Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, April 16, 2012

saya sayang HRMIS

di kala ketenangan di pejabat, mari kita update HRMIS dan hantar SKT 2012 kepada PPP.. yuhuuuuu, tak pernah se-leju ini meng-update HRMIS!!! dan juga, HRMIS amat behave, tak ada sangkut langsung.. saya sayang HRMIS!!!

nota : caruman ke Tabung Haji juga telah ditambah, bestnya... tapi mulai Jun 2012.. Gaji April dan Mei kita joli habis-habisan.. ngeh..ngeh..ngeh

Wednesday, September 21, 2011

Mesyuarat Pemantauan (ke, nak spot-check??)

lega.. pagi tadi dah lepas Mesyuarat Pemantauan Technical Attachment saya.. TQ so much kepada Puan Yuhaslin, Juliana dan En Hashim (BPMI), En Shukri Muslim (dari BPSP.. dia ni bukan bos saya pun, tapi dia sanggup nak wakilkan BPSP untuk meeting hari ni.. tak pe bos, tak mo datang pun ye dengan pembentangan saya.. jangan cakap yang bos tak faham pasal program saya ni.. bos sendiri tak nak 'buka' mata dengan dunia luar.. orang dah sampai UK, bos still nak dok kat Malaysia nih.. tak kisah la ye, tahun depan saya bercuti panjang, harap2 lepas saya masuk semula opis, bos dah naik pangkat a.k.a tukar tempat lain) dan En Zulkifli dari ZHL Engineers.. 

JPS nak pantau progress saya kat sini.. takut saya buat kerja main2.. jangan risau la, saya orangnya jujur, cuma kadang2 je ngelat sikit.. macam hari ni, ada hal sikit petang, tak masuk pejabat.. ;)

Thursday, September 15, 2011

ke-bahagia-an saya

saya bahagia sekarang.. (dulu pun bahagia juga.. hi3) sejak dapat bertukar ke Putrajaya, banyak manfaat yang saya dapat.. pergi-balik kerja jalan memang konpem la tak jammed kan.. keluar opis jam 5.15 pm, sampai Taska Hasya jam 5.45 pm.. best!!
.
saya amat rileks sekarang.. kerja saya hanya menguruskan 1 sebutharga (itu pun masih belum mula lagi), 1 bayaran Arkitek yang sangkut paymentnya sebab Kementerian tak cukup duit dan satu rekabentuk Reban Itik Tertutup (ni yg leceh sikit.. merangkak2 kau buka BS 8110:1997 balik.. errr, sapa ada BS 6399:Part 1:1984 tolong bagitau ye.. saya ak pinjam).. tu je la.. tapi tetap terasa hebat kan.. bak kata KSU semalam, kena berasa hebat untuk setiap perkara yang kita lakukan.. and YESSS!! saya suka kerja di MOA..
 .
saya tak kisah bila orang lain jaga projek juta2, sibuk ke sana ke sini masuk meeting dengan KSU, pergi site seharian pakai kereta Projek tapi saya hanya duduk menempek kat tempat sendiri dari jam 8 am - 5 pm.. balik pun on time.. memang saya amat BAHAGIA dengan kerja saaya yang sebegini.. sebab nya, pada sesiapa yang pernah menguruskan satu daerah yang mana kawasan pertaniannya seluas 24,000 hektar, kakitangan sejumlah 250 orang dengan ada musim banjir, musim kemarau.. duit penyelenggaraan dan pembangunan yang perlu digunakan dengan sebaiknya dalam tempoh satu tahun sejumlah RM10 juta (boleh bayangkan berapa banyak Inden yang saya kena sign? berapa banyak site yang perlu saya jengah setiap hari?)..

tu belum lagi dengan ISO (saya bangga sebab setahun saya di Kerian, saya berjaya dapatkan Sijil ISO di sana.. penat? sekali lagi, siapa yang termasuk dalam J/K yang bertungkus lumus nak dapatkan ISO boleh faham dan maklum macam mana payah dan jerihnya.. tapi bila sijil tu di'kurnia'kan semasa Hari Inovasi JPS, hilang segalanya.. so, time to maintain all the procedure pulak.. tu laaaagi jerih kan?), 5S, Five Star Rating.. alahaiii.. serius saya dah cukup penat puas dengan semua tu.. jadinya, bilamana saya dapat bersenamg-lenang projek kecil (sebutharga pulak tu), terasa lega sangat.. saya dapat mengepam dengan tenang, tak perlu nak berlawan dengan masa mesyuarat sana sini, saya dapat makan dengan tenang juga.. cukup masa, balik rumah dengan kepala yang ringan.. tak de pun tido malma termimpi kerja menimbun kat pejabat.. jadinya, memang patut saya merasa BAHAGIA kan???

nota :
bukan salah saya jika orang tanya , "ko sibuk?" dan saya menjawab, "TAK!!".. itu namanye dah rezeki saya.. ngeh ngeh ngeh

Monday, November 24, 2008

visit.bukit.merah

morning.. ada monday blues ker?? rasanya tak sempat nk blues melues dah gerak g kolam bkt merah.. hari ni ada mengebot.. ha3.. biasalar.. lawat kawasan lagi.. tgk projek yg baru award tu.. dis project tujuan nya nk tambah kapasiti takungan kolam tu.. errr.. let me xplain sikit about background project nih..

gambut.. atau peat soil adalah salah satu organic material yang yang hidup terapung-apung di permukaan kolam bkt merah (kbm) ni.. then, bila gambut semakin memenuhi surface area kbm ni, akan menimbulkan beberapa masalah.. 1st.. kehadiran gambut ni akan mengurangkan kapasiti takungan kbm.. 2nd... bila dis gambut floating berhampiran dengan main structure dalam kolam ni, ia akan meyebabkan pengeluaran dan pengaliran air kolam terjejas.. so, all the gambut kn dikeluarkan drpd kbm.. tp dgn bajet yg sedikit, perancangan untuk menjalankan kerja pembuangan gambut dijalankan dengan berperingkat.. fasa 1 dah setel (dlm 30 hctr) and sekarg tgh jalankan kerja preliminaries utk fasa 2 (25 hctr= RM5 j))... act, kalo bebetul nk kembalikan kapasiti kbm yang asal (75 j MCM), kn jalankan kerja disilting, costly around RM75 j.. (sekrg kasiti kbm hanya 65 j MCM)... if all the planning dpt dijalankan, insyaAllah, kejadian banjir di kawasan kerian akan dapat dikurg kan.. now.. kite layan gambar dl k...
jom g ngebot
sebahagian kolam bkt merah
gambut yang dah ditumbuhi pokok..
gambut dan pokok bakong.. dgr cite, org bijak pandai dari usm ada wat study pasal pokok nih.. dema kata pokok bakung ada potensi utk produce minyak.. tp tak tau lar apa kegunaan minyak bakong nih..
so, bila gambut tu floating dan menghampiri salah satu main structure ni, air tak boleh mengalir ke sebelah sana. kat bahagian tu la ada ibu bekalan yang membekalkan air utk tujuan pengairan kerian... kalo nak tau.. culvert tu menghubungkan jalan ketapi.. pernah naik ketapi dari selatan ke bhg utara (kedah/perlis) ?? ada satu landasan ketapi yang menyeberangi kolam bkt merah nih.. dulu2 masa balik kg naik ketapi, mak selalu kejutkan, tgk ketapi melintas kbm nih.. hahahaha.. ngeri jugak lar... tp, skrg tgh construction utk landasan ketapi bekembar... landasan bekembar yg baru ni, akan dibina diatas viaduct, bukan mcm sekarang.. landasan sekrg dibina di atas embankment, dan menyekat laluan air... ehmm.. tak fhm ek.. xpe lar.. sedikit info jek.. sebb org kat sini pun bkn nye fhm sgt2 pun.. ;)