Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Annyversary

1.08.2012 adalah tahun ketiga saya bersama suami. Ambil cuti rehat satu hari. saya je, Emi tak cuti pun. Ambil Cheesecake yang sedap tu dari Yatt di Muzium Islam di Taman Tasik Perdana, ambil Emi di pejabat dan terus ke Hartamas untuk mengambil salinan S&P. lepas tu shopping baju raya Hasya lagi!!! Balik rumah, rehat dan terus bakar ayam yang dah diperap pagi tadi. Lepas selesai masak, tunggu Emi dan hasya balik. Berbuka puasa dengan rasa yang amat puas hati sebab saya sempat sediakan makanan di hari istimewa kami. Solat Maghrib. Solat Isya'. Aikk, titik? Ya, tak solat Terawikh pun. Dua-dua, eh tiga-tiga pakat tidur depan TV. Apakah?? Penat puasa atau penat makan? bangun jam 12.30 pagi, tengok sinki penuh dengan pinggan tak basuh, hasya pula terjaga dari tidur menangis nak ibu. ayah pujuk memang tak makan. tiba-tiba je jadi stress. Dah la batuk tak elok-elok. Boleh tak kalau nak cakap, nak makan ubat pun tak sempat. Merajuk. Membebel di jam 1.30 pagi. Tidur dalam ketidakpuasan hati. 

Tiba-tiba terbau asam pedas sedang dipanaskan kat dapur. Emi tak ada kat sebelah. Rupanya dia yang sediakan makanan nak sahur.  Suka. Sambil makan, buat-buat macam tak ada apa je malam tadi. Suami layankan saja. Lepas mandi, ternampak sekeping kad besar, sekuntum ros (bukan bunga sebenar) dan keychain ada nama sendiri. Bila tanya emi bila dia letak, rupanya dari malam tadi lagi. Entah, salah sapa kejadian malam tadi. Kalau nak tau, itulah kehidupan saya. Saya marah malam, esok Emi boleh acting macam saya ni isteri-paling mithali-tak pernah marah langsug kat dia. Sebab tu saya sayangkan Emi. Bukan bermakna saya pijak kepala dia. Dialah manusia yang paling faham perangai saya. Mak dan Abah pun belum tentu boleh faham saya. Saya orangnya macam mana? Errrr, disimpulkan seperti kuat bebel-pendam perasaan lepas tu mengamuk tapi hati baik sangat. Boleh lah macam tu ye ;p

Happy Annyversary Abang.
Hanya Abang yang tau sejauh mana kasih sayang kita.
Tak perlu diucapkan disini.
I Love You

Wednesday, April 25, 2012

ucapan hari lahir



setiap masa, setiap ketika
Abang bersama Sayang
kala ketawa, kala bersedih
Abang bersama Sayang
masa yang ada kita habiskan bersama
Abang sabar, Abang tabah dengan duka-duka kita
kelebihan yang Abang miliki, mengikat hati Sayang
kekurangan Abang pula, mengukuhkan lagi Cinta Sayang
kekal lah begini
jangan lah berubah
sayang, kasih, cinta
sehingga hujung nyawa

Selamat Hari Lahir
izinkan Sayang hidup dan mati sebagai isteri Abang

buat suami Mohd Hailmi A.Rahman

nota : air mata dah bergenang.. ya!! saya amat sensitif semenjak dua menja ini.. sekian ;)

Wednesday, November 16, 2011

mungkin ini masanya

perasaan sekarang adalah dalam pertanyaan "aku mengandung ke"
bendera merah dah lewat 5 hari.. 
mungkin kalau betul, bersedia dah.. (tapi minggu depan lah wat UPT.. buat apa nak rushing2 kan)
Emi dah pandai menguruskan Hasya, packing beg makan dan susu Hasya pagi-pagi.. sebelum tido, pakaikan Hasya Minyak Kelapa Dara kat satu badan.. sebelum ke Taska, Emi dah pandai uruskan masa (walaupun kadang-kadang terkejar-kejar.. adat lah kan) untuk uruskan Hasya.. kalau saya tak sempat, nasi Hasya pun dia dah boleh masakkan..
mungkin ini masanya..

senget pula gambar ni ;)

Monday, October 31, 2011

saya perlukan rasa SABAR itu

hari ni baru saya sedar, susah nya untuk menjaga seorang suami dan seorang anak perempuan yang berumur 1 tahun!!! termasuk menjaga diri sendiri!!!

SUAMI
setakat menjaga pakaian seharian nya, untuk dibasuh, disidai, dilipat dan di seterika tak ada masalah.. nak melayan rajuk nya, moody nya juga sebenarnya tak ada masalah sebab suami saya bukanlah orang yang mood nya ada pasang dan surut.. cuma bila sesekali berlaku keadaan duduk bersama di depan TV tanpa bercakap sepatah pun selama hampir sejam, adalah saat yang paling tidak menggembirakan..  makan malam setelah saya berhempas pulas memasak 2 jenis lauk lepas balik dari kerja dimana sampai di rumah jam 6 petang, dengan si kecik yang meraung minta diteman di ruang tamu dan suami hanya makan TANPA bertambah, juga adalah saat yang tidak menggembirakan saya.. dua perkara yang saya masih tak dapat faham dan terima bila jawapan yang diberikan oleh suami : "tak ada apa, abang ok je, tak bercakap ke kita tadi?" atau "sedap je sayang abang masak.. abang dah kenyang.." errr?????

ANAK
bila masa si anak dengan gembiranya memandikan diri dengan sebotol Solivite, saya masih tersenyum
bila masa si anak mencerai2 kan biskut nya di atas permaidani, masih saya tersenyum
bila masa si anak meiminta nasi, saya beri tap makan 2 sudu.. minta pula biskut, saya beri tapi lepas tu dicampak ke tepi, bila si anak minta bekal nasi saya yang dalam tu penuh kicap bercili.. saya tak beri.. MERAUNG si anak, hilang sabar saya.. lepas tu pergi kerja dengan hati yang bersalah!!!!

SAYA
........
(tak tau menjaga diri sendiri)


nota : 
bila review semula catatan perjalanan seorang ibu di FB, terasa saya tak sempurna.. sedih, rendah diri.. rasa macam tak sanggup nak tambah anak!!! 

hati, ber-SABAR-lah!!!!


Thursday, October 20, 2011

Tiga Kata

Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu

Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru

Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You 

Lagu oleh : KRU 

kadang-kadang, bila dah terlalu sebut I Love You, dah tak rasa feeling nya kan.. maybe Aishiteru dapat mengembalikan perasaan feeling tu sehebat masa pertama kali diucapkan???


 back to 2009.. zaman bercinta.. dan masih lagi bercinta...peace yo..!!

Thursday, October 13, 2011

cerita Abah saya dan Ayah Hasya

Saya ada seorang Abah.. Abah yang saya kenali semasa kecil adalah seorang yang garang terutamanya dalam bab pelajaran.. semasa bersekolah rendah, hujung minggu Abah akan menyemak buku latihan saya dan sekiranya ada tandaan pen merah pada helaian buku terutama subjek Matematik, memang saya akan ketar lutut.. jenuh nak berjawab kenapa jawapan saya itu salah di mata Cikgu sedangkan saya rasa saya dah buat sehabis baik.. ;) Pernah apabila saya tak dapat mehafal Sifir, saya dikejutkan dari tidur dan disuruh berdiri bersama Ina (adik no. 2) atas meja makan dan selagi tak lancar sebutan, jangan harap dapat tidur.. saya paling benci part menghafal Sifir ni.. cukup LEMBAM tambahan Sifir 7 dan 8.. huwaaaa... walaupun pada malam itu saya berjaya menghafal tanpa tersekat2, sebenarnya sampai sekarang kalau melibatkan Sifir 7 dan 8, memang saya teragak2.. LEMBAM nya sampai dah beranak kecil kan.. tapi itu lah Abah.. setiap kata2 Abah memang saya tak berani ingkar.. tapi, saya lebih rapat dengan Abah, dan lebih menyayangi Abah.. bukan tak sayangkan Mak, tapi perasaan mengasihani Abah ada lebih sikit.. tak tau kenapa, kalau tengok semula gambar masa kecil2 dulu, saya banyak bergambar disebelah Abah, mungkin saya dari kecil dah punya adik, maka Abah banyak menjaga saya dan Mak banyak menguruskan adik..

Abah jarang sakit, dan sekali sakit boleh meleleh air mata saya melihatnya.. pernah satu ketika (dalam tahun 2004) Abah kena Gout kat kaki, sampai tak boleh berjalan.. nak ke bilik air kena merangkak.. sedihnya hati saya.. Abah juga selalu sebut nak kan saya duduk dengan dia, kalau boleh bila dah bekerja nanti, kerja dekat2 dengan rumah asalkan boleh duduk bersama dengan Mak dan Abah.. Alhamdlillah, saya dah tunaikan hajat Abah.. hampir 3 tahun saya tinggal sebumbung dengan keluarga, makan nasi free, tak payah bayar sewa rumah.. Merasa lah abah menjaga cucunya yang sorang tu.. cukup puas hati saya..

Suami saya, ada mirip sikapnya dengan Abah.. Abah memang tak banyak mulut, bukan berat mulut ye..kebiasaannya bila Mak start membebel, abah akan diam.. paling tidak dia akn tidur.. sama juga dengan Emi, bila saya start membebl yang bukan2, dia akan berdiam sahaja.. Abah tak lokek tenaga tolong mak buat kerja rumah.. dia boleh jahit sendiri kalau ada seluar/kain yang koyak kalau Mak tak sempat nak buat.. Emi akan jahit sendiri lebihan kaki seluar baru dibeli.. mungkin dia tak nak susahkan saya atau dia tahu jahitan saya sememeh..Bila ada duit lebih, Abah akan bawa kami adik beradik keluar makan-makan.. dulu masa kecik memang tak kenal apa itu KFC, McD.. Pizza Hut apatah lagi.. kami hidup amat sederhana tapi cukup makan pakai.. setakat makan Nasi Goreng Ayam dan Fresh Orange tu tak lah kami jakun.. dan serupa dengan Emi, walaupun tak selalu, dia akan bawa saya keluar makan kat tempat yang saya nak pergi, kat tempat yang orang kata best.. mahal, murah semua Emi bawa cuma tak dapatlah selalu kan.. saya pun sekarang dah tak nak bebankan suami dengan permintaan yang bukan2.. kalau dah rasa tak tahan sangat tekak ni, saya akan offer belanja.. tak salah kan macam tu.. baru lah namanya hidup suami isteri..

Sayang sayang mereka.. sayang yang teramat sayang.. mereka punya keistimewaan tersendiri..  saya pernah ada rasa marah, kecil hati pada mereka, mohon maaf dan ampun.. akan saya usaha tak buat macam tu lagi.. saya akan cuba beri yang terbaik buat kedua2 insan ini.. harapan saya, Hasya akan menyayangi Emi sepertimana saya menyayangi Abah.. dan saya tak akan cemburu sekiranya saya jatuh No. 2 di hati Hasya sebab sekali Hasya lukakan hati Emi, seribu kali saya akan terluka.. sebab saya tak dapat lihat hati Emi terluka dek anak sendiri...luka hati seorang ibu tidak baik kan kepada anak nya.. ini yang saya cuba elakkan..

jom tengok video yang menyentuh perasaan ini.. sedih nyer..


sob..sob..sob.. bergenang air mata saya

nota : saya baru nak mengenali Ayah Mertua.. tak banyak yang dapat diceritakan di sini.. tunggu, satu hari pasti saya akan coretkan juga

Tuesday, September 13, 2011

Columbia Asia vs PCMC

perbualan saya dengan Emi satu masa ketika ati tengah PANASSSS..

Emi : Kecik kan Columbia Hospital kalau nak dibandingkan dengan Prince Court Medical Centre (masa ni kami sedang melintas PCMC, tak ingat dalam perjalanan nak ke mana)
Saya : ha?? tak padan la kalau nak compare antara dua tu la.. sah2 la Columbia Asia tu memang la kecik, ada pun 1st floor je.. kut kalau nak compare pun, compare la dengan KPJ ke..
Emi : Apasal tak boleh compare pulak? betul la kan Columbia Asia tu kecik dari PCMC
Saya : Memanglah tapi tak sesuwaiiii nak compare antara dua tu la..

Mod lepas tu : SILENT.. sorry la suami, ati tengah panas, apa awak cakap memang semua saya tak setuju.. ampun ye abang.. ;)

Sunday, June 19, 2011

happy fathers day..the 1st

SELAMAT HARI BAPA 
kepada Mohd Hailmi bin A. Rahman.. tahun ni tahun pertama  kitorang celebrate Hari Bapa.. Terima kasih menjadi ayah yang BESH kepada Nur Asyifa Hasya selama ini.. We love u so much !!!

so, sempena menyambut Hari Bapa, hubby bawa saya pergi beli lampu dan kipas untuk satu rumah (mana yang perlu la).. beli semua tu kat kedai perabot kat balakong ni.. kitorang memang tak de nyer nak gi survey2.. pergi 2 kedai, terus decide nak beli apa.. sebab tak cukup masa, dan rasa kesian pulak nak usung baby hasya ke sana ke sini..
.
malam sebelumnya, kawan hubby (kontraktor) datang umah nak tengok mana nak buat new point (power letrik) dan beberapa lagi termasuk plumbing dalam bilik air tu..  kalau nak hack dinding, dia charge RM150/point.. kalo wat external cable RM 80-90 jek... setelah difikir dalam2, kitorg decide suh buat guna external cable je la.. malas lak nak kecah2 kan rumah walaupun mmg kalau hack dinding lebih kemas dan cantik.. tak pe la, banyak lagi nak guna duit.. nak beli langsir lagi, 2-3 perabot yang dirasakan perlu lagi, nak tukar pintu bathroom lagi.. 
.
lepa beli barang2 tu, terus ke subang, jupa member baik Lily ngn anaknya Ady Yaslam.. bagus la, Hasya ngn Ady leh berkawan.. Ady muda sebulan dari hasya tapi dah boleh merangkak, da start berdiri da pun.. dalam kol 7, kitorang gerak balik ke Seremban jumpa Atuk ngan Nenek Hasya.. 
.

Sempena Hari Bapa, Ibu belikan ayah Hasya Red Velvet Cake.. rasanya so-so la.. beli kat satu blogers di Presint 8, Putrajaya.. agaknya tak kena dengan tekak kitorang kut

.
Hasya kalau dengan ayah, senyum je tau.. kalau dengan ibu, nak bf jek kerja nya.. masing2 ada fungsi khas ye hasya.. 

 a photo of her a night before she turns 10 months.. love u sayang

Sunday, August 1, 2010

dedikasi di hari istimewa

Sambutan 1st anniversary @ Swez Brasserie, Eastin Hotel, Penang (pic esok la ye..)

"1 ogos 2010.. genap setahun perkahwinan sy dan suami tercinta.. tarikh ini la yang mengikat kami menjadi pasangan suami isteri yang sah dunia akhirat.. tarikh yang ditunggu2 sejak kami mula mempunyai perasaan cinta.. pengorbanan yang sama2 kami lakukan sepanjang setahun bersama ni, diharap menjadi penguat perjalanan pada tahun2 akan datang.. InsyaAllah, xlama lagi, hidup akan makin gembira dengan kehadiran bb yang memang diharap2 kan.. setiap kali melihat wajah suami, semakin bertambah kasih sayang saya.. semoga impian untuk hidup sebumbung akan jadi kenyataan tak lama lagi.. betul2 berharap dapat bertukar ke kl secepat mungkin.. xsampai hati bila suami terpaksa berulang KL-PB setiap minggu.. makan minum diuruskan sendiri.. terima kasih suami yang sy syg, Mohd Hailmi A Rahman sebab menjadi suami yang amat memahami.. kehadiran bb kite menjadi hadiah daripada isteri mu di bulan yg terindah ini.. i love u so much... muahhhhh"