Friday, July 26, 2013

Penyakit orang perempuan - Tupperware lah, apa lagi!!!

ANNOUNCEMENT!!!!

Katalog Tupperware 1 Julai - 17 Ogos 2013

w.app/text 019 4422267

Promosi hingga 30 Julai 2013
Mana-mana item/set berharga RM150 dan ke atas boleh buat installment.  
Dapatkan DISKAUN sehingga 25% (tertakluk kepada jenis barang dan harga)

























Wednesday, July 17, 2013

Aluminium Pressure Cooker




Aluminium Pressure Cooker brand PREMIER (dari katalog Caliani di Syarikat Menang)
Ada yang berminat nak beli tak?


WW : Budget Diapers Cake




Only RM30 for sweet gift for lil baby include of romper (for 6 months baby), a small towel, a pair of sock, a cute toy and 5/7 pcs diapers (size M).  
Beri  saya budget anda dan dengan serendah RM15, dan anda boleh hadiahkan kepada rakan-rakan serta keluarga (barangan akan berbeza mengikut budget).



Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday


Red Velvet Pop Cake With Nutella
Bagi kat jiran semalam, Alhamdulillah


Super-GIRL!!!


Tuesday, July 9, 2013

Panamera Almond Cookies dan Mini Red Velvet


Saya baru nak mula berniaga, so ada lah sikit-sikit saya bawa masuk untuk dijual kepada kawan-kawan yang berminat.  Sekitar KL, Kajang, Bangi dan Putrajaya saya boleh COD sekiranya tempahan melebihi RM50.  Sekiranya berminat, boleh text atau w.app  saya di 019-4422267. Nak tinggal komen dekat blog ni pun boleh.  Terima kasih.



Panamera Almond Cookies
RM25/50 pcs 
atau untuk kudapan anak-anak boleh order sikit-sikit
RM10/20pcs



Mini Red Velvet  with Cream Cheese Topping 
saiz besar sikit dari siling 50 sen lama.  Topping dia sedap, tak cair sebab saya lebihkan cream cheese.  Saya pernah test sehari suntuk letak kat luar (bukan dalam fridge) tak cair pun.  Sesuai kalau nak buat jamuan, atau bawa balik kampung.
  
RM 0.50/pcs




Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Rasa tak sabar nak tunggu 1 Ramadhan, iaitu esok.  Kali pertama berpuasa dengan bercuti sepenuhnya.  Rancangan nya, nak masak awal-awal dan petang tu nak isi dengan mengaji.   Niat hati nak khatam Al-Quran dan tak nak tinggal Tarawikh.  Moga-moga dibantu oleh-Nya.  Jadi, kemas lah rumah sikit sebelum nak puasa nanti.  Padahal, tak sampai esok, rumah dah berkecah semula.  Tak apa, janji sekarang rasa senang hati sangat tengok rumah kemas dan bersih.  


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK






Lepas ni petang sikit ke nak mendobi tudung pula.  Sekarang ni tengah hujan.  Ada dekat 10 helai juga yang nak dibasuh.  Tak mampu nak hantar dobi/dry cleaning.  Sehelai RM5.  Kalau 10 helai? huiiii, dah boleh makan kat Wong Solo 2 kali tu. Tudung Ariani/Fareeda ni kali pertama hantar lah dobi, lepas-lepas tu sendiri cuci la.  
 


Friday, July 5, 2013

Kuih Batang Buruk Tradisi Dilupa Jangan


    Mak aii, dengar tajuk je mesti ingat nak buat Case Study : Batang Buruk.  Tak lah, setakat ni tak ada lagi nampak orang menjual kuih tradisi untuk Raya 2013.  Nampak sangat dah dilupakan.  Ramai makin berminat dengan kerepek dan biskut moden.  Jadi, saya boleh tolong orderkan pada sesiapa yang nak beli untuk diri sendiri, atau nak bagi kat mak dan mak mertua.  Al-maklum, mungkin mak-mak kita teringin nak makan kuih ni tapi tak jumpa.  Batang buruk ni jenis kacang hijau.  Pada sesiapa nak kacang tanah oleh juga.




Harga seperti di bawah :-

RM16/50 biji (dalam plastik)
RN22/70 biji (dalam balang)

Sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban saya akan uasahakan hantar sendiri.  
Yang lain, boleh bincang untuk penghantaran

Tudung Ber-Evolusi

Semalam bersembang dengan Emi (my suami), dia prefer saya pakai tudung macam mana? 

  • Shawl
  • Tudung Ariani - lycra selapis
  • Tudung Fareeda - sifon berlapis dan warna warni
  • Bawal


    Dia kata tak kisah pun, ok je.  Lepas tu saya tanya, pakai tudung mana nampak saya  tua matang? Ingat dia nak kata tudung Ariani atau Fareeda rupanya dia kata bila saya pakai tudung BAWAL.  What????!!! Selama ni ingat bila pakai tudung bawal nampak macam student-student ke, paling tidak macam kita tengah bercouple, dating dengan dia.  ni komen tambahan Emi :-

  • Shawl - OK je
  • Tudung Ariani - lebih kemas dan terletak
  • Tudung Fareeda - nampak TRENDY.  Baca sekali lagi, TRENDY tuuuuuuu...
  • Bawal - nampak matang

    Ceh, baru niat nak stop shopping Fareeda yang mahal tapi perasaan bila pakai tu extravaganza rasanya.  Ariani pun dah lama tak jenguk butiknya.  Plan nak pakai Bawal sebab murah je, tapi kena cancel lah.  Kan menjaga penampilan di hadapan suami tu keutamaan kan.  

    #kepala dah berangan tudung fareeda untuk raya

 Susah nak cari gambar pakai bawal.  
Ni je satu masa sebelum ada anak.  
Sejak ada anak sorang ni, memang tak sempat sangat nak ber-bawal


Sempat ada dua helai je tudung syiria ni. 
Inner dia suka ke belakang, rasa tak best pula.  
Masa ni tak tau ada teknik tetas inner tu

 Pakai shwal dengan inner.  
Saya surrender pakai shawl tanpa inner. 
 Memang muka tak sesuai.

 Paling banyak koleksi tudung awning dari Ariani. 
Plain dan bercorak.

 Jatuh cinta dengan tudung sifon dari Fareeda.  
Tapi mahal sampai sehelai RM100++.
Kualiti memang terjamin, tapi since Yuran Tadika dah mula nak naik, Ibu berkorban lah.

Last but not least...

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..
Budak ni je berani pakai tudung Hana Tajima belit atas kepala. 
 Maknya memang tak nak.  
Buat kena gelak dengan suami je.

Friday, June 21, 2013

Confession of ME!!!

Rutin seharian seorang pelajar merangkap ibu, isteri dan suri rumah :-

  • Bangun pagi, lepas solat siapkan breakfast suami dan anak
  • Siapkan anak ke sekolah
  • Kemas dapur, sidai kain dan kemas apa yang patut
  • Study sampai dah menguap
  • Masak sebelum Hasya balik sekolah
  • Lepas ambil Hasya, layan dia buat macam-macam
  • Jam 2, tidur dengan anak
  • Jam 3/4 bangun dan Solat Zuhur
  • Siapkan Hasya mandi petang, main, angkat kain
  • Jam 7 tengok Teduhan Kasih - time ni memang kalau boleh tak nak gerak-gerak dari depan TV.  Hal Hasya di 'take over' oleh ayahnya
  • Makan malam
  • Jam 9 malam dah siap-siap tidur sebab ada budak kecik yang kalau tidur lambat nanti esok pagi mengamuk tak nak bangun - anak dah tidur layan FB, BeautifulNara

Seronok ke? 
Jawapannya tengok hari, ada yang seronok ada yang rasa letih nak pengsan!!!


Wednesday, June 19, 2013

Kenapa yuran Taska tinggi sangat?

Saya kalau nak buat kuih, tak suka ikut sukatan.  Tapi memang 'elok' sangat lah hasilnya.  Selalu resepi bagi portion yang banyak, kalau karipap tu untuk makan sampai 5-6 orang padahal kat rumah ni yang makan pun saya dengan Hasya.  Emi tak berapa suka nak makan kudap-kudap like kuih, desert, kek.  Jadinya memang saya ubah resepi supaya bila terhasil, cukuplah dapat dalam 10 ketul macam tu.  Tapi tu la, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang ang yang tak jadi tu rupanya, rasa boleh tahan.  Ada rancangan nak jual puding roti dan kraker lapis cheese.  Dua-dua ni amat sedap.  Tapi kalori hampir 300 kcal untuk berat lebih kurang 30g, Cuma saya provide meal plan untuk satu hari, bila dicampurkan breakfast, snek, lunch dan dinner termasuk makan desert, kita masih boleh maintain jumlah kalori.  Cuma, semua sedia maklum, memang fat yang ada dalam desrt tidak baik, tapi tak salah kalau nak makan sesekali kan.  Tengoklah, maybe after raya baru nak launch produk.  Hamboi, bunyi kena gempak kan, baru ada orang berminat nak beli.  Kena buat perancangan betul-betul sekarang nak cari duit lebih.  Dengar-dengar Taska kat KL dah mula nak naik yuran sampai RM450. Kalau nanti dah start kerja, dan ada rezeki masa tu ada 2 anak, tak ke 1/3 duit gaji hanya untuk bayar Taska fee?  Sebelum mula masuk kerja, kena ada RM12k sebagai persediaan satu tahun bayar yuran anak.  Tak lena tidur fikir hal ni.  Kalau macam ni, kena susun balik kewangan keluarga.  Kereta dari dua rasanya kena jadikan satu buat sementara waktu.  Herbalife memang tak mampu dah nak ambil.  Pandai-pandailah kawal makan tu, sambil buat excercise sikit-sikit.  Tudung pun pakai lah shawl (sebab murah) dan tudung bawal.  Mana yang ada tu pakai je lah.  Ariani ke Fareeda kena lupakan sementara.  Nasib tak kerja, duit minyak, tol dengan makan boleh lah kawal.  Baju pun tak payah beli selalu.  Bulan ni dah mula kawal penggunaan air-cond dan makan luar.  Tapi rasa tak boleh nak elak makan kat Wong Solo. Ayam penyet dia memang sedap sangat.  Boleh la 1-2 kali sebulan.  Muak juga makan sendiri masak.  Lagi apa nak kurang/jimatkan?   You all semua macam mana ye? How you manage and control your salary? your family financial? Seriously, kalau nak call AKPK boleh tak?  Happy Wednesday.

 Antara kuih yang pernah cuba.  Donut kentang.  Sedap, rasa dan bau macam donut.  Dah tinggal beberapa jam pun masih lembut.  Tapi rupa memang buruk kan.  Doh tak nak naik.  Agaknya Yis tak nak hidup kot

 Tapi tak apa, Hasya kata sedap.  Dia bukan faham pun tentang rupa donut yang cantik ni

Apa pasal nak upload gambar ni.  Ni anatara tudung Fareeda yang dah jual.  Sekarang ada lagi 4-5 helai.  Sayang lah, nak simpan.  Nak beli lagi memang tak mampu dah.