Thursday, May 31, 2012

angan-angan saya

saya berangan nak rumah single storey, corner lot di kawasan Bangi, Kajang dan Seri Kembangan/Balakong
agaknya bila akan tercapai?

 ini adalah keyakan pinjaman peumahan kerajaan terbaru 2011

 dengan harga rumah RM298,000 saya dan suami perlu sediakan RM 1,400 sebulan

isu utama :
  1. macam mana nak cukupkan RM1,400 sebulan dengan perbelanjaan sekarang yang kadang-kadang ada lebih, kadang-kadang korek tabung?
  2. part mana yang saya nak potong/kurangkan bagi memastikan saya dan suami ada RM1,400 ini?

setelah berfikir-fikir saya perlu ada tempoh percubaan sehingga hujung tahun ini untuk memastikan saya ada wang secukup ini supaya saya boleh yakin untuk membeli rumah berharga lebih kurang RM300,000 ini.. sekarang, kami membayar pinjaman bank untuk rumah yang kami diami sekarang RM550 + duit maintenance RM100, maka saya juga kena pastikan rumah ini ada yang boleh sewa paling kurang RM700/bulan (semi-furnish) dan saya nak cuba dari bulan depan hingga bulan Disember 2012 setiap bulan saya boleh menyimpan RM 700 bagi memastikan kalau saya proceed juga nak beli rumah itu, kami sekeluarga tak tercekik di tengah bulan!!!

UPDATE!!

rumah area Semenyih ok ke ye? harga dalam RM240,000.. single-storey semi-D.. jarak perjalanan 36 km dari Semenyih - KL.. tapi kalau balik Seremban, memang dekat juga lah..

UPDATE LAGI!!!

da pergi tengok kat Taman Bangi Jaya macam yang diiklankan dalam mudah.my.. kotor, selekeh dan memang tak sanggup nak beli.. surau pun tak nampak, ada hanjing sana sini, tak nampak rumah orang melayu pun.. ok, stop cari rumah kat Semenyih!!

Shaklee vs Herbalife


saya kemaruk mau kurus!!!
sekarang berat dah 66 kg!!! tak dapat kurang berat, dapat kempiskan perut ni jadi lah.. so, tengah fikir apakah option yang ada untuk membantu and of course lah kena disiplin, excercise dan sit up.. cuma nak cari produk yang affordable dan berkesan..
so, Shaklee vs Herbalife.. mana satu ye?

nak tempah baju raya dan setelah setahun, hanya menempah baju kurung sahaja.. maka, dengan memberanikan diri nak pergi tempah baju kurung moden menggunakan baju contoh zaman anak dara!! berani mati kan.. kalau tak capai juga berat diidamkan, hari raya nanti pakai blaus dengan skirt sahaja lah!!!

kalori intake untuk hari ini :
bf - pasta goreng  + nescafe tin (300 kal +97 kal = 397 kal)
snek - karipap 3 keping ( 100 kal x 3 = 300 kal)
lunch - nasi putih + bendi  goreng + ikan keli sambal (260 kal + 50 kal + 150 kal = 460 kal)
so, total sampai lunch 1,157 kal, ada lagi 800 kal makanan yang boleh di ambil sehingga dinner.. kejap semangat, kejap lemau.. huarghhhhh, malam ni buat sup sayur la.. boleh share dengan Hasya ;)

artis hari ini

suka pula tengok pasangan artis ni.. dulu tak berkenan, bila mereka dah ada anak, rasa berkenan lak. ;)

sweet je kan.. maybe sebab dorg memilih lebih low profile dengan kehidupan mereka.. 
ini tak, ada artis tu baru pregnant 2 minggu, kecoh nak g scan.. apa daaa!!

CROCS di hatiku

sejak dah kahwin + ada anak seorang yang agak suka berdukung bila keluar ni, mencari kasut/sandal yang selesa, tak sakit kaki, boleh dukung budak berat 10 kg, tak melecet plus trendy, tak nak nampak macam mak-mak yang ada anak lima, boleh dipadankan dengan jeans, skirt dan baju kurung plus (berapa bayak nak 'plus' la) boleh dibawa ke pasar, shopping complex dan juga ke pejabat.. all in ONE adalah amat sukar!!!

bila harga tak menjadi masalah, tetap tak jumpa yang berkenan di hati.. kalau jumpa pun, tak ada saiz.. setelah hampir 3-4 bulan keluar masuk kedai, semalam apa yang dicari dah ketemu!! CROCS A-Leigh Wedge Leather.. selesa, tinggi 2 3/4 inci, dan yang paling penting memikat hati saya dan Emi (ini adalah antara sebab utama kenapa saya susah nak beli kasut sebab kalau ada yang saya berkenan, Emi pula tak berkenan).. bila tengok harga, sepasang RM289!! tapi bila SA kat situ bagitau, kalau kita bawa salinan IC sesiapa sahaja yang lahir dalam bulan Jun, 7 hari sebelum dan 7 hari selepas tarikh tersebut bolah dapat dikaun 30%!! unlimited item tapi boleh pakai sekali sahaja salinan IC tu.. bukan owner IC tu pun boleh gunakan.. bila dah dipotong 30%, yang tinggal hanya RM202.93!!! dan amat bernasib baik adik saya yang No. 2 tu birthday dia 3 Jun.. so, sekarang sehingga 10 hb Jun saya boleh pakai untuk dapatkan diskaun ni.. tengok kasut untuk Emi, tapi sayang, tak ada design yang berkenan di hati lah..

CROCS A-Leigh Wedge Leather.. yang saya berkenan warna merah.. ada 4 warna rasanya.. hitam, coklat, beach dan merah.. so, sesiapa yang tengah hunting new sandal for Hari Raya, boleh la ke butik Crocs berdekatan.. tawaran sehingga Jun sahaja ye..

Tuesday, May 29, 2012

tak sabar nak tunggu lepas raya

semalam adalah hari yang tidak produktif.. dengan kain baju dalam beg tak susun, pinggan mangkuk tak basuh.. ni semua sebab sakit kepala sangat-sangat.. hasya pun ikut tidur awal..  kain dah basuh tu Emi yang sidaikan.. bangun pagi masih rasa sakit walaupun dah makan panadol.. gigihkan juga masak untuk si tecik comel tu.. so, menu hari ini untuk breakfast Soto Nasi Himpit dan lunch Sup Ayam je.. sekali harung je lauk Hasya hari ni..

Oh, semlam lepas long discussion, we all decide akan tangguhkan bagi meraikan (ayat apalah ni kan) our 3rd Annyversary yang jatuhnya pada 1 Ogos ni.. nak elakkan kelam kabut dengan tengah puasa, nak raya dan preparation birthday party (buat kecil-kecilan je) Hasya.. berkemungkinan jatuh pada hari Raya Pertama/Kedua.. buat kat Parit Buntar sebab raya tahun ni kami beraya kat sana.. so, plan untuk Annyversary nak ke grand Lexis, Port Dickson.. tak boleh la asyik terbayang bilik dia yang ada private pool tu.. maybe dalam bulan 9.. lepas semuanya selesai.. (InsyaAllah adik ipar saya nak bertunang lepas raya ni..) so, bagi semua setel, dah daftar belajar kami akan bercuti-cuti Malaysia juga lepas tu.. can't wait!!!!

Monday, May 28, 2012

Elianware

ok, mood memang ke laut!! untuk warm up, lepas blog-walking, fb-walking terasa nak buat satu entry baru

sejak bekerja di BPSP ni, mulai Nov 2011 setipa bulan saya akan batuk.. batuk yang amat teruk sampai boleh termuntah dan ambil masa hampir 2 minggu.. dan lepas baik (tak makan ubat pun akan baik, kalau makan ubat pun cuma cepatkan masa baik je) bulan ni, akan batuk semula bulan depan.. so, Januari 2012 pergi buat detail check up di Colombia Asia Cheras.. ambil x-ray dada, darah dan result semuanya baik-baik belaka sampaikan doktor pun tak tau nak cakap apa.. then, bulan Mac 2012 off sebulan dari ke pejabat sebab ada kursus QA di INTAN, Bukit Kiara.. dan saya tak batuk pun.. kembali ke pejabat April 2012, saya mula batuk semula.. hairan kan? jadi saya buat kesimpulan, kalau tak sebab aircond, maybe sebab air di pejabat (saya ambil air yang telah ditapis menggunakan penapis air COWAY di pantri pejabat).. jadi, Mei 2012 saya cuba avoid minum air dari pejabat dan dengan gigihnya membeli air mineral setiap hari dan setakat hari ini, saya tidak batuk di bulan Mei!! jadi, teori berkemungkinan betul, saya terus tak nak minum air dari pejabat lagi, beli bekas air Elianware 2.0L yang siap ada tali boleh letak kat bahu  dan isi air siap-siap dari rumah.. hati pun senang sebab dah tak payah bangun 2-3 kali nak refill air kat pantri.. ok lah kan 2 L kat pejabat, kat rumah pun minum juga demi nak cukupkan at leats 3 L minum air kosong..

bekas saya beli macam yang kat dalam gambar ni... tapi beli satu je lah, saya beli warna ungu.. dan bekas air di rumah pun dah tukar pakai bekas plastik.. sebelum ni pakai jag kaca beli kat Menang tu.. tapi semut hitam kat rumah tu dah kemaruk nak mati lemas dalam jag air tu kot, asyik je ada mayat semut dalam air.. sakit betul hatti.. sekarang dah pakai bekas plastik Elianware 1.5 L, harap-harap selesai masalah ni.. kenapa Elianware? selain plastik nya jenis PP 5 yang selamat (dan BPA-free), harganya juga agak murah.. RM9.90 satu kalau nak bandingkan dengan brand Tupperware.. Tupperware pun PP 5 juga.. tak mampu pula nak beli 4 botol sekaligus kalau pakai Tupperware.. kopak!!!


nota : semasa bengkel di Gambang, Pak Din SAYANG, penceramah jemputan ada beri seorang sedikit air penawar yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran (seyes lupa apa nama ayat tu..huhuhu).. Pak Din pesan supaya jangan campurkan dengan air masak atau air R.O.. sebabnya, ia tak sesuai (nanti lepas saya google, saya akan update atau ada kawan-kawan yang tau kenapa tak boleh?).. dan nampaknya Hasya serasi dengan air ni.. minggu lepas dia batuk teruk sangat, makan ubat menangis tak ingat sampai muntah-muuntah.. dan lepas 2-3 hari bagi minum air tu, baru perasan dia tak batuk lagi!! saya bukan percaya pada air tu, tapi bersyukur sebab allah menunjukkan jalan kepada saya 'ubat' apa yang serasi dengan Hasya.. so, semlaam pergi Jusco beli air mineral 9 L dan campurkan dengan air yang Pak Din beri tu dan nasib baik Hasya tak ada masalah minum air mineral !!!

Saturday, May 26, 2012

back to normal routine

Dah sampai kl setelah seminggu bercuti di rumah mak dan setelah seminggu tak masak, tak cuci baju, tak sidai baju, tak lipat baju, tak kemas rumah dan asyik melayan Hasya 24-7..

Harap-harap mood kerja isnin nanti tak ke laut!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

Menu Hasya

antara menu atau resipi yang sering (dan berulang-kali) saya masakkan untuk breakfast, lunch dan dinner si tecik adalah mengikut kesukaan si tecik, trial and error dan juga apa yang ada dalam fridge di rumah.. diharap dapat menjadi panduan ibu-ibu di luar sana.. maaf, saya bukan pro memasak, tapi saya berusaha sebab saya gembira anak saya makan apa yang saya masak walaupun ada masa, si tecik tu tolak mentah-mentah.. 'tak atap (tak sedap' katanya !!!

Breakfast

Variasi Bubur Nasi - Bubir kismis/kurma, bubur sup ayam/daging, bubur sayur/kacang peas/jagung, bubur ikan bilis
Variasi Nasi Goreng - nasi goreng cina, nasi goreng kunyit, nasi goreng ikan bilis (semua ni tak ada campur dengan seafood sebab Hasya alah, kalau makan nanti dia asek menggaru saje)
Variasi Roti - roti telur, roti cheese, roti tuna, roti gulung bersosej, roti bakar
Variasi Mee/Bihun - mee/bihun sup (feveret!!), mee/bihun ladna/hong kong, mee/bihun goreng, mee/bihun hailam, mee/bihun tom yam
Variasi Pasta - spagheti/makaroni/pasta carbonara, goreng cheese dan sup.. hasya bila nampak merah je, dia kata pedas.. makanya memang tak pernah saya masak kan bolognese (dah pernah cuba tapi dia tak nak)
Nasi Lemak (tanpa sambal, nasinya masak lembut-lembut, makan dengan timun, telur goreng dan ikan bilis goreng)

Lunch

Nasi Tomato + Ayam Masak Kurma
Nasi Ayam
Nasi Beriani + Ayam Goreng Rempah.. (kadang-kadang je saya masak kan nasi, especialy yang special macam ni.. kalau nasi putih, Hasya makan yang nasi yang Taska sediakan)
Nasi Jagung/Kurma/Kismis 
Sup Ayam/Daging
Tom Yam
Masak Lemak Kuning (ikan)
Masak Lemak Putih (bayam/taugeh/tempe/tauhu/petola)
Sup Tofu/Fucuk/Telur/Petola/Labu Air
Bayam Masak Air
Sayur Campur
Ikan Bakar (balut dengan daun kunyit, sedap sangat bau dia)
Ikan Goreng
Ikan Stim

(biasa saya akan pastikan ada semua zat dalam setiap Menu Hasya seperti carbo, protein dan pelawas seperti sayur - carrot, zuccini, timun, bronkoli, kobis bunga, kobis, tomato, cendawan, kangkung, sawi dan lain-lain)

Dinner

Biasanya saya repeat je Menu B/fast atau Lunch.. tak pun kalau keluar makan, biasanya order Mi Sup/Nasi Goreng atau pergi makan Nasi Arab.. Sup Cendawan pun si tecik ni suka..

Snek

Biskut (aneka biskut yang tak ada krim)
Pancake aka lempeng - pisang, coklat
Jemput-jemput bilis/bawang/oat
Sardine/Butter Puff
Pisang Grill Cheese
Kuih-muih - karipap, pau, apam polkadot, muffin/cup cake (ni semua saya beli yang frozen atau order sebab saya memang tak pandai nak buat semua ni)
Buah - pisang, lai, pear, epal, avocado

saya dah terletak garam sikit dalam makanan Hasya.. saya pernah terbaca (tak ingat kat mana0), kanak-kanak tidak boleh mengambil lebih 5g garam sehari.. szaya pernah sukat, leebih kurang hujung susu kecil.. jadinya saya masuk kan garam hanya secubit untuk setiap masakan.. cuma memberi rasa.. itu pun selepas umur Hasya 1 tahun 3 bulan baru dia kenal garam.. yang lebih baik, tak payah bagi langsung.. saya pun tak pasti mana silap nya.. selepas ini, saya akan pastikan anak yang seterusnya, saya lebih peka dan berhati-hati dalam bab pemakanan ni.. BERUSAHA LEBIH BAIK!!


Thursday, May 10, 2012

perbualan dari ibu ke ibu (copy dari fb)

Farrah Silla
  • as salam...
    wesss...aku dh runsing cara nk masak utk bekal anak ke nursery..nmpk gaya mcm anak aku dh boring ngan frozen food...
    ko masak malam then pagi panaskan?tahan ke sampai ke petang?...
    tunjuk ajarku sifu..hee..
  • Nur Hareza
    2 hours ago
    Nur Hareza
    • kikiki
    • ha ah la, aku pun dah lama tak wat frozen food sebab mls nak blender, pastu nak tapis bagai..
    • tengok lah macam mana keadaan pagi tu.. kalo husband aku kena g kija awal dlm kol 6.30, utk b/fast aku msk mlm pastu pg msk simple2 je utk lunch
    • ha ah la, aku pun dah lama tak wat frozen food sebab mls nak blender, pastu nak tapis bagai..
    • tengok lah macam mana keadaan pagi tu.. kalo husband aku kena g kija awal dlm kol 6.30, utk b/fast aku msk mlm pastu pg msk simple2 je utk lunch
    • ha ah la, aku pun dah lama tak wat frozen food sebab mls nak blender, pastu nak tapis bagai..
    • tengok lah macam mana keadaan pagi tu.. kalo husband aku kena g kija awal dlm kol 6.30, utk b/fast aku msk mlm pastu pg msk simple2 je utk lunch
    • ha ah la, aku pun dah lama tak wat frozen food sebab mls nak blender, pastu nak tapis bagai..
    • tengok lah macam mana keadaan pagi tu.. kalo husband aku kena g kija awal dlm kol 6.30, utk b/fast aku msk mlm pastu pg msk simple2 je utk lunch
    • anak aku kat taska bf kol 10 pg, lunch kol 1
    • so, lauk aku msk utk lunch aku simpan sikit dalam fridge, nanti balik panaskan utk dinner
    • tapi anak aku prefer mi/mihun dari nasi malam2 ni so aku simpan la yg bf tu utk malam sikit
    • biasa yang aku buat, weekend tu siap2 belikan/ayam
    • pastu asingkan sikit2 dalam bekas kecik2.. so bila ko nak defrost tak ambil masa lama sgt.. biasa aku isi ikan sekor dalam satu bekas
    • lgpun paed hasya bgtau, kalo kita defrost sekali banyak pastu amek sekor/seketul.. esok buat menda yg sama.. adalah kurang nutrien food tu
    • pastu, aku buang kulit bwh merah, putih banyak2 utk stok seminggu sebab aku mmg tensen kalo bab nak siang2 bwg ni.. tak tau la nape.. leceh asek nak kena bsh pisau, tpt pemotong tu je padahal nak hiris bwg utk sekali masak adalah 3-4 biji
    • setakat ni tu lah aku tgk membantu aku memasak dgn cepatnya
    • pastu sebelum ko g kija hari ni, bw trn ikan/ayam/seafood yg ko nak msk utk esok kat fridge belah bwh
    • malam tu ko kuar kan keja, bagi ais ikan tu cair.. bila ikan tu da lembut ko msk kan blik dlm fridge
    • esok ko amek, ko goreng/panggan je ikan tu
    • dah tak pyh nak tgu ikan tu defrost
    • sayur mayur biasa aku ptg malam.. esok main campak je dlm periuk
    • selalu kalo aku kesiangan, bgn lambat.. menda plg sng aku wat sup ikan/ayam/daging letaklah sayur mayur sume
    • ms tengah reneh tu ko g lah mandi
    • hi3
    • kalo tak sempat jg2, ko buat sup tofu lembut tu, msk sayur.. ckp zat jg sbb tofu tu ada protein
    • selalu mcm tu lah.. aku pastikan ada kabo, protein, sayur dan buah kekadang je sbb hasya tak minat sgt buah.. dia mkn piang je..
    • kalo tak sempat jg2, ko buat sup tofu lembut tu, msk sayur.. ckp zat jg sbb tofu tu ada protein
    • sayur2 lak kalo aku xraji/terlupa nak beli sayur, dlm fridge ada frozen kcg peas ngn jagung dlm peket tu.. aku letak lah serba sikit
    • janji sume nya ada..
    • puan farrah.. cukup ke tu?
    • ni kalo pakai YM, bol gak aku BUZZZZ! hihihihi
  • Farrah Silla
    50 minutes ago
    Farrah Silla
    • wohhh aku mtg beb...tq weh...
      alamak,aku ni pulak lepas subuh 6.15 aku dah kna kuar umah,kol bape aku nk bgn masak...huhuuuu...
      ooo,mksdnya ko cma prepare lunch je eh...so snack dia ptg2 ada ko sedia/...arissa aku bekal bubur nasi tengahari n petang sbb kdg2 aku smpai umah pun dh kol7,bb pun dh nantok...tu aku nk tau,igtkan ko masak siap2 malam,esok pagi panaskan...hmmm...
      kalu aku masak malam,bole ke?..ko penah tau ada org wat cmtu x?...elok ke smpai esok petang r...huhuuu...
  • Nur Hareza
    22 minutes ago
    Nur Hareza
    • awal ko gerak
    • msk lah malam
    • boleh je
    • nanti suh taska pns kan
    • dulu ms aku kursus kat INTAN kn kuar 630 pg, aku msk malam jg
    • kalo nak tahan sampai malam, aku pesan kat taska suh msk peti ais
    • kuah/bubur je la
    • ikan pangang/goreng tu tak payah pun xpe
    • kalo snack, anak aku tak suke menda lembut cam kek, muffin, ni
    • roti pun tgk mood
    • dia suka menda keras2
    • so, aku bagi biskut je la
    • aku beli je farah sbb aku mmg tak reti nak wat biskut sendiri
  • Farrah Silla
    19 minutes ago
    Farrah Silla
    • aku nk kna msk malam ah...pagi konfom xsempat dgn haku yg slalu asyik bgn lewat jek heheheee
  • Nur Hareza
    19 minutes ago
    Nur Hareza
    • kalo roti, aku bagi roti bakar ak pun wat pastri
  • Farrah Silla
    19 minutes ago
    Farrah Silla
    • selama ni aku dok bg bubur,aku rs anak aku dh bole start mkn nasik kot,kan?..dah 1y1mnth
  • Nur Hareza
    18 minutes ago
    Nur Hareza
    • tp tak hari2 pun sbb hasya mmg suka mkn biskut.. tp bkn biskut ada krim .. selalu biskut mayat jek
    • da ada gigi ke?
  • Farrah Silla
    18 minutes ago
    Farrah Silla
    • dah ada...7btg..hee..
  • Nur Hareza
    18 minutes ago
    Nur Hareza
    • dah boleh, ko kena ajar mkn menda kersa sikit sbb hasya aku lambat kenalkan menda keras mcm brokoli sume smpai skrg aku kn hiris halus2.. leceh
    • ooo.. dah boleh da mkn nasi.. kalo lambat sgt, nanti dia tak pandai kunyah.. kang dia main telan je nasi tu
    • sebab tu dia boring kut
    • buat la nasi butter, ns ayam, ns tomato
    • msti dia suka..
  • Farrah Silla
    16 minutes ago
    Farrah Silla
    • alamak..mana ko amik resepi nih?...aku semata2 tgk HSFFYB jek...xsempat blogwalking blog2 lain..
  • Nur Hareza
    16 minutes ago
    Nur Hareza
    • aku sampai hasya umur 1y4m aku msk kan nasi utk dia bw ke taska, sbb takut taska msk ns keras
    • jap aku bagi add blog ni
  • Farrah Silla
    15 minutes ago
    Farrah Silla
    • nak2......
  • Farrah Silla
    15 minutes ago
    Farrah Silla
    • owhhh...ni ahkak2 dlm HSFFYB tu gak kan...
  • Nur Hareza
    15 minutes ago
    Nur Hareza
    • aku suka yg heavilyspiced tu sbb dia mmg msk hari2 pastu kreatif giler.. ada info lagi
    • ha ah.. cuma kekadang dlm blog dorg tak letak resipi
    • ko ada baca ke blog dorg?
  • Farrah Silla
    14 minutes ago
    Farrah Silla
    • a'ah...kalu dia letak link dalam comment dia,sempat r aku jengah heee...
  • Nur Hareza
    14 minutes ago
    Nur Hareza
  • Farrah Silla
    14 minutes ago
    Farrah Silla
    • aku xpenah explore abis2 blog dia r...
    • owh,ni yg kak farah tu punye kan...
  • Nur Hareza
    13 minutes ago
    Nur Hareza
    • aku baca sampai abes.. sume previous n3 dorg aku baca
  • Farrah Silla
    13 minutes ago
    Farrah Silla
    • a'ah,dorg ni sangat rajin...huuuuu...aku ni jekkk...
  • Nur Hareza
    13 minutes ago
    Nur Hareza
    • tp dorg ni fully housewife rs nya
  • Farrah Silla
    13 minutes ago
    Farrah Silla
    • tu la pasallll....
    • dorg dok umah jekkk...huwaaaa...
  • Nur Hareza
    13 minutes ago
    Nur Hareza
    • tak ada info camna nak prepare lauk utk org kija cam kite
    • satu lagi kan yg aku rs membantu aku, stok ayam
    • ko buatlah sendiri
    • tiba masa ko nak buat ns ayam, ke sup ke.. tak adalah ko nak rebus ayam ms tu
  • Farrah Silla
    12 minutes ago
    Farrah Silla
    • aku tgk resepi stok ayam mc lama jek aku nk kna masak...kan??..
  • Nur Hareza
    12 minutes ago
    Nur Hareza
    • mmg sedap tau..
    • ko rebus sume tu dalam 2-4 jam
    • aku buat sekali dapatlah 20 kiub
    • makan sebulan juga nak abes sbb bukan hari2 pakkai
  • Farrah Silla
    11 minutes ago
    Farrah Silla
    • 2-4 jam tu yg aku mallessss...ekekkekekee...
  • Nur Hareza
    11 minutes ago
    Nur Hareza
    • kalo arisa tak alergik, leh wat stok seafood
    • aku tak buat sbb hasya alergi seafood
  • Farrah Silla
    11 minutes ago
    Farrah Silla
    • tp nk kna buat jugak la kannn...
  • Nur Hareza
    11 minutes ago
    Nur Hareza
    • ala, hari ni ko siang ayam.. esok blk kija ko letak je la atas dapur.. kn selay=u tgk air, jgn sampai kering
    • dalam kol 10 ke 11 ko tutup la
    • sejukkan sejam, msk fridge
    • esok blk kija br msk dalam kiub
  • Farrah Silla
    10 minutes ago
    Farrah Silla
    • ooo...arissa ni aritu aku bg mkn udang...dia xmkn r...tp xde alergik,alhamdulillah...
  • Nur Hareza
    10 minutes ago
    Nur Hareza
    • hahahahha.. tu bukan 2-4 jam, ni 3 hari punya kija baru siap
  • Farrah Silla
    10 minutes ago
    Farrah Silla
    • hahahaaa...br nk ckp...;p...
  • Nur Hareza
    10 minutes ago
    Nur Hareza
    • tak pe xmakan, bila ko wat goreng sekali udang tu, ada lah rs air dia
  • Farrah Silla
    9 minutes ago
    Farrah Silla
    • tapi aku kna rajin r...sian anak aku...aku nk bg dia mkn mknn yg aku msk...
  • Nur Hareza
    9 minutes ago
    Nur Hareza
    • ni anak aku seafood tak makan, asal menda kaler merah pun dia kata pedas.. dah aku tak leh bagi bolognese ke, ayam msk merah (tomtao) ke..
    • ala, boleh punya
    • msk je mlm
    • tak ada masalah la
  • Farrah Silla
    8 minutes ago
    Farrah Silla
    • tu lah..kna start dh nih...ok ok...thanks sesngt tau...
  • Nur Hareza
    8 minutes ago
    Nur Hareza
    • compare beli kat luar atau taska yg msk (ntah bp banyak dia letak garam) kalo terhilang sikit nutrien tu pejam mata la
    • arissa da maka makanan ko letak garam ke?
  • Farrah Silla
    8 minutes ago
    Farrah Silla
    • aku xpenah letak garam lagi...
  • Nur Hareza
    8 minutes ago
    Nur Hareza
    • lg bagus
  • Farrah Silla
    8 minutes ago
    Farrah Silla
    • mmg aku pantang lg budak tecik nih...
  • Nur Hareza
    7 minutes ago
    Nur Hareza
    • aku dah terletak garam sikit tp sikit sgt lah sbb apa aku pun tak tau
    • kui3
    • kekadang ia tak nak gak makan
    • ada sekali aku blk kelam kabut msk bg dia makan
    • boleh dia kata tak atad!!
    • kecik ati aku tau
  • Farrah Silla
    7 minutes ago
    Farrah Silla
    • hahahaa...dh pndai komen!...hahahaaa...
  • Nur Hareza
    6 minutes ago
    Nur Hareza
    • sampai sekarang aku bg je dia makan menda yg aku msk pg tadi.. sbb budak ni kalo kat taska sume dia makan cikgu dia supa.. bila ngn aku banyak sgt pantang larang dia
    • so, kalo dia reject ptg tu, mmg aku bagi dia roti bakar letak cheese je la.. bg buah sikit
  • Farrah Silla
    6 minutes ago
    Farrah Silla
    • haaa..tu betol...kdg2 ckgu ckp dia xnk mkn bekal aku bg...tp kalu bdk2 lain mkn biskut,laju je tgn dia g amik...
  • Nur Hareza
    5 minutes ago
    Nur Hareza
    • budak kan..
    • tapi best tau msk utk anak
    • rasa kita hebat jek!!!
  • Farrah Silla
    5 minutes ago
    Farrah Silla
    • best bestt..aku suke....tmbh2 kalu tgk dia mkn abis...
  • Nur Hareza
    5 minutes ago
    Nur Hareza
    • suami aku pun puji, dalam aku garang2 ngn hasya tu, part aku sanggup msk dari hasya umur 6 bulan sampai sekrang mmg dia tabik
    • bangga kejap