Wednesday, August 1, 2012

Annyversary

1.08.2012 adalah tahun ketiga saya bersama suami. Ambil cuti rehat satu hari. saya je, Emi tak cuti pun. Ambil Cheesecake yang sedap tu dari Yatt di Muzium Islam di Taman Tasik Perdana, ambil Emi di pejabat dan terus ke Hartamas untuk mengambil salinan S&P. lepas tu shopping baju raya Hasya lagi!!! Balik rumah, rehat dan terus bakar ayam yang dah diperap pagi tadi. Lepas selesai masak, tunggu Emi dan hasya balik. Berbuka puasa dengan rasa yang amat puas hati sebab saya sempat sediakan makanan di hari istimewa kami. Solat Maghrib. Solat Isya'. Aikk, titik? Ya, tak solat Terawikh pun. Dua-dua, eh tiga-tiga pakat tidur depan TV. Apakah?? Penat puasa atau penat makan? bangun jam 12.30 pagi, tengok sinki penuh dengan pinggan tak basuh, hasya pula terjaga dari tidur menangis nak ibu. ayah pujuk memang tak makan. tiba-tiba je jadi stress. Dah la batuk tak elok-elok. Boleh tak kalau nak cakap, nak makan ubat pun tak sempat. Merajuk. Membebel di jam 1.30 pagi. Tidur dalam ketidakpuasan hati. 

Tiba-tiba terbau asam pedas sedang dipanaskan kat dapur. Emi tak ada kat sebelah. Rupanya dia yang sediakan makanan nak sahur.  Suka. Sambil makan, buat-buat macam tak ada apa je malam tadi. Suami layankan saja. Lepas mandi, ternampak sekeping kad besar, sekuntum ros (bukan bunga sebenar) dan keychain ada nama sendiri. Bila tanya emi bila dia letak, rupanya dari malam tadi lagi. Entah, salah sapa kejadian malam tadi. Kalau nak tau, itulah kehidupan saya. Saya marah malam, esok Emi boleh acting macam saya ni isteri-paling mithali-tak pernah marah langsug kat dia. Sebab tu saya sayangkan Emi. Bukan bermakna saya pijak kepala dia. Dialah manusia yang paling faham perangai saya. Mak dan Abah pun belum tentu boleh faham saya. Saya orangnya macam mana? Errrr, disimpulkan seperti kuat bebel-pendam perasaan lepas tu mengamuk tapi hati baik sangat. Boleh lah macam tu ye ;p

Happy Annyversary Abang.
Hanya Abang yang tau sejauh mana kasih sayang kita.
Tak perlu diucapkan disini.
I Love You

2 comments:

Mohd Naim Mohd Ibrahim said...

hahaha..lumrah la..selalunya kalau wife merajuk,layankan jer..nanti dia okay, buat macam biasa jer la..tapi dlm hati ? hahaha!!

Nur Hareza said...

naim - wife tak kisah apa ada dlm hai, yang penting mulut kata "tak apa.."