Weekend kali ni rasa seronok.. sebab dapat berjalan + shopping dan lepak-lepak juga kat rumah.. hari Sabtu dimulakan dengan bangun dari katil jam 9 pagi!! buat nasi goreng simple untuk Hasya, sementara dia makan, kami bergilir-gilir bersiap.. plan nak keluar, beli barang basah untuk masak bulan puasa ni dan ke rumah teman lama di Seksyen 7, Bangi.. nak minta dia isikan borang Referee UNITEN tu.. dah siap semua, kami singgah breakfast di La Riz di Sg. Merab.. kedai ni kepunyaan ex-junior semasa di Sek. Men. Keb Dr. Burhanuddin.. selalu order on-line makanan kat dia.. sedap.. ada Lasagna, ada Nasi Arab (tak pernah cuba lagi), ada mini cake, ada cheese tart.. dan kalau makan di kedai, ada macam-macam jenis lauk.. kuih-muih pun banyak.. suka sangat kalau dapat makan kat sini.. lepas bf kat situ, gerak ke Bangi.. sembang-sembang dekat sejam juga kat sana.. balik, singgah ke Mydin, beli barang basah.. terus balik ke rumah.. sampai je dah pukul 3.30 petang.. cepat-cepat masak Mi Bandung.. yummyyyy!!! Hasya makan nasi dengan Masak Lemak Kuning Ikan Jenahak versi budak-budak/tak pedas.. dah siap masak semua, dalam 4.30 petang baru kami makan tengah hari.. kikikikiki.. tak apa, bf pun lewat kan.. malam pula ada kenduri kat Apartment ni, bacaan Yasin dan Tahlil sempena nak Ramadhan.. semoga lebih berkat.. Menu utama Mi/Bihun/Nasi Himpit denga sup.. kuih-muih bawa seorang sikit.. saya bawa puding cocktail.. lembut sangat sebab agar-agar tak cukup padahal dah follow resipi bulat-bulat.. tapi sedap sangat.. nak makan kena kaut dengan sudu.. selesai semua, Emi tolong basuh periuk/pinggan saya dan Hasya naik atas.. lepak-lepak depan TV dengan perasaan tenang sekali.. sampai Emi balik jam 12.00 malam, baru kami masuk bilik..
Ahad pula, bangun awal jam 7 pagi terus iron baju kerja Emi dan saya.. lepas tu panaskan Mi Bandung semalam.. banyak lebih nya.. dah siap mandi, dalam jam 10.30 pagi gerak ke SOGO.. sampai dalam jam 11.00 pagi, pilih-pilih baju si kecil comel tu.. jam 12 t/hari selesai... ekspress betul kan.. dah jumpa yang berkenan, harga pun mampu nak bayar tu yang cepat.. turun level bawah, hajat hati nak cari baju sehelai dua tapi bila tengok orang beratur nak bayar panjang yang amat, cancel!!! terus ke KFC Jalan TAR sebab Hasya dah sebut nak makan.. tunggu Emi beratur beli makanan, adalah dekat 40 minit.. tapi, serius, kali ni makan KFC rasa berselera sangat.. sebelum ni, bila bau je teringin, ayam depan mata makan tak lalu sangat pun.. lapar kot..Hasya makan nasi ayam.. selera juga dia.. lepas makan, sambung cari blaus ARICA kat Jalan TAR tu.. lupa kat mana kedai nya.. rupanya depan Muaz Tekstil je.. beli sehelai kemeja.. sehelai??? punya lah susah nak datang, sehelai je?? ngeh ngeh ngeh.. yang lain tak berkenan, yang berkenan baju ya tanah putih.. leceh la, nak kena pakai singlet kat dalam pula.. lepas tu terus balik.. sampai rumah jam 5.00 petang.. rehat-rehat kejap sambil lipat kain, Hasya tengok Upin Ipin kat tab, Emi baring-baring kat seblah (owhhh.. seronoknya hari-hari macam ni).. dalam pukul 6, masak tomyam dan goreng ikan kembung.. lepas tu bawa Hasya pergi swim kat bawah.. lama sangat dah tak bawa dia main air.. seronok betul si kecil saya tu.. dah dekat nak Maghrib kami naik, bagi Hasya makan.. dia suruh buat Nasi Kepal.. tau tak apa tu? tak tau pergi Google ye.. 3 kali bertambah nasi.. lepas maghrib kami pula makan, dan terus ke KLIA.. nak melambai-lambai kat teman yang nak ke Holland untuk 4 tahun.. jam 12 sampai semula ke rumah, terus tidur.. seronok kan??
1 comment:
Wahh.. Siap gn masa.. Seronok berjalan..
Post a Comment