Tuesday, August 14, 2012

Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort : ntah hapa-hapa!!!

malam tadi jam 11.30 malam, tengah goreng ikan patin untuk makan bersahur, api padam. aik, ingat angin sekali tu gas habis lah. pindah masuk dlam oven. nasib baik masak lemak Hasya pagi semalam elok lagi. tambah cili api tumbuk, tambah garam sikit. kalau tak haruslah makan sahur dengan oat saja lah. itu maknanya, berbuka semestinya makan diluar atau beli tapau saja. 1st plan nak beli kat Param saja. sambil tunggu org gas datang hantar. bila dah ber-blog walking terbaca pula review tentang Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort. kalau booking dan ambil baucer sebelum jam 4 petang, harga per head RM48 nett. kalau walk in RM62 kut. banayak blogger review food kat sini sedap-sedap belaka. rating 5/5 pula tu. dah la dekat. call Emi, confirm terus booking. boleh lah sekali sekala kan. sepanjang Ramadhan ni pun tak pernah makan luar. beli lauk kat Param pun sekali itu pun masa Emi out station minggu lepas. Weekend balik rumah mak mertua. so, nanti kita tengok sama ada betul ke tak orang review kata sedap. saya tak kisah sangat part lauk nya, asalkan desert nya banyak itu dah menggembirakan hati dan lemak-lemak sekalian. tak pe, lepas makan WAJIB skipping 100 kali. berangan lah!!!!

UPDATE!!!
dah la parking penuh. kena jalan dalam 5 minit siap naik tangga lagi. letak tempat saya jauh sejauhnya dari tempat buffet. tak ada aircond. kipas tak rasa. berpeluh makan. NOT RECOMMENDED!! apsal dorang boleh dapat tempat makan best, saya dapat tempat super tak best? sama je kan bayar? Bangi Golf Resort, sila jawab!!!!

p/s: tukar terus tajuk entry!!!

2 comments:

aishah zaharin said...

hehe. akak habis gas masa sahur. mujur ada lauk dalam tupperware, tapau kat rumah mak. panas dlm microwave. sayur tuh, masuk dalam microwave, steam kat saje.

Nur Hareza said...

k.aishah - hihihi.. seb ada oven.. kot nak memasak dlm microwave mmg tak pandai la.. tau pnskan sj