Saya nak sharing dengan semua.. tentang beli rumah guna loan kerajaan.. cerita tak habis lagi sebab masih tunggu S&P siap tapi lebih baik begini.. kalau sekali harung, saya akan taip seringkas-ringkasnya.. maklumlah, banyak sangat nak diceritakan..
- Cari rumah.. untuk kes saya, saya akan cerita tentang beli rumah sub-sale/secon hand/atas orang.. kaedahnya, pusing kawasan peerumahan yang anda semua berminat nak beli, ambil no. telefon sekiranya ada diletakkan bunting 'to sale'.. atau cari dalam mudah.my, iproperties, rescom dan lain-lain lagi (kebanyakannya menggunakan agen) atau minta bantuan kawan-kawan menghebahkan yang anda sedang mencari rumah untuk dibeli.. cara macam ni, boleh terus kepada owner, dapat kurang harga dari pakai agen..
- Semak dulu kelayakan (boleh tengok entry saya terdahulu).. untuk makluman, gaji hakiki ialah gaji basic ye, tidak campur dengan elaun-elaun
- Bila dah ada rumah yang berkenan, call agen/owner ajak pergi tengok.. baik pergi berdua dengan pasangan anda untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu.. ngeh ngeh ngeh
- Telefon Bahagian Penilaian (boleh dapat nombor dari website, dan staf di sana akan minta anda berhubung dengan Bhg. Penilai di kawasan anda nak beli rumah.. contoh di Kajang dan Bangi, pejabatnya terletak di Aras 1, PKNS, Bangi)
- Masa ni lah bagitau dengan detail alamat dan sekiranya rumah tersebut ada buat renovation.kitchen cabinet/wardrobe.. nanti Pegawai Penilai akan beri maklumat kasar nilai rumah tersebut.. mungkin akan tambah dalam RM3-5k bila mereka tengok sendiri kondisi rumah tersebut.. contohnya, rumah yang saya nak beli RM290k, Bhg. Penilai nilai rumah tu RM270k, maka saya terpaksa mencari jalan untuk mencari tambahan RM20k sekiranya nak beli juga rumah tersebut.. Alhamdulillah, setelah berbincang, kami setuju untuk beli rumah tu walaupun kemungkinan pinjaman yang diberi oleh Bhg. Pinjaman Perumahan hanya RM270k..
- Call semula agen (bagi yang menggunakan agen) untuk bayar 3% duit booking.. jangan bayar cash walaupun agen tu yang minta.. agen saya tu, tak berani pun ambil cash, takut kena samun.. kami jumpa di Hong Leong Bank (syarikat agen menggunakan HLB ini), masuk duit dalam CDM, fotokopi resit, salinan kami pegang (errrr, Emi yang uruskan hal-hal macam ni.. saya dengan Hasya tengok je), agen bagi resit bayaran..
- Masa untuk berurusan dengan Lawyer.. Lawyer ni agen yang carikan, saya tak kisah.. sebab mula-mula lagi lawyer dah start calling dan bagi maklumat semua.. so, rasa boleh percaya juga ni.. nama sayarikat dia YAP & LOO terletak di Solaris Mont Kiara
- Tunggu satu minggu, kalau lawyer tak ada call, kita call dia..
- Sign S&P
- Dapat salinan S&P
- Hantar Borang Pinjaman tu ke Bhg. Pinjaman Perumahan
- Pinjaman diluluskan
untuk perkara 9-12, saya masih belum laluinya.. tak apa, nanti saya akan ceritakan dengan lanjut apa yang saya hadapi sebelum loan saya tu lulus.. ;)
Rumusan kronologi proses:-
- Mencari rumah idaman (idaman lah sangat kan..) - Mei 2012
- Call Agen untuk tengok rumah (setelah beberapa kali tengok rumah yang lain) - 6.06.2012
- Bayar 3% booking kepada agen - 8.06.2012
- Lawyer call kali pertama - 20.06.2012 (masa ni minta dia hantar salinan S&P rumah tu dan quotation lawyer.. untuk prepare apa yang patut)
- Call untuk follow up S&P - 5.07.2012 (lawyer bagitau, minggu hadapan dah boleh sign S&P... masa ni bawa bank draft atas nama syarikat lawyer tu baki 7%.. tujuannya nak tengok kalau owner ada tunggakan kat Pejabat tanah atau lain, akan ditolak dari duit tu.. tak ada apa, baru release duit tu kat owner.. masa ni juga bawa duit untuk bayar sikitb pada lawyer, cuba minta diskaun kalau boleh.. dapat kurang RM200-300 pun banyak dah.. saya minta, dia kata nanti dia bagitau.. bagi rumah harga RM319k sebab saya mark up harga, lawyer fees termasuk duty stamp selepas potong 50% adalah RM6,573.00.. ini harga bagi rumah pertama yang dibeli.. bukan kerajaan pun akan dapat diskaun 50% duty stamp ni)
- Sign S&P - ??
- Dapat salinan S&P - ??
- Hantar Borang Pinjaman tu ke Bhg. Pinjaman Perumahan - ??
- Pinjaman diluluskan - ??
5 comments:
nak tnya, kite boleh cek sendiri ke penilain sebenar rumah tu kat pjbt penilai?
Nak tanya, ada tak mintak lawyer masuk kan clause untuk mintak owner pulang kan semula 10% deposit, kalau loan tak lulus?
kita pun ada nak beli subsale house kat are Kota damansara. so try tanya Jabatan penilai shah alam. but really disappointed sebab org kat situ cakap, they dont disclose the value to public and it has to be through the application first. how come? dah bgtau kita nak apply loan gomen pun still x boleh..mcm mana penilai kat bangi boleh kasi estimated value tu?
Brothers/Sister's. Are you looking for loan to finance your large or small business,we'll help you get the large amount of loan you desire for your business,we offer first class business and commercial loan to enable small scale business attain success in obtaining start up or refinance their business Bad credit rating accepted and poor business performance are accepted.apply today via email ( arabloanfirmserves@gmail.com
Post a Comment