadi bila bertanya kat Emi kalau yang selalu saya duk bercerita dengan dia, dengan rakan baik saya tentang sikap seseorang yang saya tak suka (ni hal terasa, tersakit hati la), tu dah kira mengumpat ke? Emi kata YES.. haa??? abes tu, tak boleh ke kita nak luahkan perasaan sakit hati kita tu? atau kalau nak luahkan, tak perlu sebut nama.. cukup kata si "A" atau si "Jantan" je ke? sebab bagi saya, buruk betul perangai orang mengata nih.. walaupun saya akui mungkin saya terlepas kata juga, termengata juga tapi kalau la saya buat semua tu, memang saya akan rasa tak best.. kita sedap dok mengata orang tu kat orang lain, tapi nanti orang yang dikata tu juga lah kita minta tolong.. g makan sama2.. siap tumpang kereta dia pulak tu.. apa pandangan orang lain? mesti diorang cakap.. "eh, hari tu si Reza (saya la tu) dok la mengata si "A", tapi boleh pulak pergi makan sesama.. siap kena belanja lagi tuuuuuuu" (part tuuuuu tu, panjang je muncung nya kan..)
.
saya berharap sangat kalau saya ada sifat buruk yang satu ni, saya dapat buangkan 100% sebelum saya menginjak ka usia 30-an.. hahahahaha.. azam di bulan puasa la pulak kan.. tapi, tak salahkan kalau kita niat perkara yang baik.. tak kisah la bila masanya.. InsyaAllah..
.
jom kita renung-renungkan apa yang dimaksudkan dengan mengumpat ni.. HAPPY FRIDAY semua.. best nya esok cuti dan Emi pun cuti..nak ke IKEA esok, nak cari kerusi makan si kecik tu.. dia tak nak duduk kat walker masa kitorang tengah makan.. sama ada duduk atas riba atau atas meja.. harap2 dengan ada kerusi makan dia ni, boleh la kami makan sekeluarga dengan aman dan tenteram.. ngeh.ngeh..ngeh.. (nak beli 2, satu letak ruma PIL kat seremban, satu kat rumah saya)
.
sedapnye cik kiah mengumpat ye.. siap muncung2 lagi tu..

Definisi mengumpat:

Menceritakan perihal seseorang yang menjadikan dia marah atau benci apabila mendengarnya sendiri atau apabila yang kita katakan itu disampaikan oleh orang lain kepadanya. Perkara yang diumpatkan itu selalunya berhubung dengan kekurangan atau keburukan yang ada pada dirinya.

Mengumpat boleh dilakukan dengan berbagai cara. Dengan hati, dengan perkataan lisan, dengan tulisan, dengan isyarat etc.

Firman Allah Ta'all yang bermaksud:
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat: 12)

Hadith RasuluLlah saw: "Mengumpat ialah apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya" (HR Muslim)

Hukum mengumpat

Pada umumnya mengumpat hukumnya haram. Dalam keadaan tertentu hukumnnya harus (sila rujuk keterangan di bawah).

Siapa yang terlibat dengan dosa mengumpat:
1. Pengumpat
2. Penyampuk
3. Pendengar
4. Pengangguk
5. Penyampai
6. Dan sesiapa yang berkenaan, dan dia redha

Dalam keadaan tertentu, mengumpat adalah dibolehkan, dalam agama.

Alasan-alasan mengumpat dibolehkan:

Ketahuilah bahawasanya jika tiada jalan lain untuk mencapai sesutau tujuan yang betul menurut yang dibenarkan oleh syariat Islam, melainkan dengan menyebut-nyebut keburukan-keburukan orang lain, maka dalam hal yang seumpama ini dibenarkan mengumpat, dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.

Mengumpat dibenarkan dalam beberapa perkara saja, iaitu:

Pertama: Bila berlaku penganiayaan, seperti seorang yang terzalim mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya. Dalam hal serupa ini, tidak mungkin jelas perkaranya, melainkan dengan menyebut dan menerangkan keburukan-keburukan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya. errrr.. Emi tu suami saya, dia bukan hakim.. so memang tak boleh la kan walaupun saya terasa dizalimkan, dianiaya..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesunguhnya orang yang mempunyai hak itu, boleh mengucapkan alasan.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi:

“Menahan hak orang adalah suatu penganiayaan bagi orang kaya.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Kedua: Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seorang ashi (derhaka) ke jalan kebaikan. Emi bukan boleh buat apa pun kan.. sekadar meneangkan saya, bukan dia boleh transformkan orang yang saya ceritakan tu pun.. so, sekali lagi tak boleh la nak bercerita kat Emi

Ketiga: Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam agama. Misalnya ia berkata kepada Tuan Mufti: Ayah saya telah menganiaya saya, ataupun isteri saya atau saudara saya telah menzalimi saya. Dikatakan begitu setelah terlebih dulu mengatakan secara sindiran atau dengan membuat alasan-alasan, tetapi Tuan Mufti masih belum faham. Ketika itu barulah dikatakan dengan terang-terangan. yang ni pun tak boleh menghalalkan perbuatan saya tu kan..

Hal ini berdasarkan kepada suatu riwayat dari Hindun binti Utbah, bahwasanya ia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya Abu Sufyan itu (suaminya) adalah seorang yang amat pelokek. Ia tiada memberiku untuk keperluanku dan keperluan anakku dengan secukup-cukupnya. Maka sabda Rasulullah s.a.w.: Ambillah apa yang cukup untuk keperluanmu dan keperluan anakmu secara adil.

Dalam peristiwa di atas, Hindun telah menyatakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kekikiran suaminya dan ketidak-adilannya terhadapa dirinya dan anaknya dalam persoalan nafkah. Nabi tidak melarangnya dari berkata begitu, sebab maksud Hindun ialah bertanyakan hukum.

Keempat: Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan. Misalnya: Jika anda mengetahui sesorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Ataupun orang yang cuba membuktikan dirinya benar di hadapan pun orang yang diminta fikirannya dalam perkahwinan, lalu ia menyebut keburukan orang yang meminang. Ataupun menyatakan keaiban seseorang, agar amanat tiada diserahkan kepadanya atau seumpamanya dengan menyatakan apa-apa yang diketahuinya dengan benar atas tujuan menasihat, bukan kerana memburuk-burukkan atau menjatuhkan namanya di hadapan orang lain. haaa.. ni macam sesuai kalau la saya terasa nak bercerita kat kawan-kawan saya.. tapi, kena betulkan la niat saya tu dulu, dari saja2 nak cerita, niatkan untuk prevent kawan saya tu dari terkena perkara sama dengan saya

Kelima: Bila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si fulan yang tempang atau yang buta. Maka dalam hal serupa ini, tiadalah dilarang menyebutkannya, kerana itu mustahak disebutkan supaya orang mengenalinya. Begitu juga sebab panggilan itu sudah menjadi kebiasaan, orang yang berkenaan tidak mungkin marah lagi, kerana ia telah termasyhur dengan gelaran itu. Walau bagaimanapun, sekiranya dapat diubah dengan gelaran lain, atau panggilan yang lebih baik, dan senang pula disebarkan kepada orang ramai, maka itulah yang lebih dan senang pula disebarkan kepada orang ramai, maka itulah yang lebih baik dan utama. Oleh kerana itu pernah orang buta dipanggil dan digelar dengan si celik untuk menghindarkannya dari sifat kekurangan itu. ni pun boleh dijadikan panduan.. just untuk membantu Emi mengenali orang yang  saya tengah ceritakan tu.. tapi, kalau tak memenuhi syarat sepeti Pertama - Keempat pun tak boleh juga kan..

Keenam: Bila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu, maka terhadap orang ini tidaklah terlarang lagi melemparkan ghibah atau pengumpatan, disebabkan kelakuannya yang menentang itu. tapi untuk apa kan diceritakan tu kalau masih juga tak memenuhi syarat Pertama - Keempat tu kan...

p/s: tapi bila dah geram, semua ni boleh lupa.. so, kepada yang mendengar 'umpatan' saya nanti, mohon la ditegur2kan lah saya pada masa tu ye agar saya tak perlu tercari2 orang yang saya dah umpatkan nanti masa kat Padang Masyar.. jenuh tu nak cari.. huhuhuhu..

No comments: