Selamat pagi Khamis.. seronok kan, esok dah Jumaat.. lepas Jumaat adalah weekend.. boleh duduk rumah, bersenang lenang dengan si kecik tu.. emi kerja weekend ni, so memang melepek la kami.. kalau boring, nak ke rumah Wan Nyah Hasya la, ajak Auntie sama.. g makan kat sana, tak payah nak masak kat rumah kan..
Sepatutnya hari ni ada perjumpaan dengan KSU MOA jam 8.00 pagi.. awal kami gerak ke tempat kerja, awal juga saya menghantar Hasya ke Taska, dah sampai pejabat, makan laju2, terus tercegat depan Dewan Serbaguna MOA.. 8.05 pagi.. ada 2 orang, tapi dewan berkunci, urusetia tak sampai lagi.. 8.12 pagi, yang 2 orang tu pun dah hilang ke mana, saya menunggu depan air terjun buatan (depan dewan).. 8.18 pagi bangun, terus pergi ke kereta, start enjin dan berdesup ke ZHL Eng.. apa lah, naseb la kalau jadi pun perjumpaan ni.. janji pukul berapa, dah nak 8 lebih pun seoprang pun belum sampai.. saya sehingga 9 November nak stay kat ZHL Eng jek.. buat kerja dari sini.. tak sedap hati pula tinggalkan training macam tu je..
semalam saya jadi rindu sangat kat Emi.. tak tau kenapa, malam tadi 1st time Emi buat OT, jam 10.30 malam baru sampai rumah.. sejak duduk KL, tak pernah lagi Emi balik lambat sebab OT, ada lah sekali dia pergi tengok bola kat Stadium Bukit Jalil, selain dari tu memang tak pernah... tapi nak buat macam mana kan, salah satu cara nak tambah pendapatan, saya sebagai isteri kena lah memahami.. ye!!! saya nak jadi isteri yang lebih memahami.. tema kekeluargaan pada bulan ini ialah "Saling Memahami".. lebih specific kan dari saya cuma nak jadi isteri yang baik.. sebab saya rasa saya dah cukup baik dengan Emi, cuma mungkin sifat 'kefahaman' dan 'pemahaman' saya masih kurang... bukan dengan Emi, tapi dengan Hasya juga, dengan keluarga juga.. saya akan cuba letak kan diri saya di tempat mereka sebelum saya membuat andaian yang merepek dan tak masuk akal.. kita tunggu hujung bulan ni macam mana ye... Chaiyukkkk!!!!
nota 1 : saya mula berkursus Qualitative Analysis (QA) sebagai salah satu keperluan WAJIB bagi HLP 2012 pada 21 Februari - 30 Mac 2012 di INTAN Bukit Kiara (8.00 pagi - 5.00 petang).. so, tak ada lah isu saya nak tinggalkan Emi dan Hasya.. boleh pergi-balik hari je kan.. sukerrrrr...
nota 2 : update dari Emi semalam, weekend ni dia cuti lah.. yeeehaaaa!!! Hasya, apa plan ek??
nota 2 : update dari Emi semalam, weekend ni dia cuti lah.. yeeehaaaa!!! Hasya, apa plan ek??
1 comment:
singgah2 jenguk beja & hansya (^_^)
Post a Comment