Wednesday, September 26, 2012

hal anak

Seronok bila baca cerita Ashra yang mengajar sendiri (home schooling) anaknya di rumah. Mungkin Hasya terlalu awal nak dimulakan semua tu, tapi tak salah bermula dengan awal kan.  Banyak yang saya bayangkan perjalanan harian saya bila dah bermula cuti belajar pada 1 Okt nanti. Potty Train, Ajar Hasya menganal Alif, Ba, Ta, ajar membaca, mengira, latih semula untuk Hasya makan sayur dan buah dan paling penting sekarang, mengajar Hasya untuk mendengar kata!!! 

Mungkin ada ibu yang gigih mencari maklumat untuk perkembangan anak dari Internet dan buku ilmiah, tapi apa yang saya perlukan sekarang adalah untuk pergi ke mana-mana seminar atau bengkel mengenai ANAK!!. Memang kelakar anak dah 2 tahun lebih, baru nak belajar tentang hal anak ini tapi saya merasakan saya semakin hilang arah dalam membentuk sahsiah anak saya. Sepanjang 2 tahun ini saya agak berjaya dalam penyusuan ibu dan juga menerapkan pemakanan yang sihat dalam keluarga saya tapi akhir-akhir ini, Hasya semakin berbeza. Ya, dia semakin penyayang, semakin bijak tapi pada masa yang sama semakin sensitif, senang sangat nak tengok air matanya keluar dan sudah ada beberapa tabiat yang kurang baik seperti menjelir lidah, menjeling dan tak nak bersalam bila berjumpa orang lain. Ohhh, saya memang perlukan bantuan. Nanny 911 mungkin???

2 comments:

ashra said...

Betul..saya setuju sgt..

Belum terlambat lagi dear...2tahun masih muda dan masih oanjang ilmu yang kita nak gali..
Eh,saya pun teringin nak gi seminar,tapi apa daya..tak sapa jagakan anak....

Btw,anak saya aleesya sama juga nakalnya..sewaktu umur hasya tu...menjeling,Kadang guna kaki pijak brg....semua ni mmg peringkat dorang blaja mencuba...tapi kita as parents,kena tegas dan kawal dari rumah lagi..

Alhamdulillah..kalu kena caranya,makin besar,makin mudah dgr kata...tapi jika kita anggap die takpe masih kecik tak faham..itu yang terbawa sampai umur 4-5 tahun makin nakal..

Yup..saya juga suka pendekatan nanny 911.
Yang mana boleh aplikasi,kita try guna k

All the best k
Kita sama je...saya sokong mulakan dari awal sahsiah dulu kemudian da terbentuk disiplin baru kita stat mengajar...lagi mudah mereka blaja dan mudah kita mengajar bila mereka respek dgn kita..

Nur Hareza said...

ashra - thanks.. memang tak nak dia ikut kata kita hanya sebab kita gunakan kekerasan like marah atau pukul manja. tapi tu lah, cakap hari ni, esok buat. tapi satu je cara kita perasan hasya boleh follow dengan kurungkan dia dalam bilik. macam ada satu hari tu, dia tak nak makan seharian, saya kurung dalam bilik dan dah hampir 2-3 minggu, memang kerja dia makan je. cuma, betul ke cara tu ye? tak ganggu psikologi dia ke?