Masuk malam ni, dah 2 hari kat rumah MIL, Emi tetap kerja. Dah jam 11 malam, Emi belum balik. Overtime katanya. Hasya dah tido. Sebelum tido, dia monyok macam ada tak kena. Dah 2 kali Hasya tejaga dari tidu. Menangis cari ayah dia. Kesian. Asyik ulang je "mana ayah Hasya?". Sanar ye sayang. Nanti ayah balik ye.
Wednesday, December 19, 2012
Tuesday, December 11, 2012
Part 4 Last cerita tentang rumah.. letih!
Selesai hal rumah. Hari ini 11 Dis 2012 dapat cek dari lawyer sebab loan yang saya mohon lebih sikit dari harga beli. Ada lah lebih sikit nak baiki rumah tu. Rumah dah 12 tahun, ada lah yang nak kena touch up. Cat semula luar dan dalam, polish lantai, wiring, plaster siling. Itu pun entah berapa lah kosnya. Sekarang proses nak dapatkan quotation dari kontraktor. Harapnya awal Februari tahun depan dah boleh masuk rumah.
Ni tengah tengok Putera Rayyan, menyampah kat semua watak dalam drama ni. Arisa yang lemah semangat, Rayyan yang tak bijak sebab tak tau apa boda dia buat kat isteri dia, Bonda yang gilerkan darah raja nya tu, Suraya yang hampeh tak pamdai berlakon macam geli je tengok dia. Harapnya Anisa yang gedik tulah penyelamat Arisa. Now semua drama ada perempuan dan lelaki jahat dan saiko, dengan heroin dan hero yang lembik tak pandai nak protect diri sendiri. Termasuklah Cinta Itu Milikku, dan Terlanjur Cinta.
Monday, November 19, 2012
Part 3 : Beli Rumah Sub Sale
Panggilan saya ke Unit Baucer untuk kalo ke berapa pun tak hingay sejak 3 minggu lepas, selepas sistem BPB bagitau fail saya dah sampai ke situ selepas lawyer hantar dokumen dari pejabat tanah. iaitu dokumen pendaftaran, pemyaksian dan GERAN.
Saya : Kenapa fail saya tak sampai ke Unit Cek lagi? Dah 3 minggu saya follow up masih di Unit Baucer..
Unit Baucer : Owh, dalam sistem bagitau fail Puan masuk ke Bilik Fail semula
Saya : Kenapa? Apa maknanya?
Unit Baucer : Ada kuiri
Saya : Kuiri apa?
Unit Baucer : Nanti saya pass pada officer y ng in charge
Officer Unot Baucer : Ye Puan, dalam fail Puan tak ada geran, jadi kami tak boleh proses payment. Lawyer Puan tak hantar. Lawyer kena tau semua ni. Pihak kami tak akan call Puan atau lawyer maklumkan dokumen tak lengkap.
Saya : Habis tu, bila nak bagitau ada kuiri?
Officer Unit Baucer : Lepas sebulan, baru kami buat surat mengatakan ada kuiri. Ini prosedur
Saya : Rasa nak amuk je orang kat BPP yang buat prosedur macam ni. Manalah lawyer atau saya tau apa yg tak lengkap. Bila follow up, just semak guna sistem dan pada sistem tak detailkan tindakan yang sedang diambil. Hanya rekod fail saya ada di mana. Esok nak call lawyer, kalau betul lah ko tak hantar geran tu, memang ko patut resign! Benda paling penting pun ko boleh tak tau nak hantar.
Nota kepada Bahagian Pinjaman Perumahan : Tak akan lah nak tunggu sebulan baru nak maklum ada kuiri. Pastu tolong tambah ruang dalam sistem tu untuk 'Catatan'!!!
Saya : Kenapa fail saya tak sampai ke Unit Cek lagi? Dah 3 minggu saya follow up masih di Unit Baucer..
Unit Baucer : Owh, dalam sistem bagitau fail Puan masuk ke Bilik Fail semula
Saya : Kenapa? Apa maknanya?
Unit Baucer : Ada kuiri
Saya : Kuiri apa?
Unit Baucer : Nanti saya pass pada officer y ng in charge
Officer Unot Baucer : Ye Puan, dalam fail Puan tak ada geran, jadi kami tak boleh proses payment. Lawyer Puan tak hantar. Lawyer kena tau semua ni. Pihak kami tak akan call Puan atau lawyer maklumkan dokumen tak lengkap.
Saya : Habis tu, bila nak bagitau ada kuiri?
Officer Unit Baucer : Lepas sebulan, baru kami buat surat mengatakan ada kuiri. Ini prosedur
Saya : Rasa nak amuk je orang kat BPP yang buat prosedur macam ni. Manalah lawyer atau saya tau apa yg tak lengkap. Bila follow up, just semak guna sistem dan pada sistem tak detailkan tindakan yang sedang diambil. Hanya rekod fail saya ada di mana. Esok nak call lawyer, kalau betul lah ko tak hantar geran tu, memang ko patut resign! Benda paling penting pun ko boleh tak tau nak hantar.
Nota kepada Bahagian Pinjaman Perumahan : Tak akan lah nak tunggu sebulan baru nak maklum ada kuiri. Pastu tolong tambah ruang dalam sistem tu untuk 'Catatan'!!!
Friday, October 26, 2012
bentan
Selamat Hari Raya Aidiladha.. sambut raya dengan demam panas, siap menggigil, sakit kepala, sakit tekak, batuk dengan selesema.. hambik, siap satu pakej. Start menggigil Selasa malam Rabu, tengah tidur, tiba.tiba je jadi gigil. Apahal pula kan. Teringat sebelum tu makan sayur kobis dengan ikan siakap kat Restoran Haslina Chan, Bangi. Saya memang macm ni, kalau leps berpantang, mau dekat setahun lepas tu ada beberapa jenis makanan yang saya tak boleh makan sebab kalau makan, jadi macam ni. Dulu lepas 4-5 bulan lahirkan Hasya, saya demam sampai bisa.bisa satu badan lepas makan ikan pari. Entah lah, ni ke namanya bentan ek? Mak mertua masak kuah lodeh letak kobis pun, kuahnya sikit tak berani sentuh. Takut!!
Saturday, October 20, 2012
D&C tanpa bius yang super ngeri
Baru baca tentang proses D&C dari blogger glamer Neenanuar tu. Sedih dan faham sebab pernah melaluinya dan syukur diberi peluang merasainya. Sementelah internet sedang elok, nak bercerita lah tentang pengalaman saya juga.
Kandungan kedua saya seperti yang saya rancangkan bersama Emi. Cukup umur Hasya 2 tahun, seminggu selepas tu saya buat UPT dan hasilnya positif. Gembira dan terus berangan.angan tentang bayi kedua saya. Masa tu kandungan saya 5 minggu dan jangkaan melahirkan pada 24.04.2013 sehari sebelum birthday Emi. Itu lagi menggembirakan. 1st check-up di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya pada 4.09.2012. Semuanya seperti biasa. Tak ada alahan, sama seperti mengandungkan Hasya.
5.09.2012, hari Rabu saya minum air kelapa muda siap ais. Sedapnya rasa. 6.09.2012, hari Khamis ada Jamuan Raya BPSP dan saya makan Nasi Dagang bersama ikan tongkol dan jelatah timun, nenas. Memang dah lama teringinkan Nasi Dagang ni. Suapan ke-4, baru teringat yang dalam jelatah tu ada cuka. Saya awal.awal dah asingkan nenasnya. Malam tu saya start sakit perut. Satu malam juga Emi tolong usapkan perut. Esoknya saya tak ingat saya pergi kerja ke tak tapi petang tu dah mula ada spot kaler coklat berlendir kat spender. Memang menangis gila.gila. Semua orang saya marahkan. Hasya sampai takut tengok saya. Kami ke klinik dekat rumah ni je, bila scan doktor kata sac masih ada dan dari scan tu kandungan saya baru 4w, so doktor bagitau heart beat memang tak ada dan kemungkinan sebab baru 4w, dan doktor minta refer ke pakar di Columbia Asia Cheras.
Esok pagi, 8.09.2013 hari Sabtu masa scan doktor di Columbia maklumkan perkara yang sama dan minta saya bed rest dan selepas 2 minggu datang untuk check up sekali lagi untuk dengar sama ada heart beat ada atau tidak. Doktor bagi ubat kuatkan rahim dan cuvuk di pinggang. Kos RM290.
Emi menjaga saya dengan baik sekali sepanjang tempoh bedrest. Darah tetap keluar. Sedikit tapi tetap membimbangkan sebab warnanya fresh blood. Rabu pagi 12.09.2012 masa atas katil jam 7 pagi terasa darahnkeluar banyak sangat dan terus bersiap ke Hospita Putrajaya sebab dalam hrai memang dah tau harapan untuk bayi ni semakin nipis da saya macam dah ready untuk apa saja. Mungkin selepas membaca blog Dr. Zubaidi membuatkan saya redha yang kemungkinan bayi saya tidak sihat dan tak boleh nak survive lagi. Selepas doktor scan gunakan alat scan melalui vagina tu, dia sendiri beitahu harapan 50-50 dan minta saya balik dulu dan beritahu kemungkinan janin saya akan turun dengan sendiri dan kalau itu terjadi, baru datang semula. Hati saya tenang. Saya peluk Hasya sekuat hati. Dialah sumber kekuatan saya. Banyak yang saya belajar bersama Hasya. Walaupun saya ada anak yang lain, Hasya tetap istimewa di hati saya. Saya terpaksa ke pejabat untuk uruskan dokumen pinjaman perumahan saya. Sempat ke Alamanda hiburkan Hasya. Bagi saya, tak guna saya nak berehat di rumah, baik selesaikan apa yang perlu.
Hari Khamis, petangnya janin saya keluar dengan sedikit rasa sakit. Saya renung dalam-dalam janin yang seakan daging lembik. Sedih tapi tenang. Saya tak terus ke hospital sebab hari dah malam, esok saja lah. Malam tu google tentang proses D&C sebelum buat keputusan nak buat di HPJ atau do klinik swasta. Esoknya 14.09.2012 saya ke HPJ dahulu untuk check apa yang patut. Masa ni lah doktor tu buat bukaan menggunakan mulut itik dan mengatakan memang janin saya dah tak ada. Pada masa tu juga, doktor tu terus 'cuci' menggunakan kapas yang diletakkan pada hujung gunting panjang. Hidup.hidup tanpa ubat bius. Senaknya perut Tuhansaja yang tau. Menjerit.jerit saya kat dalam bilik rawatan tu. Doktor pujuk untuk saya bertahan sebab katanya kalau nak melalui proses D&C biasa kena masuk wad. Saya tak makan pujuk. Doktor stop dan scan sekali lagi. Yang bestnya, doktor lata rahim saya dah bersih dan minta saya rehat sejam. Selepas sejam, darah dah tak keluar banyak, perut pun tak sakit. Saya dibenarkan balik dan memang tak ada rasa sakit langsung, cuma rasa ngeri yang tak boleh lupa.
Ok, sorry lah entry panjang tak ada gambar.
Ok, sorry lah entry panjang tak ada gambar.
Wednesday, October 17, 2012
tips halau lipas dan kutu
Menghantar suami ke tempat kerja dan alang.alang dah sampai Wisma Central tu, jom pekena nasi kuah campur kat Pelita Nasi Kandar. Wah.wah.wah sungguh heaven kan dapat masukkan semua yang berminyak meladung.ladung dalam perut. Bestnya kalau makan tapi tak gemuk, tak berlipat kiri dan kanan. Balik dari breakfast yang lazat singgah basuh kereta yang hampir sebulan tak bercuci. Kat dalam tu jangan cerita lah, segala jenis makanan dan minuman ada. Seronok lipas.lipas peliharaan dalam sebulan ni. Balik kg minggu depan memang nak kena sembur dengan sembur lipas lagi. Biar tebongkang semua lipas tu. Tips ni memang berkesan. Malam sebelum tidur tu, sembur segenap ruang dalam kereta termasuk bonet dengan sembur lipas. Tutup rapat.rapat pintu dan tingkap. Esok pagi, memang bergelimpangan lah lipas tu. Pergi hantar cuci kereta terus. Senang sebab sebelu ni letak ubat lipas tak berkesan pun. Teringat dulu masa kecil.kecil kepala ada kutu. Apa yang mak saya buat dia sembur kepala kami dua beradik dengan ubat nyamuk (tutup muka lah masa ni dengan kain) lepas tu balut kepala dengan kain napkin selama sejam. Dan basuh rambut macam biasa. Memang sejak tu, kutu tak pernah singgah tau. Bercampur la dengan orang ada kutu masa kat asrama pun, memang tak kena la. Satu lagi tips nakmelak kutu, basuh rambut hari.hari. Tenyata berkesan. Nanti kalau Hasya kena kutu, nak buat cara macam ni juga lah. Selamat Mencuba!
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tuesday, October 16, 2012
dendam pencinta
Ada sesapa tengok drama kat tv9 setiap hari isnin dan selasa jam 8.30 malam tu? Rasanya da start last week gantikan drama Sirrun (owh, saya dah jatuh hati dgn lakonan Anzalna dan Zarina.. hero dia pun saya suka.. muka memang selamba tak ada perasaan). Tajuk drama baru ni Dendam Pencinta. Bukan nak ulas pun jalan veritanya, tapi nak ulas tajuk tu. Drndam tak bagus, lagi.lagi kalau berkenaan cinta. Memakan diri. Buat hati jadi sakit. Jiwa jadi merana. Otak jadi mereng. Iman jadi tipis. Dulu.dulu saya pernah gak bercinta sebelum jumpa kekasih hati, of cos la suami saya kan, tapi tak pernah la rasa dendam cuma tak nak tengok muka dia je lah. Setakat tu je pun. Nampak sangat hati saya suci kan. Tak pun, saya jenis tak kisah. Menangis mengenangkan cinta tak kesampaian adalah harus. Kalau nak tau, itu lah jambatan penguhubung sayang saya dengan suami. Kalau dah hari.hari mengadu sedih, lama.lama lain pula jadinya. Itu cerita saya. Ada hikmahnya saya bersedih pada masa itu. Kalau tak, mungkin lambat lagi lah saya bertemu jodoh dengan suami. Jodoh itu pasti, dan saya yakin suami tercipta untuk saya. Cuma cepat atau lambat saja. Feeling romantik sorang.sorang pula kan. Adios.
Sunday, October 14, 2012
ibu kejam
Hasya baru tidur. Itupun sebab menangis. Menangis sebab kena letak kat balkoni sorang-sorang. Sebab tak nak dengar kata. Puncanya, dah malam macam ni nak ajak ibu dia main belon dari buih sabun tu. Nampak macam saya yang kejam tapi kalau Hasya ada kat rumah, saya kena layan dia sorang. Tak boleh baring, tak boleh tidur kalau dia tak tidur. Time dia todur, saya kena buat kerja rumah yang lain dan saya ada perasaan penat juga. Memanglah sorang ni je anak tapi tak akan sebab anak, 100% masa dan tenaga kita nak diserahkan kat dia sorang. Dia kena belajar untuk faham yang saya juga perlu berehat. Saya juga dah tak larat nak marah atau cakap berjela sama ada dengan cara lembut atau keras. Harap-harap dia serik nak lawan cakap walaupun saya tau episod ini akan berulan dalam sehari dua lagi.
Saturday, October 13, 2012
life as a student
Life as a student so far so good atau lebih tepat lagi better! Being a Structure A student in UNITEN (im doing resarch, full time) membuatkan hidup saya tenang dan santai. Hasya memahami yang ibunya tak perlu ke tempat kerja, membuat rengekan tak nak ke school setiap pagi. Sepanjang 2 minggu ini, hanya 2 hari saja dia ke sana. Selebihnya, duduk di rumah atau ikut saya membuat urusan di luar, di mana 90% adalah bersifat peribadi, dan bukannya melibatkan pengajian.
Saya membuat jadual sendiri iaitu Isnin dan Jumaat adalah masa untuk mengemas rumah like vacuum, mop lantai, iron baju kerja Emi, pergi shopping barang dapur, pergi spa, facial dan etc. yang membuatkan hati saya lapang dan tenag. Selasa hingga Khamis adalah masa untk fokus terhadap tajuk research dan Sabtu Ahad masa untuk bersama Emi dan jalan-jalan. No more kerja rumah sampai tak ada masa nak buat bf, nak nonton movie yang Emi download tu. Satu lagi, saya kena start mengajar anak kexil saya mengenal A,B,C dan Alif, Ba,Ta juga potty train sebab saua target at least untuk buang air besar by hujung tahun si kecil dah boleh lakukan di dalam toilet.
Oh, saya juga sudah sempat nak pakai krim muka pada waktu malam, losyen di seluruh badan sebelum tidur. Kalau tak, memang tak pernah buat sebab dah terlelap dulu depan tv, bila dah naik katil memang tak kuasa nak buat apa-apa. Kadang-kadang dan agak selalu muka pun tak sempat nak cuci.
Kena hargai ini semua sebab saya yakin dalam 2 minggu lagi saya akan jadi butung hantu untuk siapkan proposal yang saya target akan bentang depan examiner dalam tepoh 3 bulan lagi, serentak dengan nak hantar report kepada IEM.
Wednesday, September 26, 2012
Fareeda dan Ariani
Masa lunch ke Bangi, nak cari nasi dan hajat besar nak beli tudung Fareeda. Saya dah pernah beli sehelai tudung Fareeda jenis selendang ada awning tu. So kali ni teringin nak pakai tudung layer kaler block. Kan dah jadi trend sekarang. lepas makan, gagahkan kaki menapak ke Butik Fareeda. Kena beratur 5 minit, baru boleh masuk (sebab ada customer yang keluar). Sampai macam tu sekali orang kemaruk nak masuk. Tapi, setelah mencuba hampir 5 helai, saya memutuskan yang memang muka saya sangat tidak sesuwaiiiiii memakainya. Semua sebab awningnya yang menampakkan kegebuan pipi. keluar dengan tangan kosong.
Masuk Ariani, beli 3 helai tudung bercorak. Nama pun nak jadi student kan, nanti seharian pakai t-shirt saja. Baju kurung dah boleh tolak tepi ye. Untuk saya, masuk Butik fareeda tak naik hantu tapi jangan ke Butik Ariani, tiba-tiba berazam tak makan nasi sebulan sebab nak keluarkan duit dulu beli tudung. Macam lah kenyang kan. Tapi, memang jenis ni je yang sepadan dengan saya. kalau tudung lain tu, ada je yang tak kena. Tudung bawal pun dah tak ngam masuk kepala. Asal pakai je, menepek je tudung tu kat dahi. Yang belit-belit lagi lah. Rimas rasanya kat leher tu. Tapi, nak try juga beli tudung bawal AdiJuma tu.
cantik kan? tapi, bila kena kat muka sendiri, tak adalah cantik mana pun. tapi, cantik kan??!!
cantik kan? walaupun simple, it is Ariani okey!!! terjamin keselesaan memakainya.
hal anak
Seronok bila baca cerita Ashra yang mengajar sendiri (home schooling) anaknya di rumah. Mungkin Hasya terlalu awal nak dimulakan semua tu, tapi tak salah bermula dengan awal kan. Banyak yang saya bayangkan perjalanan harian saya bila dah bermula cuti belajar pada 1 Okt nanti. Potty Train, Ajar Hasya menganal Alif, Ba, Ta, ajar membaca, mengira, latih semula untuk Hasya makan sayur dan buah dan paling penting sekarang, mengajar Hasya untuk mendengar kata!!!
Mungkin ada ibu yang gigih mencari maklumat untuk perkembangan anak dari Internet dan buku ilmiah, tapi apa yang saya perlukan sekarang adalah untuk pergi ke mana-mana seminar atau bengkel mengenai ANAK!!. Memang kelakar anak dah 2 tahun lebih, baru nak belajar tentang hal anak ini tapi saya merasakan saya semakin hilang arah dalam membentuk sahsiah anak saya. Sepanjang 2 tahun ini saya agak berjaya dalam penyusuan ibu dan juga menerapkan pemakanan yang sihat dalam keluarga saya tapi akhir-akhir ini, Hasya semakin berbeza. Ya, dia semakin penyayang, semakin bijak tapi pada masa yang sama semakin sensitif, senang sangat nak tengok air matanya keluar dan sudah ada beberapa tabiat yang kurang baik seperti menjelir lidah, menjeling dan tak nak bersalam bila berjumpa orang lain. Ohhh, saya memang perlukan bantuan. Nanny 911 mungkin???
Tuesday, September 18, 2012
berpantang aka rehat tak buat apa
masih bercuti aka MC. saya selesai menjalani D&C di HPJ pada Jumaat 16 Sept. sakitnya sampai sekarang teringat-ingat. tinggal di kampung menghabiskan sisa berpantang. lebih kurang je, berpilis, berstokin dan makan makanan orwng berpantang. bengkung masih tak berpeluang lagi. Jumaat nanti baru mula berurut. thanks to Siet sebab introduce Kak Tini ni. ok,anything will story later. Hasya ikut opah dia ke bank, dan janjinya nak beli doll baru.
Wednesday, September 5, 2012
wordless wednesday #10
ada beza tak? gambar dalam frame tu masa hasya 5 months +++
gelam betul ko ni Hasya!!! langsung tak follow ayah dia (tak nak salahkan diri sendiri okeyyy..!!!)
gelam betul ko ni Hasya!!! langsung tak follow ayah dia (tak nak salahkan diri sendiri okeyyy..!!!)
Wednesday, August 29, 2012
Friday, August 24, 2012
Thursday, August 16, 2012
selamat hari raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
** maaf zahir dan batin **
perkataan ikut tema baju raya :)
Wednesday, August 15, 2012
Beli Rumah Sub-Sale : Part 2
nak cerita pendek-pendek sahaja
- selepas sign S&P, dah matikan setem, lawyer akan bagi salinan. so, saya dapat salinan S&P tu 1.08.2012. masa ni bagi sekali check list BPP dan borang yang lawyer nak kn buat atas letterhead dia
- ambil semua surat dan dokumen dari pejabat lawyer 7.08.2012
- isi semua borang (our part), surat iringan dari majikan.
- hantar borang penilaian rumah dan salinan S&P tu ke Bahagian Penilaian di Bangi pada 9.08.2012 - saya suka penilai di sini. saya letak jumlah pinjaman ikut baki harga jualan (dah tolak deposit) tapi dia advice minta full, iku harga jualan selagi tak melebihi kelayakan. katanya manalah tau dia nilai rumah tu tinggi, rugi nanti. terima kasih En Hairudin atas info tersebut
- hantar borang lengkap yang lain dan wang pos untuk proses ke Bahagian Pinjaman Perumahan 13.08.2012 - saya suka sistem di sini. kat kaunter lagi dah semak borang kita
- Pegawai penilai tengok rumah 14.08.2012 - tengok luar je sebab rumah tu tak ada renovation
- call Pegawai Penilai lepas semak dalam website yang nyatakan kes kita telah siap. dah tau harga nilaian rumah. rasa nak melompat lebih tinggi!!!
- tunggu step seterusnya... urusan sign perjanjian, proses tukar nama. BPP kata dalam tempoh 5 hari lepas kita hantar borang dah boleh tau.
wordless wedneday #8
ujian kendiri
setelah bekerja selama hampir 6 tahun, masih ada yang saya belum capai seperti yang Jabatan jangkakan
Tuesday, August 14, 2012
Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort : ntah hapa-hapa!!!
malam tadi jam 11.30 malam, tengah goreng ikan patin untuk makan bersahur, api padam. aik, ingat angin sekali tu gas habis lah. pindah masuk dlam oven. nasib baik masak lemak Hasya pagi semalam elok lagi. tambah cili api tumbuk, tambah garam sikit. kalau tak haruslah makan sahur dengan oat saja lah. itu maknanya, berbuka semestinya makan diluar atau beli tapau saja. 1st plan nak beli kat Param saja. sambil tunggu org gas datang hantar. bila dah ber-blog walking terbaca pula review tentang Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort. kalau booking dan ambil baucer sebelum jam 4 petang, harga per head RM48 nett. kalau walk in RM62 kut. banayak blogger review food kat sini sedap-sedap belaka. rating 5/5 pula tu. dah la dekat. call Emi, confirm terus booking. boleh lah sekali sekala kan. sepanjang Ramadhan ni pun tak pernah makan luar. beli lauk kat Param pun sekali itu pun masa Emi out station minggu lepas. Weekend balik rumah mak mertua. so, nanti kita tengok sama ada betul ke tak orang review kata sedap. saya tak kisah sangat part lauk nya, asalkan desert nya banyak itu dah menggembirakan hati dan lemak-lemak sekalian. tak pe, lepas makan WAJIB skipping 100 kali. berangan lah!!!!
p/s: tukar terus tajuk entry!!!
UPDATE!!!
dah la parking penuh. kena jalan dalam 5 minit siap naik tangga lagi. letak tempat saya jauh sejauhnya dari tempat buffet. tak ada aircond. kipas tak rasa. berpeluh makan. NOT RECOMMENDED!! apsal dorang boleh dapat tempat makan best, saya dapat tempat super tak best? sama je kan bayar? Bangi Golf Resort, sila jawab!!!!
p/s: tukar terus tajuk entry!!!
Monday, August 13, 2012
penat tau
Pejabat Pos-Pejabat Hasil-JPA-BPP-Pejabat Pos-JPA-BPP
Sudah lah, saya dah tak larat nak menapak berulang kali ke tempat tu semua. rasa nak parking betul-betul depan pintu. boleh tak?
Thursday, August 2, 2012
tak lama lagi
dah lama tak update tentang cerita Hasya. lagi 2 minggu, anak ibu cukup 2 tahun. kadang-kadang tengok dia, rasa macam baby lagi. tapi, bila tengok dia main, bercakap rasa wowww dah besar rupanya anak aku!! sekarang dia sangat suka main kat tab. tengok upin ipin : bila besar nanti. dia paling suka part ehsan buat kek dan fizi kutip sampah. dialog pun dah boleh hafal sikit-sikit. teletubies pun dia suka. salah satu perkara yang saya rasa seronok jadi ibu dia, masa saya main-main dengan dia permainan kita masa kecil-kecil dulu. macam main sep sep sep, tom tom tom lepas tu nyanyi lagu air pasang dalam dan dia suka bila sampai part "cik baba jatuh dalam air, cik aminah ketawa jerit-jerit" lepas tu saya akan geletek dia dan dia ketawa mengekek-ngekek. saya juga main enjit-enjit semut dengan dia dan bila part dia cubit kita tu, memang boleh rasa la sakit dia. baru-baru ni Emi belikan dia buku lagu kanak-kanak. nasib kebanyakan lagu dalam buku tu saya tau nak nyanyikan. dia suka lagu rasa sayang. dan saya ajak dia main tom tom bak. seronok sangat. game dekat tab tak boleh buat anak kita gelak, ketawa, geletik-geletik dia. dan saya rasa bila Hasya main game kat tab tu, dia macam stress je. sekarang dia suka membebel sorang-sorang. kadang dengar dia menyanyi tapi tak faham apa yang dia sebut. kadang-kadang count 1-10. ada satu masa tu, dia main susun-susun botol ubat atas meja, dan dengan jelas saya dengar dia count penuh, lengkap 1-10. terus capai phone nak record, tapi masa tu dia tau, terus malu-malu nak menyebut.
tu tentang masa bermain dengan dia. kalau saya batuk, cepat-cepat dia urut dada saya. tiba-tiba je, dia datang cium, rangkul leher saya. dah boleh harap ambil pampers sendiri kat dalam bilik. dah boleh pakai seluar baju sendiri walaupun selalunya tak betul. amat suka tengok saya buat kerja di dapur. sambil kita basuh pinggan, dia berdiri atas kerusi main air sabun, letak kat muka. ayat dia yang tak boleh tahan "ibu, kena Hasya" sambil tunjuk air sabun yang 'terkena' pipi dia padahal dia yang letak sendiri. malam-malam, dah boleh dipujuk bila bangun minta susu, saya suruh minum air kosong. katakan, dia bangun 3 kali satu malam, sekali saya inta dia minum air kosong sebab nampak dia dahaga. lagi dua kali baru saya susukan dia. saya sentiasa rindukan Hasya. dan saya pasti dia pun rindukan saya. bersambung...
hidup se-ada-nya
Sekarang macam dah trend yang mana sana sini semua dah beli/pakai/gunakan :-
- Tudung Fareeda
- Produk kecantikan kolagen - El Merino/Everlyn
- Korset Premium Beautiful
Yang nyata, saya memang tak mampu nak beli semua tu. Hati rasa sedih. Tapi Emi tenangkan dengan pujukan dan nasihat. Ya, saya sudah mempunyai 2 buah rumah bersama suami yang mana lebih separuh dari wang gaji kami digunakan untuk keperluan kedua-dua rumah ini. Seorang anak perempuan yang comel. Kerja yang baik. Sambung belajar ditaja. Tambahan pula, muka tak ada jerawat, badanya je 'gemok' sikit tapi masih mampu nak beli Lechitin Shaklee sebagai usaha nak kurus. Masih mampu nak beri belanja kepada orang tua. Masih mampu nak makan kat luar. Jadi, nak apa lagi? Bersyukur lah ...
Wednesday, August 1, 2012
Annyversary
1.08.2012 adalah tahun ketiga saya bersama suami. Ambil cuti rehat satu hari. saya je, Emi tak cuti pun. Ambil Cheesecake yang sedap tu dari Yatt di Muzium Islam di Taman Tasik Perdana, ambil Emi di pejabat dan terus ke Hartamas untuk mengambil salinan S&P. lepas tu shopping baju raya Hasya lagi!!! Balik rumah, rehat dan terus bakar ayam yang dah diperap pagi tadi. Lepas selesai masak, tunggu Emi dan hasya balik. Berbuka puasa dengan rasa yang amat puas hati sebab saya sempat sediakan makanan di hari istimewa kami. Solat Maghrib. Solat Isya'. Aikk, titik? Ya, tak solat Terawikh pun. Dua-dua, eh tiga-tiga pakat tidur depan TV. Apakah?? Penat puasa atau penat makan? bangun jam 12.30 pagi, tengok sinki penuh dengan pinggan tak basuh, hasya pula terjaga dari tidur menangis nak ibu. ayah pujuk memang tak makan. tiba-tiba je jadi stress. Dah la batuk tak elok-elok. Boleh tak kalau nak cakap, nak makan ubat pun tak sempat. Merajuk. Membebel di jam 1.30 pagi. Tidur dalam ketidakpuasan hati.
Tiba-tiba terbau asam pedas sedang dipanaskan kat dapur. Emi tak ada kat sebelah. Rupanya dia yang sediakan makanan nak sahur. Suka. Sambil makan, buat-buat macam tak ada apa je malam tadi. Suami layankan saja. Lepas mandi, ternampak sekeping kad besar, sekuntum ros (bukan bunga sebenar) dan keychain ada nama sendiri. Bila tanya emi bila dia letak, rupanya dari malam tadi lagi. Entah, salah sapa kejadian malam tadi. Kalau nak tau, itulah kehidupan saya. Saya marah malam, esok Emi boleh acting macam saya ni isteri-paling mithali-tak pernah marah langsug kat dia. Sebab tu saya sayangkan Emi. Bukan bermakna saya pijak kepala dia. Dialah manusia yang paling faham perangai saya. Mak dan Abah pun belum tentu boleh faham saya. Saya orangnya macam mana? Errrr, disimpulkan seperti kuat bebel-pendam perasaan lepas tu mengamuk tapi hati baik sangat. Boleh lah macam tu ye ;p
Happy Annyversary Abang.
Hanya Abang yang tau sejauh mana kasih sayang kita.
Tak perlu diucapkan disini.
I Love You
Tuesday, July 31, 2012
Thursday, July 26, 2012
jangan makan Fish & Chips !!
Dah lama tau tentang hal ni, cuma tak berapa nak pasti. Tapi bila dah baca artikel dari SINI, memang tak lah kan nak order Fish & Chips lagi. kalau kita beli ikan Jenahak kat pasar, nak tak tukang jual tu potong ikan jadi macam fillet tu ye? teringin nak buat Fish & Chips sendiri
peruntukan raya 2012
Seronok tak terkata bila PM umumkan tahun ini ada bonus a.k.a duit raya setengah bulan gaji. Baru sekejap buat kira-kira khas untuk raya. Nak tau? Exceed dari apa yang akan saya dapat!!!! Tak apa, tak apa. Anggap je itu sedekah. Peruntukan duit raya pun hampir RM800!!! Tiba pula masa kereta nak kena hantar servis. Itupun beringat awal-awal masa order kuih raya. Tak sebanyak tahun lepas. Tahun lepas dekat RM400 hanya untuk kuih raya. Harap-harap Cik Abang dapat bonus juga tahun ini. Amin ....
Peruntukan raya 2012
1. Baju Raya
- Emi : done
- Hasya : done
- diri sendiri : kain dah beli, dah hantar tempah. Tinggal upah je
- Abah + Mak : beli kemeja/blaus
- MIL + FIL : dah beli kain siap-siap, dorang tempah sendiri
- Amad (adik bongsu) : done
2. Kuih Raya
Ada yang buat sendiri, yang tempah juga. Untuk rumah sendiri, Mak dan MIL
3. Servis kereta
4. Kos balik kampung
5. Duit Raya
Nota : Memang dah habis berjimat, sampaikan rumah sendiri tak bertukar kain langsir, tak ada beli apa pun. Tak apa lah. Baru setahun pakai langsir tu lagipun nanti nak pindah rumah pula. Errrr, nak cat pintu la. ni suruh Emi keluar duit. Kerepek raya pun Emi punya part. Eh, ada satu lagi. Kek birthday Hasya pun kita serah kat Emi. Seronok kan hidup berpasangan. Saling bantu-membantu. Alhamdulillah ....
Wednesday, July 25, 2012
entry simple
Hari pertama datang ke Pejabat dalam bulan Ramadhan.. redup je pagi ni.. sampai ke pejabat, singgah ladies dulu.. rasa lain pula.. wangi, terang dan mendamaikan.. hahahahaha.. masuk pejabat pun rasa tenang.. ini lah dikatakan bulan rahmat, bulan ketenangan.. Hasya masih batuk, teruatam waktu malam.. kesian anak Ibu.. esok kalau dia masih batuk juga, cuti lagi lah saya..
menu sahur tadi - ikan cencaru sambal dan sup soo hoon
menu berbuka petang nanti - mi hailam
Tuesday, July 24, 2012
update dari rumah
Sedang layan Diary Rafiq di TV3.. bercuti dari semalam, Hasya batuk teruk.. tak sampai hati nak tinggalkan kat Taska.. kalau batuk, nanti tak ada sapa nak urutkan dada, sapu vicks kat dada..malam ni Emi tak balik, ada kerja sampai subuh esok.. so, menu berbuka adalah yang mudah dan ringkas saje.. makan je menu Hasya.. hari pertama dan kedua Ramadhan, berbuka di Pt Buntar dan Rasah.. semalam berbuka dengan rendang ayam kampung, bekalan dari MIL.. sahur pula rendang daging, juga dari pemberian sepupu.. maknanya, masih belum mula masak yang heavy untuk berbuka dan sahur.. mak ayah Emi bagi duit, suruh beli baju raya Hasya.. sakan la si kecil tu tahun ni.. saya pula yang rasa tak larat nak bershopping masa puasa ni..
Thursday, July 19, 2012
sekiranya BF itu dibuat kiraan duitnya
saja suka-suka nak buat kiraan bila kita bf anak dengan beli FM bagi tempoh 2 tahun
1. barang yang dibeli sama ada anak bf atau minum FM
2. barang yang dibeli untuk ibu yang bf (kajian kes : diri sendiri)
* saya tak pakai Nipple Cream pun sebab bila luka je, letak air susu, lepas tu anginkan.. tak sampai setengah hari luka tu dah elok.. nursing cover pun tak pernah beli.. guna shawl sahaja.. tak pun cari nursing/baby room
3. barang yang dibeli untuk ibu yang beri FM (kajian kes : berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang lain)
TETAPI...
nampak kan penjimatan nya disitu.. tapi, ada harga yang perlu dibayar oleh ibu-ibu yang bf ni.. antaranya tidur malam tak nyenyak sebab kalau susu botol, ayahnya pun boleh bangun buat kan susu dan pengagihan masa yang amat kritikal disebabkan anak-anak bf ini tersangatlah manja dengan kita.. kalau boleh nak berkepit saja.. kalau difikirkan sedalam-dalamnya itu adalah kelebihan sebab sentuhan antara ibu dan anak yang bf lebih lagi dari bayi yang diberi susu FM.. saya bercerita bukan hendak menidakkan tanggungjawab seorang ibu yang memberi anaknya susu FM cuma saya nak memberi semangat kepada adik-adik yang membaca blog saya, yang menanam impian dan semangat untuk bf bakal anak-anak mereka.. ibu yang memberi anaknya susu ibu atau susu FM adalah seorang IBU!!! jangan sesekali kita mengecilkan hati mereka hanya kerana mereka tidak bf anak mereka.. masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri kerana saya tau, jauh dilubuk hati mereka, mereka ada menyimpan hasrat untuk bf bayi mereka.. kita yang diberi peluang oleh Allah ini, bersyukur lah... dan jangan takbur dan bongkak kerana jika ditarik rezeki ini, menyesal lah kita tak sudah..
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
1. barang yang dibeli sama ada anak bf atau minum FM
- strelizer
- botol susu
- bottle & teat brush
- drying rack
2. barang yang dibeli untuk ibu yang bf (kajian kes : diri sendiri)
- breast pump Medela Harmony - RM 270 (masa beli ni sebelum bersalin, Jun 2010 rasanya)
- breast pump Spctra 3 - RM350 (beli masa Hasya umur 5 bulan, Januari 2011, dah let go dengan harga RM200 bulan April 2012)
- breast pump Medela FS - RM1900 (beli masa Hasya umur 1 tahun 4 bulan)
- cooler bag - RM50
- ice pack - RM50 (ada 4 rasanya)
- storage bottle/plastic - RM100 (ada dekat 40 botol macam-macam jenama)
- nursing bra - dalam RM300 bermacam jenama
- supplement Shaklee set bf - rasanya dah 4 kali re-stock sebab saya makan supplement on & off jumlah RM1,200
- nursing pad - ada lah 2 pasang, jarang guna jumlah RM20
- nursing wear - tak banyak jg.. lebih kepada beli blaus/kemeja besar sikit dari saiz RM150
* saya tak pakai Nipple Cream pun sebab bila luka je, letak air susu, lepas tu anginkan.. tak sampai setengah hari luka tu dah elok.. nursing cover pun tak pernah beli.. guna shawl sahaja.. tak pun cari nursing/baby room
3. barang yang dibeli untuk ibu yang beri FM (kajian kes : berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang lain)
- penggunaan susu formula yang berharga RM68 bagi 900g yang bertahan selama 2 minggu (purata dari 0-24 bulan) @ 1 bulan RM 136.. sehingga anak berumur 2 tahun RM136 x 24 bulan
TETAPI...
- set supplement Shaklee adalah untuk kesihatan ibu, bukan semata-mata untuk bf sahaja
- barang-barang pada item (2) boleh diguna semula untuk anak yang seterusnya kecuali nursing bra (yang lama confirm dah buruk) dan set supplement tu.. (ini sama juga sekiranya menggunakan cloth diapers tapi, saya tak praktik kan pun.. ada 2 helai, guna kalau montot Hasya naik rashes je..)
********
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Monday, July 16, 2012
saya suka weekend
Weekend kali ni rasa seronok.. sebab dapat berjalan + shopping dan lepak-lepak juga kat rumah.. hari Sabtu dimulakan dengan bangun dari katil jam 9 pagi!! buat nasi goreng simple untuk Hasya, sementara dia makan, kami bergilir-gilir bersiap.. plan nak keluar, beli barang basah untuk masak bulan puasa ni dan ke rumah teman lama di Seksyen 7, Bangi.. nak minta dia isikan borang Referee UNITEN tu.. dah siap semua, kami singgah breakfast di La Riz di Sg. Merab.. kedai ni kepunyaan ex-junior semasa di Sek. Men. Keb Dr. Burhanuddin.. selalu order on-line makanan kat dia.. sedap.. ada Lasagna, ada Nasi Arab (tak pernah cuba lagi), ada mini cake, ada cheese tart.. dan kalau makan di kedai, ada macam-macam jenis lauk.. kuih-muih pun banyak.. suka sangat kalau dapat makan kat sini.. lepas bf kat situ, gerak ke Bangi.. sembang-sembang dekat sejam juga kat sana.. balik, singgah ke Mydin, beli barang basah.. terus balik ke rumah.. sampai je dah pukul 3.30 petang.. cepat-cepat masak Mi Bandung.. yummyyyy!!! Hasya makan nasi dengan Masak Lemak Kuning Ikan Jenahak versi budak-budak/tak pedas.. dah siap masak semua, dalam 4.30 petang baru kami makan tengah hari.. kikikikiki.. tak apa, bf pun lewat kan.. malam pula ada kenduri kat Apartment ni, bacaan Yasin dan Tahlil sempena nak Ramadhan.. semoga lebih berkat.. Menu utama Mi/Bihun/Nasi Himpit denga sup.. kuih-muih bawa seorang sikit.. saya bawa puding cocktail.. lembut sangat sebab agar-agar tak cukup padahal dah follow resipi bulat-bulat.. tapi sedap sangat.. nak makan kena kaut dengan sudu.. selesai semua, Emi tolong basuh periuk/pinggan saya dan Hasya naik atas.. lepak-lepak depan TV dengan perasaan tenang sekali.. sampai Emi balik jam 12.00 malam, baru kami masuk bilik..
Ahad pula, bangun awal jam 7 pagi terus iron baju kerja Emi dan saya.. lepas tu panaskan Mi Bandung semalam.. banyak lebih nya.. dah siap mandi, dalam jam 10.30 pagi gerak ke SOGO.. sampai dalam jam 11.00 pagi, pilih-pilih baju si kecil comel tu.. jam 12 t/hari selesai... ekspress betul kan.. dah jumpa yang berkenan, harga pun mampu nak bayar tu yang cepat.. turun level bawah, hajat hati nak cari baju sehelai dua tapi bila tengok orang beratur nak bayar panjang yang amat, cancel!!! terus ke KFC Jalan TAR sebab Hasya dah sebut nak makan.. tunggu Emi beratur beli makanan, adalah dekat 40 minit.. tapi, serius, kali ni makan KFC rasa berselera sangat.. sebelum ni, bila bau je teringin, ayam depan mata makan tak lalu sangat pun.. lapar kot..Hasya makan nasi ayam.. selera juga dia.. lepas makan, sambung cari blaus ARICA kat Jalan TAR tu.. lupa kat mana kedai nya.. rupanya depan Muaz Tekstil je.. beli sehelai kemeja.. sehelai??? punya lah susah nak datang, sehelai je?? ngeh ngeh ngeh.. yang lain tak berkenan, yang berkenan baju ya tanah putih.. leceh la, nak kena pakai singlet kat dalam pula.. lepas tu terus balik.. sampai rumah jam 5.00 petang.. rehat-rehat kejap sambil lipat kain, Hasya tengok Upin Ipin kat tab, Emi baring-baring kat seblah (owhhh.. seronoknya hari-hari macam ni).. dalam pukul 6, masak tomyam dan goreng ikan kembung.. lepas tu bawa Hasya pergi swim kat bawah.. lama sangat dah tak bawa dia main air.. seronok betul si kecil saya tu.. dah dekat nak Maghrib kami naik, bagi Hasya makan.. dia suruh buat Nasi Kepal.. tau tak apa tu? tak tau pergi Google ye.. 3 kali bertambah nasi.. lepas maghrib kami pula makan, dan terus ke KLIA.. nak melambai-lambai kat teman yang nak ke Holland untuk 4 tahun.. jam 12 sampai semula ke rumah, terus tidur.. seronok kan??
Thursday, July 12, 2012
bulan puasa ramai balik awal, tapi saya balik lambat
minggu depan je dah nak puasa.. azam memang banyak.. nak solat tarawikh at least 10 hari, mengaji sehari sekali.. nak sangat kumpul pahala banyak-banyak Ramadhan kali ni.. so, otak tengah ligat buat plan memasak untuk berbuka, sahur danmasakan si kecil tu.. kali ni nak ambil waktu pejabat WP3.. malas nak rebut-rebut balik 4.30 petang.. tahun lepas, merempuh jem hari-hari. nak keluardari basement tu lagi dah jammed. apa kes? masak untuk berbuka, malam tu siap-siap kan bahan.. balik petang campak je dalam kuali.. tak pun, masak siap-siap.. masuk fridge.. balik, panaskan je.. Emi kata dia tak kisah.. harapnya, dipermudahkan labulan puasa ni..
Monday, July 9, 2012
ibu, diam..
Mata nak pejam, tapi bila batuk datang sela 1 minit, rasa hampa nak sambung lena.. dah satu minggu macam ni.. kesabaran jadi nipis, menangis, mengamuk dekat cinta hati.. merepek bukan-bukan macam meroyan.. Hasya datang panggil ibu, "ibu, diam.. ibu, diam.." dia tak tau salah satu sebab ibunya hilang sabar pun sebab perangai budak tak cukup akal nak fikir ni juga.. apa yang dia faham, ibu kena kepit dia sepanjang 48 jam di hari minggu setelah terpaksa rela duduk di taska separuh hari sepanjang minggu.. oh anak!
Thursday, July 5, 2012
Beli Rumah Sub Sale : Part 1
Saya nak sharing dengan semua.. tentang beli rumah guna loan kerajaan.. cerita tak habis lagi sebab masih tunggu S&P siap tapi lebih baik begini.. kalau sekali harung, saya akan taip seringkas-ringkasnya.. maklumlah, banyak sangat nak diceritakan..
- Cari rumah.. untuk kes saya, saya akan cerita tentang beli rumah sub-sale/secon hand/atas orang.. kaedahnya, pusing kawasan peerumahan yang anda semua berminat nak beli, ambil no. telefon sekiranya ada diletakkan bunting 'to sale'.. atau cari dalam mudah.my, iproperties, rescom dan lain-lain lagi (kebanyakannya menggunakan agen) atau minta bantuan kawan-kawan menghebahkan yang anda sedang mencari rumah untuk dibeli.. cara macam ni, boleh terus kepada owner, dapat kurang harga dari pakai agen..
- Semak dulu kelayakan (boleh tengok entry saya terdahulu).. untuk makluman, gaji hakiki ialah gaji basic ye, tidak campur dengan elaun-elaun
- Bila dah ada rumah yang berkenan, call agen/owner ajak pergi tengok.. baik pergi berdua dengan pasangan anda untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu.. ngeh ngeh ngeh
- Telefon Bahagian Penilaian (boleh dapat nombor dari website, dan staf di sana akan minta anda berhubung dengan Bhg. Penilai di kawasan anda nak beli rumah.. contoh di Kajang dan Bangi, pejabatnya terletak di Aras 1, PKNS, Bangi)
- Masa ni lah bagitau dengan detail alamat dan sekiranya rumah tersebut ada buat renovation.kitchen cabinet/wardrobe.. nanti Pegawai Penilai akan beri maklumat kasar nilai rumah tersebut.. mungkin akan tambah dalam RM3-5k bila mereka tengok sendiri kondisi rumah tersebut.. contohnya, rumah yang saya nak beli RM290k, Bhg. Penilai nilai rumah tu RM270k, maka saya terpaksa mencari jalan untuk mencari tambahan RM20k sekiranya nak beli juga rumah tersebut.. Alhamdulillah, setelah berbincang, kami setuju untuk beli rumah tu walaupun kemungkinan pinjaman yang diberi oleh Bhg. Pinjaman Perumahan hanya RM270k..
- Call semula agen (bagi yang menggunakan agen) untuk bayar 3% duit booking.. jangan bayar cash walaupun agen tu yang minta.. agen saya tu, tak berani pun ambil cash, takut kena samun.. kami jumpa di Hong Leong Bank (syarikat agen menggunakan HLB ini), masuk duit dalam CDM, fotokopi resit, salinan kami pegang (errrr, Emi yang uruskan hal-hal macam ni.. saya dengan Hasya tengok je), agen bagi resit bayaran..
- Masa untuk berurusan dengan Lawyer.. Lawyer ni agen yang carikan, saya tak kisah.. sebab mula-mula lagi lawyer dah start calling dan bagi maklumat semua.. so, rasa boleh percaya juga ni.. nama sayarikat dia YAP & LOO terletak di Solaris Mont Kiara
- Tunggu satu minggu, kalau lawyer tak ada call, kita call dia..
- Sign S&P
- Dapat salinan S&P
- Hantar Borang Pinjaman tu ke Bhg. Pinjaman Perumahan
- Pinjaman diluluskan
untuk perkara 9-12, saya masih belum laluinya.. tak apa, nanti saya akan ceritakan dengan lanjut apa yang saya hadapi sebelum loan saya tu lulus.. ;)
Rumusan kronologi proses:-
- Mencari rumah idaman (idaman lah sangat kan..) - Mei 2012
- Call Agen untuk tengok rumah (setelah beberapa kali tengok rumah yang lain) - 6.06.2012
- Bayar 3% booking kepada agen - 8.06.2012
- Lawyer call kali pertama - 20.06.2012 (masa ni minta dia hantar salinan S&P rumah tu dan quotation lawyer.. untuk prepare apa yang patut)
- Call untuk follow up S&P - 5.07.2012 (lawyer bagitau, minggu hadapan dah boleh sign S&P... masa ni bawa bank draft atas nama syarikat lawyer tu baki 7%.. tujuannya nak tengok kalau owner ada tunggakan kat Pejabat tanah atau lain, akan ditolak dari duit tu.. tak ada apa, baru release duit tu kat owner.. masa ni juga bawa duit untuk bayar sikitb pada lawyer, cuba minta diskaun kalau boleh.. dapat kurang RM200-300 pun banyak dah.. saya minta, dia kata nanti dia bagitau.. bagi rumah harga RM319k sebab saya mark up harga, lawyer fees termasuk duty stamp selepas potong 50% adalah RM6,573.00.. ini harga bagi rumah pertama yang dibeli.. bukan kerajaan pun akan dapat diskaun 50% duty stamp ni)
- Sign S&P - ??
- Dapat salinan S&P - ??
- Hantar Borang Pinjaman tu ke Bhg. Pinjaman Perumahan - ??
- Pinjaman diluluskan - ??
Tuesday, July 3, 2012
forensic engineering pula ke?
Baru lepas baca jurnal, tiba-tiba rasa minat pula tentang Forensic Engineering.. ya, dulu saya bercita-cita nak jadi doktor, lepas tu veteriner pula.. lepas tengok CSI, minat pula dalam bidang forensik.. ini baru dapat idea tentang Forensic Engineering.. menarik juga.. ada kawan masa kursus di INTAN nak ambil Forensic Accounting.. menarik kan?
uruskan rumahtangga bersendirian
Oleh sebab Emi tak ada selama 3 minggu, maka kepala otak ligat berfikir apa cara yang memudahkan dan cepatkan tempoh berada di dapur.. sebabnya, Hasya saya ni, kalau saya buat kerja lain, dia tak ada masalah.. tapi kalau saya ke dapur je, mula lah minta berdukung!! jadi cara yang saya buat malam tadi masa Hasya tidur ialah dengan potong semua bawang, tumbuk dan masuk kan dalam bekas.. tengok lah tahan berapa lama.. harap-harap dapat tahan 3-4 hari jadi lah.. ni kira eksperimen juga lah.. ke dua saya potong semua sayur-mayur (tapi tak basuh lagi kecuali carrot) dan masuk dalam bekas berasingan.. so, semalam dah ada bekalan sayur seperti carrot, bunga kobis, kobis, sawi dan brokoli.. mungkin saya akan habiskan sawi dulu dan akhir sekali baru carrot.. next week boleh beli sayur lain pula kan.. ikan pun saya dah siap-siap letak kat bahagian bawah fridge, nanti malam, keluarkan sekejap bagi defrost, lepas tu masuk balik kat bahagian bawah fridge.. esok pagi-pagi boleh terus masak.. tak perlu lagi nak tunggu defrost.. saya rasa ok cara macam ni.. tak banyak mana pun khasiat yang hilang dari ikan tu..
Jam 6.30 pagi tadi dah siap-siap bawa turun tilam, bantal dan beg baju Hasya letak dalam kereta.. kalau semuanya nak bawa turun serentak, memang tak cukup tangan lah.. itupun plastik sampah tak sempat bawa turun lagi.. nanti lah malam nanti baru buang.. baju memang capai je yang tak perlu nak gosok.. kain tak habis lipat, ada satu mesin lagi nak kena sidai balik nanti.. bunga pun tak sempat nak siram.. jangan mati bila Emi balik sudah la.. tu semua Emi yang biasa buat.. cepatlah minggu depan.. nak balik kampung seminggu.. tak adalah sorang-sorang nak buat semua ni..
nota : kepada Emi - jangan risau ok.. boleh buat semua ni sorang-sorang, InsyaAllah.. doa kan je Hasya tu setiap pagi bangun tidur jam 7.. kalau dia bangun jam 5.30 pagi, confirm jadi lipas kudung!!!!
Friday, June 29, 2012
Jalepeno Cheese dari Mazira, Presint 2
dah lama dengar tentang Jalepeno Cheese ni.. alah, yang makan dengan wedges macam jual di KFC tu.. semalam baru lah beli weges tu masa kat Mydyn Presint 15, teringat kalau makan dengan Jalepeno Cheese tu mesti sedap kan.. cepat-cepat cari kat Google mana-mana person yang boleh hantar terus ke Wisma Tani ni.. jumpa di mudah.my, boleh COD di sekitar Putrajaya/Kajang/Bangi.. RM10 sahaja.. Nama tokey ni Mazira, dia di Presint 2 saja.. kita order sebungkus dulu.. kalau sedap, boleh order lagi..
Minggu depan Emi out station mungkin 3 minggu.. so, semalam dah beli siap-siap ikan, bahan masak lain untuk tempoh tu.. malas rasanya nak keluar kalau-kalau ter-lapar malam-malam nanti.. tu yang siap beli sosej, chicken fries, wedges.. boring la nanti.. tak ada kawan nak gaduh!! ngeh ngeh ngeh
Thursday, June 28, 2012
masak di rumah jimat? saya ada kiraannya
Jom kita main kira-kira berapa kos makan di rumah dengan makan di luar..
Spageti Bolognese
- Tomato 1 biji
- Bawang Holland 1 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Cili kering mesin 5 sudu
- Carrot 1 biji
Tomato Puree 1 tin RM5
Spagheti 1/2 paket RM2.50
Cendawan butang 1 tin RM4
Daging cincang 1/2 paket RM2.50
... JUMLAH RM 16.00 +++ (sebab pakai minyak masak, garam, lada hitam)
dengan RM16 tu, dah dapat mengenyangkan kami untuk :-
- Breakfast saya dan Emi hari Ahad lepas
- Dinner Emi Isnin lepas (saya ke Ipoh)
- Breakfast saya dan Emi hari ini
- Lunch saya hari ini
if kami makan di luar, paling busuk kami akan habiskan :-
- Breakfast saya dan Emi hari Ahad lepas - RM12 (makan di kedai mamak)
- Dinner Emi Isnin lepas (saya ke Ipoh) - RM5 (nasi bungkus)
- Breakfast saya dan Emi hari ini - RM8
- Lunch saya hari ini - RM5
terbukti masak di rumah menjimatkan!!!
nota : saya memang masak lebih hari ahad tu sebab ingat sepupu Emi nak datang rumah, rupanya tak jadi.. maka simpan buat stok saja lah dalam fridge tu..
Pengalaman dengan Shaklee : Part 2
Mari kita bersambung lagi ye.. so, lepas bersalin saya memang tak ambil jamu atau apa-apa supplement pun.. gila kentang kan.. so, masa tu tinggal dengan mak (saya PJJ dengan Emi) sampai lah umur Hasya dekat 9 bulan, baru dapat bertukar ke KL.. maka, bermula rutin saya menjaga Hasya, Emi dan rumah kami.. serius rasa nak menangis!!! dan memang menangis pun.. baju tak lipat saya menangis, anak menangis pun boleh buat saya menangis.. masa ni, baru tau Shaklee ada supplement untuk set BF sebab susu saya semakin merudum.. ye lah, walaupun makan memang saya jaga, terlebih apatah lagi tapi emosi saya tak keruan.. sentiasa stress.. dalam set BF tu, ada B-Complex dan ia amat membantu saya.. kalau tak makan, saya akan jadi cepat penat, bila penat ada je lah yang tak kena di mata, dihati.. jom tengok apa yang saya makan sepanjang tempoh penyusuan saya dengan Hasya.. walaupun saya tak consume dengan full set, ini dah dapat membantu saya..
bila saya makan vit ni betul-betul ikut masanya, saya perasan Hasya jarang kena selesema.. tapi ia nampak tak berkesan pada saya sebab saya sering kena selesema.. tak tau lah kenapa.. tapi kulit cantik.. jerawat pun jarang tumbuh..
mula-mula, saya tak beli pun Vita-Lea ni.. tapi, bila Hasya sering sakit saya ada baca yang kemungkinan dia kekurangan zat besi/iron.. dan bila saya ambil supplement ni, nampak dia jarang sakit.. tapi, masa tu umur dia dah setahun 2 bulan dan dah cucuk vaksin pneumococus tu.. jadi, persoalannya adakah Vita-Lea ini membantu? saya pun tak ada jawapannya.. ini semua ketentuan Allah.. hanya Dia yang mengetahui.. saya cuma dapat besyukur dan meneruskan sahaja..
terbaik!!! susu jadi pekat dan Hasya akan lena kalau saya ambil supplement ini (susu saya memang dari azali tak ada lah banyak mana, tapi bila susu pekat, ia membantu juga mengenyangkan si kecil tu).. 10 biji sehari.. apa nak cakap lagi.. telan saja!!!
terbaik juga!!! bila saya stop set BF, ini antara supplement yang akan saya teruskan.. tadi dah order kat Emi, minta belikan ESP dan Meal Shake (bahagi dua dengan adik - dia pun tengah mengandung, tak lalu makan.. jadi saya cadangkan ambil kedua-dua ini.. harganya boleh tahan.. ESP RM121 dan Milk Shake RM98).. sekarang memang tak ada rasa nak makan pagi pun.. malam nak diet tak nak makan apa.. harap-harap minum ESP dan Meal Shake boleh la membantu rasa kenyang tu.. elok juga beli, dah nak bulan puasa pun.. so, sahur boleh minum Meal Shake.. oh, tahun lepas ada juga beli Perfomanca Drink.. bagus, susu maintain je dan tak rasa penat..
Alhamdulillah, setakat ni saya
masih dapat menyusukan Hasya.. seronok tengok dia kekenyangan bila bf
waktu malam.. siang dia dah minum fresh milk.. sebab? saya dah tak
mengepam waktu siang.. dan stok semua dah habis.. kenapa saya tak
mengepam waktu siang? saya dalam proses nak berhentikan Hasya dari bf
sebab sekarang saya dah tak tahan dengan 'gigitan' nya pada B saya..
sakit sangat.. luka sekeliling B tu.. bila saya mengepam, ia membuatkan
luka-luka tu makin teruk.. dan saya dalam proses nak kuruskan badan..
sepanjang 10 bulan mengandung dan 1 tahun 10 bulan saya hanya tumpukn
kepada Hasya, sampai badan saya semakin kembang.. sekarang adalah
masanya saya menjaga penampilan di mata suami.. walaupun Emi tak kisah,
saya tau jauh di lubuk hati seorang suami, inginkan isterinya cantik,
langsing.. hahahahaha.. semacam je statement kan..
Saya
juga bercadang nak mengandung kali kedua.. dah mencuba hampir 3 bulan,
tapi belum ada rezeki.. mungkin sebab berat saya berlebihan siapa tahu
kan.. saya memang nak sangat dapat mengandung sekarang.. pertama adalah
bila saya berkira-kira, saya kena bersalin sebelum bulan 6 bagi
memungkinkan saya untuk berpuasa penuh pada tahun hadapan... tak larat
rasanya ganti puasa hampir 30 hari semasa bersalinkan Hasya.. kedua
sebab saya dah nak sambung belajar September ini.. mungkin ambil masa 2
tahun.. dan saya target nak besarkan baby baru tu sampai umur dia
setahun lebih baru hantar ke Taska.. Tuhan je tau betapa saya risau dan
susah hati bila anak kecil yang tak tau apa-apa dihantar ke Taska.. dan
untuk mengelakkan kes saya beri anak minum susu lembu awal dari 2 tahun,
saya akan mula buat stok banyak-banyak.. jadi, bila saya mula nak stop
mengepam awal, stok masih lagi ada.. masa tu, boleh la fikir nak ramping
semula.. ye, ramping itu perlu dan saya memang tak gemar bertubuh
besar!!!
tudung murah
tudung ni RM10 sahaja, beli di bazar jualan bawah MOA, dipadankan inner dari butik Arzu 3 helai RM50.. selesa sangat, tak panas.. makanya, yang murah tu kalau tak dicuba tak akan tau ia juga setanding tudung mahal.. cuma tak dapat dinafikan tudung Ariani memang terbaik untuk saya.. cuma, harganya itu membuatkan poket jadi kering!
Tuesday, June 26, 2012
samseng kg. dusun
tengah layan Bujang Lapok di tv2.. ada si Sarip Dol, Samseng Kg Dusun...
hahahaha.. teringat satu mamat yang tak patut dijadikan kawan pun, yang saya kenal semasa program mengenai water, melibatkan deligasi dari Asia Tenggara in 2007 yang mana kami as young engineer dilantik menjadi Liason Officer bersama bodyguard dari Bukit Aman.. haishhhhh, macam-macam cerita.. Farihah ingat lagi?
p/s: saya membantu Timbalan Menteri (berkaitan air) dari Combodia.. sebelum pulang that very nice and soft spoken man beri saya 100 usd sebagai tanda terima kasih kerana membantu selama 3 hari beliau berada di Malaysia..
Monday, June 25, 2012
lapar seorang diri
menyesal tak ingat beli mi segera dalam cup tu..malas nak keluar sebab parking kat tingkat 2, lif kat situ sunyi dengan parking full, nanti keluar bila balik tak ada parking ksong.. kalau Emi ada, dah lama ajak pergi makan Mi Kicap Mat Jasak kat area Gerbang Malam tu.. nasib bawa biskut Jacobs Weethameal tu.. boleh la buat alas perut.. tahan je, kata nak diet tak makan malam kan.. esok bf, kaw-kaw kite melantak hokey.. apa pasal ntah,ntak selesa pula bantal hotel ni.. tadi Emi call, bagitau Hasya tak menangis pun, bila dia sebut ibu, Emi bagitau yang ibu work.. rupanya anak saya dah besar... saya yang tak sedar! dan dia berjaya tidur tanpa susahkan ayahnya.. anak ini buat saya bangga, nampak kecil tapi bagi saya, ini permulaannya!
rindu pada mereka
malam ni sorang-sorang lepak kat Tower Regency Hotel, Ipoh.. ada sesi audit di JPS Perak.. esok baru balik.. terasa rindu dalam hati.. pada Emi, pada Hasya..
Friday, June 22, 2012
Rain Water Harvesting di rumah anda
terjumpa satu kawasan yang baru dibangunkan, iaitu KEN Rimba berdekatan Seksyen 15, Shah Alam yang terdapat beberapa rekabentuk dan salah satu yang menarik, setiap unit rumah di KEN Rimba ini dilengkapi satu tangki yang berfungsi sebagai Rain Water Harvesting!!! MSMA sangat kan.. saya pun teringin nak buat macam ni.. :)
Anda keliru?
Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan - ramai yang keliru berkaitan kelayakan
Pinjaman Perumahan Kerajaan. Terdapat 2 perkara yang sering digunakan
untuk menentukan kelayakan :
- Peraturan BPP : kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain) - yeay!!!! kalau masuk potongan kereta, pinjamna peribadi tak pasti boleh lulus!!
- Peraturan Jabatan : sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok+elaun-elaun) termasuk potongan lain yang berada di dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan saudara ada mengunapakai peraturan ini sebelum membeli rumah - Ketua Jabatan saya, saya mohon anda tidak strict seperti ini..!!
Thursday, June 21, 2012
sudah confirm!!
Macam-macam hal bila nak beli rumah ni.. masa ni mak, abah dan mertua banyak membantu dari segi kewangan.. bukan pinjam selamanya, bila duit dah release kat owner, boleh la bayar balik.. akhirnya, Allah perkenankan juga niat kami nak beli rumah.. hari ini, 21/6/2012 confirm kami beli rumah di Impian Murni, Saujana Impian, Kajang!! harga pun tak tinggi sangat.. reasonable dengan harga yang Bahagian Penialaian beri.. doa saya :-
- Agen tak tipu duit saya!!!
- Lawyer buat kerja cepat untuk uruskan S&P!!
Amin...
Wednesday, June 20, 2012
Tuesday, June 19, 2012
Nasi Arab Mr. Kabab, Presint 15
Lebih murah jika nak dibandingkan dengan HadraMawt, Saba, AlRawsya dan Sahara Tent!
Rasanya? Tetap tak kalah.. Untuk apa yang kami order, Mehdi Rice with Grilled Chicken 2 set, Naan Cheese (kuahnya pakai kacang kuda.. sedap), Mango (super pekat) dan Orange Juice semuanya RM40 (tak termasuk tax)!
Rasanya? Tetap tak kalah.. Untuk apa yang kami order, Mehdi Rice with Grilled Chicken 2 set, Naan Cheese (kuahnya pakai kacang kuda.. sedap), Mango (super pekat) dan Orange Juice semuanya RM40 (tak termasuk tax)!
Published with Blogger-droid v2.0.4
cocoa collagen power plus
saya dah cuba minum untuk 9 sachet.. amat berkesan untuk pecah-pecah di tumit kaki!! sebelum ni, pakai lah apa pun, krim mahal, krim murah tak ada kesan pun..
cuma nak dapatkan feed back dari kawan-kawan semua.. ok ke teruskan? pernah ke dengar produk ni memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang?
kalau nak tahu kelebihan produk ni, sila google sahaja.. ;)
Monday, June 18, 2012
harga rumah di Kajang dan Bangi (basic unit)
Harga rumah sekitar Saujana Impian dan Bandar Baru Bangi bagi rumah jenis sub-sale, basic unit dengan saiz 20 x 70
Penilain dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (di PKNS, Bangi) = RM250k - 270k
Penilaian dari bank (Maybank) = RM280k
Harga rumah dijual = RM300k - 320k !!
Agak melampau.. rumah yang dibina tahun 2000 dengan harga lebih kurang RM130k, melambung sehingga lebih RM200k hanya disebabkan permintaan yang tinggi!!!
p/s : adik-adik ku, semasa muda, beli lah rumah seawal mungkin..
Friday, June 15, 2012
Audit
25 & 26 ada Audit di JPS Perak
Agak-agak, sempat tak nak kurus "sikit" sebelum minggu depan tu ye?
tak best bila orang bagitau kita makin 'sihat' sejak tinggal di KL!!!
Emi ke Miri selama 3 minggu mula 25 Jun tu.. memang confirm lepak Perak seminggu lepas Audit..
lagi 2 minggu? huwaaaaa....
lagi 2 minggu? huwaaaaa....
Tuesday, June 12, 2012
perancangan raya
letih fikir tentang rumah.. kita cerita tentang RAYA!!!
sejak ada keluarga dan lebih tepat sejak ada Hasya, saya memang shopping untuk raya sebelum Ramadhan.. okey juga sebab masa ni, Jun-Julai ada MegaSALE.. tak kuasa nak redah SOGO, Jusco semata-mata nak cari baju raya.. kebiasaannya, saya akan beli sehelai baju/kemeja/kasut untuk Abah, Ayah Mertua, Amad (adik lelaki saya), Mak dan Mak Mertua.. lepas tu cari juga baju untuk diri sendiri (selalunya ni yang paling last), Emi dan Hasya.. nak kena buat list lah.. semua ni nak kena beli masa gaji bulan Jun sebab nak tunggu gaji Julai, dah bulan puasa.. dan saya tak sanggup nak shopping masa tu.. nak beli makanan berbuka kat Bazar Ramadhan pun dah malas.. tambahan untuk tahun ini, nak beli barang buat kuih/kek raya!!! so, tahun ni saya cuma akan beli kerepek.kacang sahaja.. yang lain nak buat sendiri.. target nak buat kuih raya 4 jenis.. apa jenis kuih raya yang senang, dan konpem sedap ye.. kek pula nak buat sebiji (rainbow cake/carrot cake.. kalau malas, buat kek coklat kukus je lah) sebelum balik ke Pt Buntar.. nak bagi kat Mak Mertua.. tahun ni giliran saya balik ke rumah mak saya untuk raya pertama.. tapi pagi raya ketiga dah kena gerak balik ke Seremban.. saya sebenarnya lebih tak sabar nak tunggu Hari Raya Korban.. dah niat nak buat korban tahun ni.. kalau ada rezeki lebih, nak buat 2 bahagian.. kalau tak pun, satu bahagian pun memadai..
Friday, June 8, 2012
Pengalaman dengan Shaklee : Part 1
~ Nak cerita pengalaman diri sendiri sebagai pengguna Shaklee (on dan off) sejak tahun 2007) ~
pertama kali saya mula makan supplement Shaklee, adalah untuk melancarkan sistem pelawasan saya (saya memang ada masalah untuk membuang air besar, sebab tu sebelum ni ambil Teh Orang Kampung, boleh kururs sekali).. masa tu Emi (agen Shaklee) cadangkan ambil Herb-Lax..
Tekstur : bila makan, ada rasa herba, rasa daun inai pun ada.. Emi bagitau memang salah satu bahan dalam ni adalah inai.. yerkkk, memang kembang tekak nak telan
Kesan : superb!!!! selesa betul bila membuang.. katanya menyah-toksin (detox) juga.. itu tak tau, yang pasti perut rasa ringan je lepas makan.. kesannya, makan malam, esok pagi jam 4-5 pagi akan rasa nak ke tandas.. pernah beli sebotol je masa tahun 2007..
Harga : dalam RM 50 je kot.. tapi boleh tahan 3 bulan la juga.. saya makan bukan ikut arahan sangat pun sebab Emi selalu kata, ni adalah supplement, bukan ubat.. tapi, itu pun dah berkesan sangat kat saya..
ni Emi bagi free kat saya.. saya pun tak ingat kenapa dia bagi saya benda ni.. sebab saya kata nak kulit cantik kot.. bagus sebab non-GMO (saya pun tak tau GMO tu apa.. orang kata bagus minum soya yang tak ada GMO ni, saya pun ikut lah)
Tekstur : tak sedap!! saya bancuh macam tu je, tak campur apa-apa.. ada orang dia campur dengan fresh milk perisa strawberi/coklat
Kesan : boleh la.. masa tu nak bertunang/kawen.. rasa juga la muka tu cerah sikit, tak ada jerawat
Harga : dalam RM 100++ kot.. saya minum tak habis pun.. siap expired lagi, dalam tong tu ada 1/3 lagi.. memang rugi.. sekarang tak rasa nak beli pun sebab rasa dia memang tak boleh diterima tekak!!!
saya suka supplement ni!!! memang berkesan.. tak sampai satu botol, saya dah tak ada jerawat.. parut pun makin hilang.. tak perlu nak beli SKII (tak mampu) pun.. suka sangat-sangat!!!
Tekstur : tak ada rasa apa pun.. tapi katanya, kalau terpecah dalam mulut, pelik juga rasanya..
Kesan : superb!!! saya makan masa nak kawen, pastu stop bila dah habis sebotol.. sepanjang mengandung, dan lepas bersalin memang tak ada jerawat pun kat muka.. kalau ada pun, yang kecil-kecil je itupun sebab tak cuci mekap sebelum tido.. sekarang ni dah mula naik semula jerawat, saya dah start makan semula sejak tahun lepas.. so, total saya dah pernah beli 2 botol
Harga : RM150 kot.. tapi, boleh tahan 4 bulan sebab sebotol ada 120 kapsul, sehari makan sebiji je
ini botol kedua saya beli.. boleh lah.. nak kata berkesan sagat tu, tengok lah pada 'hasil' masa membuang air besar.. Lecithin ni menghalang lemak-lemak dari makanan melekat kat sistem usus/perut kita.. so, lemak-lemak lama tu memang tak boleh buat apa lah kan..
Tekstur : sama macam Vit E.. tak ada rasa apa..
Kesan : tak boleh nak cakap banyak.. sebab kesan dia kita tak nampak sangat.. tapi, saya percaya kat produk ni untuk menghalang dari lemak-lemak baru bergabung dengan lemak-lemak lama dalam bbadan saya tu.. sehari makan 6 biji.. 3 biji lepas lunch, 3 biji lepas dinner
Harga : dalam RM70 kot.. saya lupa lah harga sebenar.. maybe boleh tanya pada agen Shaklee..
ini adalah pengalaman sebenar saya.. saya bukan pakar, keberkesanan mungkin dipengaruhi oleh faktor diri seseorang dan ke-konsitenan untuk makan semua supplement ni.. kalau buat betul-betul, satu hari jumlah yang saya kena makan termasuk Set BF (akan diceritakan pada next entry) adalah 25 biji!!!banyak giler!!!
Thursday, June 7, 2012
idea memasak tenggelam-timbul!!
Saya ni kadang-kadang bila nak memasak untuk Hasya, idea bertimbun-timbun, kadang-kadang terus zero sampai kena juga buka blog mommies yang lain.. macam hari ni, dah plan nak masak apa untuk Hasya esok.. plan nak buat ikan masak kurma, tapi bila terbaca entry satu mummy ni buat daging masak singgang, mcm berkenan pula kan.. disebabkan menu utama esok adalah Nasi Butter, maka tak match pula nak makan dengan daging masak singang kan.. sekarang lagi lah, saya dah niat nak bawakan Hasya makanan untuk minum petang.. ye lah, lama dia nak tunggu saya datang ambil petang tu sebab sekarang keluar pejabat jam 5.30 petang, dalam 6.30 petang baru sampai.. nanti lapar pula dia.. so, start awal bulan lepas saya dah mula bekalkan muntuk minum petang.. (nanti-nanti saya upload gambar macam mana saya prepare untuk bekal Hasya ke Taska).. saya pernah bekalkan roti, muffin, dan karipap - yang ini semua beli ya.. jadi, rasa nak jadi ibu yang lebih bertanggungjawab, saya pun mula mencari resepi untuk dibekalkan.. semalam first day saya buat Kek Coklat Kukus untuk saya bekalkan kepada Hasya.. hari ni pula bekalkan Butter Puff.. senang rasa hati.. esok ingat nak bekalkan Donut Labu.. bahan semua dah ada.. tinggal nak buat je.. antara resipi minum petang yang saya rasa saya sanggup nak buat sendiri ialah mash potato, chicken pie, makaroni bakar, dan makanan berasaskan roti macam roti telur, roti sapu jem/kaya.. saya masih belum mampu nak buat roti sendiri, jem/kaya sendiri.. nanti lah, bila dah cukup ilmu dan kerajinan saya berkali ganda nanti boleh lah saya buat semua tu.. harap-harap kesedaran yang saya pupuk sedari awal ini akan memberi kesihatan yang baik kepada anak saya, InsyaAllah
keluarga Abah saya
Dari kiri : Ateh, Pakcik, Pak Ngah Pahang, Pak su (Abah saya) Angah
bersama pasangan pengantin (anak buah mereka)
*mereka enam beradik, ini anak buah dari abang yang sulung (Pak Long) dah meninggal dunia
Dari kiri : Makcik (isteri Pakcik), Mak Su (Mak saya) dan Mak Ngah Pahang (isteri Pak Ngah Pahang)
* Ateh dan Angah sudah kematian suami
Monday, June 4, 2012
saya marah, tapi tetap disayangi
peminat setia blog saya ni tentulah suami saya yang saya sayang sangat-sangat tu.. setiap kali saya cuba berazam dengan mencatitkan sesuatu pada blog, tak pernah dia nak cuba perlekehkan niat saya tu.. atau kalau saya 'gagal' nak buat apa yang saya azamkan tu, tak pernah dia nak ungkit balik.. baru hari ni saya perasan yang suami saya tu adalah seorang yang amat baik.. selalu dia kena marah dengan saya.. sidai kain lambat pun boleh jadi topik saya muncungkan muka.. 2 malam sudah, Hasya asyik terbangun je, actualy dah lebih seminggu dia macam tu.. agaknya dia tak puas menyusu kot sebab susu saya makin berkurangan.. jadinya, malam tu maksima sudah kesabaran saya tambahan nipple saya amat sakit, sebab dah luka jadinya saya refuse untuk bagi Hasya menyusu dan sudahnya dia merengek-rengek.. dalam pada saya marah-marah tu, saya suruh dia tidur je.. terus dia tidur atas badan saya!!! tengok, walaupun saya marah, membebel dua orang ni tak pernah marahkan saya semula!! entah lah, mungkin saya stress, penat menguruskan mereka dan rumah dan diri sendiri.. tapi, tidaklah hari-hari saya begini.. dalam satu bulan tu, adalah satu-dua hari.. maybe sebab nak datang bulan, mood jadi tak menentu.. kesabaran tak boleh nak kawal.. otak dah tak boleh berfikir waras..
pemilihan rumah buat kepala jadi pening
cakap dengan Emi.. nak beli rumah!! ewahhh, macam nak beli baju kat AEON tu je kan.. tapi, tak kira.. jadi, 1st step kira dulu duit nak bayar bulan-bulan.. takut tak mampu pula kan.. bila dah setel, start cari rumah.. ada pilihan :-
- rumah baru / sub sale
- single storey / double storey (2.5 atau 3 storey memang tak nak!!! saya adalah seorang yang pemalas, konpem tingkat yang banyak buat saya tak sempat nak berkemas)
- corner / end / intermediate lot
lokasi memang dah tetap, nak beli sama ada di Balakong / Bangi / Kajang.. dalam pada tu, tengok juga di Semenyih dan semalam lepas round di sana, memang rasa tak nak lah beli rumah kawasan Semenyih.. tak familiar.. harga rumah pun lebih kurang sama dengan kat Kajang.. rumah single storey semi-d kat sana pun dah RM400k!! memang merapik betul harga rumah sekarang.. hati berkenan nak tinggal di Bangi tapi faham-faham saja lah kan, mana ada rumah di Bangi bawah RM400k pun, ini kan nak cari yang bawah RM300k..
maka, setelah seharian membuat tinjauan di mudah.my, iproperty.com, HomeGuru.com dan propwall.com.. adalah dalam 5-6 rumah yang menarik perhatian.. cadangan awal pilihan rumah kami single storey corner lot tapi memang susah nak cari area Kajang rumah macam ni.. saya nak kawasan rumah baru, at least yang dah develope 5-6 tahun sebab pada pandangan saya, kalau kawasan tu lama sangat, kawasan sekitarnya tidak menyenangkan.. saya mungkin boleh terima tapi Emi, dan keluarga kami tidak.. kita hidup berkeluarga, jadi yang mana boleh kita ikutkan sahaja.. ada juga baiknya ikut pandangan orang sebab pandangan kita ni tak sentiasanya betul.. jadi, berkemungkinan kami mengambil rumah sub sale (yang baru harganya tak mampu nak beli kat kawasan ini), double storey.. dan amat bersyukur kalau dapat corner lot atau end lot.. berbincang dengan Emi, kita jadikan rumah ni investment, 10-15 tahun lagi kita jual dan beli rumah idaman!!!
Thursday, May 31, 2012
angan-angan saya
saya berangan nak rumah single storey, corner lot di kawasan Bangi, Kajang dan Seri Kembangan/Balakong
agaknya bila akan tercapai?
ini adalah keyakan pinjaman peumahan kerajaan terbaru 2011
dengan harga rumah RM298,000 saya dan suami perlu sediakan RM 1,400 sebulan
isu utama :
- macam mana nak cukupkan RM1,400 sebulan dengan perbelanjaan sekarang yang kadang-kadang ada lebih, kadang-kadang korek tabung?
- part mana yang saya nak potong/kurangkan bagi memastikan saya dan suami ada RM1,400 ini?
setelah berfikir-fikir saya perlu ada tempoh percubaan sehingga hujung tahun ini untuk memastikan saya ada wang secukup ini supaya saya boleh yakin untuk membeli rumah berharga lebih kurang RM300,000 ini.. sekarang, kami membayar pinjaman bank untuk rumah yang kami diami sekarang RM550 + duit maintenance RM100, maka saya juga kena pastikan rumah ini ada yang boleh sewa paling kurang RM700/bulan (semi-furnish) dan saya nak cuba dari bulan depan hingga bulan Disember 2012 setiap bulan saya boleh menyimpan RM 700 bagi memastikan kalau saya proceed juga nak beli rumah itu, kami sekeluarga tak tercekik di tengah bulan!!!
UPDATE!!
rumah area Semenyih ok ke ye? harga dalam RM240,000.. single-storey semi-D.. jarak perjalanan 36 km dari Semenyih - KL.. tapi kalau balik Seremban, memang dekat juga lah..
UPDATE LAGI!!!
da pergi tengok kat Taman Bangi Jaya macam yang diiklankan dalam mudah.my.. kotor, selekeh dan memang tak sanggup nak beli.. surau pun tak nampak, ada hanjing sana sini, tak nampak rumah orang melayu pun.. ok, stop cari rumah kat Semenyih!!
UPDATE LAGI!!!
da pergi tengok kat Taman Bangi Jaya macam yang diiklankan dalam mudah.my.. kotor, selekeh dan memang tak sanggup nak beli.. surau pun tak nampak, ada hanjing sana sini, tak nampak rumah orang melayu pun.. ok, stop cari rumah kat Semenyih!!
Subscribe to:
Posts (Atom)