setakat ni, bersahur dan berbuka hingga 10 Ramadhan, kami sekeluarga belum lagi berbuka atau membeli di luar utk makan masa berbuka.. kebanyakan nya masak sendiri atau diberi oleh keluarga.. menu yang dah di makan bihun sup (1st berbuka kat rumah anak buah), tomyam campur (mak mertua bagi), ayam masak halia, kacang botol goreng ikan bilis, tempe goreng rempah, sambal udang, kailan goreng telur (resepi mak mertua.. saya memang tak suka makan kailan tapi bila masak macam ni, memang rs sedap sangat), masak lemak telur masin, mi bandung, mi hailam (hubbby memang suka makan mi berkuah ni.. tak de nasi pun tak pe), ayam masak kicap, nasi ayam (ateh bagi) dan stew daging (adik bawa masa berbuka hari ke-7).. perghhh.. tiba-tiba rasa hebat pulak memasak utk berbuka dan sahur.. walaupun dah berkahwin 2 tahun, dan ini merupakan kali pertama saya dan suami tinggal serumah, berbuka dan bersahur bersama.. sebelum ni kan duduk dengan mak, so masa berbuka tunggu mak panggil makan je la, tak pun beli je kat PARAM tu.. sahur lagi la.. tunggu dah siap hidang atas meja baru nak bangun.. masa saya habis dengan melayan hasya sorang je..
tapi, sekarang ni memang saya suka masak.. pernah la sekali beli nasi ambang kat PARAM Taman Impian Ehsan ni, tapi tak sedap pun.. tak macam nasi ambang pun.. ada nasi, ayam masak merah, sayur kacang ngn kubis, tempe sejemput, ikan masin dan telur masin dibelah 8.. RM 6 ditambah dengan nasi yang agak mentah membuatkan saya rasa amat tak berbaloi.. nasib masa tu makan sorang sebab hubby berbuka di Seremban (bawa hasya balik kejap main ngn atuk & nenek dia... best tu, terus dapat baju raya) dan saya tak puasa sebab p****d.. so, tak de la rasa sedih sangat... cuba bayangkan kita dah lapar2, tak sabar nak makan masa berbuka, tetiba nasinya tak boleh masuk ke perut.. kesian kan, dan akan bertambah kesian kalau hubby saya akan terus habiskan nasi tu sebab dia memang jenis yang tak kisah.. jadinya, memang la saya akan terus memasak samapi la penghujung Ramadhan.. kecuali la kalau hubby nak belanja makan bufet kat mana-mana.. kalau nak makan kat kedai yang nak kena order2 tu, memang saya tolak sebab dah la nak kena datang awal kan nak book tempat.. let say jam 6 petang dah tercongok dalam kedai.. tak ke buang masa.. baik duduk rumah, main dengan hasya ke, tengok Jejak Rasul ke.. lagi best..
.
.
so, tekak ni teringin sangat nak makan nasi goreng belacan.. nasi goreng tomyam pun ada terbayang-bayang juga.. bahan2 semua dah siap sebelum tidur malam tadi.. tinggal nak campak dalam kuali jek.. goreng telur mata kerbau sorang satu pastu goreng cucur manis Adabi (instant) cicah susu pekat.. alahai, yang simple tu yang sedap kan.. cittt, padahal tak puasa pun.. dah 8 hari nih.. sob..sob..sob.. mau dekat 10 hari ni mengganti..
p/s: kaedah nak memasak untuk makan berbuka dan sahur dengan ada budak kecik yang sibuk minta dukung masa kita memasak dan hubby yang sampai rumahnya dah nak masuk waktu berbuka - siapkan semua bahan, siap potong semua sekali (termasuk ayam ke, sotong ke, sayur, bawang) sebelum masuk tidur malam sebelum nya, simpan dalam fridge.. so, balik dari kerja, terus masak nasi (dengan keadaan mendukung hasya) dan campakkan semua bahan2 yang kita nak masak tadi, kacau sampai hidang (masih dengan mendukung hasya).. tapi masa part nak menumis, memang akan dipaksa hasya duduk dalam walker.. confirm dia melalak, tapi dari terkena minyak panas, baik biar dia macam tu.. kejap je, bila sume bahan dah masuk kuali, tinggal nak tunggu masak kita angkatlah dia.. silap2 hasya belum sekolah lagi dah pandai masak kan..;)
No comments:
Post a Comment