Monday, August 15, 2011

bonus, insentif atau imbuhan tahunan

apa beza Bonus dan Imbuhan Tahunan? saya pun tak pasti.. yang saya faham, bonus adalah ganjaran atau imbuhan bagi anggota sektor awam atas prestasi, kualiti dan produktiviti kerja mereka yang baik pada satu-satu tahun itu tapi yang digunapakai dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2011 (klik kat sini), bonus yang sibuk diperkatakan akan diberi kepada semua kakitangan kerajaan dan juga yang telah berpencen adalah Imbuhan Tahunan.. dan ada juga kerani kewangan kat sini yang cuba membetulkan sebutan bonus yang diuar2 kan oleh Perdana Menteri kita ni adalah insentif di mana kalau bonus, akan dibuat potongan sebahagiannya ke dalam KWSP (bagi yang memilih skim KWSP la.. saya pilih Skim Pencen, so tak de la hal la..) di mana kalau insentif, 100% akan masuk ke dalam kocek kita.. manakala dalam pekeliling tu pula, ada menyebut Bayaran Khas Prestasi yang diguna pakai kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.. cuma tak tau la sama ada mereka ini dapat 1/2 gaji (gaji pokok/hakiki ye kawan-kawan.. bukan sekali dengan elaun atau gaji penuh kita) atau pun lain kiraannya..
.
apa pun, bersyukur sangat tahun ni rezeki lebih tu ada.. tapi, memang tak de plan nak berlebih pun untuk raya ni.. bab kuih raya, bila dah order2 tu, adalah dalam RM 300.. banyak ke? tak de la.. nak bagi kat mak kat Perak ngn mak kat Seremban 3 bekas sorang.. yang di order pun, chochalate chips pelbagai rasa dari 2 orang (kat anak buah 3 bekas, kat Ayu 4 bekas yang setiap satu nya RM 25/bekas) dan 2-3 jenis biskut raya yang ada kaler2 sikit dan last order dari Lily lotus.. tart nenas 2 bekas.. tu je la.. dengan 3 jenis kerepek.. saya memang malas nak buat biskut raya ni.. part nak buat tu rajin, part nak tunggu bakar tu yang malas.. kalau ada oven yang boleh masuk sekali 2 adunan, baru la saya akan buat biskut raya nih.. ;) plan nak buat kek sikit, tapi biasa lah kan, orang baru nak hidup, oven un tak de lagi.. yang ada microwave.. ramai yang kata mem-baking guna microwave ni tak sesedap mana.. may be nak buat kek kukus la kut.. kek lumut may be.. pastu letak frosting guna cream cheese.. yuummyyy..
.
part baju raya pula, untuk hasya dah siap2 beli sebelum puasa lagi.. pastu dapat hadiah baju raya @ befday dari nenek, ucu, wan nyah ngn kak aja.. tu semua dah 5 helai.. ibu beli ada 2 t-shirt, 2 jeans, 1 short dan 2 gaun.. tapi bila saya tengok banyak betul baju raya hasya, saya pun ambil la 3-4 helai buat pakai g jalan2 sepanjang bulan puasa nih.. kira boleh la kan.. bukan sempat nak pakai semua tu masa raya pun.. nasib juga la saya pakaikan awal yang  saya belikan tu sebab 1 gaun nya dah pendek.. dah boleh transform jadi blaus pakai dengan jeans je.. untuk saya, 2 helai baju raya masih dekat tailor.. dan confirm la balik raya ke-3 nanti baru pakai sebab baju tu tempah kat perak.. kat sini (saya beraya di seremban tahun ni) we all dah plan, raya pertama kaler biru turcoise dan raya ke dua kaler oren.. kat perak nanti pakai kaler merah pulak.. best nya boleh sedondon dengan si kecik tu..

No comments: