Friday, October 14, 2011

hanya dua kali sebulan ye...

saya suka fastfood.. sedap kan.. sedap yang amat.. banyak sangat fast food kat luar tu.. yang paling senang dapat tentulah KFC, McDonald, Pizza Hut, Domino.. dan sekarang selagi boleh saya cuba untuk hadkan daripada makan makanan2 tersebut.. dan saya buat rules yang seboleh nya perlu dipatuhi oleh saya dan Emi, secara tak langsung Hasya juga sebab setiap kali saya makan fast food, pasti si kecil tu pun makan sekali (saya pantangkan Hasya dari makan Nugget.. kalau kita tau apa bahan2 nak proses Nugget tu, memang tak sampai hati bagi anak2 makan benda2 yang dah kategori "sampah' tu).. jadinya dengan had 2 x SEBULAN, harapanya saya dapat menjaga kesihatan badan untuk tempoh masa yang panjang nanti.. (tapi, kadang2 terbabas juga kan.. tambahan McDonald.. sebab saya kalah dengan Breakfast Set @ Lunch Set  @ Dinner Set yang baru McD iklankan).. selain tu katakan TIDAK kepada minuman bergas dan setakat ini berjaya lah juga.. cuma kalah bila kat rumah orang, dihidang air Coke/Pepsi/Mirinda.. saya telan la juga.. sekarang tengah cuba tak nak makan benda berminyak, berlemak dan manis dan masin... alahai, macam susah je la '(

No comments: