Tuesday, January 10, 2012

tak ada cerita

tak ada cerita, cuma nak update menu si tecik

Breakfast : Mac, Cheese and Pump - pagi lagi si tecik minta mamam.. suapkan Mac, cheese and Pump ni, laju je dia buka mulut, tapi bila kat Taska dia tak nak pula.. alahii sitecik


Bahan-bahan

Segenggam mini makaroni (kecil-kecil je saiznya, so tak payah nak dipotong)
2 potong pumpkin (labu)
1 keping KRAFT ceddar cheese
susu segar
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2-3 ketul isi ayam yang telah direbus, dicarik-carik
stok ayam (baru buat malam tadi.. dapatlah 5 kiub)

Cara memasak

  1. Rebus makaroni dan labu
  2. Labu dilenyek-lenyek selepas empuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis bawang putih hingga naik bau (jangan sampai garing, nanti ada rasa tak sedap)
  5. Masukkan susu segar, cheese dan labu
  6. Kacau biar sebati
  7. Masukkan makaroni
  8. Siap

Lunch : Sup Ayam Vege + Bubur Nasi Puree Seleri cikgu si tecik kata semua licin.. lama anak ibu tak makan bubur ye, sekali dapat, makan bersungguh-sungguh


Bahan-bahan untuk Sup Ayam Vege

Stok ayam
1 cawan air
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih
1 batang seleri - dipotong kecil
1/2 batang carrot - dopotong kecil
sedikit brokoli

Cara memasak

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
  2. Masukkan stok ayam, dan air
  3. Masukkan sayuran carrot, seleri dan bila kedua-duanya dah lembut baru masukkan brokoli
  4. Sedikit garam (saya masukkan sedikit sahaja, sebagai perisa)
  5. Siap
Bahan-bahan untuk Bubur Nasi Puree Seleri

1/2 cawan beras
puree seleri

Cara memasak

  1. Masak beras dengan air 1/2 periuk
  2. Bila nasi dah mula kembang, masukkan 2 kiub puree seleri
  3. Siap

semalam, masa ambil Hasya kat Taska, cikgu bagitau dia tak nak makan.. asyik minum air dan makan biskut je.. balik tu, saya asakkan bubur nasi dengan puree saleri.. berselera dia makan.. mungkin hilang selera sebab kena chery bery cuti lepas.. sebab tu, hari ni saya bekalkan lagi nasi bubur puree saleri.. harap-harap, berselera lah dia makan

Ya Allah, Kau kuatkan la hati ku, semangatku dan berikan aku kesihatan agar dapat memberi yang terbaik buat amanah-Mu ini.. AMIN

No comments: