Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Kenapa yuran Taska tinggi sangat?

Saya kalau nak buat kuih, tak suka ikut sukatan.  Tapi memang 'elok' sangat lah hasilnya.  Selalu resepi bagi portion yang banyak, kalau karipap tu untuk makan sampai 5-6 orang padahal kat rumah ni yang makan pun saya dengan Hasya.  Emi tak berapa suka nak makan kudap-kudap like kuih, desert, kek.  Jadinya memang saya ubah resepi supaya bila terhasil, cukuplah dapat dalam 10 ketul macam tu.  Tapi tu la, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang ang yang tak jadi tu rupanya, rasa boleh tahan.  Ada rancangan nak jual puding roti dan kraker lapis cheese.  Dua-dua ni amat sedap.  Tapi kalori hampir 300 kcal untuk berat lebih kurang 30g, Cuma saya provide meal plan untuk satu hari, bila dicampurkan breakfast, snek, lunch dan dinner termasuk makan desert, kita masih boleh maintain jumlah kalori.  Cuma, semua sedia maklum, memang fat yang ada dalam desrt tidak baik, tapi tak salah kalau nak makan sesekali kan.  Tengoklah, maybe after raya baru nak launch produk.  Hamboi, bunyi kena gempak kan, baru ada orang berminat nak beli.  Kena buat perancangan betul-betul sekarang nak cari duit lebih.  Dengar-dengar Taska kat KL dah mula nak naik yuran sampai RM450. Kalau nanti dah start kerja, dan ada rezeki masa tu ada 2 anak, tak ke 1/3 duit gaji hanya untuk bayar Taska fee?  Sebelum mula masuk kerja, kena ada RM12k sebagai persediaan satu tahun bayar yuran anak.  Tak lena tidur fikir hal ni.  Kalau macam ni, kena susun balik kewangan keluarga.  Kereta dari dua rasanya kena jadikan satu buat sementara waktu.  Herbalife memang tak mampu dah nak ambil.  Pandai-pandailah kawal makan tu, sambil buat excercise sikit-sikit.  Tudung pun pakai lah shawl (sebab murah) dan tudung bawal.  Mana yang ada tu pakai je lah.  Ariani ke Fareeda kena lupakan sementara.  Nasib tak kerja, duit minyak, tol dengan makan boleh lah kawal.  Baju pun tak payah beli selalu.  Bulan ni dah mula kawal penggunaan air-cond dan makan luar.  Tapi rasa tak boleh nak elak makan kat Wong Solo. Ayam penyet dia memang sedap sangat.  Boleh la 1-2 kali sebulan.  Muak juga makan sendiri masak.  Lagi apa nak kurang/jimatkan?   You all semua macam mana ye? How you manage and control your salary? your family financial? Seriously, kalau nak call AKPK boleh tak?  Happy Wednesday.

 Antara kuih yang pernah cuba.  Donut kentang.  Sedap, rasa dan bau macam donut.  Dah tinggal beberapa jam pun masih lembut.  Tapi rupa memang buruk kan.  Doh tak nak naik.  Agaknya Yis tak nak hidup kot

 Tapi tak apa, Hasya kata sedap.  Dia bukan faham pun tentang rupa donut yang cantik ni

Apa pasal nak upload gambar ni.  Ni anatara tudung Fareeda yang dah jual.  Sekarang ada lagi 4-5 helai.  Sayang lah, nak simpan.  Nak beli lagi memang tak mampu dah.


Monday, June 17, 2013

Nak kurus

Kalau nak cerita tentang perihal menguruskan badan, boleh lap air peluh cerita tak habis-habis juga.  Rasanya, setiap kita berbeza-beza penerimaan badan bagi yang berniat nak mengecilkan ukuran badan tu.  Saya pula dah cuba bermacam-macam, dari yang murah kepada yang mahal.  Yang hairannya, kenapa satu pun tak berkesan?  Saya bukan jenis, berdiet 5 hari, makan 'lebih' sikit atau dikatakan cheat dat untuk satu hari, tapi berat tak naik banyak.  Senang cerita, kena istiqamah.  Kalau nak kurus, kena buat 5-6 bulan contohnya, kalau tak nak makan malam, kena la buat 5-6 bulan, kalau antara tempoh masa tu tersalah langkah, memang buruk la akibatnya.  Sama lah kalau pakai krim kurus, kalau ada 2-3 malam tak pakai memang tak nampak lah kesannya.  Macam dasyat je bunyi nya kan.  Apa pun, azam kena kuat.  Susah sangat, nak mengandung je lah.  Nanti boleh buat azam baru lepas bersalin.  Mengandung is seronok, bersalin is TAKUT.  Tak ada modal nak buat entry, tapi nak buat juga.  Bye.

Thursday, June 28, 2012

Pengalaman dengan Shaklee : Part 2

Mari kita bersambung lagi ye.. so, lepas bersalin saya memang tak ambil jamu atau apa-apa supplement pun.. gila kentang kan.. so, masa tu tinggal dengan mak (saya PJJ dengan Emi) sampai lah umur Hasya dekat 9 bulan, baru dapat bertukar ke KL.. maka, bermula rutin saya menjaga Hasya, Emi dan rumah kami.. serius rasa nak menangis!!! dan memang menangis pun.. baju tak lipat saya menangis, anak menangis pun boleh buat saya menangis.. masa ni, baru tau Shaklee ada supplement untuk set BF sebab susu saya semakin merudum.. ye lah, walaupun makan memang saya jaga, terlebih apatah lagi tapi emosi saya tak keruan.. sentiasa stress.. dalam set BF tu, ada B-Complex dan ia amat membantu saya.. kalau tak makan, saya akan jadi cepat penat, bila penat ada je lah yang tak kena di mata, dihati.. jom tengok apa yang saya makan sepanjang tempoh penyusuan saya dengan Hasya.. walaupun saya tak consume dengan full set, ini dah dapat membantu saya.. 


 bila saya makan vit ni betul-betul ikut masanya, saya perasan Hasya jarang kena selesema.. tapi ia nampak tak berkesan pada saya sebab saya sering kena selesema.. tak tau lah kenapa.. tapi kulit cantik.. jerawat pun jarang tumbuh..

 mula-mula, saya tak beli pun Vita-Lea ni.. tapi, bila Hasya sering sakit saya ada baca yang kemungkinan dia kekurangan zat besi/iron.. dan bila saya ambil supplement ni, nampak dia jarang sakit.. tapi, masa tu umur dia dah setahun 2 bulan dan dah cucuk vaksin pneumococus tu.. jadi, persoalannya adakah Vita-Lea ini membantu? saya pun tak ada jawapannya.. ini semua ketentuan Allah.. hanya Dia yang mengetahui.. saya cuma dapat besyukur dan meneruskan sahaja..


terbaik!!! susu jadi pekat dan Hasya akan lena kalau saya ambil supplement ini (susu saya memang dari azali tak ada lah banyak mana, tapi bila susu pekat, ia membantu juga mengenyangkan si kecil tu).. 10 biji sehari.. apa nak cakap lagi.. telan saja!!!


terbaik juga!!! bila saya stop set BF, ini antara supplement yang akan saya teruskan.. tadi dah order kat Emi, minta belikan ESP dan Meal Shake (bahagi dua dengan adik - dia pun tengah mengandung, tak lalu makan.. jadi saya cadangkan ambil kedua-dua ini.. harganya boleh tahan.. ESP RM121 dan Milk Shake RM98).. sekarang memang tak ada rasa nak makan pagi pun.. malam nak diet tak nak makan apa.. harap-harap minum ESP dan Meal Shake boleh la membantu rasa kenyang tu.. elok juga beli, dah nak bulan puasa pun.. so, sahur boleh minum Meal Shake.. oh, tahun lepas ada juga beli Perfomanca Drink.. bagus, susu maintain je dan tak rasa penat..

Alhamdulillah, setakat ni saya masih dapat menyusukan Hasya.. seronok tengok dia kekenyangan bila bf waktu malam.. siang dia dah minum fresh milk.. sebab? saya dah tak mengepam waktu siang.. dan stok semua dah habis.. kenapa saya tak mengepam waktu siang? saya dalam proses nak berhentikan Hasya dari bf sebab sekarang saya dah tak tahan dengan 'gigitan' nya pada B saya.. sakit sangat.. luka sekeliling B tu.. bila saya mengepam, ia membuatkan luka-luka tu makin teruk.. dan saya dalam proses nak kuruskan badan.. sepanjang 10 bulan mengandung dan 1 tahun 10 bulan saya hanya tumpukn kepada Hasya, sampai badan saya semakin kembang.. sekarang adalah masanya saya menjaga penampilan di mata suami.. walaupun Emi tak kisah, saya tau jauh di lubuk hati seorang suami, inginkan isterinya cantik, langsing.. hahahahaha.. semacam je statement kan.. 

Saya juga bercadang nak mengandung kali kedua.. dah mencuba hampir 3 bulan, tapi belum ada rezeki.. mungkin sebab berat saya berlebihan siapa tahu kan.. saya memang nak sangat dapat mengandung sekarang.. pertama adalah bila saya berkira-kira, saya kena bersalin sebelum bulan 6 bagi memungkinkan saya untuk berpuasa penuh pada tahun hadapan... tak larat rasanya ganti puasa hampir 30 hari semasa bersalinkan Hasya.. kedua sebab saya dah nak sambung belajar September ini.. mungkin ambil masa 2 tahun.. dan saya target nak besarkan baby baru tu sampai umur dia setahun lebih baru hantar ke Taska.. Tuhan je tau betapa saya risau dan susah hati bila anak kecil yang tak tau apa-apa dihantar ke Taska.. dan untuk mengelakkan kes saya beri anak minum susu lembu awal dari 2 tahun, saya akan mula buat stok banyak-banyak.. jadi, bila saya mula nak stop mengepam awal, stok masih lagi ada.. masa tu, boleh la fikir nak ramping semula.. ye, ramping itu perlu dan saya memang tak gemar bertubuh besar!!!

Friday, June 8, 2012

Pengalaman dengan Shaklee : Part 1

~ Nak cerita pengalaman diri sendiri sebagai pengguna Shaklee (on dan off) sejak tahun 2007) ~


 pertama kali saya mula makan supplement Shaklee, adalah untuk melancarkan sistem pelawasan saya (saya memang ada masalah untuk membuang air besar, sebab tu sebelum ni ambil Teh Orang Kampung, boleh kururs sekali).. masa tu Emi (agen Shaklee) cadangkan ambil Herb-Lax.. 

Tekstur : bila makan, ada rasa herba, rasa daun inai pun ada.. Emi bagitau memang salah satu bahan dalam ni adalah inai.. yerkkk, memang kembang tekak nak telan
Kesan : superb!!!! selesa betul bila membuang.. katanya menyah-toksin (detox) juga.. itu tak tau, yang pasti perut rasa ringan je lepas makan.. kesannya, makan malam, esok pagi jam 4-5 pagi akan rasa nak ke tandas.. pernah beli sebotol je masa tahun 2007..
Harga  : dalam RM 50 je kot.. tapi boleh tahan 3 bulan la juga.. saya makan bukan ikut arahan sangat pun sebab Emi selalu kata, ni adalah supplement, bukan ubat.. tapi, itu pun dah berkesan sangat kat saya..


ni Emi bagi free kat saya.. saya pun tak ingat kenapa dia bagi saya benda ni.. sebab saya kata nak kulit cantik kot.. bagus sebab non-GMO (saya pun tak tau GMO tu apa.. orang kata bagus minum soya yang tak ada GMO ni, saya pun ikut lah)

Tekstur : tak sedap!! saya bancuh macam tu je, tak campur apa-apa.. ada orang dia campur dengan fresh milk perisa strawberi/coklat
Kesan : boleh la.. masa tu nak bertunang/kawen.. rasa juga la muka tu cerah sikit, tak ada jerawat
Harga : dalam RM 100++ kot.. saya minum tak habis pun.. siap expired lagi, dalam tong tu ada 1/3 lagi.. memang rugi.. sekarang tak rasa nak beli pun sebab rasa dia memang tak boleh diterima tekak!!!



saya suka supplement ni!!! memang berkesan.. tak sampai satu botol, saya dah tak ada jerawat.. parut pun makin hilang.. tak perlu nak beli SKII (tak mampu) pun.. suka sangat-sangat!!!

Tekstur : tak ada rasa apa pun.. tapi katanya, kalau terpecah dalam mulut, pelik juga rasanya.. 
Kesan : superb!!!  saya makan masa nak kawen, pastu stop bila dah habis sebotol.. sepanjang mengandung, dan lepas bersalin memang tak ada jerawat pun kat muka.. kalau ada pun, yang kecil-kecil je itupun sebab tak cuci mekap sebelum tido.. sekarang ni dah mula naik semula jerawat, saya dah start makan semula sejak tahun lepas.. so, total saya dah pernah beli 2 botol
Harga : RM150 kot.. tapi, boleh tahan 4 bulan sebab sebotol ada 120 kapsul, sehari makan sebiji je



 ini botol kedua saya beli.. boleh lah.. nak kata berkesan sagat tu, tengok lah pada 'hasil'  masa membuang air besar.. Lecithin ni menghalang lemak-lemak dari makanan melekat kat sistem usus/perut kita.. so, lemak-lemak lama tu memang tak boleh buat apa lah kan..

Tekstur : sama macam Vit E.. tak ada rasa apa.. 
Kesan : tak boleh nak cakap banyak.. sebab kesan dia kita tak nampak sangat.. tapi, saya percaya kat produk ni untuk menghalang dari lemak-lemak baru bergabung dengan lemak-lemak lama dalam bbadan saya tu.. sehari makan 6 biji.. 3 biji lepas lunch, 3 biji lepas dinner
Harga : dalam RM70 kot.. saya lupa lah harga sebenar.. maybe boleh tanya pada agen Shaklee..



ini adalah pengalaman sebenar saya.. saya bukan pakar, keberkesanan mungkin dipengaruhi oleh faktor diri seseorang dan ke-konsitenan untuk makan semua supplement ni.. kalau buat betul-betul, satu hari jumlah yang saya kena makan termasuk Set BF (akan diceritakan pada next entry)  adalah 25 biji!!!banyak giler!!!

Thursday, May 31, 2012

Shaklee vs Herbalife


saya kemaruk mau kurus!!!
sekarang berat dah 66 kg!!! tak dapat kurang berat, dapat kempiskan perut ni jadi lah.. so, tengah fikir apakah option yang ada untuk membantu and of course lah kena disiplin, excercise dan sit up.. cuma nak cari produk yang affordable dan berkesan..
so, Shaklee vs Herbalife.. mana satu ye?

nak tempah baju raya dan setelah setahun, hanya menempah baju kurung sahaja.. maka, dengan memberanikan diri nak pergi tempah baju kurung moden menggunakan baju contoh zaman anak dara!! berani mati kan.. kalau tak capai juga berat diidamkan, hari raya nanti pakai blaus dengan skirt sahaja lah!!!

kalori intake untuk hari ini :
bf - pasta goreng  + nescafe tin (300 kal +97 kal = 397 kal)
snek - karipap 3 keping ( 100 kal x 3 = 300 kal)
lunch - nasi putih + bendi  goreng + ikan keli sambal (260 kal + 50 kal + 150 kal = 460 kal)
so, total sampai lunch 1,157 kal, ada lagi 800 kal makanan yang boleh di ambil sehingga dinner.. kejap semangat, kejap lemau.. huarghhhhh, malam ni buat sup sayur la.. boleh share dengan Hasya ;)

Tuesday, May 8, 2012

rumah idaman

first try gunakan Sketchup ni.. ni semua terpengaruh dengan Liza Othman lah.. habis se-pagi buat menda ni.. memang meng-asyk-kan.. spoil bila rasa nk terkucil.. nyampah tau aircond kat MOA ni.. sejuk yang amat...

 angle dari sebelah kanan

angle dari sebelah kiri
 
ini lah rumah idaman saya.. saya tengah mencari rumah single storey (second hand pun ok), corner lot, area Balakong dan Kajang dan harga below RM170,000 .. ada sesiapa boleh bantu?
(lepas ni nak buat lagi comel lah.. tunggu petang ni pula ;)

UPDATE!!

 bahagian dalam rumah.. hishhh, cukuplah untuk hari ini ye..

Tuesday, January 3, 2012

2 azam untuk 2012


yeeehaaaa... dah masuk tahun 2012 bagi hari ke-3.. mood macam sama je cuma dalam kepala ni tengah fikir apa azam nak buat utk 2012 ni.. jom try list, relevan ke tidak nanti kita re-check :
  1. nak lebih jaga diri - tak nak culas makan supplement, nak try makan jamu w/pun still bf Hasya.. try dulu tengok ada effect apa-apa tak kat si tecik tu.. nak lebih rajin jaga kecantikan diri, walau pun tak cantik mana diri ni, tapi yang penting kulit kena mulus-mulus je dari kepala sampai ke kaki.. nak buat treatment rambut dan make sure rambut dah tak ada putus-putus/rambut nipis
  2. nak lebih komited dengan kerja - no more Alamanda dan sewaktu dengan nya before waktu break dan balik awal ke pejabat waktu break Jumaat.. lebih kan datang kerja dari ambil EL.. 
cukup lah dua ni.. yang lain seperti biasa untuk sepanjang hidup ialah nak hormat suami, tak nak marah anak, tak nak hasad dengki, dan lebih berjimat-cermat

menu hasya untuk hari ini :
  • breakfast - mee hun goreng kedai-made (ibu tak sempat nak buat)
  • lunch - nasi putih + sup ikan tenggiri dengan lobak merah (Hasya dah ada satu gigi geraham sebelah kanan.. dah seminggu lebih kot ada tapi baru perasan semalam)
  • kudapan - biskut cream cracker

outdoor photoshoot at Jonker Walk, Melaka
Azie & Nirwan wedding 
1 Januari 2012

Wednesday, December 28, 2011

review azam

jom kita semak impian sedekad (2011-2020) yang pernah di tulis di pada penghujung 2010


1. dapat hidup sebumbung dengan hubby tersayang - Alhamdulillah.. Mei 2011 kami dah dapat capai.. kepada rakan-rakan yang sedang menempuh alam rumah tangga PJJ, tabah lah, sabar lah.. tiada kata dapat diluahkan untuk menenagkan hati.. terus lah berdoa, semoga diperkenan kan-Nya
2. sambung master - tak lama lagi.. InsyaAllah Sepetember 2012 saya akan bergelar pelajar semula
3. beli rumah - dah tertunai pada Ogos 2011.. yeayyyy, saya happy sebab memang impian nak tinggal di rumah tinggi yang kiut-miut.. boleh lah saya yang masih baru ni belajar nak manage rumah yang comel dulu.. dah hebat, kita tambah sq ft nya pula ye bila ada rezeki lebih.. terima kasih suami!!!
4. langsaikan hutang kredit kad (ni wajib, patut masuk dalam list yang pertama) - daripada 3 kad, satu dah setel.. lagi 2 masih merangkak-rangkak.. macam mana nak setel, online shopping je kerja nya
5. naik pangkat ( kalau boleh biarlah yg hujungnya tu J*8.. kikikiki) - kena tunggu lagi 5 tahun.. itu tempoh yang saya beri.. kalau J*4 pun tak ada, saya ada plan lain yang baikkk punya
6. tambah anak - tahun depan? InsyaAllah, Emi dapat je kerja baru dah boleh ON!!
7. beli kereta baru- entah, rasa macam nak gugurkan je dari whishlist.. dah tak ada kepentingan pun bab-bab beli kereta ni.. tapi teringin nak beli satu lagi kereta Kelisa.. comel, senang saya nak parking, pusing-pusing KL lima kali pun tak luak minyak RM50 kan..
8. maintain berat below 60kg (hahahahaha.. ni pun ada ke?) - dalam proses.. sekarang masih 65kg, ada 5 kg lagi nak dibuang.. susahnya lah!!!

Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010

happy new year 2011.. kita masuk ke dekad yang baru
jom kita tengok apa pencapaian sepanjang dekad 2000-2010 ni :

2000 : pencapaian yg paling tinggi utk diri sendiri dalam akademik.. mula belajar di UTM, mula kenal alam remaja.. suka, duka berkongsi dengan rakan-rakan.. baru kejap tadi tengok gambar masa belajar, mak aiii.. cumut nye saya.. pipi tembam yg amat, penuh jerawat.. sungguh tak chumel.. patut la masa kt utm xde sapa yg nak ngorat saya.. kikikiki..

2005 : august.. saya konvo !!! sambung master tp sadis nya xhabis pun.. apa pun, thn ni tekad nak apply scholarship JPA.. nak sambung study + gaji penuh.. semangat nih..

2006 : merewang carik kija.. tp xdapat.. ogos 24th start lapor diri di JPS.. oh JPS.. kau lah di hati.. best nye pegang gaji sendirik

2007 : pemergian arwah tuk pada november akibat kemalangan jalan raya.. membuat saya nekad membuat satu keputusan.. (???)

2008 : november 16th, transfer from kl to perak (ini lah pengorbanan saya untuk mak dan keluarga terutama opah yang tersayang) .. meninggalkan segala kenangan pahit, manis di kuala lumpur.. meninggalkan cinta hati saya dengan harapan ini yang terbaik buat kami berdua

2009 : alhamdulillah.. april 18th saya bertunang dengan pilihan hati, august 1st melangsungkan pernikahan dan bermula alam rumahtangga jarak jauh yang tak pernah saya bayangkan akan dilalui kami berdua.. december positif saya pregnant 5 minggu.. kebahagiaan mencurah2..

2010 : beban kerja semakin banyak.. tangisan kerap kali dihambur kepada suami.. alhamdulillah suami seorang yang amat penyabar.. april, opah pula meninggalkan saya sekeluarga.. tak sempat nak menatap cicit nya yang sedang membesar dalam perut saya ni.. amat sedih.. august 20th, nur asyifa hasya lahir.. lengkap kehidupan saya sebagai wanita..

* kebanyakan nya august pencetus tarikh yang paling banyak peristiwa.. semoga impian sedekad akan datang akan dicapai..

impian sedekad akan datang (2011-2020) :

1. dapat hidup sebumbung dengan hubby tersayang
2. sambung master
3. beli rumah
4. langsaikan hutang kredit kad (ni wajib, patut masuk dalam list yang pertama)
5. naik pangkat ( kalau boleh biarlah yg hujungnya tu J*8.. kikikiki)
6. tambah anak
7. beli kereta baru
8. maintain berat below 60kg (hahahahaha.. ni pun ada ke?)

Tuesday, January 13, 2009

azam.2009

tiba2 rasa nak wat entry pasal azam 2009.. Walaupun hari ni dah 14hb januari, rasanya masih belum terlambat lagi kan..
*losing weight-1st target on my birthday xlama lagi.. Kn capai 55kg and on mySM nye birthday on april, berat kena 52kg.. Kira ok la kan, turun 1kg dlm ms sebulan.. Nak lebih2 pun, wat tensen je kalo tak dapat capai..
*nk kurangkan perangai2 xelok.. Wah.. Yg ni mmg susah, sebb tu gn perkataan "kurangkan" dan bukan "buangkan" (perangai pemarahku ini amatlah dasat sekali)
*nak simpan duit.. alahai, susahnya.. (by ogos 2009, nak ada rm5k plg kurang..)
*nk setelkan utang.. yg ni pun alahai susahnya jugak...
*kalo boleh nak amalkan baca Al-quran.. at least sekali sehari.. by the end of year 2009, harap2 leh abeskan separuh.. (kalo nak khatam lagi bagus kan)
*nak setelkan master yg hampir 2 tahun setengah tetangguh.. Ya Allah.. tolonglah me'rajin'kan diri hamba mu yang agak kemalasan ini.. Amin..
*nak kawin.. what? errrr.. insyaAllah

rasanya tu je azam 2009.. harap2 tercapai la hendaknya..