Buka sana cerita mak dera anak. Buka sini cerita budak mati kena pukul. Teringat kat Hasya. makin lama memang makin menguji kesabaran. Lepas ni kalau marah, lari masuk bilik pasang aircond kuat-kuat. END
Tuesday, June 30, 2015
Wednesday, December 24, 2014
merapu
Pagi tadi bangun jam 4.30 pagi.
Lama dah tak bangun awal.
Selalu jam 5 lebih.
Semata-mata nak masak nasi ayam untuk kak yong.
Seyes rasa ibu mithali ;)
Thursday, December 4, 2014
Sunday, August 31, 2014
Ucapa Selamat kepada Malaysia Tercinta
Selamat Hari Merdeka!!!
Happy Independence Day!!!
...di sini lahirnya sebuah CINTA..
p.s : saya anak Malaysia
Wednesday, August 20, 2014
Selamat Hari Lahir Hasya - The 4th
kau anak istimewa
istimewanya tak ada yang sama
sikap, pemikiran, keletahnya
tawa, tangis, merajuk mahu dipujuk
manja yang kadang kala tidak mendapat balas
kasar ketika kemahuan tidak diturut
tiga janin pernah berada di dalam rahim
tapi kau tetap mendapat tempat dihati
jangan pergi jauh anak
tetaplah kembali ke pangkuan kami
sayang, cinta, rindu padamu tak pernah kurang
terima kasih sayang
hadir dalam kehidupan kami
semoga Allah menjagamu selalu
selamat hari lahir
empat tahun yang penuh warna warni
terima kasih sayang...
Tuesday, August 19, 2014
Post Entry Pagi-Pagi
Bangun awal pagi ni. Anak-anak mula tak sihat. Si kakak batuk dan demam. Si adik pula baru mula batuk. Hari ni tak boleh bertangguh. Kena cepat dan konsisten buat tepuk percusion (eh, betul ke ejaannya) dan bagi si kakak makan ubat. Tak lama lagi Birthday Hasya ke empat tahun. Dah 4 tahun umur anak ibu. Itu saje. Bye.
Milestone Atif : 2 bulan satu minggu dah boleh meniarap. 2 bulan 3 minggu dah boleh meniarap dengan kepala dah boleh angkat tinggi.
Milestone Atif : 2 bulan satu minggu dah boleh meniarap. 2 bulan 3 minggu dah boleh meniarap dengan kepala dah boleh angkat tinggi.
Tuesday, August 5, 2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014
Dah hampir seminggu raya, baru nak ucap selamat. Sesungguhnya raya kali ni amatlah sibuk dengan aktiviti memasak dari Ramadhan ke 28 dan 29 sampailah Syawal ke 2. Kambing bakar, Shepherd Pie, Makaroni Bakar jadi menu pilihan selain dari rendang, kuah kacang yang mak masak. Balik ke rumah MIL baru dapat rehat dari memasak, tolong sikit-sikit je kat dapur. Anak-anak memang Emi yang jagakan. Hari ni, Emi dah mula bekerja. Tahun ni terasa nak pergi beraya ke rumah kawan-kawan. Lama sangat tak bersembang, berborak panjang. Pada sesiapa yang nak datang beraya, jemputlah datang. Tahun ni tak ada konsep rumah terbuka. Sapa nak datang, datang je lah. InsyaAllah akan dilayan dan dijamu sebaik mungkin. Blog ni sekarang ayatnya skema yang amat. Nanti nak tune semula ke cara yang lama.
Ambil gambar raya guna monopod. Kes bateri kamera tak caj.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI!!!
~ hareza, hailmi, hasya dan atif ~
Monday, July 21, 2014
Petua Tambahkan Susu Ibu
Dah nak menghampiri Syawal, meninggalkan Ramadhan. Terasa-rasa Ramadhan ni agak bermakna. Dari segi ibadahnya, pengisiannya. Seronok sangat. Moga-moga Ramadhan akan datang dapat buat lebih baik.
Cerita BF pula, minggu hadapan Atif genap Atif 2 bulan dan rezeki susu memang melimpah ruah. Ingatkan bila berpuasa, susu tak banyak. Sebelum puasa, minggu ke tiga selepas bersalin dah mula buat stok susu. Sekali mengepam dapat 3-5 oz. Masa tu mengepam dalam sehari dua kali. Bila mula berpuasa, mengepam hanya sekali, sebelum sahur. Masa ni memang dah bengkak, Atif pula dia bangun menyusu sekali je, dalam jam 3 pagi. daripada 6 oz, meningkat 9 oz. Masuk minggu ke dua puasa, dah mula boleh dapat 12 oz. Ada masa sampai 15 oz. Terfikir-fikir apa faktor yang sebabkan boleh dapat banyak macam tu. Tiap-tiap hari sama je pemakanannya. Vitamin C, vitamin B Compleks, minum air hampir 4 liter (mula berbuka sampailah sahur). Masuk minggu kedua minum Epyra lepas bersahur tapi tak adalah rasa susu bertambah sangat. Sabtu lepas, sebelum tidur bersembang dengan MIL, sambil tu mulut ni mula lah nak mengunyah macam-macam. Tapi dah malam, takut menambah kalori, makan kurma 2, 3 biji. Tak sampai sejam lepas tu cik b mula bengkak. Baju dah basah. Nak tidur pun tak selesa. Terus mengepam sebab Atif dah tidur. Dia ketap mulut dia rapat-rapat. Masa tu dapat 10 oz. Okey lah kan. Lepas sahur, pam lagi sebab bengkak juga. pun dapat 10 oz!!! So, total satu malam 20 oz!!! Dari situ dah dapat agak, kurma adalah milk booster saya. Baru perasan, kenapa masa Ramadhan susu makin bertambah sebab makan kurma dengan konsisten. Masa berbuka dengan masa bersahur. Allah dah janjikan, anak yang lahir dia bawa rezekinya sendiri. Setakat ni, tak perlu nak beli milk booster yang lain. Dan satu lagi, setiap kali solat, berdoa agar susu mencukupi untuk Atif. Satu perkara yang rasanya tak pernah buat masa BF kan Hasya 4 tahun lepas. Masa tu berjaya susukan Hasya sampai umur dia setahun 4 bulan. Niat nak BF tu memang ada, tapi tak dilafazkan dan tak diminta melalui doa. Ajaibnya kuasa doa kan. Alhamdulillah.
Thursday, July 17, 2014
Update Blog
Kurang 3 bulan lagi nak masuk kerja. Tak tau nak bayangkan perasaan macam mana. Happy sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan, nak masuk bilik meeting, nak lepak-lepak kat pantry time rehat, nak tengok fail menimbun. Harap-harap skill guna mesin fotostat, mesin fax masih boleh digunakan. Buka website pejabat, semua password dah tak ingat. Tapi rasa sedih nak tinggalkan Hasya dan Atif selama lebih kurang 8 jam ++ (termasuk jammed). Tambah-tambah lagi Hasya sebab dia dah banyak mulut sangat. Nanti dia mesti buat drama bila nak kena tinggal.
Last week pergi jumpa paed, tengok kan hidung Atif yang asyik lah berbunyi macam banyak sangat hingus atau taik hidung tapi bila disedut atau di tengok tak ada apa pun. Paed bagitau kemungkinan injap yang menutupi saluran makan ke perut terbuka (sepatutnya ia akan tertutup), menyebabkan susu keluar balik dan mungkin termasuk ke saluran hidung dan bila susu tu keras, menyebabkan hidung Atif berbunyi. Dia cakap macam tu sambil buat diagram lagi. Mungkin betul juga sebab Atif selalu keluarkan balik susu. Tapi paed bagitau lagi, masalah ni akan hilang bila dia semakin membesar. Solution buat masa sekarang, sembur dengan air garam (yang dalam botol spray yang ada gambar ikan lumba-lumba tu) dan lepas menyusu, tegakkan kepala dalam tempoh 30-60 minit tapi kadang-kadang je kitorang buat sebab selalunya Atif lepas menyusu terus tidur dan ibu nya mempunyai tahap kemalasan yang agak tinggi. Jadi, letak atas bouncer je, Sekurang-kurangnya kepala dia tinggi sikit kalau nak dibaringkan. Benda ni start masa hari kedua Atif lahir dan masa jumpa paed dah 6 minggu umur Atif. Tapi sekarang dan masuk minggu ke-7, slowly Atif dah jarang keluarkan susu balik dan hidung dia berbunyi bila pagi je itu pun kitorang confuse sama ada bunyi hidung tersumbat atau dia saja buat bunyi mendengus.
Dah masuk minggu ke tiga Ramadhan, tahap lapar dan dahaga dah boleh buat macam biasa, sampaikan semalam masa cuti Nuzul Quran bawa adik bongsu yang belajar di UTM Jalan Semarak berbuka kat luar. Pergi AEON Setiawangsa, tapi semua restoran full house. Solat Maghrib dulu, lepas tu laju-laju pergi Nandos sebab adik ni peminat tegar ayam. Seat dah dapat awal tapi pukul 9 malam baru order sampai. Relaks je, tak ada pula rasa nak marah-marah sebab kita faham, budak-budak yang kerja tu pun bukan duduk senang lenang, agaknya berbuka pun telan seteguk air je. Selalu ambil set ayam je, tapi kali ni tambah dengan humus hidang sekali roti ala-ala roti nan tu. MasyaAllah, sedapnya. Next time kalau ke Restoran Nasi Arab, nak order humus ni juga. Ada yang kata humus kat Restoran Saba sedap.
Baju raya tahun ni plannya nak pakai warna purple. Ibu dan Ayah recycle je la baju yang ada dalam almari tu. Baju kurung Hasya kena beli, tapi tak beli-beli pun lagi. Tungu balik Parit Bntar lah. Shopping kat Pasar Kemboja. Last weekend pergi Avenue K nak beli baju raya budak-budak ni. Memang hampa sangat sebab kebanyakan dress untuk Hasya tak banyak pilihan. Dress nya bukan main seksi, fesyen bare back yang banyak. Tak kan raya-raya nak pakai macam tu kan. Habis semua kedai kami masuk, dari Avenue K ke KLCC dapat sehelai je dress umtuk Hasya, sepasang blouse dan tight, 3 helai leggings dengan 2 helai blouse. Untuk Atif belikan dia babysuit sehelai, seluar pendek sehelai, kemeja sehelai, tshirt 2 helai. Baru lah tau, beli baju budak lelaki lagi mahal. Baju Hasya yang agak berhelai-helai tu RM 160 tapi baju Atif dekat RM 210!!! Dah habis cari yang murah, yang ada less tapi nan hado. Semuanya harga tak ada diskaun langsung. Baju Hasya pula, siap diskaun 50% lepas tu ada pula harga 3 item for 2.
Sebenarnya semangat nak siapkan Chapter 3 thesis (baru nak buat Chapter 3??? memang kerja last minute betul), tapi Emi lupa nak install Office sebab sebelum ni dia tolong formatkan laptop. Dah siap bawa coklat dengan bancuh Ephyra lagi tu. Dah tak dapat nak buat kerja, letak air Ephyra dalam fridge, kita update blog. Tapi entry saja, tak ada gambar. Selamat Malam!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




