banyak sangat perkara yang nak diceritakan.. tapi, bila gambarnya ada dalam camera Emi yang ntah bila nak transfer ke PC nih, rasa kurang juga mood nak mengarang.. tapi, bila teringatkan yang Hasya dah cukup umurnya setahun pada 20.08.2011 lepas, kuatkan juga la semangat ni nak bercerita walaupun sepatutnya on that day lagi n3 ni dibuat.. eh, blogspot boleh di'ubah' tarikh publishnye kan..???
Nur Asyifa Hasya binti Mohd Hailmi.. lahir dalam keadaan yang amat mudah.. saya langsung tak merasa apa itu sakitnya nak beranak.. tak tau bila doktor buat keputusan untuk keluarkan Hasya ikut tingkap, merupakan keputusan terbaik untuk saya dan juga masa depan saya.. tapi, yang penting anak dalam kandungan harus dikeluarkan dengan keadaan yang selamat.. saya tak mau ambil risiko untuk menunggu lebih lama (masa tu dah lewat 3 hari dari tarikh sepatutnya Hasya dilahirkan).. menunggu dalam debaran sebab 3 hari lewat dari tarikh sepatutnya, 3 kali juga saya pergi klinik buat scan, just to make sure kandungan saya masih bernyawa.. banyak cerita yang saya dengar, bila melepasi tarikh, doktor menyuruh menunggu sekurang2 nya satu minggu... dan dalam menunggu tu, nyawa bayi dalam kandungan telah tiada.. Ya Allah, tak sanggup nak menghadapi semua tu walaupun saya tau ajal maut tu di tangan-Nya tapi saya tak mau dipersalahkan dan mencari2 punca sekiranya saya berada dalam situasi menyeyat hati tersebut.. maka, saya merelakan Hasya dikeluarkan dengan cara apa saja asalkan asaya dapat menatap wajah bayi yang saya kandungkan selama 40 minggu 3 hari tu.. selain tu, saya kesian kan Emi yang terpaksa mengambil cuti lebih panjang sekiranya saya masih juga tak dapat melahirkan.. lagipun, kalau saya berkeras untuk cuba menunggu kelahiran secara semulajadi itu, mak dan ayah terpaksa berulang-alik ke hospital sehingga saya melahirkan.. perjalanan dari Parit Buntar-Taiping agak memenatkan (50 km sehala) dengan ditambah masa tu bulan puasa sebab pada 20.08.2010 tu saya diarahkan untuk ke Hospital Taiping dan ditahan untuk pemantauan.. jadi, saya abaikan sikap pentingkan diri sekiranya saya berkeras nak bersalin secara normal sebab kalau beranak normal, dikatakan saya akan lebih mudah langsing.. boleh berurut, bertungku dan berbengkung sepanjang tempoh berpantang
.
pada jam 3.30 petang, Jumaat 20.08.2011, 10 Ramadhan 1421 selamat lah saya melahirkan bayi perempuan yang sekarang cukup pandai, cukup bijak dan sentiasa buat saya berada dalam emosi gembira bagai nak melompat lebih tinggi, marah bagai nak hempuk2 kepala kat dinding sebab terpaksa berusaha menjadi ibu yang tak menunjukkan marah depan anak.. dalam pada itu, saya ada menyimpan rasa sedih bila bawa Hasya jumpa sedara mara, kenkawan ada yang berkata yang Hasya ni lambat berjalan la.. lambat tumbuh gigi la.. malas la sebab tak nak merangkak asek nak menyulur je.. compare dengan budak sana la, budak sini la.. walaupun saya tau, itu cuma cakap2 yang tak ada niat pun tapi sebagai ibu, saya masih tetap terasa sebab saya sendiri tak pernah nak bandingkan anak orang lain di hadapan ibu nya sendiri.. saya yakin, Hasya akan membesar menjadi anak yang pandai, bijak, hormat orang tua dan akan menjadi 'seseorang' satu hari nanti.. (perasan tak saya tak menggunakan perkataan "lebih" dihadapan perkataan pandai, bijak tu.. saya tak mau membandingkan anak saya dengan orang lain.. saya tak mau mengatakan anak saya lebih pandai dan lebih baik dari anak orang lain.. dia anak saya, cukuplah dia menjadi seperti apa yang saya impikan.. tak perlu nak didahulukan dengan orang lain.. anak dianugerahkan rezeki masing2 kan.. biarlah dia membesar menjadi dirinya, bukan sebab nak berlawan dengan orang lain..)

saya sayangkan Hasya lebih dari segalanya.. dan sentiasa ingatkan diri supaya lebih menyayangi mak dan abah saya lebih dari saya sayangkan Hasya.. lebih menyayangi Emi lebih dari anak kecil saya itu.. walaupun susah, saya akan berusaha.. tak dapat nak gambarkan sekarang saya mempunyai seorang anak kecil yang telah berumur 1 tahun!!! semoga saya akan sentiasa bersama Hasya sehinggalah saya yakin yang anak kecil itu sudah berkemampuan untuk menguruskan kehidupannya diluar nanti.. semoga tiada apa yang akan merampas Hasya dari saya.. setiap hari saya berdoa agar setiap kali saya bangun dari tidur, Hasya ada disebelah saya, di dalam rumah saya untuk kami bangun bersama-sama, bermain dan meneruskan kehidupan bersama-sama saya dan Emi.. Amin..
2 comments:
tersentuh aku baca weh..sebab pun ada perasaan yg sama mcm ko..anak aku pun belum boleh berjalan & belum tumbuh gigi lagi..tapi aku sentiasa bersyukur sebab dia sihat dan bijak.
yup.. yg penting dia pandai tjk kasih syg dia kat kita as her mum.. itu yg org lain tak dapat..
Post a Comment