ok, mood memang ke laut!! untuk warm up, lepas blog-walking, fb-walking terasa nak buat satu entry baru
sejak bekerja di BPSP ni, mulai Nov 2011 setipa bulan saya akan batuk.. batuk yang amat teruk sampai boleh termuntah dan ambil masa hampir 2 minggu.. dan lepas baik (tak makan ubat pun akan baik, kalau makan ubat pun cuma cepatkan masa baik je) bulan ni, akan batuk semula bulan depan.. so, Januari 2012 pergi buat detail check up di Colombia Asia Cheras.. ambil x-ray dada, darah dan result semuanya baik-baik belaka sampaikan doktor pun tak tau nak cakap apa.. then, bulan Mac 2012 off sebulan dari ke pejabat sebab ada kursus QA di INTAN, Bukit Kiara.. dan saya tak batuk pun.. kembali ke pejabat April 2012, saya mula batuk semula.. hairan kan? jadi saya buat kesimpulan, kalau tak sebab aircond, maybe sebab air di pejabat (saya ambil air yang telah ditapis menggunakan penapis air COWAY di pantri pejabat).. jadi, Mei 2012 saya cuba avoid minum air dari pejabat dan dengan gigihnya membeli air mineral setiap hari dan setakat hari ini, saya tidak batuk di bulan Mei!! jadi, teori berkemungkinan betul, saya terus tak nak minum air dari pejabat lagi, beli bekas air Elianware 2.0L yang siap ada tali boleh letak kat bahu dan isi air siap-siap dari rumah.. hati pun senang sebab dah tak payah bangun 2-3 kali nak refill air kat pantri.. ok lah kan 2 L kat pejabat, kat rumah pun minum juga demi nak cukupkan at leats 3 L minum air kosong..
bekas saya beli macam yang kat dalam gambar ni... tapi beli satu je lah, saya beli warna ungu.. dan bekas air di rumah pun dah tukar pakai bekas plastik.. sebelum ni pakai jag kaca beli kat Menang tu.. tapi semut hitam kat rumah tu dah kemaruk nak mati lemas dalam jag air tu kot, asyik je ada mayat semut dalam air.. sakit betul hatti.. sekarang dah pakai bekas plastik Elianware 1.5 L, harap-harap selesai masalah ni.. kenapa Elianware? selain plastik nya jenis PP 5 yang selamat (dan BPA-free), harganya juga agak murah.. RM9.90 satu kalau nak bandingkan dengan brand Tupperware.. Tupperware pun PP 5 juga.. tak mampu pula nak beli 4 botol sekaligus kalau pakai Tupperware.. kopak!!!
nota : semasa bengkel di Gambang, Pak Din SAYANG, penceramah jemputan ada beri seorang sedikit air penawar yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran (seyes lupa apa nama ayat tu..huhuhu).. Pak Din pesan supaya jangan campurkan dengan air masak atau air R.O.. sebabnya, ia tak sesuai (nanti lepas saya google, saya akan update atau ada kawan-kawan yang tau kenapa tak boleh?).. dan nampaknya Hasya serasi dengan air ni.. minggu lepas dia batuk teruk sangat, makan ubat menangis tak ingat sampai muntah-muuntah.. dan lepas 2-3 hari bagi minum air tu, baru perasan dia tak batuk lagi!! saya bukan percaya pada air tu, tapi bersyukur sebab allah menunjukkan jalan kepada saya 'ubat' apa yang serasi dengan Hasya.. so, semlaam pergi Jusco beli air mineral 9 L dan campurkan dengan air yang Pak Din beri tu dan nasib baik Hasya tak ada masalah minum air mineral !!!
7 comments:
reza..dulu ajax masa cuti sem ade keje partime jual produk RO...die kata air RO leh tahan 24jam je...seeloknye xyah laaaa minum air RO. kalau xsure air tu dh expired ke idak...kita pon xtahu kenapa...tapi tokey RO tu yg cakap..
ye ke? air RO ni bukan air suling ke? kikiki
coway x ok ke?
ntah lah.. sbb tak ada bukti kukuh.. cuma bila tak minum air dr opis ni, tak ada batuk teruk mcm sebelum ni
air RO dan air masak kedua2 nya dah kena api... air RO tak der mineral, mmg tak elok untuk badan, sebab badan perlukan mineral. RO elok untuk org yang dah tak der pundi kencing....
air syifa syaratnya tak boleh menggunakan air yang dah kena api...oleh itu antara yang selalu ustaz dan ustazah gunakan adalah air mineral, air hujan(skang hujan kotor so tak valid) dan air zam zam.....
ustazah fatma yang cerita. wallahu alam
tq zety.. sgt2 berguna info tu
Salam..blogwalking here..
Www.hanihanafi.blogspot.com
Post a Comment