Wednesday, October 5, 2011

pengaruh blog

lama tak menulis kan.. ada dua-tiga entry dah ditulis, tapi rasa macam tak best untuk dibaca oleh khalayak ramai.. so, simpan dalam draft dulu..

saya baru tersedar, hidup saya banyak dipengaruhi oleh blog rakan-rakan yang dikenali dan yang tidak dikenali pun.. main terjah dan bila dah rasa layan, keep follow tiap-tiap hari.. kadang-kadang kalau tak sempat nak baca waktu siang, sebelum tido pinjam hTC Emi, baca la kejap mana yang sempat sebelum mata terlelap.. dan Emi mengakui saya senang terpengaruh dengan blog2 tersebut.. dan saya rasa walaupun saya semakin kurang berbual dengan my girlfriends (sejak dah kawin, memang saya lebih suka bersembang dengan suami sendiri.. berlagak kan??) tapi saya masih dapat folllow perkembangan semasa.. delicious food, apa yang tengah IN sekarang, fashion (memang tak terikut fesyen tudung belit2, pakai skirt labuh dengan heel 2-3 inci, kaftan bling2.. semua ni saya suka tengok tapi dengan yakin tahu yang semua tu tak praktikal untuk saya yang dah ada anak sorang ni), best place untuk holiday, make-up (banyak sangat baca blog tentang make up best, terjerumus saya kepada MAC), home deco, baby and mummy stuffs, warehouse sale (walaupun tak kuasa nak pergi sebab tak nak q panjang).. semua ni saya dapat melalui blog2 kesayangan saya.. tentang penjagaan anak, cara mengeratkan kasih saya kepada Emi (sebenarnya lebih kepada cara nak langsung tak kurangkan marah kat suami sendiri), nak menangani hubungan keluarga sendiri, mentua.. fuhhhh, banyak betul kan.. sampaikan kalau saya request something kat Emi, mesti dia tanya.. "ni baca blog la ni" dan saya akan sengih mengiakan je.. see, betapa besarnya pengaruh KAMU dalam kehidupan saya ni..!!!

semua bloglist kat sebelah sidebar saya tu adalah favourite saya plus ada yang saya klik dari bloglist bloggers2 tu.. semua tu adalah terapi.. saya tak kisah kalau Facebook lenyap ditelan zaman tapi saya harap, bloggers2 semua janganlah stop writing ye.. mau saya jadi katak bawah tempurung pulak..

1 comment:

Iryani Noor said...

sama la kite..
terpengaruh tgk blog member2...
espacially kalu ada tmpt mkn best2.. miahahha