Friday, October 14, 2011

hasya yang bangun jam 2.30 pagi dan main kuih bangkit sampai jam 4 pagi

best pulak buat tajuk n3 panjang-panjang

Entry terakhir untuk minggu ini...

Baru lepas baca N3 HJ.. yess, semalam saya telah meninggi suara pada Hasya.. dia asyik sebut nak.. nak.. nak.. kepada putu piring yang saya beli di Pasar Malam (masa tu baru balik dari pejabat, singgah beli kuih dan buah).. semua tahu kan, putu piring tu lembut, tiap kali saya nak beri pada Hasya seketul bulat tu, mesti terpecah.. dan Hasya amat pantang makanan dia di potong2, dikecil2kan walaupun dengan niat nak memudahkan dia pegang.. jadinya, habis 5 ketul putu piring tu terbelah 3, dan juga berkecai.. so, mengamuk la dia.. tak pasal2 saya panas hati, terus ter-kuat- suara tanpa sengaja.. meraung lagi budak kecik tu.. terus rasa bersalah, pujuk dia main dan menyusu je.. Hasya bila dah kena macam tu, baru nak "elok" sikit perangai nya.. dan saya pula yang risau kalau2 saya terbiasa marahkan dia sebab nak dia jadi baik lepas tyu.. seboleh nya saya tak nak tinggikan suara.. dan setakat ni kalau Hasya buat sepahkan mainan atau makanan atau curahkan air dari cup dia ke atas carpet, memang saya tak pernah marah.. saya pun tak tau apa yang akan buat saya marah pada Hasya, mungkin bila saya tak dapat nak penuhi permintaan dia, bua saya jadi tension dengan rengekan dan terus tertinggi suara..

Macam malam tadi, tak ada pulak saya nak marah walaupun  jam 2.30 pagi, Hasya bangun merengek2, bagi susu tak nak.. dah bagi minum air kosong, pun masih merengek.. last2 Emi ajak tido depan TV, atas TOTO sebab rupanya Hasya nak main.. kalau dibiarkan dia main atas katil sementara kami berdua terlelap, takut ada yang terjun katil malam tadi.. tak sampai 15 minit main dengan mainan kitchen, Hasya merengek lagi.. tunjuk nak.. nak.. nak.. Emi bangun pergi ambil Kuih Bangkit (ni adalah favourite Hasya).. bagi satu, merengek lagi.. ok sayang, kami bagi satu balang kat dia.. baru diam.. dia keluarkan semua biskut tu, kemudian masuk kan semula dalam balang dan lepas tu gelak riang sampai tutup2 mulut.. dan saya dan Emi terlena... tiba-tiba dengar Hasya merengek lagi, sambil gosok2 mata.. jam dah pukul 4.00 pagi.. offer susu, terus angguk dan ak sampai 2 minit dia dah lena.. akhirnya saya bangun jam 6.30 pagi dan sampai pejabat jam 8.34 pagi (owwwhhh, jam di punch card cepat 10 minit dari jam di tangan, di rumah saya).. alahai Hasya sayang...

No comments: