Friday, August 26, 2011

salam aidilfitri

okey..okey.. ni janji, last n3 sehinggalah minggu depan lepas raya ye.. 

semalam kami berbuka simple2 dl kat rumah, makan murtabak jala je.. sebab nak pergi makan kat The Mines.. niat hati nak makan kat Manhattan Fish Market.. sekali tu tak de la pulak kat The Mines, so tukar makan kat Nando's.. ada promotion ramadhan.. utk 2 orang, sosej ayam, 2 pcs 1/4 ayam dgn 2 side dishes each, cheece cake dan 2 gelas air 9soft drink).. semua tu RM 55, bila dah campur dengan govt tax dan service charge total RM68.. bagi saya berbaloi-baloi sebab selalu kalau makan 1/4 ayam (termasuk 2 side dishes tu) dan air pun dah RM 50++.. 






sebagai n3 terakhir sebelu raya ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. saya mohon maaf di atas salah dan silap saya.. lepas raya, kita ber-blogWalking ye.. mesti semua cerita tentang raya kan..



join Majlis Iftar ex-STJ

sehari lepas birthday Hasya, kami ada Majlis Iftar ex-STJ di Equestrian Park, Putrajaya.. ni semua kenkawan Emi.. dorg ni rajin buat gathering ni.. ada la dkt 30 orang dtg.. kalu campur anak bini/laki masing2 ada la dekat 60 orang.. kita layan gambar si kecik ni je la ye.. 





dah berapa kali la publish Hasya pakai baju ni kan.. majlis yang sama, tapi n3 sebelum ni, cilok gambar dari fb Emi.. kat bawah ni pulak antara kawan2 Emi.. gambar tak banyak sebab Emi naik syok amek gambar saya dan Hasya.. hik3




yang baju hitam tu chief yg organiza majlis berbuka puasa ni.. rajin sungguh la kan.. bkn sikit yang dia nak manage.. nak dptkan conformation kehadiran la, nak collect duit la.. oppss, bufet kat sini RM 55 per person net.. boleh la, orang bujang kan (ceh, alasa..) pada masa yg sama, kat function room sebelah ada majlis dengan Tun Mahathir.. tapi saya tak nampak pun, Emi nampak kut..

sambutan annyversary ke-2 kami

ni bayar hutang lagi...

masa annyversary ke-2 kami pada 1.08.2011 lepas, kami ke Cititel Hotel, Mid Valley untuk makan2.. itu pun setelah di-survey kat situ je harga nya agak affordable (RM50 ++ per person).. sebelum tu, masuk MV jap carik compact powder.. then, terus ke Cititel (sebelah je kan..) 

masa kami pergi, kat situ buat seafood bufet.. makanan dia boleh la.. saya bagi 6/10 jek.. sebab utama, takde lobster.. dan tak de safood yang dibakar masa tu.. yg ada, seafood2 tu dimasukkan dalam makanan yg ada.. sotong lagi la tak jumpa.. seafood ke mcm ni?? ntah la, makanan banyak, tapi tak sedap sangat.. ingat nak la 2-3 jam lepak kat situ (walaupun makanan nya tak sedap, tapi kena makan la juga kan sebab bayar sampai RM 50 lebih) tapi dek budak kecik tu dah start nangis2, dalam sejam lebih je kat situ.. pastu trs balik rumah.. ye la, Hasya nak main campak2 makanan kat bwh kerusi tu, mana boleh kan.. itu memang perangai dia,masa nak minta, beria2 sebut "nak.. nak.. nak.." bila dah dibagi, makan nye sikit, bersepah je lebih.. so, sebelum kitirang kena tegur baik la balik dulu.. apa pun, perut tetap kenyang.. lain kali tak nak la ke sini lagi.. ;(





 gelagat Hasya.. suka dia tengok cermin tu
 


 our food dan suasana kat tempat makan.. suram je.. ambil gambar pun tak best


 lepas makan, sambung jalan2 kat MV.. kedai dah nak tutup pun.. kalau tak, sempat shopping kut.. seronok dapat keluar dengan Hasya macam ni.. dia memang suka tengok orang.. tak tentu arah dia memandang.. kejap depan, kejap belakang.. kalau ada budak2 umur 3-4 tahun, lagi la dia suka..







mood kerja? mood raya la..

saya membayar hutang kepada blog ini..

banyak sebenarnya nak dicerita, tapi mood macam lari sikit.. mood kerja dah lama ke laut.. mood nak cuti sekrang ni.. tambahan bila semalam masa ambil Hasya dari Taska, pengasuh bagitau yg dahi Hasya terhantuk pada babay kot. adeiii, sian anak ibu.. saya tak de la nak marah kan sbb sekurang2 nya pengasuh nak betrus terang.. ikut cerita nya, Hasya menangis tak hingat pastu trs terhantuk dalam baby kot tu.. tapi, masa kat rumah, Emi tengok kat tangan Hasya yang belah kiriada kesan kena gigit!!! adeiii sekali lagi.. sian anak ibu.. bukan satu ye.. ada lagi kat dua tempat.. tak sabar nak ambil Hasya dari Taska ptg ni.. tak tau nak salahkan sape.. pagi tadi dah minta dorg lebih beri perhatian pada Hasya.. jgn bagi budak2 dekat sgt dan kalo boleh "tangkap" budak yang gigit tu.. bukan nak marah, supaya boleh la kita tau kan sape yg punya kija tu, dan elak kan Hasya main ngn dia.. sob.. sob.. sob.. sedih tawwwww.. Hasya jgn takut ye.. ibu kan penyelamat, pelindung Hasya... nti ibu babap budak tu kalo dia gigit Hasya lagi.. (pedulik la budak tu nak nangis ke nanti..)

.
 tengok.. dah macam kena dera la rupanya kan..


ni katanya terhantuk kat baby kot..
ok, tak nak sedey2.. dah nak raya kan.. (mana boley tak sedih tgk anak sendiri lebam sana sini).. jom tengok Hasya maindi pool... pool dalam rumah je.. nasib semuat je kat balkoni tu.. beli kat toys 'r' us.. RM 19.90 je.. pam dia lagi mahal.. dekat RM 40 rsnya.. ada la 2-3 kali Hasya main air dalam ni.. lepastu ibu pun dah malas nak mengangkut air.. hi3


 seronok kan main air ni.. kalau muat, ibu pun nak join sekali

Thursday, August 25, 2011

ini rezeki saya.. HLP 2012

..Alhamdulillah..

berdebar-debar nih
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..


yeayyyy.. alkisahnya lepas habis belajar degree tahun 2005, ada minta biasiswa JPA juga untuk sambung ke peringkat master tapi hanya pointer 3.5 ke atas sahaja yang akan dilayan.. pointer saya di atas 3.0 dan di bawah 3.5.. dan sekarang, guna kuota kakitangan kerajaan, dapat juga..

22 September 2011 ada penyampaian surat tawaran biasiswa bagi HLP 2012 di INTAN, Bukit Kiara.. seronoknya.. so, dah bagitau Emi, rancangan untuk tambah anak tahun depan postponed ke tahun 2014 ye.. start belajar maybe September 2012, dalam tempoh setahun setengah kena habiskan.. saya buat secara by research.. tajuk, maklumat semua dah ada sebab kawasan kajian adalah di tempat kerja lama saya.. so, kalau boleh siap dalam pertengahan tahun 2013, rancangan nak bagi Hasya adik mungkin akan di awalkan.. tapi, kalau dah rezeki dalam tahun ni ke. tahun depan ke, saya terima dengan hati terbuka.. (lagi best kan, confirm boleh direct BF sepenuh masa..)

nota :
rezeki amat mencurah-curah..
bukan dalam bentuk wang ringgit..
tapi kegembiraan dan kepuasan hati.
Alhamdulillah..
terima kasih suami atas semangat dan sokongan yang diberikan
(termasuk sanggup drive dari KLCC ambil segala sijil yang tertinggal dalam beg Hasya kat Taska pada jam 10.30 pagi pada tarikh saya ditemuduga.. kalo sy yang g amek takut tak sempat + nervous = apa pun tak jadi!!!)

dah nak raya, bos pun dah cuti.. apalagi??

dah nak raya kan.. pejabat pun lengang je.. bos pun da start cuti esok.. tak sabar nak raya tahun ni sebab Hasya dah besar sikit.. baju raya dia campur dengan nenek, cousin dan auntie2 dia bagi adala dekat 10 helai.. itu pun ada yang saya belikan as baju raya dah dirasmikan awal.. nama pun baju raya nye banyak kan.. tak luak pun kalau pakai awal sehelai dua (but Emi cukup tak bagi kalau saya nak pakaikan Hasya baju raya sebelum hari raya.. mana yang dah saya pakaikan, semua Emi tak tau pun)..
 .
tahun ni birthday Hasya jatuh masa bulan puasa.. agaknya tahun depan pun sama la kut.. silap2 lagi 2-3 tahun kut baru birthday si kecik ni jatuh masa raya.. ngeh3, jimat duit saya nak buat PARTI untuk Hasya kan.. tak de la, buat juga sebenarnya, tapi jemput adik beradik je la.. 

Hasya cukup pandai makan.. ayam goreng (nak drumstick ye.. saya bagi yang isi saje, laju je dia campak ke bawah), sate dan sekarang ni, Hasya berlawan dengan saya makan biskut raya.. tart nenas dan chocolate chips dah try bagi.. suka sangat dia makan.. haiiii, boleh join ibu ni sayang.. kita perabiskan biskut raya rumah nenek ngn opah nanti ye.. sebab orang lain bukan makan pun kan..

Wednesday, August 24, 2011

ku pohon pada-Mu

doa saya setiap hari..


"Ya Allah.. saya sanggup berganti tempat dengan anak saya sekiranya itu saya dapat lakukan untuk menggantikan sakitnya yang ditanggung anak.. 
Ya Allah.. kau tetapkan lah supaya takdir ku dan anak ku sentiasa bersama semasa hidup dan sekiranya sampai ajal kami, kau dahulukan diri ku.. berilah kami peluang untuk bersama-sama di dunia Mu ini.. 
janganlah kau jadikan dosa ku kepada mu sebagai hukuman dan balasan dengan mempertaruhkan kasih sayang ku kepada anak ku..
berilah peluang untuk anak ku hidup sihat, gembira menikmati keindahan dunia.. akan kami (ibu dan ayah) didik diri nya sebaik-baik nya ke jalan yang Kau redhai.. 
terima kasih atas cahaya yang Kau beri pada ku"


berlinang air mata membaca kisah ibu yang sangat tabah ini..
terima kasih Sue atas n3 ini..


Monday, August 22, 2011

makan sate

..ibu dan ayah love u so much sayang..



Saturday, August 20, 2011

kata hati seorang ibu.. selamat hari lahir Hasya

banyak sangat perkara yang nak diceritakan.. tapi, bila gambarnya ada dalam camera Emi yang ntah bila nak transfer ke PC nih, rasa kurang juga mood nak mengarang.. tapi, bila teringatkan yang Hasya dah cukup umurnya setahun pada 20.08.2011 lepas, kuatkan juga la semangat ni nak bercerita walaupun sepatutnya on that day lagi n3 ni dibuat.. eh, blogspot boleh di'ubah' tarikh publishnye kan..???

Nur Asyifa Hasya binti Mohd Hailmi.. lahir dalam keadaan yang amat mudah.. saya langsung tak merasa apa itu sakitnya nak beranak.. tak tau bila doktor buat keputusan untuk keluarkan Hasya ikut tingkap, merupakan keputusan terbaik untuk saya dan juga masa depan saya.. tapi, yang penting anak dalam kandungan harus dikeluarkan dengan keadaan yang selamat.. saya tak mau ambil risiko untuk menunggu lebih lama (masa tu dah lewat 3 hari dari tarikh sepatutnya Hasya dilahirkan).. menunggu dalam debaran sebab 3 hari lewat dari tarikh sepatutnya, 3 kali juga saya pergi klinik buat scan, just to make sure kandungan saya masih bernyawa.. banyak cerita yang saya dengar, bila melepasi tarikh, doktor menyuruh menunggu sekurang2 nya satu minggu... dan dalam menunggu tu, nyawa bayi dalam kandungan telah tiada.. Ya Allah, tak sanggup nak menghadapi semua tu walaupun saya tau ajal maut tu di tangan-Nya tapi saya tak mau dipersalahkan dan mencari2 punca sekiranya saya berada dalam situasi menyeyat hati tersebut.. maka, saya merelakan Hasya dikeluarkan dengan cara apa saja asalkan asaya dapat menatap wajah bayi yang saya kandungkan selama 40 minggu 3 hari tu.. selain tu, saya kesian kan Emi yang terpaksa mengambil cuti lebih panjang sekiranya saya masih juga tak dapat melahirkan.. lagipun, kalau saya berkeras untuk cuba menunggu kelahiran secara semulajadi itu, mak dan ayah terpaksa berulang-alik ke hospital sehingga saya melahirkan.. perjalanan dari Parit Buntar-Taiping agak memenatkan (50 km sehala) dengan ditambah masa tu bulan puasa sebab pada 20.08.2010 tu saya diarahkan untuk ke Hospital Taiping dan ditahan untuk pemantauan.. jadi, saya abaikan sikap pentingkan diri sekiranya saya berkeras nak bersalin secara normal sebab kalau beranak normal, dikatakan saya akan lebih mudah langsing.. boleh berurut, bertungku dan berbengkung sepanjang tempoh berpantang
 .
pada jam 3.30 petang, Jumaat 20.08.2011, 10 Ramadhan 1421 selamat lah saya melahirkan bayi perempuan yang sekarang cukup pandai, cukup bijak dan sentiasa buat saya berada dalam emosi gembira bagai nak melompat lebih tinggi, marah bagai nak hempuk2 kepala kat dinding sebab terpaksa berusaha menjadi ibu yang tak menunjukkan marah depan anak.. dalam pada itu, saya ada menyimpan rasa sedih bila bawa Hasya jumpa sedara mara, kenkawan ada yang berkata yang Hasya ni lambat berjalan la.. lambat tumbuh gigi la.. malas la sebab tak nak merangkak asek nak menyulur je.. compare dengan budak sana la, budak sini la.. walaupun saya tau, itu cuma cakap2 yang tak ada niat pun tapi sebagai ibu, saya masih tetap terasa sebab saya sendiri tak pernah nak bandingkan anak orang lain di hadapan ibu nya sendiri.. saya yakin, Hasya akan membesar menjadi anak yang pandai, bijak, hormat orang tua dan akan menjadi 'seseorang' satu hari nanti.. (perasan tak saya tak menggunakan perkataan "lebih" dihadapan perkataan pandai, bijak tu.. saya tak mau membandingkan anak saya dengan orang lain.. saya tak mau mengatakan anak saya lebih pandai dan lebih baik dari anak orang lain.. dia anak saya, cukuplah dia menjadi seperti apa yang saya impikan.. tak perlu nak didahulukan dengan orang lain.. anak dianugerahkan rezeki masing2 kan.. biarlah dia membesar menjadi dirinya, bukan sebab nak berlawan dengan orang lain..)

saya sayangkan Hasya lebih dari segalanya.. dan sentiasa ingatkan diri supaya lebih menyayangi mak dan abah saya lebih dari saya sayangkan Hasya.. lebih menyayangi Emi lebih dari anak kecil saya itu.. walaupun susah, saya akan berusaha.. tak dapat nak gambarkan sekarang saya mempunyai seorang anak kecil yang telah berumur 1 tahun!!! semoga saya akan sentiasa bersama Hasya sehinggalah saya yakin yang anak kecil itu sudah berkemampuan untuk menguruskan kehidupannya diluar nanti.. semoga tiada apa yang akan merampas Hasya dari saya.. setiap hari saya berdoa agar setiap kali saya bangun dari tidur, Hasya ada disebelah saya, di dalam rumah saya untuk kami bangun bersama-sama, bermain dan meneruskan kehidupan bersama-sama saya dan Emi.. Amin..


Monday, August 15, 2011

bonus, insentif atau imbuhan tahunan

apa beza Bonus dan Imbuhan Tahunan? saya pun tak pasti.. yang saya faham, bonus adalah ganjaran atau imbuhan bagi anggota sektor awam atas prestasi, kualiti dan produktiviti kerja mereka yang baik pada satu-satu tahun itu tapi yang digunapakai dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2011 (klik kat sini), bonus yang sibuk diperkatakan akan diberi kepada semua kakitangan kerajaan dan juga yang telah berpencen adalah Imbuhan Tahunan.. dan ada juga kerani kewangan kat sini yang cuba membetulkan sebutan bonus yang diuar2 kan oleh Perdana Menteri kita ni adalah insentif di mana kalau bonus, akan dibuat potongan sebahagiannya ke dalam KWSP (bagi yang memilih skim KWSP la.. saya pilih Skim Pencen, so tak de la hal la..) di mana kalau insentif, 100% akan masuk ke dalam kocek kita.. manakala dalam pekeliling tu pula, ada menyebut Bayaran Khas Prestasi yang diguna pakai kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.. cuma tak tau la sama ada mereka ini dapat 1/2 gaji (gaji pokok/hakiki ye kawan-kawan.. bukan sekali dengan elaun atau gaji penuh kita) atau pun lain kiraannya..
.
apa pun, bersyukur sangat tahun ni rezeki lebih tu ada.. tapi, memang tak de plan nak berlebih pun untuk raya ni.. bab kuih raya, bila dah order2 tu, adalah dalam RM 300.. banyak ke? tak de la.. nak bagi kat mak kat Perak ngn mak kat Seremban 3 bekas sorang.. yang di order pun, chochalate chips pelbagai rasa dari 2 orang (kat anak buah 3 bekas, kat Ayu 4 bekas yang setiap satu nya RM 25/bekas) dan 2-3 jenis biskut raya yang ada kaler2 sikit dan last order dari Lily lotus.. tart nenas 2 bekas.. tu je la.. dengan 3 jenis kerepek.. saya memang malas nak buat biskut raya ni.. part nak buat tu rajin, part nak tunggu bakar tu yang malas.. kalau ada oven yang boleh masuk sekali 2 adunan, baru la saya akan buat biskut raya nih.. ;) plan nak buat kek sikit, tapi biasa lah kan, orang baru nak hidup, oven un tak de lagi.. yang ada microwave.. ramai yang kata mem-baking guna microwave ni tak sesedap mana.. may be nak buat kek kukus la kut.. kek lumut may be.. pastu letak frosting guna cream cheese.. yuummyyy..
.
part baju raya pula, untuk hasya dah siap2 beli sebelum puasa lagi.. pastu dapat hadiah baju raya @ befday dari nenek, ucu, wan nyah ngn kak aja.. tu semua dah 5 helai.. ibu beli ada 2 t-shirt, 2 jeans, 1 short dan 2 gaun.. tapi bila saya tengok banyak betul baju raya hasya, saya pun ambil la 3-4 helai buat pakai g jalan2 sepanjang bulan puasa nih.. kira boleh la kan.. bukan sempat nak pakai semua tu masa raya pun.. nasib juga la saya pakaikan awal yang  saya belikan tu sebab 1 gaun nya dah pendek.. dah boleh transform jadi blaus pakai dengan jeans je.. untuk saya, 2 helai baju raya masih dekat tailor.. dan confirm la balik raya ke-3 nanti baru pakai sebab baju tu tempah kat perak.. kat sini (saya beraya di seremban tahun ni) we all dah plan, raya pertama kaler biru turcoise dan raya ke dua kaler oren.. kat perak nanti pakai kaler merah pulak.. best nya boleh sedondon dengan si kecik tu..

Berbuka Ramadhan ke 14

semalam masa berbuka, we all kat rumah MIL di Seremban wif sepupu dan anak buah Emi.. MIl masak mihun tomyam dan rojak pasembur..  ayam golek, popia basah, kuih keria (ada nenek sebelah rumah MIL suh picit2 dulu sebelum beli sebab dia suruh beli yang lembut je.. nasib budak jual kuih tu tak marah saya dok picit kuih dia) sume nih ni beli di pasar ramadhan Ampangan.. ayam golek beli kat gerai Pak Mok ayam Golek.. sekor RM 18.. beli sekor setengah.. baru makan separuh dr all the menu, sengkak perut sbb banyak sgt minum air soy sejuk... nikmatnya minum ais.. selama ni berbuka, minum air kosong je.. 

hari ni Emi berbuka kat opis.. so, nak recycle je lauk masa sahur tadi.. makan sorang tak kisah sangat.. tiba2 teringin nak makan kuih keria homemade la.. simple je cara nak buat.. nanti la, kalau ada keledek kat kedai runcit depan rumah tu, konpem malam ni nak buat dan terus goreng.. hishhh, karamel pun teringin juga la.. semalam ms kat pasar ramadahn, sepotong puding karamel RM 2.. apa???? mahal nye la.. padahal modalnya yg mahal sikit telur dan susu segar/susu cair je kan.. sekali lagi, mari lah memasak sendiri.. ;)

Friday, August 12, 2011

dalam tak sedar, saya ter-umpat

saya selalu, lepas hantar hasya ke Taska, akan col husband dan kami pun bersembang tentang hal yang macam-macam.. sebab sejak ada anak ni, masa kat rumah memang tak sempat nak berbual sangat.. masa saya di rumah banyak dihabiskan di dapur, tak pun di bilik sebab tidurkan hasya
.
read: saya balik, ambil hasya dan sampai rumah jam 6.30 ptg.. husband pula kalau bukan bulan puasa, jam 8.30 malam baru sampai rumah.. sekarang daopatlah balik awal sikit, jam 7 da dapat sampai rumah.. jadi nya, bila husband balik, borak lebih kurang terus mengemas dapur, masak apa yang patut dan turn husband main dan jaga hasya.. jam 9,10 hasya dah merengek minta tido (kadang-kadang balik dari taska, bf kan dia terus dia tido.. cuma saya dah mula ajar dia time Maghrib tak elok tidur dan saya cuba bangunkan dia.. dan disebabkan itu, masa saya nak buat kerja semakin pendek.. kalau dia tido dalam jam 7 mala, selalu dalam jam 10,11 baru dia bangun kejap minta susu.. tapi bila difikirkan semula, masa dia dengan ayah dia, masa dia dengan saya tak ada.. jadi, saya berkorban masa untuk mengemas dan tunggu lepas jam 9 atau 10 baru tidurkan dia..).. husband pula, masa saya tidurkan hasya, dia pun terlelap sama.. dan saya sambung semula kerja-kerja rumah yang tertangguh.. ala, bukan banyak pun, nak masak and kemas dapur jek.. bab sidai kain, angkat kain banyak husband yang tolong.. siapkan bahan2 nak masak utk esok, setel dalam jam 12.. masa tu saya pun dah tak larat nak bercakap.. kejut suami yang lena kat depan TV, tukar diaper hasya. cuci muka terus zzzzzzz...
.
jadinya, masa dalam kereta la kami bersembang.. tak de topik tertentu, apa yang terlihat, terlintas kat fikiran, itu yang dibualkan.. saya happy dengan cara macam ni walaupun saya pernah bersedih sebab masa saya dan husband (kita panggil Emi je la ek.. tu nama manja husband saya dengan kenkawannya..) utk berbual amat terhad sangat sekarang.. tapi, saya mula faham.. bila dah ada tanggungjawab macam sekarang, kita kena cuba modified hidup kita.. so, berbalik pada topik bualan kami.. MENGUMPAT dan MENGATA.. saya sebenarnya tak suka bab2 mengata orang ni tapi tadi bila bertanya kat Emi kalau yang selalu saya duk bercerita dengan dia, dengan rakan baik saya tentang sikap seseorang yang saya tak suka (ni hal terasa, tersakit hati la), tu dah kira mengumpat ke? Emi kata YES.. haa??? abes tu, tak boleh ke kita nak luahkan perasaan sakit hati kita tu? atau kalau nak luahkan, tak perlu sebut nama.. cukup kata si "A" atau si "Jantan" je ke? sebab bagi saya, buruk betul perangai orang mengata nih.. walaupun saya akui mungkin saya terlepas kata juga, termengata juga tapi kalau la saya buat semua tu, memang saya akan rasa tak best.. kita sedap dok mengata orang tu kat orang lain, tapi nanti orang yang dikata tu juga lah kita minta tolong.. g makan sama2.. siap tumpang kereta dia pulak tu.. apa pandangan orang lain? mesti diorang cakap.. "eh, hari tu si Reza (saya la tu) dok la mengata si "A", tapi boleh pulak pergi makan sesama.. siap kena belanja lagi tuuuuuuu" (part tuuuuu tu, panjang je muncung nya kan..)
.
saya berharap sangat kalau saya ada sifat buruk yang satu ni, saya dapat buangkan 100% sebelum saya menginjak ka usia 30-an.. hahahahaha.. azam di bulan puasa la pulak kan.. tapi, tak salahkan kalau kita niat perkara yang baik.. tak kisah la bila masanya.. InsyaAllah..
.
jom kita renung-renungkan apa yang dimaksudkan dengan mengumpat ni.. HAPPY FRIDAY semua.. best nya esok cuti dan Emi pun cuti..nak ke IKEA esok, nak cari kerusi makan si kecik tu.. dia tak nak duduk kat walker masa kitorang tengah makan.. sama ada duduk atas riba atau atas meja.. harap2 dengan ada kerusi makan dia ni, boleh la kami makan sekeluarga dengan aman dan tenteram.. ngeh.ngeh..ngeh.. (nak beli 2, satu letak ruma PIL kat seremban, satu kat rumah saya)
.
sedapnye cik kiah mengumpat ye.. siap muncung2 lagi tu..

Definisi mengumpat:

Menceritakan perihal seseorang yang menjadikan dia marah atau benci apabila mendengarnya sendiri atau apabila yang kita katakan itu disampaikan oleh orang lain kepadanya. Perkara yang diumpatkan itu selalunya berhubung dengan kekurangan atau keburukan yang ada pada dirinya.

Mengumpat boleh dilakukan dengan berbagai cara. Dengan hati, dengan perkataan lisan, dengan tulisan, dengan isyarat etc.

Firman Allah Ta'all yang bermaksud:
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat: 12)

Hadith RasuluLlah saw: "Mengumpat ialah apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya" (HR Muslim)

Hukum mengumpat

Pada umumnya mengumpat hukumnya haram. Dalam keadaan tertentu hukumnnya harus (sila rujuk keterangan di bawah).

Siapa yang terlibat dengan dosa mengumpat:
1. Pengumpat
2. Penyampuk
3. Pendengar
4. Pengangguk
5. Penyampai
6. Dan sesiapa yang berkenaan, dan dia redha

Dalam keadaan tertentu, mengumpat adalah dibolehkan, dalam agama.

Alasan-alasan mengumpat dibolehkan:

Ketahuilah bahawasanya jika tiada jalan lain untuk mencapai sesutau tujuan yang betul menurut yang dibenarkan oleh syariat Islam, melainkan dengan menyebut-nyebut keburukan-keburukan orang lain, maka dalam hal yang seumpama ini dibenarkan mengumpat, dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.

Mengumpat dibenarkan dalam beberapa perkara saja, iaitu:

Pertama: Bila berlaku penganiayaan, seperti seorang yang terzalim mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya. Dalam hal serupa ini, tidak mungkin jelas perkaranya, melainkan dengan menyebut dan menerangkan keburukan-keburukan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya. errrr.. Emi tu suami saya, dia bukan hakim.. so memang tak boleh la kan walaupun saya terasa dizalimkan, dianiaya..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesunguhnya orang yang mempunyai hak itu, boleh mengucapkan alasan.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi:

“Menahan hak orang adalah suatu penganiayaan bagi orang kaya.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Kedua: Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seorang ashi (derhaka) ke jalan kebaikan. Emi bukan boleh buat apa pun kan.. sekadar meneangkan saya, bukan dia boleh transformkan orang yang saya ceritakan tu pun.. so, sekali lagi tak boleh la nak bercerita kat Emi

Ketiga: Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam agama. Misalnya ia berkata kepada Tuan Mufti: Ayah saya telah menganiaya saya, ataupun isteri saya atau saudara saya telah menzalimi saya. Dikatakan begitu setelah terlebih dulu mengatakan secara sindiran atau dengan membuat alasan-alasan, tetapi Tuan Mufti masih belum faham. Ketika itu barulah dikatakan dengan terang-terangan. yang ni pun tak boleh menghalalkan perbuatan saya tu kan..

Hal ini berdasarkan kepada suatu riwayat dari Hindun binti Utbah, bahwasanya ia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya Abu Sufyan itu (suaminya) adalah seorang yang amat pelokek. Ia tiada memberiku untuk keperluanku dan keperluan anakku dengan secukup-cukupnya. Maka sabda Rasulullah s.a.w.: Ambillah apa yang cukup untuk keperluanmu dan keperluan anakmu secara adil.

Dalam peristiwa di atas, Hindun telah menyatakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kekikiran suaminya dan ketidak-adilannya terhadapa dirinya dan anaknya dalam persoalan nafkah. Nabi tidak melarangnya dari berkata begitu, sebab maksud Hindun ialah bertanyakan hukum.

Keempat: Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan. Misalnya: Jika anda mengetahui sesorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Ataupun orang yang cuba membuktikan dirinya benar di hadapan pun orang yang diminta fikirannya dalam perkahwinan, lalu ia menyebut keburukan orang yang meminang. Ataupun menyatakan keaiban seseorang, agar amanat tiada diserahkan kepadanya atau seumpamanya dengan menyatakan apa-apa yang diketahuinya dengan benar atas tujuan menasihat, bukan kerana memburuk-burukkan atau menjatuhkan namanya di hadapan orang lain. haaa.. ni macam sesuai kalau la saya terasa nak bercerita kat kawan-kawan saya.. tapi, kena betulkan la niat saya tu dulu, dari saja2 nak cerita, niatkan untuk prevent kawan saya tu dari terkena perkara sama dengan saya

Kelima: Bila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si fulan yang tempang atau yang buta. Maka dalam hal serupa ini, tiadalah dilarang menyebutkannya, kerana itu mustahak disebutkan supaya orang mengenalinya. Begitu juga sebab panggilan itu sudah menjadi kebiasaan, orang yang berkenaan tidak mungkin marah lagi, kerana ia telah termasyhur dengan gelaran itu. Walau bagaimanapun, sekiranya dapat diubah dengan gelaran lain, atau panggilan yang lebih baik, dan senang pula disebarkan kepada orang ramai, maka itulah yang lebih dan senang pula disebarkan kepada orang ramai, maka itulah yang lebih baik dan utama. Oleh kerana itu pernah orang buta dipanggil dan digelar dengan si celik untuk menghindarkannya dari sifat kekurangan itu. ni pun boleh dijadikan panduan.. just untuk membantu Emi mengenali orang yang  saya tengah ceritakan tu.. tapi, kalau tak memenuhi syarat sepeti Pertama - Keempat pun tak boleh juga kan..

Keenam: Bila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu, maka terhadap orang ini tidaklah terlarang lagi melemparkan ghibah atau pengumpatan, disebabkan kelakuannya yang menentang itu. tapi untuk apa kan diceritakan tu kalau masih juga tak memenuhi syarat Pertama - Keempat tu kan...

p/s: tapi bila dah geram, semua ni boleh lupa.. so, kepada yang mendengar 'umpatan' saya nanti, mohon la ditegur2kan lah saya pada masa tu ye agar saya tak perlu tercari2 orang yang saya dah umpatkan nanti masa kat Padang Masyar.. jenuh tu nak cari.. huhuhuhu..

Thursday, August 11, 2011

memasak di bulan puasa

setakat ni, bersahur dan berbuka hingga 10 Ramadhan, kami sekeluarga belum lagi berbuka atau membeli di luar utk makan masa berbuka.. kebanyakan nya masak sendiri atau diberi oleh keluarga.. menu yang dah di makan bihun sup (1st berbuka kat rumah anak buah), tomyam campur (mak mertua bagi), ayam masak halia, kacang botol goreng ikan bilis, tempe goreng rempah, sambal udang, kailan goreng telur (resepi mak mertua.. saya memang tak suka makan kailan tapi bila masak macam ni, memang rs sedap sangat), masak lemak telur masin, mi bandung, mi hailam (hubbby memang suka makan mi berkuah ni.. tak de nasi pun tak pe), ayam masak kicap, nasi ayam (ateh bagi) dan stew daging (adik bawa masa berbuka hari ke-7).. perghhh.. tiba-tiba rasa hebat pulak memasak utk berbuka dan sahur.. walaupun dah berkahwin 2 tahun, dan ini merupakan kali pertama saya dan suami tinggal serumah, berbuka dan bersahur bersama.. sebelum ni kan duduk dengan mak, so masa berbuka tunggu mak panggil makan je la, tak pun beli je kat PARAM tu.. sahur lagi la.. tunggu dah siap hidang atas meja baru nak bangun.. masa saya habis dengan melayan hasya sorang je..

tapi, sekarang ni memang saya suka masak.. pernah la sekali beli nasi ambang kat PARAM Taman Impian Ehsan ni, tapi tak sedap pun.. tak macam nasi ambang pun.. ada nasi, ayam masak merah, sayur kacang ngn kubis, tempe sejemput, ikan masin dan telur masin dibelah 8.. RM 6 ditambah dengan nasi yang agak mentah membuatkan saya rasa amat tak berbaloi.. nasib masa tu makan sorang sebab hubby berbuka di Seremban (bawa hasya balik kejap main ngn atuk & nenek dia... best tu, terus dapat baju raya) dan saya tak puasa sebab p****d.. so, tak de la rasa sedih sangat... cuba bayangkan kita dah lapar2, tak sabar nak makan masa berbuka, tetiba nasinya tak boleh masuk ke perut.. kesian kan, dan akan bertambah kesian kalau hubby saya akan terus habiskan nasi tu sebab dia memang jenis yang tak kisah.. jadinya, memang la saya akan terus memasak samapi la penghujung Ramadhan.. kecuali la kalau hubby nak belanja makan bufet kat mana-mana.. kalau nak makan kat kedai yang nak kena order2 tu, memang saya tolak sebab dah la nak kena datang awal kan nak book tempat.. let say jam 6 petang dah tercongok dalam kedai.. tak ke buang masa.. baik duduk rumah, main dengan hasya ke, tengok Jejak Rasul ke.. lagi best..
.
so, tekak ni teringin sangat nak makan nasi goreng belacan.. nasi goreng tomyam pun ada terbayang-bayang juga.. bahan2 semua dah siap sebelum tidur malam tadi.. tinggal nak campak dalam kuali jek.. goreng telur mata kerbau sorang satu pastu goreng cucur manis Adabi (instant) cicah susu pekat.. alahai, yang simple tu yang sedap kan.. cittt, padahal tak puasa pun.. dah 8 hari nih.. sob..sob..sob.. mau dekat 10 hari ni mengganti..

p/s: kaedah nak memasak untuk makan berbuka dan sahur dengan ada budak kecik yang sibuk minta dukung masa kita memasak dan hubby yang sampai rumahnya dah nak masuk waktu berbuka - siapkan semua bahan, siap potong semua sekali (termasuk ayam ke, sotong ke, sayur, bawang) sebelum masuk tidur malam sebelum nya, simpan dalam fridge.. so, balik dari kerja, terus masak nasi (dengan keadaan mendukung hasya) dan campakkan semua bahan2 yang kita nak masak tadi, kacau sampai hidang (masih dengan mendukung hasya).. tapi masa part nak menumis, memang akan dipaksa hasya duduk dalam walker.. confirm dia melalak, tapi dari terkena minyak panas, baik biar dia macam tu.. kejap je, bila sume bahan dah masuk kuali, tinggal nak tunggu masak kita angkatlah dia.. silap2 hasya belum sekolah lagi dah pandai masak kan..;)


Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday #1

...priceless...

annyversary dan pindah ke tempat baru

cerita tertangguh...
Jumaat 29 Julai we all (hubby and hasya) ke MV untuk celebrate annyversary yang ke-2.. awal2 hubbby dah booking kat Cititel.. saje nak merasa makan hotel setahun sekali dan ia akan jadi rutin sepanjang perkahwinan kami.. InsyaAllah.. lagipun, kitorang akan mencari harga bufet yang tak mahal dan sedang2 je reganya.. malam tu ada Seafood Bufet, seorang RM50++.. bila membayar, sorang kena RM 62 termasuk dgn tax.. bagi saya, kira ok la jg sbb kalu nak g makan kat Chilli's ke, TGI ke, Tommy Romas (betuk ke sy eja ni) lebih kurang sama je kan.. lepas dapat mencari barang yang dihajati di MV, jam 8 malam trs ke cititel (ala, sebelah je kan).. niat ati nak duduk 2-3 jam tapi jam 9 kitorang dah balik.. hasya punya perangai kalau makan, dia suka bagi terabur keliling kerusi dia dan dia praktikkan kat situ.. tak tenang sy nak makan.. risau pelayan kat situ mengomel ttg anak kecil saya tu.. jadinya, setelah 2-3 round mengangkut makanan ke meja, kitorang pun balik.. perut pun dah kenyang, tapi kalo tgu lagi, boleh telan sepinggan dua.. food dia tak berapa ummphh.. best lagi ms makan kat penang tahun lepas.. sebab kat sini tak de udang besar a.k.a lobster bakar.. thn lepas, memang puas la makan udang besar tu.. nyum3..

gambar ada la ambil tapi kat dalam tu agak gelap, so gambar tak berapa menjadi.. balik tu tidur dengan kekenyangan dan kepuasan.. eh, annyversary 1 ogos tapi celebrate awal sebab 1 ogos kan puasa.. tak kuasa nak meredah jem semata2 nak makan kat luar..

Isnin 1 Ogos saya secara rasminya telah bertukar kerja di putrajaya.. memula rasa best sebab masa memula putrajaya dibina, memang simpan cita-cita satu hari saya akan bekerja di salah sebuah bangunan kat sini.. kiranya dreams come true la kan.. tapi, mengenangkan jalan yang amat jem masa nak balik (saya pilih WP2), memang buat saya agak ilang sabar.. may be bulan pose sebab sume nak blk awal.. tapi, kalo pas pose mcm ni jg, memang sy kena siapkan bekal roti ke, biskut ke, coklat ke sbb ms nak balik ni sy akan rasa lapar yang amat2.. jadi utk elakkan stress berpanjangan dalam kereta, itu adalah cara terbaik.. so, sampai rumah, perut tak de la lapar sgt kan.. boleh la gomol2 ngn si kecik tu puas2..

ceriti terkini...
sekarang hasya pagi2 saya bekalkan dia roti goreng.. ada sekali bekalkan 2 keping roti gardenia goreng dgn sedikit olive oil, dan dia memang suka.. xsempat sampai taska da abes sekeping.. semalam goreng dgn cheese (saya ada baca cheese bagus utk naik kan berat badan bayi, tapi dlm seminggu boleh la bagi sekali dua.. hasya berat tak sampai 8 kg pun even dia da nak masuk setahun.. ms timbang 11 bulan, berat dia 7.6 kg.. sekarang ada la jg rasa berat dia bertambah).. hari ni bw roti telur pula.. setakat ni hasya mcm ok je mkn telur.. tak ada alah pun.. pun dia suka.. esok2 tak tau nak goreng dgn apa lagi.. pusing balik la menu hari mula-mula.. ehmmm, nak buat pancake lar.. mcm senang je kan.. bancuh malam, esok tuang atas kuali je kan.. alahai, teringin nya nak pancake.. tetiba terfikir nak beli waflle maker.. leh letak mcm2 atas wafffle tu kan.. ;)

Tuesday, August 9, 2011

hati tidak keruan

saya ada buat satu entry.. tapi masih dalam draft.. biar la, satu hari saya akan publish kan juga.. satu hari yang mana saya pasti dan yakin, saya bangga untuk netry itu di baca