Thursday, July 19, 2012

sekiranya BF itu dibuat kiraan duitnya

saja suka-suka nak buat kiraan bila kita bf anak dengan beli FM bagi tempoh 2 tahun

1.  barang yang dibeli sama ada anak bf atau minum FM

  • strelizer
  • botol susu
  • bottle & teat brush 
  • drying rack

2.  barang yang dibeli untuk ibu yang bf (kajian kes : diri sendiri)
  •  breast pump Medela Harmony - RM 270 (masa beli ni sebelum bersalin, Jun 2010 rasanya)
  • breast pump Spctra 3 - RM350 (beli masa Hasya umur 5 bulan, Januari 2011, dah let go dengan harga RM200 bulan April 2012)
  • breast pump Medela FS - RM1900 (beli masa Hasya umur 1 tahun 4 bulan)
  • cooler bag - RM50
  • ice pack - RM50 (ada 4 rasanya)
  • storage bottle/plastic - RM100 (ada dekat 40 botol macam-macam jenama)
  • nursing bra - dalam RM300 bermacam jenama
  • supplement Shaklee set bf - rasanya dah 4 kali re-stock sebab saya makan supplement on & off jumlah RM1,200
  • nursing pad - ada lah 2 pasang, jarang guna jumlah RM20 
  • nursing wear - tak banyak jg.. lebih kepada beli blaus/kemeja besar sikit dari saiz RM150
          Jumlah = RM 4,190

* saya tak pakai Nipple Cream pun sebab bila luka je, letak air susu, lepas tu anginkan.. tak sampai setengah hari luka tu dah elok.. nursing cover pun tak pernah beli.. guna shawl sahaja.. tak pun cari nursing/baby room

3.  barang yang dibeli untuk ibu yang beri FM (kajian kes : berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang lain)

  • penggunaan susu formula yang berharga RM68 bagi 900g yang bertahan selama 2 minggu (purata dari 0-24 bulan) @ 1 bulan RM 136.. sehingga anak berumur 2 tahun RM136 x 24 bulan
           Jumlah = RM3,264

TETAPI...
  • set supplement Shaklee adalah untuk kesihatan ibu, bukan semata-mata untuk bf sahaja
  • barang-barang pada item (2) boleh diguna semula untuk anak yang seterusnya kecuali nursing bra (yang lama confirm dah buruk) dan set supplement tu.. (ini sama juga sekiranya menggunakan cloth diapers tapi, saya tak praktik kan pun.. ada 2 helai, guna kalau montot Hasya naik rashes je..)
 ********

nampak kan penjimatan nya disitu.. tapi, ada harga yang perlu dibayar oleh ibu-ibu yang bf ni.. antaranya tidur malam tak nyenyak sebab kalau susu botol, ayahnya pun boleh bangun buat kan susu dan pengagihan masa yang amat kritikal disebabkan anak-anak bf ini tersangatlah manja dengan kita.. kalau boleh nak berkepit saja.. kalau difikirkan sedalam-dalamnya itu adalah kelebihan sebab sentuhan antara ibu dan anak yang bf lebih lagi dari bayi yang diberi susu FM.. saya bercerita bukan hendak menidakkan tanggungjawab seorang ibu yang memberi anaknya susu FM cuma saya nak memberi semangat kepada adik-adik yang membaca blog saya, yang menanam impian dan semangat untuk bf bakal anak-anak mereka.. ibu yang memberi anaknya susu ibu atau susu FM adalah seorang IBU!!! jangan sesekali kita mengecilkan hati mereka hanya kerana mereka tidak bf anak mereka.. masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri kerana saya tau, jauh dilubuk hati mereka, mereka ada menyimpan hasrat untuk bf bayi mereka.. kita yang diberi peluang oleh Allah ini, bersyukur lah... dan jangan takbur dan bongkak kerana jika ditarik rezeki ini, menyesal lah kita tak sudah.. 

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..


2 comments:

Farihah said...

wahhh! mcm2 reza beli.. tapi InsyaAllah hasil dan ganjaran pasti tidak ternilai.. barang2 tuh semua boleh guna utk 2nd bb pulak =)

Nur Hareza said...

eh, sama je kan brg2 tu kita sa ibu beli.. xde yg lain sgt pun.. hi3.. ha ah, leh guna balik.. time tu msti rasa laaaaagi berbaloi2 bf.. harap2 ada lah rezeki tu nanti..