Wednesday, September 26, 2012

Fareeda dan Ariani


Masa lunch ke Bangi, nak cari nasi dan hajat besar nak beli tudung Fareeda. Saya dah pernah beli sehelai tudung Fareeda jenis selendang ada awning tu. So kali ni teringin nak pakai tudung layer kaler block. Kan dah jadi trend sekarang. lepas makan, gagahkan kaki menapak ke Butik Fareeda. Kena beratur 5 minit, baru boleh masuk (sebab ada customer yang keluar). Sampai macam tu sekali orang kemaruk nak masuk. Tapi, setelah mencuba hampir 5 helai, saya memutuskan yang memang muka saya sangat tidak sesuwaiiiiii memakainya.  Semua sebab awningnya yang menampakkan kegebuan pipi. keluar dengan tangan kosong. 

Masuk Ariani, beli 3 helai tudung bercorak. Nama pun nak jadi student kan, nanti seharian pakai t-shirt saja.  Baju kurung dah boleh tolak tepi ye. Untuk saya, masuk Butik fareeda tak naik hantu tapi jangan ke Butik Ariani, tiba-tiba berazam tak makan nasi sebulan sebab nak keluarkan duit dulu beli tudung. Macam lah kenyang kan.  Tapi, memang jenis ni je yang sepadan dengan saya. kalau tudung lain tu, ada je yang tak kena. Tudung bawal pun dah tak ngam masuk kepala. Asal pakai je, menepek je tudung tu kat dahi. Yang belit-belit lagi lah. Rimas rasanya kat leher tu. Tapi, nak try juga beli tudung bawal AdiJuma tu.

 cantik kan? tapi, bila kena kat muka sendiri, tak adalah cantik mana pun. tapi, cantik kan??!!



cantik kan? walaupun simple, it is Ariani okey!!! terjamin keselesaan memakainya.




hal anak

Seronok bila baca cerita Ashra yang mengajar sendiri (home schooling) anaknya di rumah. Mungkin Hasya terlalu awal nak dimulakan semua tu, tapi tak salah bermula dengan awal kan.  Banyak yang saya bayangkan perjalanan harian saya bila dah bermula cuti belajar pada 1 Okt nanti. Potty Train, Ajar Hasya menganal Alif, Ba, Ta, ajar membaca, mengira, latih semula untuk Hasya makan sayur dan buah dan paling penting sekarang, mengajar Hasya untuk mendengar kata!!! 

Mungkin ada ibu yang gigih mencari maklumat untuk perkembangan anak dari Internet dan buku ilmiah, tapi apa yang saya perlukan sekarang adalah untuk pergi ke mana-mana seminar atau bengkel mengenai ANAK!!. Memang kelakar anak dah 2 tahun lebih, baru nak belajar tentang hal anak ini tapi saya merasakan saya semakin hilang arah dalam membentuk sahsiah anak saya. Sepanjang 2 tahun ini saya agak berjaya dalam penyusuan ibu dan juga menerapkan pemakanan yang sihat dalam keluarga saya tapi akhir-akhir ini, Hasya semakin berbeza. Ya, dia semakin penyayang, semakin bijak tapi pada masa yang sama semakin sensitif, senang sangat nak tengok air matanya keluar dan sudah ada beberapa tabiat yang kurang baik seperti menjelir lidah, menjeling dan tak nak bersalam bila berjumpa orang lain. Ohhh, saya memang perlukan bantuan. Nanny 911 mungkin???

Tuesday, September 18, 2012

berpantang aka rehat tak buat apa


masih bercuti aka MC. saya selesai menjalani D&C di HPJ pada Jumaat 16 Sept. sakitnya sampai sekarang teringat-ingat. tinggal di kampung menghabiskan sisa berpantang. lebih kurang je, berpilis, berstokin dan makan makanan orwng berpantang. bengkung masih tak berpeluang lagi. Jumaat nanti baru mula berurut. thanks to Siet sebab introduce Kak Tini ni. ok,anything will story later. Hasya ikut opah dia ke bank, dan janjinya nak beli doll baru. 

Wednesday, September 5, 2012

wordless wednesday #10

 
ada beza tak? gambar dalam frame tu masa hasya 5 months +++
gelam betul ko ni Hasya!!! langsung tak follow ayah dia (tak nak salahkan diri sendiri okeyyy..!!!)