letih fikir tentang rumah.. kita cerita tentang RAYA!!!
sejak ada keluarga dan lebih tepat sejak ada Hasya, saya memang shopping untuk raya sebelum Ramadhan.. okey juga sebab masa ni, Jun-Julai ada MegaSALE.. tak kuasa nak redah SOGO, Jusco semata-mata nak cari baju raya.. kebiasaannya, saya akan beli sehelai baju/kemeja/kasut untuk Abah, Ayah Mertua, Amad (adik lelaki saya), Mak dan Mak Mertua.. lepas tu cari juga baju untuk diri sendiri (selalunya ni yang paling last), Emi dan Hasya.. nak kena buat list lah.. semua ni nak kena beli masa gaji bulan Jun sebab nak tunggu gaji Julai, dah bulan puasa.. dan saya tak sanggup nak shopping masa tu.. nak beli makanan berbuka kat Bazar Ramadhan pun dah malas.. tambahan untuk tahun ini, nak beli barang buat kuih/kek raya!!! so, tahun ni saya cuma akan beli kerepek.kacang sahaja.. yang lain nak buat sendiri.. target nak buat kuih raya 4 jenis.. apa jenis kuih raya yang senang, dan konpem sedap ye.. kek pula nak buat sebiji (rainbow cake/carrot cake.. kalau malas, buat kek coklat kukus je lah) sebelum balik ke Pt Buntar.. nak bagi kat Mak Mertua.. tahun ni giliran saya balik ke rumah mak saya untuk raya pertama.. tapi pagi raya ketiga dah kena gerak balik ke Seremban.. saya sebenarnya lebih tak sabar nak tunggu Hari Raya Korban.. dah niat nak buat korban tahun ni.. kalau ada rezeki lebih, nak buat 2 bahagian.. kalau tak pun, satu bahagian pun memadai..
2 comments:
plan awal bagus la...nak tiru gak la..
kita serupa. akak pun malas shopping baju raya budak masa posa. tapi bab buat kuih raya tuh, macam idakkk jek tahun nih. kalau habis hebat pun buat bisukt choc cornflake sajek sebab tuh tak yah bakar. :D kalau rajin sikit, buat biskut cornflake yang kita sama-sama suka tuh.
Post a Comment