Masa lunch ke Bangi, nak cari nasi dan hajat besar nak beli tudung Fareeda. Saya dah pernah beli sehelai tudung Fareeda jenis selendang ada awning tu. So kali ni teringin nak pakai tudung layer kaler block. Kan dah jadi trend sekarang. lepas makan, gagahkan kaki menapak ke Butik Fareeda. Kena beratur 5 minit, baru boleh masuk (sebab ada customer yang keluar). Sampai macam tu sekali orang kemaruk nak masuk. Tapi, setelah mencuba hampir 5 helai, saya memutuskan yang memang muka saya sangat tidak sesuwaiiiiii memakainya. Semua sebab awningnya yang menampakkan kegebuan pipi. keluar dengan tangan kosong.
Masuk Ariani, beli 3 helai tudung bercorak. Nama pun nak jadi student kan, nanti seharian pakai t-shirt saja. Baju kurung dah boleh tolak tepi ye. Untuk saya, masuk Butik fareeda tak naik hantu tapi jangan ke Butik Ariani, tiba-tiba berazam tak makan nasi sebulan sebab nak keluarkan duit dulu beli tudung. Macam lah kenyang kan. Tapi, memang jenis ni je yang sepadan dengan saya. kalau tudung lain tu, ada je yang tak kena. Tudung bawal pun dah tak ngam masuk kepala. Asal pakai je, menepek je tudung tu kat dahi. Yang belit-belit lagi lah. Rimas rasanya kat leher tu. Tapi, nak try juga beli tudung bawal AdiJuma tu.
cantik kan? tapi, bila kena kat muka sendiri, tak adalah cantik mana pun. tapi, cantik kan??!!
cantik kan? walaupun simple, it is Ariani okey!!! terjamin keselesaan memakainya.
3 comments:
Hehe....masa raya ritu,saya masuk ariani,mak aihhhhh...harga cecah rm700.. Tuk sehelai rudung..hahaha...
Terkedu seketika..nasib saya ni peminat bawal,dan muka lebih kepada bawal simikan goreng.kekeke
ashra - tengok orang pakai memamg membuak-buak. nasib baik tak beli online tudung fareeda tu. kalau ariani, memang tak boleh tahan. asalkan acu kat kepala, elokkkk je gayanya.
eh, kita banyak ambil tips ashra la psl nak handle naka. serius kadang-kadang rasa ibu yang loser je.. thanks k
aku kalau tudung awning ni mmg kene cuba satu-satu sampai ngam dengan muka. so tudung awning tak boleh beli online.. tp mahal sgt la tudung camni
sekarang back guna tudung bawal balik hehe senang nak basuh campak mesin aje hehe..
Post a Comment