Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Rasa tak sabar nak tunggu 1 Ramadhan, iaitu esok.  Kali pertama berpuasa dengan bercuti sepenuhnya.  Rancangan nya, nak masak awal-awal dan petang tu nak isi dengan mengaji.   Niat hati nak khatam Al-Quran dan tak nak tinggal Tarawikh.  Moga-moga dibantu oleh-Nya.  Jadi, kemas lah rumah sikit sebelum nak puasa nanti.  Padahal, tak sampai esok, rumah dah berkecah semula.  Tak apa, janji sekarang rasa senang hati sangat tengok rumah kemas dan bersih.  


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK






Lepas ni petang sikit ke nak mendobi tudung pula.  Sekarang ni tengah hujan.  Ada dekat 10 helai juga yang nak dibasuh.  Tak mampu nak hantar dobi/dry cleaning.  Sehelai RM5.  Kalau 10 helai? huiiii, dah boleh makan kat Wong Solo 2 kali tu. Tudung Ariani/Fareeda ni kali pertama hantar lah dobi, lepas-lepas tu sendiri cuci la.  
 


2 comments:

ashra said...

selamat menyambut ramadan =)
eh..karpet kita samalah..hehehe =p

Nur Hareza said...

Ashra - IKEA kan.. ;)