Thursday, January 5, 2012

kami telah diserang di Bukit Pelanduk !!

Pagi tadi terjaga jam 6.05 am.. ni semua gara-gara layan Dil To Pagal Hai di TV2.. 1.30 baru masuk bilik, tapi ntah jam berapa baru nak lelap.. bila dah langkau waktu tidur jam 12.00 malam, memang macam ni lah jadinya.. terkoch-kocoh siapkan bekal Hasya.. since nasi Hasya makan yang Taska punya, saya masak kan lauk nya sahaja.. lepas tu si tecik tu bangun tengok ibu nya tak ada depan mata, menangis kuat-kuat.. Emi pujuk memang tak jalan.. akhirnya, si tecik teman ibu kat dapur memasak.. dah besar, perangai melalak tu kalau saya tak ada depan mata tetap tak boleh nak ubah.. kalau kat ayahnya memang tak nak.. time nak berjalan keluar baru dicarinya ayah dia.. 

Pergi tengok projek PFA (Pig Farm Area) bersama group Veteriner di Bukit Pelanduk pagi tadi.. satu pengalaman baru.. tapi harapnya saya tak involve dalam projek ini (pembinaan brick walll sepanjang 8 km) sebab rasa tak selesa.. cuma tolong gantikan kawan (non-muslim) yang tak sihat.. Kerajaan Negeri dah develope satu area lebih kurang 300 ekar utk ternakan b*b* secara berkelompok dan usahasama dengan Pemaju.. means, Kerajaan Negeri Sembilan sediakan tapak, Pemaju sediakan facilities, dan jual lot-lot/kandang kepada orang awam yang berminat.. lebih tersusun, lebih mudah dipantau dengan cara begini.. kawasan ternakan b*b* di tempat bersebelahan yang telah lama ditutup sejak wabak JE satu masa dulu juga dilawat sebab ada permohonna untuk dimajukan bersama tapi perlu dikaji disebabkan kemungkinan tiada ruang untuk buffer zone (100 kaki) dan agak sukar untuk dimajukan secara tersusun.. beberapa penduduk cina disitu amat marah bila kami (7 kereta semuanya yang ada logo Jabatan Kerajaan) masuk ke kawasan mereka.. siap masa nak keluar, meraka berhentikan salah satu kereta sambil pegang kayu.. lepas diterangkan tujuan kami masuk hanya untuk menijau tapak ternakan lama, baru keadaan menjadi reda.. rupanya, pegawai Veterinar N9 maklumkan, ada penduduk yang menjalankan aktiviti penyembelihan b*b* secara haram.. ini yang susah untuk dipantau, kebersihan dan keselamatan penduduk sekiranya berlaku wabak JE sekali akan terjejas dan terancam.. pendapat saya, ada sebab mengapa pihak kerajaan BANYAK menetapkan syarat-syarat kepada apa jua jenis pembangunna/aktiviti.. bukan hak kita untuk melakukam apa saja walaupun di atas tanah persendirian..

penat tapi mendapat ilmu dan kenalan baru.. rasa best!!!

jom, tengok menu si tecik hari ini

Breakfast - Roti  Mentega - menjadi!!!

Bahan-bahan :

2 keping roti gardenia
Mentega.. saya pakai jenis Planta

Cara memasak :
  1. Sapu Planta atas roti
  2. Panaskan non-stick pan
  3. Letakkan roti atas pan dan masak sehingga garin dikedua-dua belah
  4. Angkat dan ptong 4
  5. Siap
Lunch - Ikan Bawal Masak Sweet Sour - menjadi!!!

Bahan-bahan :

1/2 ekor bawal putih (saya tak tau mana yang sedap, hitam atau yang putih.. tapi tengok yang bawal hitam macam scary je nak siang, saya ambil bawal putih saja)
3ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang celeri
sos tomato
sos tiram
kicap manis
sedikit gula

Cara memasak :
  1. Goreng ikan bawal sehingga garin, dah masak ketepikan
  2. Gunakan kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih
  3. Dah layu, masukkan air (supaya tak hangit)
  4. Masukkan sos tomato, sedikit sos tiram dan kicap manis serta sedikit gula
  5. Masak sebentar
  6. Masukkan celeri yang telah dipotong
  7. Bila celeri dah lembut, angkat dan tuang ke atas ikan bawal yang telah digoreng
  8. Siap
Kudapan - Biskut Cream Cracker dan cereal (cornflakes)

1st time bagi Hasya makan ikan bawal.. harap-harap dia suka.. petang ni ada appointment dengan dermatologist Klinik  An-Nur, Bangi..  Kat kulit paha dan perut Hasya macam ada fungus infection.. makin lama, makn besar dan nasib baik tak gatal cuma klit jadi tak cantik sebab ada tompok-tompok hitam.. susah nak dapat appointment dengan pakar ni.. kejap cuti, kejap lagi cuti lagi.. waktu operasi pun 6 petang - 8 malam sahaja.. Sabtu dan Ahad tutup..



2 comments:

Farihah said...

rajinnye reza masak utk hasya... bertuah hasya dpt ibu mcm reza.. kat taska cikgu akan suapkan ke? atau suap sendiri...?

Nur Hareza said...

cikgu suapkan.. tengah rajin ni.. lagipun Hasya ni banyak sangat yang tak bolehnya, yang tak makannya..